Tension kot rumah kena catu air ni. Boleh pulak terkena weekend yang takde air. Tak ke seksa tu namanya. So takde air tak payah masak, senang! Tapiiii masa takde air ni jugak la perut aku vibrate tak sudah. Macam takde time lain kau nak sakit konon salah makan. Aku ni mandilah berjimat-cermat sebab nak save air kot emergency hampehhhhh! Malam tadi hujan lebat kemain, pagi ni pun hujan, harap-harap cepatlah penuh air kat empangan. Aku kalau takde elektrik takpe lagi, ni takde air bebal rasa hidup.
Next week start mid sem break. Apalah maknanya cuti dok rumah kalau air kena catu. Dah la mid break ni bukan tiket untuk aku bersenang-lenang, borgolek-golek kambing, masa cuti ni la aku nak pulun semua assignment and project bagi settle. Tak dapat settle semua pun settle separuh tu dah seribu rahmat. Aku takde masa nak bersantai-santai unless when I think I need that. Harapnya kuatlah semangat aku nak siapkan kerja 1 week ni. Kalau lagi aku tengok calendar lagi aku rasa nak meraung-raung tarik-tarik rambut. Stressnya masyaAllah. Eh tapi dah ni jalan yang kau pilih, hadap aje laaaa (kata hati aku!). Walau rasa macam minah sewel tapi aku tetap bersyukur dengan jalan yang aku pilih. The most important part is everyone around me kena sangat memahami kekdahnya. Kalau aku kata aku tengah gila, sila hadap kegilaan aku. Gituu.
Kan??? Kekdahnya bukan semua orang akan memahami kita. Nampak dan tunjuk je macam paham tapi reality nya tak. Tapi tak boleh jugak la kita nak salahkan orang sebab kita pun belum tentu boleh paham orang lain and it's not easy to understand situasi orang lain. So lebih baik kita fahamkan diri kita dengan situasi kita and try to go through with it. Try untuk tidak complicated kan otak dan hidup which is I totally failed sometimes.