Please add a disclaimer for affiliate links here.

Happy New Year 2011


Muaaaaahsss thank you to team Malaysia! Hehehe dapat jugak cuti hari ni dan sambung kerja-kerja mengemas yang memenatkan haihh dengan gigi yang buat hal lagi... Kalau harap amik cuti memang tak ada harapan la. Bengang betul niat pagi ni berkobar-kobar nak kemas barang tapi sesubuh gigi aku dah start menyeksa macam bahangang okayyy!


Tinggal sikit sangat aje lagi nak bawak dengan kereta, cuma tinggal perabot yang besar aje nak diangkut dengan lorry.


Now waiting for him to come and fetch me. Bukan nak sambut new year pun, hehee aku nak tengok kak limah malam ni hahaahaa dan macam biasa setiap 1hb we celebrate the anniversary, new year tu kira dalam package aje la.


So selamat tahun baru semua. Semoga tahun baru membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan untuk kita semua. Apa azam tahun baru?

Introducing Dinding Aje Dulu Eh....

Gambar dinding dengan siling rumah dulu laa ye.

Yang penting nak tunjuk siling rumah yang cantik itu hehehe walaupun gambar ni masa kipas tak pasang lagi... Lain-lain sudut rumah kena la tunggu barang dah masuk dan dah berkemas bukan macam tongkang pecah...


Apa la aku nak letak kat hall yang agak luas ni... Idea untuk menghias ke or nak menambah itu ini haruslah ditangguhkan sampai bulan depan, banyak betul yang keluar dari yang masuk bulan ni haihhh laa...

Finally It's On Bebeh!


Yeahaaa it's our first gathering!

We will meet at Shah Alam tonight... It should be call as mini gathering hehe because there will be only 7 of us attending. Ooo yaa saya la organizer gathering kali ini hehehe hebat tak? Mulanya rasa macam memang tak jadi, ye la bila sorang propose the date yang sini tak dapat. Propose another date, yang sana tak dapat. Biasalah masing-masing dah ada kerja dan life sendiri yang tak dapat nak dielakkan, maka aku pun terdiam sekejap hari tu hahahaha macam frust jugak laa.

Finally idea untuk buat the part 1 gathering ni aku proposed aje satu tarikh, and siapa yang available boleh join. Yang lain-lain nanti kita buat another part hehehe kan ke bijak tuuu... Haiiihh bini sapa laa ni hehehe...

Okayy nanti saya update the IS223 Mini Gathering Part 1 hehe..

Ouch Ouch Ouch!

Wahhh pagi ni terjaga bukan sebab alarm or apa, sebab gusi aku tung tang tung tang sakit...! Rasa macam surrender pun ada, pepagi nak kena nangeh ke bangun... MasyaAllah sakitnya... Pipi aku ni dah siap bengkak sebelah lagi! Cabut ke tak, cabut ke tak? Ikut rasa geram memang aku nak buang aje gigi durjana ni, kan kan bahse dah hancur sebab sakit gigi. Sape entah bagitau aku sakit gigi ni adalah yang ketiga sakit selepas sakit di saat kematian dan sakit bersalin. Okayy cukup dah membayangkan betapa menderitanya aku bangun pagi ni dan tidur balik dalam keadaan duduk dengan pipi sebelah kena sendal dengan bantal, nak reduce kan rasa sakit macam bangang laaa!

Pagi ni nak pegi jumpa orang nak settlekan masuk rumah baru... Hope everything will be fine jangan banyak hal sangat kang aku tak pasal-pasal hangin sebab gigi.. Kalau settle, hari ni nak angkut sikit-sikit barang aku yang dipackingkan semalam (tengah malam okay, masa gigi stop kejap berdenyut) ke rumah baru. So masa new year nanti lori boleh angkut semua barang-barang berat aje.


Oh he's coming back today yahoooo.... Eh macam nak buat-buat merajuk buleh ke? Hahaha mengada.

Sampai Hati Kau Gigi

Sorry, cerita gigi tak akan habis selagi aku menderita... Musnah plan aku hari ni nak mengemas dan packing barang untuk pindah as dari malam semalam gigi aku non stop berdenyut haiiihh gila betul! Berdenyut yang terlampau sampai sebelah kepala ni aku rasa nak angkat pun payah, takpe sampai hati... Ingat bangun pagi ni ada reda sikit, lagi double the pain ada laa. Awal dah bangun telan painkiller lagi, dekat sejam baru la rasa lega itupun aku sambung tidur aje.

Wah penangan sakit gigi kali ni memang Tuhan aje yang tahu. Satu apa kerja tak menjadi, rasa nak mengamuk pun ada tapi salah sendiri. Aku belum ada keberanian nak menyerah diri kat dentist, apa tidak malam mimpi ngeri pasal dentist... Nasib laa gigi.


Here, Without You...

Sunyinya dia tak ada... Rasa empty pulak hari-hari saya echewaah sentimental aku! Serius sebenarnya aku memang laa tak pernah dok dekat dengan dia. Sorang sana, sorang sini. But we still contact each other every single day without missed! Macam tak pernah la pulak sehari tanpa aku tahu apa dia buat dan sehari tanpa bercakap dengan dia...

He had a family trip to Myanmar... Memang dah activate dah roaming dia but they had already tell us that kat sana memang tak akan dapat line laa! Mula-mula aku kata
eh takpela abang, orang okayy je bukan lama pun 4 hari aje kan... Sekali hamik kau, mula menggagau tak cukup kasih sayang huahuahuaa... Masa mula dia sampai sana dapat la message dengan aku guna BlackBerry Messenger itupun sebab entah siapa punya line wi-fi dia dapat tapi dah remind aku kalau tak dapat pasni kena paham-paham laaa... Huuuaaaaa masa dia called kat airport tu pun sebenarnya gua dah cuak dalam perut rasa macam janji aku boleh bertahan kat dia tuu semua tak boleh pakai hahahaha...


Okaayyy i'm here without you dear, ni siapa nak dengar luahan hati saya yang sakit gigi ni dan nak mengadu kepenatan saya kemas barang nak pindah... Esok dia balik, yessss! Lamanya rasa tunggu esok... Yeaaa waiting for Mr Fiancee dengan ole-ole dari sana lalalalala...

Yes or No??

Okayyy ke tak kalau tukar housing BlackBerry saya tu to white colour... Nampak macam cun jugak eh? This is all his idea, ada aje apa-apa suggestion yang melibatkan suruh tukar handphone laa, promote itu ini hahahaa... Bila aku cakap taknak membazir dia kata nak sponsor pulak hahaha habis tu perlu ke rezeki tu ditolak? Hahahaha so aku pun menjalankan survey nak tengok BlackBerry with white housing, mantap jugak hehehe... If black nampak smart and elegant tapi kalau white ni nampak nice la jugak ala-ala cuteezzz hihihihi!

Hmmm sedang memikirkan yes or no!

Okayyy It's Horrible!

Masih suffering of horrible toothache! Rasa dah tak tertanggung tapi aku tak boleh nak paksa diri pegi dentist huaahuaa... Tak tercerna dek akal aku nak kena inject bius kat gusi ni haaaa nasib laa tanggung derita macam ni. Makin melampau rasanya denyut dia sampai ke telinga dan kepala. Hari ni aje aku tak tahu berapa biji painkiller aku dah telan, memang tak sesuai dengan condition aku makan painkiller lebih lebih demmmm!

Lunch tadi tak makan pun, terpaksa tidur sebab mata dan kepala dah rasa tak boleh nak accept the pain. My colleague kata dalam masa yang tak sampai sejam tu aku tidur sangat lena, okaayyy itu maknanya kesakitan aku memang terlampau. I'm afraid to tell him, confirm aku kena basuh cukup-cukup...


Back home from work tadi, had my dinner telan painkiller lagik dan aku tertidur with the horrible pain... Now sudah jaga sebab effect painkiller dah habis.


Should I have one, again? Please give me a good reason ermm I mean supportive words so that I would be brave enough to surrender myself to the dentist... :(

Tolong Kemas Boleh?


Sedang sibuk membuat pencarian kotak...! Hahaha yeke aku sibuk cari, aku sibuk call sana sini mintak kotak ada laa wakakaka... Tadi baru dapat sekotak aje itupun tak sebesar mana tapi okay la rezeki kotak pertama aku hehehe... Lepas ni aku rasa malas laa nak cari kotak free, aku tanya aje laa kat kedai runcit belakang rumah ni ada ke tak kotak... Taknak kasi free pun takpe, gua bayar janji kotak kena yang big big size.

Barang-barang aku bukan macam barang orang bujang hahahaha! Mau pengsan aku nak mengemas ni dalam masa yang sangat suntuk, mampuihhh! Kalau perangai suka simpan khazanah lama lagi la naya huahuahuaa... Saya terfikir ni sama ada nak cari bibik sorang tolong packing dan kemas or saya campakkan aje barang dalam kotak tanpa kemas. Baju yang dalam 2 wardrobe tu gulung-gulung campak dalam kotak! Boleh?


Excited untuk moving out, tapi malas nak mengemas la...


Sakit Gigi Datang Lagi!

Menderita sakit gigi... Dari last week lagi tapi still macam boleh control dan tahan! Ini macam tak tahan lagi, ngilunya rasa gusi dan gigi ni... Panadol toksah cakap laa berapa banyak aku dah telan, telan aje tido! Nak dapat rasa tak sakit langsung tu punya la payah, tengah tido pun ngut ngut ngut! Nak makan pun kompem memang no selera, mana tidak kena aje gigi lagi laa gusi tu berdenyut-denyut... Ya Allah, hilangkanlah sakit gigi ni... Rasa nak ke dentist tu tak ada lagi laa kot, rasa takut mengatasi rasa sakit gigi ni haaa... Esok kalau dah pipi pun bengkak dek sakit ni mungkin laa aku menyerah diri di mana-mana klinik gigi berhampiran huahuahua!

Today nothing much to do... It's like I sleep all day long, rasa mabuk penat baru balik Melaka tak hilang lagi. Bangun aje bukak mata rasa nak tutup balik so layankan aje... Dok sorang gua nak buat apa pun. Mengemas-mengemas sorry la hari ni, tak sampai 2 minggu aku nak pindah rumah lagi so kirim salam laa aku nak kemas-kemas hahahaha!


Ehh episod pencarian kotak bermula lagi... Anyone nak tolong saya pindah?? Hehehe meh meh.

Jalan-Jalan Melaka!

Actually percutian ni dirancang mainly untuk ke rumah my mother in law hehehe... Jemputan sesi membalas lawatan la kiranya... Tapi yang pergi mak aiii ramai okayyy! Lastnya jadi macam family trip jugak laa... But we really enjoyed the moment even rasa macam 3 hari tu mana nak cukup keliling Melaka.



Muka gedik nak pergi rumah mother in-law, on the way ke Melaka with the families...Ramai tau! Ala-ala rombongan cik kiah.

Malam dibawa ke Melaka River Cruise naik cruise VVIP lagi..!

Excited nak pergi tengok boye! Boye darat dah selalu tengok dah huahuahua...


Sebelum balik that day, naik Taming Sari.. Haaa tak sah la kalau pergi Melaka tak naik kan. Sedangkan ada orang tuu tak naik lagi ceett buat malu company aje hehee... Malam makan kat Umbai. Ni satu lagi tak sah kalau tak pekena ikan bakar and all the seafood there! Memang laa dah sampai beratus kena sekali makan huahua tapi berbaloi laa sebab best! Sampai kan dekat Umbai takde satu gambar pun aku hamik, ni semuaa melantak punya pasal hahahaha...

For The Rest of My Life, I'll Be With You...

Enjoy the pictures! Hehehe memory remains forever.... And may all our dreams come true, amin...


Thank you for the lovely ring darling!


For me...




Ada ke mak andam kata macam Rozita Izlyn... Hehehe aiyaaaaa!


Posing jangan tak posing!





Hehehe I like this one the most... ;)

Yeahaaa cheeseeee!

Kuku Oh Kuku!


Hmmm frust betul saya tak dapat buat manicure! Menyesal tak buat kat KL aje hari tu... Konon nak tunggu dah dekat baru nak buat last nya langsung tak dapat... Ingatkan dah namanya Spa mestilah boleh buat manicure ni, end up frust sendiri sebab takde! Macam pelik la pulak, hampir semua tempat yang saya masuk memang takde... Aikk tukar la jangan letak spa, sepak kang baru tau! Huhuhu gilap sendiri aje la kuku, mana nak sempat lagi... Itulah suka lagi bertangguh, habuk pun tarak!


Nak buat body scrub treatment macam taubat pulak, last sekali buat esok terus demam. Okayy sekian, saya nak pegi scrub sendiri badan wakakaka!

Selamat Pengantin Baru Wahai Adikku!

My brother are now married! Goodbye la to your zaman bujang wakakaka! Hehehe majlis akad nikah was on December 4, 2010 and majlisnya the day after... All those pictures here was taken on the day of majlis akad nikah, masa majlis kenduri tadi saya sangat sibuk makan dan menyakat anak sedara jadi terlupa untuk snap photo hehehe nanti kita mintak camera man laa kan apa guna bayar dia hehe... Enjoy the pictures!


This is my brother.... Isshhh ko ni, dulu kecik-kecik kawan gusti aku! Dah kahwin dah... Ingat dik, walau dah kahwin keluarga masih di bawah tanggungjawab ko! Sok sok aku dah takde, ko la harapannya...


Okayy dah berapa ramai betulkan sampin ni aku dah tak masuk campur wahahaa! Semuanya tidak professional kihkihkih... Sila jangan menggunakan khidmat mereka...



Aku berjaya menakutkan dia! Hahaha cuak ko aku kata tok kadi karang tanya ko soalan macam-macam... Ko tak jawab dia tak bagi nikah! Wahahaha berpeluh lalalalala...


Ini sampel hantaran gubahan sendiri okayyy!


Muhammad Azhan Sufi... Remember him? Dah besar kan?
He's so adorable and friendly!


Dah sampai yeeeeaaa, dah sampai yeeeeaaa!



Hahaha ini la masa budak kecik tu nak balas dendam kat abang dia yang kuat menyakat selama ni hahahaha good good! Dia dok depan tu semata-mata nak tengok muka abang dia dekat-dekat dan nak gelak-gelak tengok muka pengantin yang cuakk depan tok kadi! Ramai yang cakap tok kadi handsome hehehe... No comment, karang ada orang marah hihihi... Okayy la, sah dengan sekali lafaz! Frust adik aku yang kecik tu wahahaha!


Apa kes malu-malu? Lempang karang nak? Malu konon hahahaha!

Hahahaha habis muka aku tak payah masuk ke? Hehehe masa ni diorang sesat nak cari umah auntie aku as nak berkumpul kat sana! Okayy aku bila bab dah sesat or salah jalan baik aku diam, baik snap snap gambar... Kenapa? Sebab aku laa yang tunjuk jalan sampai boleh sesat tuu wahahahaha!

Okayy kita nantikan laporan minggu hadapan majlis bersama-sama, lintas langsung dari Perak hehehe...

Mood Poisoning Day!


Hati dah la tengah hot! Jammed pulak macam ni bertambah-tambah la bengkak hati saya... Semua orang jadi kurang sabar, tapi saya jadi superb kurang sabar! It is too personal to tell you, but it is really hurting me so much inside... Mengadu aje kat dia tadi, sebelum sampai ending saya sudah hujan lebat huhuhu!

Eh baju saya siap tak ni?? Wahai mak andam ku, jangan la tak siap baju saya on time! Tiba-tiba mood panic datang tanpa sebab ni, buat andaian macam-macam... Rasa macam baju tak siap la, itu ini laa... Ke instinct yang betul? Hopefully everything will be okayy and run smoothly, amin...

Drive In Peace


Hari ni takde konvokesyen jadi jalan sangat laa lengang dan menenangkan! Kalau tak jangan harap yer, aku keluar la awal macam mana pun tetap bersusun jugak kereta… Kalau roundabout kat depan main gate tu lagi bersusun ko nak masuk! Time macam ni la semua orang jadi kurang sabar dan tak waras, aku rasa nak pecahkan lampu signal diorang sebab biol sangat tangan tu taknak bagi signal! Even hari ni takde konvo aku keluar awal jugak sebab takmo parking jauh, nanti sian kaki aku… Kalau bab parking aku sanggup bangun awal nak chooppp dulu tempat best wakakaka tak senonoh betul!

Eh apa masalah dengan Internet ek sekarang ni? Baik pakai broadband kat rumah atau blackberry aku ni memang speed adalah sangat lalok okayyy! Kejap-kejap broadband disconnect, atau tiba-tiba aje jadi lambat nak mam... Aku dah banyak sabar dah ni! Haaaaa aku ni dah la pengguna yang setia! Line phone pun sama, tiba-tiba kang hilang 3G network terus tukar jadi GPRS aje... Ke area aku aje macam ni, agak-agak la dah lebih 2 minggu macam ni... Hangin hangin!

Jom Derma Darah!

Tadi dengar kat radio pasal derma darah... Korang taknak pergi ke menderma untuk tabung darah negara? Pergi laa ramai-ramai! Aku kalau boleh dah lama dah pergi... Aiikkk takkan takut jarum kot?

Once upon a time, echewaah aku memang rajin derma darah ni... Hehehe asal ada kempen aje aku jugak la menyebok nak pergi, tapi aku heret sekali orang-orang terdekat contohnya kawan-kawan masa kat Dungun dulu wahahaha! Bukan mati pun derma darah, dapat tolong orang lagi ada laa... Actually nak derma ni tak payah tunggu masa ada kempen aje, anytime!


Untungnya jugak selalu join ni, is that aku memula dapat tahu about my disease exactly time ni... Diorang yang noticed my blood pressure is always high, bagi la rehat sejam pun tang tu jugak la reading dia... Ada la dalam 2 kali aku nak derma tak boleh, then they asked me to go and have a checked up at the clinic... See, bukan nak kata tapi kalau kita niat nak tolong orang insyaAllah dilorongkan jalan untuk kita dengan cara yang lain... Eventhough knowing that we're sick but it's better to know and get a cure kan? Dari dah teruk baru nak sedar...


Haaa jom pergi jom! Tak sakit laa, cabut gigi lagi sakit!