Please add a disclaimer for affiliate links here.

Yeyeye Tak Dapat Yeyeye!!


"Ehem, orang ada benda nak cakap ni..."

"Apa dia??"


"Sekarang kan tengah sales, handbag banyak less oooo..."


"Aaaahh sudah-sudah tu... Sebulan satu handbag, setahun dah 12 handbag sayang!..."


"Okeh okeh, byeeeeeeee..."




Aku pegi layan lagu Hati Yang Kau Sakiti, Rossa nyanyi lagi baik! Patut la aku suka dengar lagu ni rupa-rupanya hatiku disakiti bila permintaanku tak dihiraukan wahaha... Ooo patut jugak la dalam lirik dia ada sebut 'ku menangissssssssssssss....." Hahaha okeh fine....

Hello There!



Hahaha hello stalker!! Hahaha I know you're here everyday... Readers you're almost welcome because this blog is just my personal blog that surely the content is about me heh... Ceeh perasan sangat ke ada orang nak melepu kat sini wahaha... Dah ada blog complaint orang baca b
uat apa kan, but then this type of person suka amik tau tepi kain aku ni wat aku hot macam cili ni... Tergedik-gedik je aku rasa nak pegi mencabaikan orang ni... Senyap-senyap sudah la... Bila dah tau itu ini sibuk nak canang kat orang kampung, orang bandar, orang pekan! Dia ni bukan follow sorang je, sesiapa yang dia kenal dia follow jugak... Nak tau itu ini, agak kalau tanya aku sendiri kang aku tarbiyah sampai biru muka dia baru tau... So make a point la dia memang akan ikut jejak selagi terdaya... Suka hati kau la joyah!

Aku sebenarnya pelik dengan sikap orang yang suka sibuk dengan urusan hidup orang lain... Kalau boleh tu A to Z dia nak tau... Sebelum kita bukak cerita, dia kalau boleh nak bukak mulut dia... Dasar newspaper bergerak betul laa! Aku selagi boleh taknak amik tau hal orang, pekejadahnya kan?! Banyak masalah aku tak selesai dari nak menyibuk hal orang, ni yang tukang sibuk ni agaknya sangap gilerrr kot... Adoii pada yang terasa tu hahaha aku tau ko terasa joyah... Aku cuma nak ucapkan selamat berbahagia dengan hobimu itu dan teruskan berjuang okeh! You're most welcome der...

Packed Up And Ready To Go


Korang ada masalah tak dengan packing mempacking barang ni?? Wahaha ni la masalah utama aku, aku tak pandai nak budget things that I should bring and not to bring... Masalah ni daripada aku dok hostel lagi masa zaman u dulu... Aku dah cuba sehabis baik list down kan barang yang perlu untuk dibawak sahaja okeh... Tapi end up aku ni jenis yang rasa was-was takut apa yang aku bawak tu tak cukup ke or after all aku menyesal sebab tak bawak barang tu sekali wahaha... Itu la pasal barang-barang yang aku bawak tak pernah yang sikit... Nasib la abah memang dari dulu minat MPV, mungkin sebab dia tau anak dia yang sorang ni suka hangkut barang banyak-banyak... Sampai sekali tu dia sound aku tanya kenapa aku tak bawak bilik aku sekali balik hostel wahahaha kalau la boleh aku bawak dah...





Sampai la sekarang dah tua bangka ni pun aku tak suka packing barang... Sebab after all aktiviti aku buat listing, masuk barang dalam beg, keluarkan balik, masukkan balik menyebabkan aku mampatkan semua sekali haaaa amik ko susah sangat baik aku bawak semua... So untuk kepergian aku selama 6 hari 5 malam ni pun aku sudah migrain susun punggah barang dalam beg... Pikir-pikir balik dengan kebiolan aku ni watpe aku nak sibuk-sibuk kan, at the end aku akan angkut jugak semua! So ada beza ke you tell me??


Owh before lupa, I'm away from the office okeh starting tomorrow! Hahaha satu benda yang aku yakin tak bawak kali ni adalah laptop sebab malas nak usung plus takut hilang tinggal kat hotel... Lagipun Bekbeyi kan ada hahaha kalau rajin aku update la, kalau tak korang pun tak kisah kan wahahaha... Bye bye and take care all!

People Changed

Aku dapat rasa la yang sekarang ni aku jadi lebih banyak sabar, sabar dan sabar... Kalau dulu pantang apa sikit, aku yang melenting dulu sekarang ni aku lebih banyak mengalah... Kalau dulu aku akan cakap direct je yang aku ni marah ke, merajuk ke, nak dipujuk ke sekarang aku relax aje... Relax la luarannya, dalam makan hati ke merajuk ke itu nasib badan la kan...

Bukan apa, makin rasa dah tua ni makin rasa tak boleh nak jiwa kacau... Tension or depress aku malas even tak dapat nak lari kan... Tapi itu la, aku amik sikap berdiam diri, pasrah dan mengalah aje supaya tak memanjangkan ceritara or drama sebabak selepas tu... Masa mula-mula aku amal sikap camni, rasa sangat stress okeh yela dah biasa kita jadi straight forward person tiba-tiba aku kena diam seribu bahasa dengan kata lain menjerit dalam hati aje... Marah-marah dalam diam, at the end cry like a baby kira okeh la untuk aku...


Kenapa saya berubah?? Hehe dalam hidup ni kita mesti sentiasa lakukan perubahan... Off course dari yang buruk pada yang lebih baik, walaupun yang lebih baik tu kadangkala untuk orang lain dan bukannya untuk diri kita sendiri... Yaaa, biar saya senangkan hati orang lain walaupun saya makan hati tapi yang penting dia tahu yang kita sentiasa cuba menjaga hatinya... Mungkin bukan sekarang, tapi kemudian hari nanti kita akan lebih dihargai... Siapa tahu kan??

Yemeni Honey





Yemeni Honey! Delivery service to Malaysia and other destination... Thank you mom! Tak pernah putus harap nak bagi yang terbaik untuk aku... Cuba dan sentiasa mencuba... Katanya ikhtiar...


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

Sabda Nabi s.a.w.

"Demi Allah yang aku dalam genggaman ya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya dalam musim panas dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk.



I Want To Stop Here

I think mom and dad quite upset with me! I can feel it as I said to them that I want to stop all my treatment, appointment and whatsoever that really tiring for me! Seriously okeh! I'm quite dissapointed with my condition plus with all the appointment that I have to go through! Crazy okeh when you have to follow up with more than one doctor and definitely more than one hospital... 

During my last appointment last week, the doctor asked me to start taking the medicine called UDCA plus he's going to refer me to one of his friend also the consultant of gastroenterologist & hepatologist... Reason? To ensure that I got the very special treatment from both of them plus the reason of mencekik urat leher dan duit aku! 



Entah la, sometimes I feel so stress and yet I feel so down and down... Penat la sebenarnya nak mengikut semua ni, yes that's what I should do if I want to live longer... Tapi bila sudah ada rasa frust aku mula rasa lantak la... Aku tahu dia akan marah bila baca ni dan kata aku tak sayang orang sekeliling dengan cara tak mahu berusaha untuk sembuh... Dear, I've tried for more than 2 years without people knowing that it's really something that feel like putting me away from the normal life... I've done my part, and yet I've to try and try and try... And I feel like to back off... Just trying to accept that I don't want to try anymore, and it hurts...



Please pray that I will be strong again, to continue my treatment and to fight for the best... Apapun kembali pada qada dan qadar yang ajal dan maut itu ketentuan Tuhan...

Terima Taceh


"Duit nak beli baju dah bank in dah..."


"Hehe okeh, metacih abang... Nanti sponsor lagi ek?"(ayat kena manis, lidah kasi pelat sikit hahaha!)

"Manyak cantik budak ni..."


"Hehehe mekasih, dah tau lama dah..."

"Menjawab menjawab!"


Hehehe mekasih la sebab sudi sponsor baju pengapit saya... Hahaha berkat apa! Hahaha hangin dia baik berani la aku nak gurau gini, part hangin puting beliung sibuk kerja kerja kerja jangan harap okeh... Nak tanya makan apa lunch pun gua tak berani huhuhu... Ni hangin dia hangin angel la sekali aku cakap nak beli baju mintak sponsor dia kata BOLEH! Hehe tenkiusssss.... Selamat duit ahkak!