Thursday, September 30, 2010

Series of Unlucky Events

Edit Posted by with No comments
2010 seems to be the year with series of unlucky event for me... Not that I'm denying the faith, just trying to remember all things happened to me... Tapi walau apapun, aku terima dengan hati terbuka believing that semua yang jadi ada hikmah di sebaliknya...

  • Tak habis-habis ulang-alik hospital for check-up, test bagai and end up ulang balik benda yang sama... It's tiring okeh!
  • Demam denggi... That was my first experience kena denggi ni dan sangat la teruk akibatnya pada diri aku yang memang dah sedia kongggggg ni!
  • Hospitalised for another series of treatment... End up, they did the liver biopsy to me... Ini nak menempuh dan membaikkan dah satu hal! Ahkak jugak yang kena kan...
  • Jatuh tersungkur sampai terkehel, terseliuh, teretak dan apa-apa lagi la... First time seumur hidup aku guna tongkat sebelum tua...


That's not include all those small and big things happened in a day life.. Yang paling benci ialah realize that aku kenal orang yang nampak baik kat depan tapi macam saitan kat belakang! Konon alim warak depan orang pijak semut tak mati, tapi sebenarnya lebih bisa dari semua yang berbisa! Hurrrmmphh in fact, itu lebih menyakitkan dari semua luka berdarah yang nampak di mata... Ini apa pasal aku emo tiba-tiba ni?? 

Hope this thing happened to me right now going to be the last, yeaah I mean the unlucky tragedy for this year... Hehehe harap-harap saya lebih bernasib baik selepas ni, insyaAllah... Apapun aku terima ketentuanNya, cuma saja flash back hehe...


Wednesday, September 29, 2010

Rahsia Kehilangan Saya?

Edit Posted by with 6 comments
Lokasi: On the bed

Maka dengan ini dimaklumkan bahawa kehilangan saya bukanlah pergi bertapa atau merajuk membawa diri... Tapi disebabkan membawa kaki... Woiiiit bukan kaki aku kena potong ke apa... Kaki saya cedera agak parah, sehingga membawa kepada penggunaan Mr Crutches a.k.a tongkat! Mula jatuh aku ingat kaki aku tak kritikal sangat, siap balik tak sedar diri nak drive... Hehehe rupanya, kecederaan yang membawa pada keseksaan diri bila aku jalan tak ubah macam kelajuan seekor siput... Rasa nak meraung pun ada bila berjalan dengan crutches, sakit dan terseksa rasa nak sampai ke destination!

Tanpa Mr Crutches, I am no where to move here and there...

Went to get a treatment dari sorang sensei cina yang dengarnya sangat popular ubatkan segala patah riuk, terseliuh, etc... Dia balut kaki aku dengan daun ape ntah ni... Ada la ingredient lain dalam daun tu dia letak... Banyak gak kurang rasa ngilu lepas kena balut dengan daun tu...


Kena rendam kaki dengan air suam... Bengkak yang melampau! Hate to see the leg like this... Kalau nak tahu, dua jari kat hujung tu masih belum boleh digerakkan! Haaa sudah, mati ke? Hopefully tak! Nak sedapkan hati maybe sebab still bengkak and I can't move them... Oh jatuh macam mana? Jatuh yang menjatuhkan air muka hahaha! Jatuh tersadung depan pintu yang macam ada apa tu aku tak reti nak bagitau... Itulah dalam kepala ada macam-macam benda berat dan sampah sarap yang aku pikir... Yang pastinya lepas jatuh aku terus bangun berdiri tegak control macho konon takde pape... Oh mamat or minah yang nak tolong bangunkan aku masa tu mungkin ternganga tengok budak perempuan ni dah jatuh tersungkur boleh bangun dengan berlagak tak pandang dia hahahaha... Budus malu la aku! Hehehe macam mak aku cakap, 'dah sakit kaki, tapi berlagak ok!'... Reason? Hehehe sebab aku malu nak pakai crutches tu dan taknak orang tolong pegang masa nak jalan... Biasa la orang berlagak memang macam ni hahaha!

So rahsia kehilangan saya dah terjawab, tak perlu buat laporan yer hahaha! Tolong doakan saya cepat sembuh! Sangat bosan tanpa boleh bergerak banyak... Semua plan kena cancelled... Hmmmmm....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile


Tuesday, September 21, 2010

Tudung Tudung

Edit Posted by with No comments
Remember I told you that day on weekend, hajat nak beli tudung tak kesampaian bila semua kedai masih tutup beraya...



Today, berjaya! Hehehe hasil shopping petang tadi... Sangat berpuas hati walaupun rasa belum cukup lagi bila tengok banyak yang cantik dan bergemerlapan hehehe... Okeh cukup untuk hari ni, nanti beli lagi hehehe... Tudung yang orange tu asalnya kosong aje awning dia... Tapi aku suruh dia letak beads sikit depan... Beads yang sebutir berharga RM0.50, RM1.00 dan RM1.50 paling mahal... Amik yang 50 sen sudah la kan... Just taknak nampak kosong sangat, I don't like all those yang ada heavy beading dah macam tudung orang planet aku tengok hehehe... Nak beli lagi nanti...

Sunday, September 19, 2010

Huummmphhh!

Edit Posted by with 2 comments

Tension aku hari ni.. Apa semua orang tak puas lagi berhari raya ke? Pergi cari tudung baru tadi tengok semua kedai kat situ tutup yer... Aku baru berangan nak pakai pergi kerja esok tapi frust ahkak! Kat situ je yang tudung sesuai dengan aku, dari color and anything laa...

Hari ni masih berjalan raya, hehe suasana raya dah kurang pasal kali ni i'm not wearing baju raya anymore... Tomorrow people will going back to work dan aktiviti beraya ni takde masuk senarai dah termasuk la aku! Entah la liat pulak aku nak menamatkan cuti bermood raya ni...


Takpe la, esok kita cuba lagi mencari tudung baru...

Saturday, September 18, 2010

Demam

Edit Posted by with 2 comments
Sekarang asal rasa nak demam aje aku takut dah fobia sangat! Semalam pagi-pagi bangun aku dah rasa lain macam, kepala dan mata sentap gila... Malam tadi dah rasa nak demam dan rasa demam tu mengingatkan aku macam mana peritnya masa demam awal kena denggi awal tahun ni... MasyaAllah tak terkata rasanya, aku tak boleh bangun dan berjalan langsung tanpa bantuan... That night juga abah dan ma datang amik aku kat Shah Alam...

Back to cerita demam, seawal aku kena demam denggi tu I got a feeling that I can't survived! Seriously aku memang terbaring, selera mati! Kalau makan dan minum pun jap tu jugak semua keluar balik... Macam orang sakit tenat pun ada, aku cuma dah pikir kalau aku mati its like aku tak sempat nak bertaubat apa semua... Dah masuk hospital pun aku lemah habis, aku tengok patient lain boleh aje berjalan sana sini... Aku kalau ma takde usung aku pegi mandi ke hape alamat tersungkur baring aje laa... Yer la dah aku sendiri dah ada problem! Hurmmm lebih seminggu aku terpenjara dalam hospital, huuh mentang la private yer selagi boleh korang kurung aku dalam ward tu, kalau doctor hensem takpe jugak ngeh ngeh...


Itu la sebabnya bila aku rasa nak demam aje, rasa fobia gila ah... Bangun tadi aku rasa demam dah kurang sikit, alhamdulillah...

Hantaran Buku

Edit Posted by with 2 comments

Sangat suka bila aku cakap kat dia, one of my hantaran nanti aku nak buku... Okeh dia langsung tak pelik yer because he knows my passion hehe... Mula-mula aku rasa macam pelik kan ada ke dibuat orang? Tapi aku rasa tak salah dan ikut suka hati laa kan.... Hehe nak meyakinkan aku tak jadi antara orang yang pelik berhantaran kan buku, saja la google dan jumpa kat blog sini tadi... So logic la, pernah aje orang buat... Kalau boleh saya takmo la sebuah aje kan, hehehe biarlah banyak sikit sekian terima kasih...

Friday, September 17, 2010

Thank You Dear!

Edit Posted by with 2 comments
Hello, duit raya saya yer daripada Mr Bubu... Comey sangat sampul raya dia yer hehehe... Yang penting isinya juga... Thank you abang hehehe... Since kerja, duit raya saya hanyalah dari dia saja... Harap sumber lain, takde! Dapat la cover sikit-sikit kemuflisan aku akibat hari raya hikhik...






Hehehe ini janji yang telah ditepati... Buat simpan duit raya yang saya dapat hehehe dalam mimpi la duit tu aku tak guna...

Tuesday, September 14, 2010

Can't Hear Youuuu!

Edit Posted by with 4 comments
"Dengar takkkkkkkkkkkkkkkkk??"


Aku letak, padan muka! Dia jerit kat telinga aku sebab masa dia called pagi tadi, line tak clear menyebabkan both of us jadi pekak... Tapi aku lagi pekak bila dia jerit macam tu... Aku letak padan muka... Memang dia tak tahu aku letak, maybe dia ingat line putus! Tahu pun call balik, aku tadi dah sentap muncung dua tiga depa dah nekad taknak call semula... Sebab?? Pekak telinga aku okeh!
Lari position gegendang telinga ni...

Malam baru realize aku sentapss! Huuuh pujuk aku watpe, pujuk gegendang telinga aku yang berair ni tadi hahahaha... Menjawab tu tadi cakap dia menjerit kat handphone bukan kat telinga aku, biasa tuuuu! Okeh maaf diterima dengan galang gantinya Baskin-Robbins yummyyyy!

Cuti Tamattttt!

Edit Posted by with No comments
Hari pertama bekerja selepas cuti berhari raya... Okeh, mood aku sekarang adalah ting tong, berotak tumpul, lemah tulang temulang, mata kuyu dan berpotensi untuk tidur pada bila-bila masa.... Huwaaaaaa! Hampir takde orang kat office hari ni, department aku ada 5 orang jer! Parking ko boleh pilih mana nak, parking depan pintu pun boleh.... Traffic sangat lengang yer siap boleh corner baring bus kat sebelah tadi, padahal dalam hati cuak jugak tak agak-agak nak merempit pepagi buta...

Suasana di highway pagi tadi membolehkan anda tidak sedar diri bawak kereta sambil berangan okeh! Opsss terberangan menyengih, sedar-sedar aje 'eh lori depan aku ni'... Tak kelakar okeh, itu bahaya... Hampir sampai hujan sangat lebat yer, jadi kelajuan terpaksa dihadkan sebab gua rabuuuunnnn hehehe!! Sampai juga saya di Shah Alam dengan selamat dan saya pun selamat dengan rasa liat nak mula bekerja... Macam tak puas bercuti raya tapi cuti kena simpan huhuhu untuk event yang mendatang ngeh ngeh! Ucapan untuk kawan-kawan yang masih bercuti, korang balik boleh tak??

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Saya

Edit Posted by with 2 comments
Macam mana raya u ols? Hehehe raya saya sangat meriah dan best... Pagi balik beraya di kampung dan petang tu terus berjalan raya... Raya kedua dan ketiga reunion hari raya di rumah aunty dan uncle saya... Sangat seronok sebab masa ni la kami semua dapat berkumpul, masa ni la jugak aku terkejut badak bila tengok anak-anak sepupu aku dah besar! Okeh memang la, takkan makin kecik kan?! Hehehe masa ni gua rasa 'eh nak baby sendiri jugak laa' hehehe... Pada Mr Bubu sila ignore keteringinan saya itu wahahahaha....



Okeh macam biasa, duit raya telah membuatkan saya bankrupt tahap kering! Mana tak pokai ahkak bila anak-anak cousin dah bertambah... Tak dilupakan juga duit raya untuk hero kecik saya lagi banyak dari orang lain hahaha... Aku rasa raya tahun ni meriah sebab dok berkumpul dan berjalan beraya secara berjemaah lalalala... Cuma yang tak bestnya, bila pipi saya akan naik gebu balik angkara lemang, ketupat rendang dan macam-macam juadah berlemak tepu!


Hehehe apapun, saya sangat happy yer! Walaupun telah diisytiharkan pokai dan diharapkan bantuan kewangan akan dihulurkan oleh bank kedua saya Bubu Bank hahahaha! Hehehe andai ini raya terakhir dengan title miss, aku harapkan raya tahun depan akan lebih bermakna walaupun tak dapat manja sebagai anak abah dan ma secara berlebihan dah hehehe... Dan aku berdoa semoga dapat diketemukan dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan...


Raya korang macam mana? Best?

Thursday, September 09, 2010

Selamat Hari Raya

Edit Posted by with 3 comments

Di kesempatan ni, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat, rakan-rakan blog dan buat semua yang mengenali (echeewah macam dalam radio!). Ampun dan maaf dipohon jika ada sebarang salah dan silap, terlanjur kata, terguris hati dengan tulisan aku dan apa jua khilaf yang telah aku lakukan dalam sedar mahupun tidak... Semoga Syawal yang tiba membawa seribu erti dan keberkatan buat kita semua, InsyaAllah...




Terimalah kad raya yang tak berapa nak cantik gua design ni... Hehehe tapi sebok jugak nak letak kat sini... Raya ni makan beringat yer hehehe maklumlah macam-macam juadah yang buat kita semua bertukar jadi raksasa lupa diri... Peringatan untuk diri aku jugak, nampaknya misi diet aku akan terganggu dan terbengkalai dengan jayanya di musim raya ni hehehe... Buat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin...

Selamat Tinggal Ramadhan

Edit Posted by with 2 comments
Hari ni genap 30 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa... Hari kemenangan buat semua yang telah berjaya menyempurnakan salah satu rukun Islam ini... Sedih meninggalkan bulan Ramadhan, tiba terfikir adakah aku akan bertemu Ramadhan yang akan datang? Masih diberikan peluang lagi ke untuk melaksana dan merasai nikmat bulan mulia ni... Aku sentiasa berdoa dan berharap semoga peluang tu terus diberikan untuk aku... Semoga kesihatan aku mengizinkan untuk aku terus bertahan...

Tiap kali meninggalkan Ramadhan rasa sayu sangat, terasa adakah sempurna amal, ibadat, keredhaan dan keberkatan yang kita dah sempurnakan di bulan mulia ni... Tapi aku bersyukur kerana tahun ni, saat ini aku masih diberi peluang untuk menyempurnakan bulan Ramadhan dan menyambut Syawal dengan keluarga tersayang...


Mungkin juga Ramadhan dan Syawal tahun depan dah raya berdua ek? Hehehe...

Budak Kedekut Saya

Edit Posted by with No comments
Okey, ini boyfriend kecik saya.. Dia ni aku buleh panggil Haji Bakhil Junior hahaha... Sangat loaded yer sebab saya adalah bank dia... Sangat mewah poket budak kecik ni sebab saya sentiasa akan menghulur duit/upah and whatsoever kat dia... Noted that duit raya dia boleh mencecah 1k bila raya... That's not what I'm going to tell you guys here... Alkisahnya aku menuntut birthday present dari budak kecik ni... Tahun lepas dia bagi aku handbag, my mom pilihkan, bayarkan... Bila sampai masa dia buat drama nak mengelat dari share bayar okeh! Tahun ni aku tuntut jugak, dia dah susah hati hahaha biasalah kedekut... Aku kata tak kira, murah pun takpe... Janji dia kena belikan hadiah untuk aku... Hadiah untuk dia bukan kata masa birthday, tak birthday pun macam-macam ko dapat dik oiii...!!


Okeh. Tadi keluar shopping dia ikut... Dia nak belikan aku hadiah birthday yer! Macam tau-tau aku suka menda alah kat sebelah ni... Okeh takpe.. Dia suruh aku pilih... Aku pilih, dia amik pegi scan harga... Rasa geli hati ada, geram pun ada.. Punya la takut mahal kan... Sekali dia scan dinosaur yang aku suka tu dan datang balik suruh aku pilih yang lain... Mahal katanya.. Omak aii ko berkira yaa..! Aku pilih second time punya pun dia reject... Last dia amik dua yang kecik suruh aku pilih mana mana satu antara dua yang dia tunjuk... Okeh takpe aku pilih jer la satu, dia pun tak gi scan harga dah sebab dia tau mende tu tak sampai sepuh hinggit... Ohh tidak nak meraung gua!


Ini dia birthday present saya dari adik bongsu kesayangan saya... Kecik tapi bermakna laa.. Bermakna jugak pada dia hahahaha kuang hasam...



Okeh, aku nak cakap yang ni... Ini tidak adil..! Dia bawak aku tengok-tengok toys dia lepas tu... Dengan muka kesian dia tunjuk aku apa dia nak... Tengok, betapa pemurahnya aku! Bezakan apa aku dapat, dengan apa dia dapat... Size sekali okeh...!! Dan yang pastinya double triple lagi mahal dari present aku yang dia berkira belikan itu... Last nya balik rumah aku jugak kena main 3D Snake and Ladder ni dengan dia! Sekian...


Monday, September 06, 2010

Birthday Gift From My Best Buddy

Edit Posted by with 2 comments
Today I got a surprise from my best buddy... Hehehe ingatkan apa la yang berbungkus pink di atas meja... Tertanya-tanya jugak sape la yang letak barang atas meja aku... Ada card atas beg ni, hehe rupanya belated birthday gift untuk saya... Shuke shuke shuke...



I got this cute little teddy... Hehe katanya dia tau aku
memang suka budak teddy ini..

Hehehe tepat! Memang aku obsess dengan teddy bear!
Like an apple kat atas topi dia tuu.. Cute!


Hehehe tenkiu Awin...

Hari Yang Kurang Sabar!

Edit Posted by with 1 comment
Aku bukan kata aku tak baik, tapi kurang laa... Tahap kesabaran aku di atas jalan raya sangat la tipis yer... Ada masa aku boleh kata baik laa, ada masa aku akan jadi sangat agresif... Bukan apa, malas nak bagi muka sangat sebab orang selalu ingat lady driver ni lembab dan seangkatan dengan itu... Sorry sikit ek! Ahkak takdenya nak mengiakan statement tak waras tuu..! Tapi walau kurang sabar, peraturan jalan raya tetap aku ikut echewaah...

Bukan nak kata kaum lelaki je, perempuan pun sama tak agak-agak nak memunya jalan raya tu.. Macam diorang bayar cukai jalan tu lebih daripada orang lain... Tapi kalau dapat dengan aku sorry laa, aku akan pastikan what you give you get back hahaha! Macam insiden pagi tadi bila sekor orang utan ni, tiba-tiba jer keluar melulu dari simpang roundabout tu sedangkan aku dah bagi signal yer yang aku akan masuk kanan... What the fish yang ko nak meluru keluar macam cheetah tu..?? Memang aku laju sebab itu jalan aku, I would think that he can understand bila aku dah bagi signal awal-awal... Defensive driving?? Yaa off course kalau tak aku dah cium kereta dia! Haaa mendapat laa hon yang maha panjang di pagi hari daripada aku yang dah bertukar jadi nenek otromen... Sampai ko hilang laa aku akan hon memalukan ko..! Aku jahat?? Hahaha tak heran, jangan bagi muka sangat kat orang yang tau bawak kereta aje, tapi peraturan jalan raya jahil...
Kurus pahala puasa aku marah-marah! Apapun buat yang memandu balik raya ni termasuk diri aku sendiri, berhati-hati di jalan raya...

Sekian, episod lepas geram...

Sunday, September 05, 2010

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Edit Posted by with 3 comments
Tagline aku semenjak dua menjak ni adalah 'rezeki tu ada di mana-mana'... Bukan apa, kita kena yakin yang rezeki tu atas izin Allah... Kalau dah tertulis sesuatu tu bukan rezeki kita, buat la macam mana pun kan tetap bukan hak kita... Kadang rezeki tu kita panggil rezeki terpijak, durian runtuh gitu... Ada jugak rezeki tak semena-semena... Ikut kamus aku means rezeki tu tidak berbau... Hahaha bukan mengepau tapi macam aku cakap, rezeki yer... Semoga tangan yang memberi itu dimurahkan rezeki olehNya... Dan semoga aku termasuk dalam perkongsian rezeki itu...

"Abang, belanja tudung!
Ayg nak beli tudung hari raya..."
"Berapa?"
"RM**
* hehehe..."
"Tudung apa tuuu mahal camtu..?"

"Tudung mangkuk hehe, nak dua...
"
"Okey la approve!
"
"Yahoooo..!!
"

See, aku tak sengaja mintak dan tanpa sengaja juga aku dapat... Dapat la aku berhari raya dengan lebih comel bersama tudung baru... Tak lengkap rasanya baju raya baru tanpa tudung baru kan?? Bukan tak buleh beli sendiri, saja nak manja hahaha dia pun kena practice hari raya dengan aku nanti bueekk... Dan sebenarnya hutang kuih raya aku banyak lagi ni nak dilangsaikan paham? Bila aku nak habis mengomel pasal budget melampau kuih raya ni??

Sampai Hati

Edit Posted by with 4 comments

Apa yang paling akan buat aku cepat melatah adalah bilamana menatang BlackBerry aku ni tidak berfungsi atau tiba-tiba aje ada problem... Semalam memang gua rasa nak amuk bila tiba-tiba dapat message suruh aku buat immediate payment as my line may have been barred...!! Kepala hotak dia berjambul, aku baru je bayar bil pastu tak sampai la seminggu tiba-tiba dah exceed credit limit balik... Lepas je dapat message tu, dan dan la terus kena barred ye line aku.. Memang menguji kesabaran nak berhari raya ni ko suruh aku spend banyak bayor bil... Ko tak tahu ke kuih raya aku ni tak abis collect lagi bermakna hutang kuih raya ada banyak lagi biol..! Nak taknak semalam aku bayar la thru online payment... Korang memang dengki sengaja nak menambahkan hutang aku kan, dan aku tau tu semua hidden charges yang entah kali ke berapa aku bayar! Demit!


Friday, September 03, 2010

Hitam Putih Kehidupan

Edit Posted by with No comments

Hahaha jeng jeng jeng mempersembahkan........baju baru saya yang berwarna hitam dan putih kehidupan... Beli dan pakai esoknya jugak hahaha sebab nak bergambar hari raya for jabatan... Oh how sweet bila semua tadi wear black and white... Jalan ramai-ramai aku tengok dah macam tahik cicak aje hahahaha... Takpun ada rupa nak perform lagu Black & White, MJ... Ada yang macam peguam, ada yang rupa lebai hikhikhik... Hari ni sangat best posing ala-ala model takde sijil, iye la masing-masing ada bakat jadi model tapi tak cukup tinggi hahahaha (yang cakap tu pun ketinggian diragukan!)... Hahahaha yang paling aku nak berguling tadi lepas tengok video yang kami rakam wishing selamat hari raya tuu... MasyaAllah, macam-macam aksi hancur semuanya... Sorang macam ni, sorang macam tu... Dah macam wish raya dari perantauan pun ada..! Belasah la kan, asal kami bahagia... (Nota: gambar korang pergi tengok dekat facebook laa haha)

Oopss before I forget, isu baju ini mendatangkan perbincangan serius di antara saya dan dia... Kata dia, dah kawin nanti sorryyyy nak pakai baju yang transparent gituuuu...! Okeh, menurut perintah (read: sian saya)

Thursday, September 02, 2010

Kuih Raya

Edit Posted by with No comments
Keghairahan merasa sample biskut raya sebelum puasa hari tu, telah menyebabkan duit raya aku bersepai begitu aje bila tanpa sedar semuanya mencecah ratusan hinggit..! Masa merasa bukan main sedap lagi, tunjuk itu tunjuk ini... Dah aku telan kuih sample tu dua tiga ketul takkan taknak order kan kan? Pastu semua kau order yer! Bila order sampai diri sendiri naik confused, 'aku order eh kat kau kuih raya?'... Hahahaha silap-silap makan penampar dulu dek tukang jual sebelum dapat aku makan kuih hahahaha... Sumpah aku tak pernah beli kuih tunjuk sebanyak tahun ni sebab aku memang akan buat kuih sendiri, every year without missed..! So ni apa cerita, kuih belum buat yang dah beli sikit punya banyak.. Takkan taknak buat kot tahun ni, rasa tak complete tanpa kuih raya dari saya hehehe... Ini pun ada lagi order yang on the way, memang naya aku kali ni... Eh itu belum kira cake dua tiga jenis ahkak tempah ni! Hurrmm kuih-kuih yang dah dapat tu adalah lebih selamat aku tinggalkan kat office, takut nanti kalau bawak balik rumah aku jadikan kudapan aje hahahaha...



Masih pikirkan kuih apa nak buat... Tak best sikit tahun ni, sebab time buat kuih nanti saya masih berpuasa... Paham tak paham tak? Hehehehe...

Wednesday, September 01, 2010

Tadaaa New Template!

Edit Posted by with No comments
Dengan ini mengumumkan blog saya telah berubah rupa, bukan kerana botox tapi telah ditukar kepada template yang lain... Harap takde yang tertanya-tanya or terkejut ingat salah masuk blog lain yer! Kenapa tukar template lain?? Entah saja nak berubah hangin kot... Saja godek-godek blogger templates dan banyak yang saya suka tapi lebih kepada template yang ganas-ganas... Boleh? Hahaha jadi untuk tak mengecewakan atau membuatkan template yang ganas itu dengan muka saya yang lemah lembut (baca dengan sabar hihi!) ini nampak tak kena jadinya saya telah memilih template yang agak munge-munge cinta sikit, nampak feminin laa sikit walaupun dah tanya hero kecik tadi dia lagi suka template lama... Tapi macam betul-betul nak rasakan perubahan sikit...


Lama ~ Isabela



Tadddaaaa baru!

Sok-sok kalau rasa ayu sangat template ni, saya tukar yang ganas yer takpun kembali kepada yang asal... Yang lama aku suka sebab background dia putih, so aku rasa senang nak membaca kan? Cuma dia 3 columns buat macam agak crowded sikit, kita cuba yang baru aku ni background for blog post masih white in color dan 2 columns saja... Belasah laa kan...