Please add a disclaimer for affiliate links here.

Allah Tidak Menjanjikan Hidup Ini Tidak Pernah Susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil dia memandu perlahan-lahan dia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil tadi dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita?

"Apa ni? Siapa awak? Dan kenapa awak berada di sini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki. Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?" jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf. "Saya minta maaf pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, dia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, dia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya, dia cedera dan dia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda itu hanya melihat dengan sayu, anak kecil itu menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
Moral of the story:

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Dengue Shock Syndrome

Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children.

Signs and Symptoms

The initial stages of an uncomplicated dengue infection consist of fever (up to 105 degrees Fahrenheit) and severe headache, which can also be accompanied by other symptoms such as chilliness, nausea and vomiting, rash, backache, and severe muscle ache. As the infection progresses into dengue hemorrhagic fever (DHF), the blood and lymph vessels are damaged and bleeding (hemorrhage) from the nose, gums, or under the skin creates purplish bruises. Dengue shock syndrome (DSS), the most severe form of dengue fever, includes all DHF symptoms, as well as its own symptoms. Initial signs of DSS include restlessness, cold clammy skin, rapid weak pulse, and narrowing of pulse pressure and/or hypotension. The more dangerous symptoms include abdominal pain, massive hemorrhage, and circulatory collapse. The most threatening symptom of DSS is circulatory collapse, also known as shock, and it occurs due to the massive loss of fluid between the third and fifth days of illness.

Risk Factors

There are multiple risk factors to acquiring dengue shock syndrome. Mosquitoes are the main transmitters of DSS. Once the aedes albopictus or aedes aegypti feeds on an infected individual the mosquito carries the disease for its entire life. The infected mosquito then feeds on another individual causing them to be infected. However, the most repeatedly seen causes of dengue shock syndrome are the four different dengue virus serotypes (set of antigens with the same characteristics). Each of these serotypes has the ability to initiate dengue shock syndrome. Another general risk factor is geography. Southeast Asia, Africa and the most southern parts of the United States are the most prevalent places to acquire the dengue viruses leading to DSS. Furthermore, dengue shock syndrome has been frequently noticed in children under the age of 10. Dengue can be obtained through the genetic predisposition of the person or passed from mother to baby.

The dengue virus serotypes are named dengue type 1, 2, 3,and 4. The four serotypes are extraordinarily similar, but have different strains of dengue virus. If an individual is infected with one serotype, then s/he has immunity to that virus. However the immunity applies to only that virus not to the others. Exposure to one serotype, in fact causes the individual to be more susceptible to dengue shock syndrome. The immunity produces specific antibodies to prevent the virus from attaching to the macrophage cells, which is the target cell that dengue viruses infect. If an individual is infected with a second serotype of dengue virus the body’s immune system will trigger, thinking that it is the serotype of the first infection. The antibodies attach to the serotype, assuming they are doing their job, however the virus still exist and continues to infect the person. This condition is known as antibody dependent enhancement. The person persists to be infected resulting in dengue hemorrhagic fever and dengue shock syndrome.
Source : Uncle Wikipedia

Mari Smackdown




Penah tak korang rasa nak buat macam yang di atas ni???
Aku penah dan tadi ada la rasa...
Tapi sebab aku sabar, kiranya tak jadi seperti gambar di atas..
Yang berseluar merah tu akhirnya lompat ke belakang...
Lari-lari masuk bilik terjun atas katil..
Nangis-nangis pastu tido....
Takpun yang berseluar merah tu yang tergolek kat bawah tu..
Tunggu masa untuk di smackdown..
Hahaha ada hati nak smackdown orang... Macam kuat!

Tak Seindah Disangka


Waktu ni jam 3.48 pagi... Tadi lepas makan panadol dan ubat batuk seawal jam 8.30 malam aku dah tadaaaaaa pengsan sampai la ke waktu ni... Sedar-sedar je terus bangun tegak macam hantu dalam cita cina tuu... Buleh la pulak dah bangun terus pegi mengadap laptop ni...

Demam ni aku rasa demam terkejut dengan macam-macam benda yang aku dapat tau hari ni... Terus terang, aku kecewa... Manusia yang aku kenali luarannya seolah-olah bersikap sempurna, alim akhirnya menikam aku dari belakang.... Manusia, manusia... Aku sangkakan keperibadianmu tinggi, akhlakmu jitu tapi apa yang dilihat di luar rupanya tak seindah yang disangka... Mulanya kenyataan tu aku terima dengan hati yang marah dan kecewa, tapi mujur la aku mampu berfikir rasional kerana hidup aku sebenarnya dah biasa dengan kejutan... Dan akhirnya aku berpegang pada prinsip 'ada aku kesah'... Biarla, walau apapun yang dibuat pada kita terima je dengan hati terbuka... Itu mungkin dapat menjadikan kualiti hidup kita lebih baik dari semalam dan lebih sempurna untuk hari ini... Lagipun kalau gua pikir lebih sangat kang pressure naik pastu gua goal dulu nak watpe.. Kalau pressure dah naik dan akibat darah yang terlebih suhu ni kang menyebabkan gua pegi pelempang dan smackdown orang itu tak ke naya... Hahaha sempat tu pikir!

Kejutan-kejutan lain biar jadi rahsia...

Din Beramboi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak....


Sumber : Berita Harian




Dari Dia kita datang, dan padaNya juga kita kembali... Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi seorang lagi insan seni yang telah pergi dulu menghadap Ilahi... Jenakanya bersahaja, ideanya spontan yang pastinya membuatkan kita tak kering gusi... Pemergiaannya pasti satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air... Takziah untuk keluarga beliau..



Semoga roh mu dicucuri rahmat...





Nasi Lemak Ayam Berempah




Yummy yummy.... I know its sound familiar for Nasi Lemak Ayam Berempah... Hehehe sangat best! Tak bleh la makan hari-hari kan, but sekali rasa pasti nak lagi... Try la, memang superb! Its sweet spicy sambal tangkap syahdu, hehehe... Nanti nak try la masak ayam berempah! Sebelum ni aku penah cuba jugak la, ayam tu digaul dengan bawang yang dah dikisar dan kemudiannya diperap dengan serbuk kari.. Tu gaya orang malas la kan... Tadi google recipe ayam berempah ni aku rasa buleh jadi lagi sedap... Aku try nanti ek!

Leptospirosis


Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi bakteria leptospirosis yang menyerang haiwan dan manusia. Bakteria ini berbentuk spiral dan dapat hidup di dalam air tawar selama lebih kurang satu bulan.


Cara penularan



Manusia mendapatkan jangkitan bakteria leptospirosis melalui sentuhan dengan air, tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan pembawa leptospirosis. Bakteria masuk ke dalam tubuh manusia melalui selaput lendir (mukosa) mata, hidung, kulit yang lecet atau makanan yang terkontaminasi oleh urin haiwan pembawa leptospirosis. Masa inkubasi dari bakteria ini adalah selama 4 – 19 hari.



Gejala Peringkat Pertama


* Demam tinggi, menggigil

* Sakit kepala

* Lesu/Lemah

* Muntah

* Konjungtivitis (radang mata)

* Rasa nyeri otot betis dan punggung

* Gejala gejala di atas akan dirasai antara 4 – 9 hari


Gejala Peringkat Kedua


* Terbentuk antibodi di dalam tubuh penderita
* Gejala yang timbul lebih pelbagai dibandingkan dengan peringkat pertama
* Apabila demam dan gejala gejala lain timbul, kemungkinan akan terjadi meningitis
* Peringkat ini terjadi biasanya antara minggu kedua dan keempat

Komplikasi leptospirosis


* Pada hati : kekuningan yang terjadi pada hari ke 4 dan ke 6
* Pada Ginjal : Gagal ginjal yang dapat menyebabkan kematian.
* Pada Jantung : Berdebar tidak teratur, jantung membengkak dan gagal
jantung yang dapat menyebabkan kematian mendadak
* Perdarahan karena adanya kerusakan pembuluh darah dari saluran pernafasan, saluran pencernaan,ginjal, saluran genitalia, dan mata (konjungtiva)
* Pada kehamilan : Keguguran, premature, bayi lahir cacat dan lahir mati

Pencegahan

* Menyimpan makanan dan minuman dengan baik agar terhindar dari tikus

* Cuci tangan dengan sabun sebelum makan

* Cuci tangan, kaki serta bahagian tubuh lainnya dengan sabun

* Menjaga kebersihan lingkungan

* Menyediakan dan menutup rapat tempat sampah

* Membersihkan tempat tempat air dan kolam kolam renang.

* Menghindari adanya tikus di dalam rumah atau gedung.

* Menghindari pencemaran oleh tikus.

* Meningkatkan penangkapan tikus .