Please add a disclaimer for affiliate links here.

Burger Bakar Abang Burn Thumbsss Up!


Awesome. Meatball Burger Bakar Abang Burn! Baru aku tahu ada kedai dia ni kat Seksyen 7. Sama ada dia baru buka, atau aku yang tak tahu. Semenjak dua menjak aku dah pekena burger bakar dan meatball dia ni, rasa macam tiap-tiap minggu mengidam nak makan. Encik suami sampai juih bibir la bila sekali sekala aku ajak gi drive thru, dia kata baik pekena burger bakar ngan meatball ni. Queue pun tak lah lama mana, tapi terbaeekkk. Sorry aku hanya sempat snap gambar meatball itupun sebab meatball makan last, burger dia aku tak ada kesabaran nak tunggu dan snap picture terus baham hahahaha. So far beef burger dia memang terbaik, dengan ketebalan daging yang waaalaaaa memang puas hati. Aku dah pekena chicken burger dia jugak, tapi so far pada aku beef dia terbaik. Lamb tak try lagi, nak beli untuk aku aje lamb mungkin tak kot takat rasa-rasa bila encik suami makan lamb okayyy laa. Meatball ni ada 10 ketul, tambah dengan cheesy wedges dia lagi gila best. Ikut portion perut aku burger dia pun aku tak lalu habiskan sekali tapi sedap punya pasal liiicccciiiin. Amik time kejap, pastu sumbat meatball hehehehe. Aku tak pernah lagi la makan kat kedai dia, selalu take away je. Ramai satu hal, aku lebih selesa nak menganga luas-luas dekat rumah hehehe.


Ehemmm JJCM been here already hehe. Confirm sedap punye. Satu aku puji, kebersihan amatlah terjaga. They are all in uniform, ala-ala mat moto gitu. Satu aku tengok guideline yang diorang tampal kat dinding untuk staf-staf diorang 'menghantar burger yang sudah sejuk/tidak panas adalah satu kesalahan besar' lebih kurang gitulah. So memang dihidang panas-panas, sedappppsss gila gitu.


Restoran Abang Burn Burger, PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

A day without laughter is a day wasted



Selamat pagi.

Pagi Isnin. Pagi yang selalu buat kita atau sebenarnya aku, rasa marah-marah. 
Sebab dah lemak, berehat bergolek dan bersantai sepanjang weekend. But life must go on. Walau mengantuk, mengantuk yang disebabkan rasa tak ikhlas nak bangun tapi kerja-kerja dah menanti. Yang utama, proposal untuk temuduga Rabu nanti. InsyaAllah.

Selamat pagi semua. Mari kita bersemangat. Semangat perlu ditanam dan dihasilkan. Jangan ikut kata hati minta kita jadi lemau, jadi lemah tak bermaya. Hehehe. Ayuh semua!

Holllaaaaa



Huhuhu this is not going to be my reason for not writing up in here. The truth is, aku baru baik demam. Actually no, today dah masuk hari ke 8 aku demam on and off. Antibiotic dah tukar sampai dua jenis, demmm. Kot kalau jadi kebal takpe, ini yang masuk dalam badan semua jadi toksik ceeh. Slight fever yang datang dan pergi buat aku rasa lagi weak, dengan pakej semsema, sore throat, diarrhea dan muntah. Ko hade??? Hahaha. 

May was good, and May will leave us soon. Tak lama lagi dah nak puasa kan. Puasa dah ganti?? Tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan tahun ni, harap-harap diberi kekuatan untuk menempuh bulan puasa ni. Cuaca? Harap-harap jugak beransur redup, tak lagi panas macam sekarang. MasyaAllah panasnya dalam seminggu pun payah nak hujan. Hari-hari aku merempan panas panas panasss, ini baru panas duniaaa.



This is picture taken before my parents fly to Makkah for umrah. Send them at the airport. Masa ni aku dah demam dah, plus dengan diarrhea. Eh kenapa eh aku tak sampai hati nak sebut cirit birit haaa? Hahahaha. Orang lain beg letak atas troly, aku troly letak diri sendiri. Hahaha maka jadilah sang suami penunggu setia tolak dan pegang troly hahaha takut nooo bini kena kidnapped ke hihihi. Aku duduk serba tak kena, berdiri jangan kata la lagi berganda-ganda tak kena. Kot salah perhitungan mau aku lari pecut carik toilet. Itupun dah berapa kali aku keluar masuk toilet, toilet pulak memilih eeeyeeks taknak aku kalau kotor nanti sampai tidur malam terbayang-bayang. Feeling dia sama macam tengok movie seram hahaha. InsyaAllah mak abah, adik and my uncle and aunties akan balik ke Malaysia on the 5th. Diorang pergi in a group of 7, macam best je kumpul adik beradik gi umrah sekali. Moga akan tiba rezeki aku dan suami ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah, InsyaAllah. 

Okaylah, till we meet again *sipu-sipu malu* insyaAllah aku akan rajin jenguk blog aku balik. Maklumlah sibuk :-p Babai....

Coming soon





ai InTouch coming soon. Inspired by me. Please feel free to visit our facebook page ai.intouch@facebook.com

I am sooo sorry for lack of updates. Life was too busy, new job scope for this year and I have to really focus on that. Macam no idea pulak how I should write in my own blog. By the way, ai InTouch will have very own blog coming soon. Please do pray I will have the luck in doing this. Hehe plus the green light from the husband and he had agree to help me wink wink ;-) Will update more often after this, ops that's not a promise but InsyaAllah I will hehe. 

Misteri Surah Al-Fatihah


  1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
  2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman.
  3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental.
  4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.
  5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
  6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Suka diingatkan: bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan jujur, Insya-Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua.

Happy birthday ABAH!



Rindu

Ya Allah rindunya kat blog aku ni. Punya la lama aku ignore, actually bukan ignore tapi apa lagi alasan boleh bagi melainkan sumpah busy!! Issk isssk busy sampai rasa tak sempat nak buat apa-apa. Off course balik rumah memang aku dah tak sentuh, masa office masa sampai rasa tak cukup 8 jam kesian kesian. Apa nak di kato? Malas aku nak cerita pasal kerja, sebab for sure tak berkesudahan punya.

Ingat tak hari tu aku post pasal online shop aku yang nak bukak tu. Sampai sekarang aku memang tak sempat lagi, subhanallah. Ada yang dah bertanya bilanya nak launch, aku cuma mampu jawab ahkak tak sempat lagi haaaa. Rasa macam setiap weekend pun aku tak dapat nak rest well. Ada je benda nak buat dan terpaksa buat, so do I have a choice? The answer is NO! Nanti eh, coming very soon. Adoiii.



Hari tu encik suami post pic ni kat facebook. Hahaha tak agak-agak letak caption tanya aku betul ke tidak? Hahaha betul-betul nak cari gaduh ni akakaka. Entahla, dulu aku takde la pot pet pot pet sangat kalau dia drive, in fact aku sangat confident dengan dia dan rasa sangat selamat. Mungkin faktor umur kot (umur muda memang camni puiiiii!!) buat aku rasa makin lama makin gayat. Diri sendiri drive takpe, tak rasa apa sangat hahaha. Kalau boleh kalau dia drive aku nak ada cermin pandang belakang sendiri, plus brek kaki sekali. Kot kalau laju, aku leh brek slow down kan hahahahaha.

On the other note, salam takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi mempertahankan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Syahid mu, syurga menanti.