Please add a disclaimer for affiliate links here.

It's Undescribable Feeling!

Morning peeps.
Hehehe it's undescribable feeling that I have almost every morning bila dapat menjadi pelumba F1 hihihi macam kan kau pakai kereta sport kan... This morning rasa nak merempit begitu berkobar-kobar entah sebab ada rasa tak terluah dalam hati kot. Haaaa siap BMW ketepi bagi laluan oh sangat rasa satu kepuasan hahaha.
Bila sampai tu saya rasa macam phewwww hehehe best! Tapi yang tak bestnya adalah bila berdepan dengan kereta lembab macam turtle pastu sekali kau tengok lelaki yang bawak heiii pegi bawak kereta dalam taman laa macam tu! Oklah, nak get ready nak pergi dengar Amanat Tahun Baru Dato VC 2011.

Selamat bekerja ye kawan-kawan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Wake Up Wake Up!

Sekarang bangun pagi dah lagi awal. Selalu dalam pukul 6.15 baru aku menggeliat but now kena bangun before 6 pagi lagi. Sebab?? Hehehe sebab kena amik breakfast laaa dekat rumah, aku kan makan breakfast aje. So dengan nak bersiap ala kekura lagi dengan nak prepare breakfast lagi walaupun ready made dah makan roti aje tapi tetap kena lebih awal so that waktu keluar rumah jam 7 tu tak terlewat sikit pun...
Masa dok kat Shah Alam, keluar rumah 7.45 pun sempat lagi hehe. Dah tau dekat lagi laa aku main-main, siap dah set jam ada masa kecederaan lagi tu untuk sambung a few minutes hehehe dasar kuat tidur! Tapi tak boleh lawan la masa kerja kat Terengganu dulu. Rumah dengan office adalah satu jalan lurus aje dan aku boleh sampai dalam masa 5 minit saja. Best kan? Rindu pulak aku life kat sana. Seronok tau keropok leko fresh boleh makan everyday, bukan macam kat KL keropok leko campur tepung aje lebih.

Hehehe adakah lepas kawin, Mr Bubu akan hantar saya ke ofis? Jawapannya jangan harap, dia suruh pegi sendiri. Seee belum pape lagi dah mintak aku bagi markah D hahahaha!

Diet


That's my lunch.

Yes, I've started my diet plan since yesterday. Hehehe baru mula dah kecoh kan? It's ok, at least I have an effort hehe walaupun ramai yang kata aku akan sakit diet cara ni. But that's my style of diet masa dedulu.

Okay apa cara saya? Saya hanya makan wholemeal bread with milo itupun with no milk. Lunch normally I will skip hanya minum air aje. Dinner must be before 7 makan roti wholemeal tu jugak la dik. Hehehe torture betul eh? Sila jangan ikut contoh saya untuk kesihatan sejagat..

Hehehe tapi janganlah lupa exercise jugak yer! Tanpa exercise lemak-lemak yang dah lama bermastautin dalam badan tu tak akan pindah punya... Dan harap-harap aku pun tak akan pindah ke sepital.

Hahaha good luck to myself and to Mr Bubu dengan ucapan abang nanti keluar jalan-jalan kita makan sekali je eh jangan hasut orang macam-macam itteeewww...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Dapat Calendar Yeaaaaa!


Ucapan penghargaan buat mr fiance hehe atas belas ihsan mendermakan kalendar meja ni untuk saya... Ada dapat 4 ketul boleh laa bagi kat kawan-kawan ofis yang selebihnya.

Yaa kami semua miskin calendar tahun ini. Bayangkan dah bulan February ni calendar yileeekkkk! Kot ye pun belanja berhemah tak akan laa seketul pun tak boleh bagi kan kan? Bukan apa senang ada calendar nak tengok public holiday hahahahaha...

Happy Monday Everyone

Finally i'm back to Shah Alam. Arrived at the office around 8.10 am, salah perhitungan pulak hari ni. Aku sangka pagi ni jalan sudah smooth tapi rupa-rupanya hahahaha kereta masih banyak on the road. Tapi merempit tetap merempit ngeh ngeh.

Kalau dah cuti lama ni, rasa lemak tu memang dah menepu. Bukan setakat lemak dalam badan aje ada tau! Lemak malas nak kerja pun ada hehehe. Walaupun 4 hari tu tak cukup lama tapi cukup buat aku rasa bercinta nak balik semula ke Shah Alam. Tak puas lagi rasanya nak lepak dengan family hehehe dah kau memang homesick manjang kan...?!

Ok selamat hari Isnin. Selamat bekerja jangan malas-malas eh.

Mari Masak-Masak




Mummy kita kata kalau nak sihat dan diet seimbang kena makan sayur, makanya tugas memasak sayur hari ni mummy serahkan pada saya... Ikut suka saya la nak masuk apa kan hehehe...


Hahaha alaaa kacang ajer la nak masak sayur, takat campak itu ini dalam kuali tadaaaa siap!! Cuba suruh aku masak yang payah sikit hahaha mungkin akan ada rama-rama di dalam perut hehehe... Sekarang tiap kali balik rumah time weekend saya amik kesempatan belajar masak, haaaa dulu kau main sangat kan sekarang suka or tidak memang aku dah kena belajar masak secara serius bebeh! Hahaha please consider that I'm a fast learner heheehe tiada masalah sangat ceeeiitttt boleh tu nak eksen lagi!



Okay jom makan, hari ni menu best sebab ada special guest aunty and uncle kira macam family gathering jugak laa. We have special curry ayam, home made capati, rendang, ikan bakar with sambal dan sayur campur hahaha yang akak masak tadi tu dik!

Tuhan Beri Aku Cinta



Tuhan Beri Aku Cinta by Ayushita.

Saya sedang menggilakan lagu ini sekarang, bila tengok cerita La Ikro Ha Fiddin kat astro semalam. Cerita itu sangat touching! Dan tanpa segan silu saya melalak tengok cerita tuu..

So enjoy lagu ini.