Please add a disclaimer for affiliate links here.

Aku Sudah Pulang

Owh akhirnya aku sudah pulang ke Shah Alam.. Walo hati rasa malas mau keje balik esok.. Sampai umah aku mulakan operasi mengemas bilik yang dah jadi macam kandang kerbau (penah ke aku tgok kadang kerbau??) Dan aktiviti seterusnya adalah tido.. Indah sungguh sebab hujan selebat-lebatnye.. Ngeh ngeh...

Malam ni aku membawa diri untuk ke Jejasco.. Owh tadi sementara aku berdiri macam tiang letrik condong menunggu 'drebar tak rasmi' aku datang amik, aku telah dimengorat oleh sekor budak kecik umo dalam 4 tahun yang lalu kat situ..

Adik : Kakak nak pegi mana? (Baca pelat budak2 tau)

Aku : Kakak nak kuar ngan kawan..

Adik : Kakak, nah amik ni (Sambil hulur kopok dia makan, nak bg aku semua tu!)

Aku : Takmo la, kakak puasa la adik
(bo.dos ye dah malam aku menipu budak tu)

Bapak budak tu : Amboi, ramahnye dia tegur orang.. Jom adik..

Aku : Hehehehe..

Adik : Bye2 kakak..

Aku : Bye2..

Dalam hati aku, ape pasal la budak ni.. Ramah tamah semacam jer, ke aku pakai tak kena malam ni.. Sib baik cute, kalo tak aku tunjal pale.. Hahahaha!! Sesampai di Jejasco aku terkinja-kinja macam chimpanzee bila tengok handbag.. Sales okeh!! Best2.. Nak beli tp tengok counter punya queue dah panjang macam gerabak ketapi.. Nak beli tak beli?? Dok terpikir pakcik sebelah aku ni nak balik awal malam ni, takleh lelama.. Belum proses pemilihan lagi.. Belum proses lepas pilih dia nak komen kutuk-kutuk pilihan aku lagi.. Belum proses aku nak gado2 nak jugak beli! Taknak lambat punya pasal tak jadi la akak beli.. Takpe, nnt aku pau dia lenkali...

p/s: Ehem ehem minggu depan kita pegi tengok handbag tu yer.. Eh bukan tengok, beli!!

Aku Tak Mahu Pulang

Hmm malam ni tiba-tiba mood aku jatuh bergolek-golek.. Huhuu esok dah nak balik Shah Alam dah, coz Monday aku dah start keje la.. So not in a good mood because dah agak lama melepu di hospital dan rumah.. So mood untuk keje belum muncul lagi.. Haiih macam-macam.. Macam mana nak hilangkan rasa tak best ni?? Takkan nak sepak pipi sendiri.. Actually aku dari dulu mmg camni, kalau dah dapat balik umah mmg liat nak bergerak atau menamatkan cuti aku.. Dulu masa zaman U, wah wah aku punya home sick macam orang sewel.. Nak wat cemane aku dlu tak dok asrama.. Pas SPM baru aku kuar masuk U.. Tu pun masa sebok mak aku melayan home sick aku dia cakap kat aku meh la balik, nanti kita buat U sebelah umah.. Abah aku pulak cakap, kalo home sick taknak belajar meh balik abah kawinkan.. Hohoho sejak dari tu kalau home sick aku pendam je di lubuk hati paling dalam okeh... Hahahaha!!
Huhuu after all, aku mmg tak sangka yang aku akan kena demam denggi ni dan bercuti rehat lama la sangat.. Buat aku rasa nak berhenti keje dan dok dok umah je main 'sep sep sep tom tom tom' di samping makan dan tido.. Banyak cantik dagu aku nak dapat peluang camtu.. Hmmm tima kasih tak terhingga pada mak ngan abah aku terutamanya yang menjaga aku sepanjang aku sakit ari tu.. Dah macam tuan puteri aku rasa walopun mmg selalu gitu.. Ngeh ngeh.. Jangan jeles, nak wat cemana dah memang aku ni comey... Hahahaha statement aku mesti akan wat korang rasa nak cabut gigi aku kan kan?! Juga pada kawan-kawan yang care dok called dan sms aku! Aku dah cakap tak dapat datang jenguk aku pun takpe, bukannya dekat u ols.. Pada doc aku yang sangat comey dan caring, nurse yang kacau aku selalu, kejut aku tengah malam suh makan ubat la, amik pressure la, inject la.. Rasa nak campak jer termos kat sebelah aku bila diorang datang wat onar.. Hahahaha... Dan pada sesiapa saja yang terlibat dalam ini filem ya..
Pengalaman kena denggi ni takkan aku lupa pasal aku memang teruk.. Immune system dah memang weak, kena plak menda camni maka aku memang sah sah la tersungkur.. Tapi syukur alhamdulillah aku sembuh walaupun ambik masa yang agak lama.. Syukur aku masih bernafas hingga ke ari ni..
So ok, aku mau packing barang.. Nak campak je dalam beg tunjuk protes aku takmo balik lagi.. Ada sapa kesah?? Huhuuuu.. Gudnite...

Setajam-tajam pisau, masih lebih tajamnya lidah

Setajam-tajam pisau, masih lebih tajam lidah. Kata-kata yang bisa itu lebih menyakitkan dari apa jua senjata tajam sekalipun. Ibaratnya, luka luaran kita masih boleh sembuh tapi luka di hati sangat sukar untuk disembuhkan. Walaupun hanya anggota yang kecil dari tubuh kita, namun ia dapat membesarkan sekecil-kecil perkara.. Lidah boleh juga diumpama seperti api, sekecil-kecil api itu ianya dapat menghancurkan apa yang terbakar begitu juga ibaratnya lidah yang dapat menodai keseluruhan kehidupan seseorang. Jika haiwan mampu kita jinakkan namun tidak pada lidah kerana ianya tak terkuasai dan penuh racun yang mematikan.

Kadang aku terfikir, kenapa manusia sering menyatakan apa yang dirasanya tanpa mengambilkira perasan dan penerimaan orang lain. Orang yang mendengarkannya. Tidakkah terfikir akan sakit, luka dan tanggungan yang akan dialami oleh hati orang lain sekiranya apa yang dituturkan oleh lidah itu sesuatu yang sangat melukakan dan menyentak tangkai rasa hati..Walau apa jua alasannya, kata-kata yang tajam bukanlah jalan penyelesaian pada apa jua sekalipun. Ya, lidah tidak bertulang. Namun itukah alasannya apa yang dituturkan tidak perlu ditapis, tidak perlu dipertimbangkan kesan dan akibatnya? Kerana mulut santan binasa, kerana lidah juga badan bisa binasa. Itu yang diumpamakan. Kerana lidah, akan wujudkan dendam di hati yang menerima bisanya. Hati.. Bukankah sukar menjaga hati, inikan pula bila hati itu disajikan dengan kata-kata nista, kata-kata pedas. Ya, berkata-kata memang mudah. Namun jika ia dituturkan setajam pisau, sengaja mahu menyakitkan, sengaja mahu melukakan, tidakkah ianya bisa mengundang padah? Padah pada hati yang menerima dan pastinya padah pada lidah yang menuturkan.

Betapa banyak kehidupan manusia yang hancur kerana pedasnya kata-kata lidah. Perkahwinan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan bisa berakhir di tengah jalan atau retak utuh hubungan hanya kerana lidah kecil yang berbicara. Suami memaki isteri, kekasih mencerca kekasih, sahabat mencaci sahabat, saudara menghina saudara dan pelbagai lagi fenomena yang bisa tercetus akibat tajamnya lidah kecil itu. Sekecil-kecil masalah bisa tercetus jadi besar kiranya lidah berbicara tanpa batasnya. Kenapa tidak diakhiri sahaja dengan bertoleransi, mengalah, bersabar dan mendengar? Lebih teruk kiranya hati yang terluka kerana lidah itu menunggu kesempatan serupa juga untuk menyerang balas. Juga dengan kelancangan lidah. Tidakkah itu bisa meruntuhkan apa juga yang utuh terbina. Ya, pasangan, suami, isteri, adik, abang, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja boleh jadi salah tapi bukanlah cara yang bijak untuk menghentam dengan kata-kata.

Dari apa juga sudut pandangan, aku tetap berpegang bahawasanya pertuturan lidah boleh dikawal dengan kesedaran dan kewarasan. Aku menulis tentang lidah, tentang bicara lidah yang boleh mematikan hati, menguburkan rasa. Untuk apa? Sebenarnya lebih kepada menyedarkan aku sendiri agar sentiasa ingat kita perlu berfikir sebelum berkata-kata. Biarlah jika hati kita ditusuk tajamnya bisa lidah, namun membalasnya jangan sekali. Aku percaya juga biarlah hati kita menangis membuang rasa sakit asalkan kita tidak menyimpan dendam pada apa yang diterima. Jadi jangan simpan tangis itu. Kita mungkin akan jadi lebih tabah, lebih kuat menahan apa jua yang datang. Akhir sekali aku juga percaya kemaafan itu adalah dendam yang terindah...

Ramai yang telah tertewas oleh tusukan mata pedang, tetapi belum seramai yang gugur kerana lidah. Awas lidah, bicaramu mungkin bukan pada tempatnya!

p/s: Hmm bicara tajuk ini atas permintaan seorang teman yang juga seorang penulis yang hebat. Apa yang mahu dilihatnya ya? Aku harap teman itu bukanlah yang selalu luka hatinya kerana lidah.. :)

Aku Rindu

...Rindunya kenangan di sana... Mende yg aku tenung tu....

Hmm tiba-tiba hati rasa tak sabar sangat nak pegi Dungun.. Walaupun untuk tujuan kerja tapi aku sangat excited laa... Dunno why, tapi aku rindu sama mereka di sana... Lagi pulak rasa macam g sana dapat release sikit... Mungkin banyak... Hmm one of my aim for this 2010 adalah untuk pegi ke mana sahaja yang aku rasa aku mampu pegi... Nak berjalan, tengok tempat orang... Di samping menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk melayan hati dan kehendak sendiri dan mengambil kesempatan untuk spend time dengan family... Hopefully kesampaian...

Dulu masa keje kat Dungun, aku rasa jauh dari keluarga.. Nak balik susah.. So aku jadi agak memberontak bila dok sana... Tak dinafikan working environment kat sana buat aku comfortable and I learned a lot of things... I managed to handle everything and anything on my own.. Aku jadi independent.. That's the good thing happened to me.. But at the same time aku jadi sangat sensitif bila dok sana sorang2.. Aku rasa semua orang terutama family jauh dari aku.. Maka aku seolah-olah menyalahkan tempat dan keadaan... Not trying to accept the fact that it is something new for me to learn, to feel and to adapt...

I was thinking untuk transfer ke branch yang lebih dekat.. But I've no reason at all.. Mgkin Allah Maha Kaya, my wish comes true.. But dengan reason yang sesiapa pun taknak... After being diagnosed of having a liver problem, aku dapat tranfer dengan mudah.. Dan aku meninggalkan tempat pertama di mana aku membina kerjaya... Owh masa ni sangat sedey, baru aku rasa sayang nak meninggalkan tempat yang banyak sangat mengajar aku erti hidup... Dan mereka yang sangat rapat dan banyak mengajar aku tentang kerja, persabahatan dan pengorbanan...

Then now I'm here in Shah Alam.. Memulakan hidup baru, suasana kerja baru.. Alhamdulilah everything goes very well.. Hmmm itu pasal aku tak sabar nak g Dungun... Aku rindu orang di sana.. Mungkinkah mereka juga rindukan aku??

Eh nape aku cite semua ni?? Nape tiba-tiba aku tangkap syahdu dan sentap malam ni?? Hanya aku yang tahu... So layankan jer la cite kenangan silam aku... Buang tebiat gamaknye...

Tiba-tiba aku rasa lapar ni okeh... TV sebelah ni plak on cite hantu.. Tak ke bunguk namanye malam2 main cite hantu... Jadi sebelum aku rasa nak selongkar dapur cari makan or sebelum aku tak bley tido tengok siaran TV gile yang main cite hantu ni baik aku TIDO...

Camat malam...

Hati

Owh Inikah Balasan?

Owh katil yg terpaksa ku lupakan pagi ni!!

Owh gudmorning!! Awal bangun nampak... Nak tau knp? Here we goes..

The conversation between my lil bro and me sewaktu dia sedang breakfast sebelum pegi sekolah pagi ini.. Aku pulak baru lepas solat Subuh n sedang memasang niat untuk sambung tido balik..

Aku : Eh baby (aku masih pgil dia baby walo dh darjah 5!), kamu taknak sambung tido ke??

Baby : Nak, tapi kita sekolah la.. Kamu jangan laaaaa!!

Aku : Oh bestnye tido, gelap lagi ni sejuk pulak tu...

Baby : (Diam sambil pandang aku macam nak lemparkan pinggan dia)

Mak : Haiih nape bising-bising pepagi ni??

Aku : Takde apa, saja ajak dia tido balik..

Mak : Haaa elok, jd firestone!!

Aku : Hehehehehe... (sambil masuk bilik menarik selimut)...

Haaaaa sudahnye tadi aku tak boleh pulak nak sambung tido... Terpejam-pejam aku tapi mata aku sudah segar... Macam hampeh!! Haiiih takkan balasan kot aku menyakat pagi-pagi tadi?!! Demmm it!!

p/s: Alamak, nampak plak Spongebob tersentil kat situ.. Ngeh ngeh..

It's New One

Arrghhh ari ni aku sudah mula bosan berehat di rumah.. Bukan bosan berada di rumah tapi bosan takde orang kat rumah nak dilayan or melayan aku.. Mak & abah g sekolah, adik aku pun sekolah.. Ilang la kawan aku nak main wrestling... Tgok tv sume channel aku dah layan, makan dah makan dah.. Bercucuk tanam masih menunggu hasil, memasak di cafe sudah aku buat.. Tido lagi la sudah overdose okeh.. Ni ape membebel ni... Aaaaaa boring!!

Hmm petang spec baru sudah siap... Yezaaa!! Melayang terbang RM tadi.. Nak tengok spec aku.. Hehehe takde la extravaganza pun, cuma tukar sebab power sudah tambah.. Owh bila sudah siap, aku pun melayan keboringan aku dengan berposing daa.. Beruk ayu sungguh bukan??

Hmmm tahukah anda? Cuti (M.C) aku akan diteruskan hingga Jumaat malam keliwon ini.. Bermakna abah akan hantar aku balik Shah Alam ari Ahad ni.. Huhuhu sementara itu melepu la aku di rumah untuk buat aksi-aksi akrobatik dan aerobik di atas katil yang empuk.. Menarikkan?? Di samping aku menceceh di sini..

Owh by the way, today I feel very excited bcoz we're planning to go for a holiday maybe to Bandung or Jakarta this coming April.. Best2.. Boleh release sikit.. Hari tu planning tak jadik so hopefully this time planning ni menjadik la... Dan paling aku harapkan adalah aku tak ditimpa apa-apa jenis penyakit yang boleh membuatkan planning ini terbantut...

Owh, i missed someone.. Walaupun cakap dgn dia buat aku gelak2 saja aku tetap rindu sama orang itu... I miss u..

Okeh, lapar.. Nak makan...