Please add a disclaimer for affiliate links here.

Gong Xi Gong Xi


Gong Xi Fa Cai! In this New Year, may good luck and good fortune always be with you...

Oh saya tahu nyanyi lagu Gong Xi Gong Xi... Belajar masa amik Mandarin dulu,
laoshi ajar siap bagi lyric lagi hehehe miss you laoshi...


Buat apa cuti-cuti ni?? Hehehe saya amik kesempatan untuk bergolek, tidur dan main games sepuas hati sambil mengadap Internet sepanjang masa! Plus trying to finish up my book nak jadi isteri mithali tu hehehehe... Waaaaah bahagianya hidup tanpa gangguan hihihi...

Panas La Macam Ni!


Kenapa kenapa kenapa?

Kipas saya ni dah tak function lagi, gila baru lagi pasang tu tak sampai sebulan. Semalam balik switch on langsung senyap! Ini buat hangin ni walaupun tak ada angin... Yang aku boleh buat hanya main-main suis tu. Tengok kat main switch tu tak ada pulak yang jatuh! Siap panjat sofa lepas tu tolong pusingkan bilah kipas tu mana la tau dia pengsan ke!



Panas panas panas laaaa!! I need a wireman! Tolonglah betulkan kipas saya ni.

My Weekend!

Saya dah tengok movie Khurafat.

I would say, okay laa... Sound effect
memang mantap, tapi jalan cerita dia agak kureng... Macam rasa sekejap aje, eh dah habis... Orang sebelah saya lagi la macam tak ada perasaan tengok wahahaa... Saya macam biasa, control okay control!

Went to Malaysia IT Fair after the movie. Saja cuci-cuci mata dan mana tau boleh sambar sekali external hard disc tapi macam kedekut pulak nak beli tadi... Maybe next time, maybe dapat free aje hehehe... Ramainya umat manusia lomas aku, tapi gagah jugak pusing dalam tu kasi puas hati. Hehehe at last bila keluar balik barang tak beli, flyers aje yang banyak dia borong hihihi...


orang ramai macam semut...


muka happy yang dihajat tercapai...

Mahunya tak happy... Dah lama orang ittuuu busy tak dapat bawak saya berjalan-jalan sedangkan aktiviti ini adalah hobi saya kan kan kan... Pagi ni awal-awal kami dah keluar sebab dia dah booking for the ticket so memang kena sampai awal la kan. Hari ni semua macam smooth aje hehehe mana tidak federal lengang, sampai kat Mid Valley parking berlambak lagi huuuhuu reti jugak orang KL ni dok rumah.

see i've told you...!!


Banana Royale - Baskin Robbins

Mamam eskrem tadi yummy... Dah la tengah hujan-hujan tu. Apapun, what a great weekend walaupun tak balik lewat malam macam selalu tapi saya sangat enjoy. Thank you for made up my day dear, muaaaaaaahhhhss!

Terima kasih!



Kalau orang itu rasa bertanggungjawab menggeselkan kereta aku dengan jayanya, confirmed dia akan tinggalkan nota or contact number! Or else dia akan datang cari aku. But as expected, no one turn up... Okay aku kalau dia cakap sorry, aku akan maafkan sebab aku tau mana ada orang sengaja nak gesel kan?

Cukuplah kau datang jumpa aku, admit itu hasil ketidakcekapan kau drive... InsyaAllah aku akan ampunkan...


Tapi......................................


Bila kau buat bodoh macam ni tanpa menyerah diri, sorrylah memang dah berbakul sumpah seranah aku bekalkan untuk kau. Sorry eh, kau tak mintak maaf jadinya apa yang jadi itu aku tak akan maafkan... As simple as that, hati aku lagi terguris tengok bumper kereta dapat corak free macam itu...

Oh Sakit Perut!

Hello...

Sorry laa agak lama macam tak berdisiplin updating my blog nowadays hehee tak berkesempatan aje. Hari ni baru ingat nak pergi office kejap, tapi alahai start dari subuh dah kena cirit-birit... Angkara makanan apa laa yang buat onar ni. Tapi kalau nak ikut dari Jumaat sampai la hari ni makanan aku adalah masakan sendiri, opppsss tak mungkin la sebab masakan aku no no no! Sebenarnya gua dah lesu ni ulang-alik toilet lapar pulak tuu... Tengok pulak Jalan-Jalan Cari Makan ni, terliur aku ceeehh! Penat ke toilet satu hal, sape tah belakang rumah gua ni tengah menebas semak kot yang aku dok ingat cik tikus. Jenguk-jenguk dari depan macam main aci nyorok haiih tak tenang hati dengan perut!


Eh korang rasa tak, bulan Januari ni macam gila lama nak habis... Nak kata aku counting days for any event tak ada la pulak dalam masa terdekat ni tapi pehal lama sangat ni. Macam dah penat pulak pejam celik pejam celik tapi eh kat situ la jugak... Kalau tahun lepas tu macam laju je masa sampai rasa nak stop kan kejap!


Geram jugak tahun ni seketul calendar pun aku tak ada lagi. Jangan kata calendar canggih ke, calendar kuda tu pun haram tak ada... Ape pasal semua orang kedekut calendar ni, dulu beli la kapur kasut (macam la sekarang kau beli kapur kasut kan!) pun buleh dapat siap cakap
eh taknak saya dah banyak sangat calendar! Sekarang jangan harap, gua rasa mau merayu pun ada mintak calendar punyalah desperate.. Ini harap yang dalam organizer aje itupun kecik coet pejadahnya! Gua nekad, bulan Februari tak ada lagi gua beli kertas mahjong 12 keping buat calendar sendiri tampal keliling dinding rumah. Aku ada calendar besoo, kau ada??


Saya mahu calendar, saya mahu calendar!!

Nak Hamster??

^^ Itu hamster okay, bukan tikus!

My little boy baru bela hamster, sepasang...


Aku tengok mula-mula ada macam perasaan takut sebab spesies musuh ketat aku si tikus! Tapi bila tengok dia macam kecik cenonet pastu notty eh macam nak jugak laa having hamster as a pet...


So rasanya okay ke kalau bela ini hamster?? Agak-agak boleh ke aku manage diorang atau agak-agak menggelupur tak aku kalau tiba-tiba diorang terlepas dan sudah pastinya aku tetap akan menjerit!


Mr Bubu had say NO, hmmmm....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Jom Ada Berani??


Khurafat.

Best ke eh movie ni..?? Ramai cakap scary habis, sapa tak berani jangan tengok...Oh macam biasa korang cakap la takut macam mana pun, kalau dah namanya aku... Aku nak tengok jugak! Bilanya nak pegi tengok cerita ni? Aku ada 2 sebab kenapa....



  1. Tak ada siapa nak bawak! Yer la semua orang busy... Aku punya nak tengok ni sampai rasa nak pergi sendiri aje, tapi malas pulak....
  2. Semua orang di sekeliling aku adalah orang yang sangat penakut! Dengan kata lain kawan-kawan pun aku tak buleh ajak hmmmm...

Eh satu tips eh, kalau lepas tengok cerita seram kan boleh tak jangan pikir sampai ke luar movie adoiii laaa...