Please add a disclaimer for affiliate links here.

Lost but never forgotten.



Seluruh dunia sedang menangisi berita sedih yang menimpa MH370. Kehilangan selama 17 hari berakhir di Lautan Hindi. Kalau kita yang tak punya pertalian dengan mereka yang di atas sana pun boleh turut rasa sedih dan berdukacita apatah lagi keluarga yang kehilangan keluarga yang terkubur tanpa nisan di tengah lautan. Moga hati-hati mereka terus tabah dan redha dengan hakikat duka ini. Kepulangan yang mereka harapkan, tapi kuasa Allah tiada daya kita untuk menandingiNya. 

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati bapa, ibu, isteri, anak-anak dan saudara yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini. Moga Kau berikan kecekalan dan sekeping hati yang tabah buat insan-insan ini untuk menerima yang mereka-mereka ini dipanggil Ilahi dengan cara dan tika yang semua dalam perancanganNya. 

Walaupun tidak mengenali mereka crew MH370, tapi pastinya Kapten Zaharie adalah hero yang sebenar. Walau apa jua yang terjadi di atas sana. Anda adalah hero sebenar walau umum tidak mengetahui saat genting yang kalian tempuhi. Yakinlah bahawa Allah lebih menyayangi kalian.

Dear Indian Ocean, please take a good care of MH370, until we come and take them home.... 

The kingdom of the heavens and the earth and everything in them belongs to Allah. He has power over all things. (Surat al-Ma'ida: 5:120)

Al-Fatihah.

MH370, we will always remember you.

Hujan

Alhamdulilah. Hujan turun jugak akhirnya pagi tadi. Memang dah lama sangat tak hujan area Lembah Klang ni. Finally pagi ni tersedar hujan turun, terus tarik selimut sambung beradu. Hahaha almaklomlah class pun petang, dah lama tak hujan time camni la nak sambung tidur balik haha. Walaupun tak lebat mana but at least hujan turun membasahi bumi. Kesian pokok. But still langit masih tak nampak, sini teruk betul jerebu. Bukak pintu rumah pun bau asap yang masuk. So better dok diam-diam dalam rumah je. 




Ni gambar semalam. Langit langsung tak nampak kan? Ini waktu pagi ni. Dok dalam rumah pun bau asap, inikan pulak dok luar rumah lagi makan asap la. IPU sekarang 127, source dari berita semalam. Harap turunlah. 127 ni dah kira IPU tidak sihat. Dan dan balik class (class cancel puiiii) semalam tiba-tiba naik demam. Rasanya dah terlampau banyak sedut jerebu ni. Pagi ni pun bangun kepala masih ting tong, tapi malas nak ikutkan sangat rasa badan kang lagi mengada-ngada. So better stay at home ye, kurangkan outdoor activity.

Sepatutnya rumah aku dalam Zon 1, which means hari ni start takde air. Tapi so far ada air lagi, but most probably itu air tangki la. By petang ni kalau ada lagi maknanya area kami ni not affected la. Alhamdulillah la kalau tak kena. But if takde air petang makanya selamat mandi air dalam baldi la jawabnya. 

First Day




Yeaaay it's finally first day of class today. New semester. I am now in my second semester. Will have another one semester left insyaAllah. Fuuuh hopefully everything will be smooth and good. Moga jadi lagi kuat semester ini hehe.

Yet, ada dugaan di hari pertama back to school ni. Tayar kereta bocor kena paku but it is not paku actually. Macam besi. Kena pulak tu bukan kat bawah tayar tapi kat tepi betul-betul kat sebelah sport rim. Baru balik dari kedai tayar tadi. Memang tak dapat diselamatkan, solution kena tukar tayar. Tapi husband gue outstation ni, maka mampu cakap kat budak tu tadi tampal je la dulu. Ahkak tak sanggup nak tunggu, kang aku beli tayar traktor baru tau. Haa senang tak payah susah. Bukan taknak tukar terus, tapi kang lambat. Lagipun kang senang-senang korang auta aku, aku bawak reti la. Aku cakap ngan budak tu paling-paling pun kau make sure ahkak selamat balik rumah ni tayar tak keluar angin. Dia kata boleh tapi jangan bawak jauh-jauh la. Dah aku nak pergi kelas malam ni, dia kata kalau akak ada tayar spare okay la kak. Aku cakap kalau tayar spare pun bukan aku reti pasang pun, aku tengok tau la. Haha selamba kau gelakkan aku ye dik. Tawakal je la. Nampak macam okay, bertahan sampai esok pun jadik la. Aku taknak la tuang kelas di hari pertama ni. Hari first class kan ke best, kot kot kelas habis awal rugi la aku memonteng hahaha.

Okaylah, nak nap. Kang nak gi class. Pang sedasssss!!

Moga Ada Kemanisan di Hujung Kesabaran


Moga kesabaran tetap milikku. Moga aku redha dan tawakal dengan ketentuanNya. Moga suatu hari doaku akan termakbul jua akhirnya. Mungkin belum tiba masanya doa itu termakbul kerana Allah punya perancangan yang lebih baik dari pengetahuan hambaNya yang serba tiada tahu. Aku ingin jadi kuat, jadi sabar dan jadi hambaNya yang sentiasa tahu bersyukur dengan apa adanya. Moga hati ini terus istiqomah. Amin....

Alhamdulillah: Faculty Post-Graduate Award



Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Allah. Berkat usaha yang tiada jemu dan pengorbanan masa. Harap-harap dapat kekalkan sampai tamat semester. InsyaAllah. Cuak gak nak masuk semester 2 ni dugaannya lagi mencabar, dah mula class on research method. Fuh harap-harap success. Terima kasih pada keluarga yang tak putus berdoa untuk kejayaan ini. Pada suami yang masanya terpaksa dikurangkan demi menyiapkan assignment, thank you for that support. It's going to be hard without you. Pagi dia pergi kerja, balik petang aku dah takde pergi kelas. Malam baru jumpa, itupun dia tunggu jugak. Kadang sempat masak sebelum class, kadang tak sempat tambah kalau hujung semester memang tak sempat masak. 

Oh blog dah berwajah baru, so far ini je yang in dalam taste aku. Sebenarnya tak completely puas hati. Try punya try semalam guna free source code tapi problem nak adjust blog content so sakit hati punya pasal pakai je template sedia ada plus adjust sampai gini. Tapi aku rasa macam tak berapa umpph pulak. Takpe tunggu la bila mood datang balik aku nak edit lagi hehe.

Hi...

Assalamulaikum wbt.

Harus bagi salam sebab dah terlampau lama tak update blog kui kui. Kalau rumah tinggal ni dah kira bersawang berhabuk segala. Jangan berhantu sudah haha. Last updated was on September last year. So update kali ni harus dimulakan dengan Happy New Year everybody *lompat bintang*. Reason for not updating the blog was BUSYYYYYYYYYY. Seriously, with studies and life. I am now officialy on study leave for one and a half year, already finished with my first semester. You know, there are so much different when you're doing it part time and full time as a student. Thank you UiTM for the scholarship.

Nothing much nak story about my life, it is just that I am very busy as a wife and student. Semuanya berjalan lancar so far, alhamdulillah. Now I am on my semester break until March, haha tomorrow will fly to Sabah for holiday. Will stay a night at Kundasang and then the rest will be at Kota Kinabalu.



Oh by the way, this is Sofia. Dah besar kan? She will turn 2 this May. Suka makan, suka main IPad, suka berjalan, MidValley is her second home opsss me too. 

On the other note, I am now busy with my online shop as well. Just for fun. Bukan intention untuk cari keuntungan semata. I love baby stuff so my online shop are more into that. Okaylah, nak packing barang for tomorrow. Hope the holiday will be fun. Sebelum masuk semester baru haruslah kita mencari ketenangan dan semangat baru gituuu. Have a nice weekend uolsss.

Masak-masak

Menu for dinner. Ikan masak sambal dengan telur dadar. Biarlah simple asal masak. Guwe dah muak makan kedai sebab malas nak topup barang dapur last week hahaha. Tekak aku dah rasa kembang kuncup dah kalau makan fast food (read: nampak sangat selalu makan) dah gigil tak nampak nasik. Itu baru tak nampak nasi, kalau tak dapat makan nasik aku tak tahu la apa jadi. Jadi harimau kot.

Tadi lunch dengan all my colleague. Farewell kiranya. Sedih sob sob. Thank you semua ingat gak nak buat farewell untuk aku. Wong Solo seksyen 7. Aku pun tak pernah masuk sebabbbbbb orang dia ramai gila. No reservation allowed here okay sebab dah terlampau ramai. Sampai pun orang queue gila panjang nasiblah dah ada yang sampai awal order dan tunggu puteri-puteri ni sampai. Tengah makan pun orang dok queue siap ada jenis tunggu sebelah meja. Kalau dia tunggu kat meja aku tadi aku dah sound dah cekik la psycho sangat macam nak suruh orang yang tengah makan tu 'telan, telan cepat sikit aku nak makan pulak ni' haha. Review food, okay sedap gak. Sambal dia gila pedas, macam nak melecur mulut aku.

Okaylah nak makan. Dinner awal bagus tak la gemuk. Eh.