Please add a disclaimer for affiliate links here.

Happy Weekend!



Hello peeps! Happy weekend....

Buat apa weekend ni? Mesti sibuk jalan-jalan kan... Not for me this weekend sebab tak ada siapa nak bawak ehem ehem orang itu sibuk berjalan!


Weekend ni penuh dengan acara bergolek-golek, berehat-rehat dan tidur... Sabtu aje saya lepak kat office untuk settle kan kerja-kerja yang termampu. Best jugak sekali sekala weekend macam ni... Full of rest, lepak-lepak, masak-masak dan yang paling penting dok sendiri tanpa gangguan-gangguan orang-orang yang tak best! Hehehe masak simple aje pun, tak kuasa pulak rasanya nak telan sorang-sorang aku nak hidang ayam golek hahaha.


Syok abis melepak tengok movie macam ni, melekat aje mata depan laptop! Habis satu movie aku tidur, bangun makan pastu sambung balik hahahaha bahagia! So DVD semua tu kat atas adalah ehsan jiran sebelah rumah merangkap best friend saya dan jugak DVD dari kawan saya pinjam kat office Sabtu hari tu... Dengan ucapan 'usop, DVD kau bagi kat aku ni tak buleh tengok laaaa! Semua tersekat-sekat! Ceeerrr citer ceeeerrr citer kenapa jadi ghope ini...??!!

Oooo Yeaaah!

Sorry for the late of update. Balik kerja dah penat, sampai rumah macam biasa once saya sudah landing golek-golek tengok tv terus layu... Hehehe lepas tu terus jadi kurang upaya nak update blog. Masa nak membaca sekarang pun ada sikit kurang haiih tak bagus ni!

Oh yaa, life selepas tak sakit gigi sangat membahagiakan. No more pain, dan tak ada lagi bangun di tengah malam menggagau cari painkiller. Oh bahagianya! Hmm sejak rumah jauh sikit ni aku rasa macam cepat sikit eh banyak aku bersiap pagi-pagi. Bangun time lebih kurang sama aje tapi entah macam mana boleh siap before 7 wahhh terror!
Hahaha lagi satu aku tak kuasa nak layan jalan jam dengan traffic light siput tu buat orang lambat aje. Belum kira nak gaduh dengan lori-lori durjana semua tu.

Peningkatan kerajinan ahkak adalah bab masak ye dik. Echewaah sebut masak tuu! Walaupun aku tak masak yang heavy tapi at least dah cuba merajinkan diri turun ke dapur. Sikit-sikit la nanti lama-lama dah terbiasa la hehe practice make perfect kan. Tak la bila dah kawin nanti shock semacam aje nak menguruskan rumah, nak masak bagai. Yeaa at least I have an effort laa untuk ke arah itu hehehe.
Oh saya perlu menghargai setiap detik bergelar single ini dengan sepenuhnya hehehe...

Okay la, good night...

Penderitaan Yang Dah Berakhir!


Heehee saya dah boleh tersenyum dan tergelak besar!

Gigi yang berdenyut-denyut dah lebih sebulan tu dah selamat ditampal aje. Mati-mati aku ingat kena cabut hahaha!
A very big hole doctor tu cakap, aku heehehee aje laa.

Kepada Mr Bubu dan kawan-kawan semua yang suka nasihat lepas tu jadi bebelan lepas tu marah-marah saya kan, saya cuma nak cakap saya berjayaaaa!!!


Maka dengan ini, penderitaan sakit gigi saya diumumkan telah berakhir melainkan terdapat gigi yang lain buat onar... Sekian.

Cerita Tikus Lagi!


Ye ye saya tak habis lagi cerita pasal tikus selagi bangkai dia tak ada depan mata saya! Yer la kalau tak apa buktinya dia dah blah...

Jumpa benda ni kat Tesco tadi... Racun tikus aku beli hari tu aku beli macam halus aje. Yang tu kalau tikus makan, dia akan rasa panas dan nak cari air. Soalan bodoh aku pada orang kedai tu 'saya kena letak bekas air sekali tak dengan racun dia ni' haaaaa memang bengap punya soalan. Kalau dah aku letak air tu, kira aku tolong selamatkan tikus tu la kan hahahahaha tak sangka datang bengap jugak otak aku bila tiba part ni.
Panic okayyy first time ada housemate tikus!

Ni as the name perekat tikus ni, nak kasi dia melekat la atas tu. So I have to put some food kat tengah tu... Apa? Buh cheese? Sorry aku nak bagi dia makan menda sedap sebelum mampus. Hahaha nampak gambar kat depan kotak tu aku cakap kat abah, kalau aku dapat la menatang ni dah lekat atas tu aku sepak-sepak kan aje pipi dia. Okay sapa pun tak percaya, terima kasih laa.


Haaiih la tikus, berambus la cepat dari rumah aku... Tak kuasa rasanya nak membazir beli macam-macam nak halau kau!

Jerry oh Jerry!!

Rumah baru saya ada Jerry... :( Susah hati sepanjang masa kalau macam ni. Dari hari masuk rumah hari tu dah sedar kewujudan dia. Mana tidak, belakang rumah hari tu semak! Semalam berperang dengan cik tikus. Eh tak laa kalau perang ada aksi lawan-lawan kan, ni aku lari dia lari. Dia lari ke hall depan aku lari ke dapur, macam mana ni...??? Nampak aje aku melolong, terlompat-lompat lari menyelamatkan diri. Padahal si jerry pun lari jugak macam la dia kejar aku kan? Mula takut-takut nak dok kat depan kot la dia menyelit kat sofa or kusyen. Tengah aku lepak tengok tv dengar bunyik pelik lagi kat dapur, jerry tengah memanjat dapur bahangang laaa menatang hitam ni. Aku takat berani sergah hoiiiii aje la pastu mencecet dia lari masuk bilik belakang, aku pun berlari tutup pintu tuu... Haaaa padan muka kau kena kunci dalam tu, tunggu balik ni aku beli biskut tikus ko makan la sampai gojol muahahahahaha.... Cuak jugak kalau dia ada jalan keluar walaupun pintu kunci, naya laa aku kalau dia dapat escape gak huhuhu...

Baru nak menenangkan jiwa, dah tak tenteram dek jerry ni. Kalau comel macam dalam kartun tu takpe jugak kaler cokelet, ni dah la hitam pastu hodoh pulak eyeeeekkksss jijik aku laa tengok dia lari pun aku dah trauma ingat comel ke tendang baru tau (tapi takde maknanya aku berani!!)

Haiihhh masa keje pun teringat-ingat memang binawe laa. Lepas ni tengok kartun Tom & Jerry aku dah tak suka kat Jerry dah laa, nak side kat Tom pulak! Yer yer tak kelakar la pun okayyy!

Kak Limah oh Kak Limah!

Akhirnya dapat jugak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah Ahad lepas. Adoii yang hari Jumaat aku nak pegi tu, semua full... Makk aii frust gila masa tu sebab kami dok berkejar ke Alamanda nak cepat beli ticket huhu.

Ahad baru ni pun sampai MidValley dah lewat tengahari, parking toksah cakap laa ada orang tu siap dah amuk marah-marah pasal lebih sejam tak jumpa parking. Ada parking kitorang tunggu pun ada mamat kurang hajar amik buat muka sial aje. Mana tak orang tu mengamuk, aku pun marah gila tapi tak buleh nak join dia marah sekali... Kecut perut aku kot dia keluar kereta tumbuk orang tu tak ke naya? Fuhhhh selamat tak ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku. Pelik aku hari tu nape temperature badan dia hangin aje, nak marah sapa ntah parking tak ada hahaha... :p

Tengok movie kak limah ni buat aku rasa nak guling-guling atas lantai kelakar gila! Cerrr citer, ceerrr citer hahahaha... Memang syiokk abis tambah pulak cakap bahasa perak pekat gila mau nya orang perak ni tak suka hahaha!

Okaay saya bagi 4 star!

Welcome 2011!!



To all friends and readers, wishing you happy new year 2011. Another year unfolds, new paths we have to tread and may this be the happiest year filled with joy, peace and love.
Not to forget, happy anniversary darling... I will always love you, forever.

Azam saya untuk jadi yang terbaik untuk keluarga, kerjaya dan orang tersayang. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan dan dipermudahkan urusan olehNya. Amin.


Alhamdulillah, di tahun baru ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kerana masih diberi ruang dan peluang olehNya...