
Please add a disclaimer for affiliate links here.
MasyaAllah, glamournya menda alah ni... Hehehe puas aku dok ulang alik ke pejabat pos sini haaa dah abis..! Day 3 aku cari takde jugak, sah memang kena carik kat pejabat pos besar..! Nasib la adaa... Punya la peghakkk tak penah masuk pejabat pos gamaknya, aku dengan bangga dan confident pegi la amik number, at last sampai turn aku akak tu cakap nak beli setem ada counter khas hujung sinun haa tak payah amik number...! Brengset, malu ahkak tauuu! Dapat jugak aku setem hasil ni, apa ke glamour bebenonya kan! Okeh petang ni nak hantar kepada tuan empunya... Lepas beli setem, temankan opismate ku itu membeli belah untuk projek puasaa yang tak boleh nak puasaa lalalalaaa... Dengan saya sekalinya shopping cokelat patblas ketul wahahaha...
Hari ini awal-awal dah beli lauk berbuka, malas aku nak berebut kat param sana! Mendanya takde la berjenis sangat, buat penat aku bersesak dan beratur aje lebih nak membeli..! Setakat nak beli kuih tu tak payah la kot sebab lepas berbuka aku akan lembik dan longlai menuju katil... So bila masa aku nak makan kuih kan?! Kalau beli pun takat aku bangun pastu cubit-cubit sikit aje kuih tu, serupa tak payah! Haiiiih lemah betul aku puasa kali ni, am i getting weaker and weaker? Hurrrrmmmm...
Cekal betul hati aku hari ni, datang keje dengan demam dan selsema okeh! Tegar pulak aku mengusung diri hari ni, tapi nasib la pun sebab ramai yang takde... Hidung ni makin lama makin memberat, dah bersin sana bersin sini.... Tak dok diam pulak dia bekerja menyusahkan aku kan... Tambah lagi bulan pose ni, selsema la yang paling wat aku tak larat, extra lembik aku hari ni gamaknya kan..! Kalau boleh tanggalkan hidung ni, dah lama aku buat kasi cuci dan overhaul wahahaha... Masa pulak lambat la berjalan! Hidung aku dah parah ni... Sok sek sok sek! Ni yang omsick lagi ni...
As time flies and again for the third time I celebrated the anniversary to be in the service… Not to say that I’ve got all the experiences but definitely I'm getting used of the career and what it needs to have you to be the best in the field… I might not be the best but I will try my very best to achieve the excellence…
Happy Working Anniversary to me… And I hope the very best for me everytime I passes this memorable date in my life…
Dah, aku dah sahur dah telan 2 keping biskut..!! Telan okeh telan..! Bukan makan... Sebab takde selera dan takde kuasa aku nak masak dan mencekik yang sedap2 (pemalas cakap aje la..!!)... Lain la kat rumah, bangun sahur meriah ramai-ramai... walaupun hari tu kami berempat aje... Tengok si kecik yang makan penuh selera sebab takut lapar di siang hari hehee funny macam aku masa kecik-kecik dulu... Cumanya dia tertib bersahur bukan macam aku dulu, last nya tidur sangat masa sahur sampai muka mencium pinggan nasik wahahaha...!! Rindunya la pulak kat rumah, bila balik Shah Alam ni rasa menyampah tahap benci pun ada bila suasana yang tak best ni..!! Aku rasa kalau puasa kat overseas sorang-sorang lagi best kot..!
Hi... How's puasa going on? Hehehe so far I'm doing just fine... Cumanya sahur dan berbuka sekarang tak lagi meriah dan best macam dulu... Sahur pun aku bangun just untuk minum air dan kalau ada selera makan la biskut sekeping dua buat alas perut, pastu baik aku sambung mimpi hikhik... Berbuka aku kata tak meriah sebab aku tak rasa dah sangat kemeriahan pasar ramadhan macam masa dok kat Dungun dulu... Itu la, dah takde kat sana baru nak rindu-rindu...
Masa kat Dungun dulu office hour ahkak sampai pukul 4.30 petang aje tau, sebabnya kami amik rehat cuma setengah jam... Balik 4.30 tu bukan pasar tunggu kitorang, tapi kitorang yang dok tunggu semua gerai bukak... Masa kat sana, tiap-tiap petang kami bertiga osmet ni akan dok menyerbu 'param', balik dok berlingkar depan tv sesama sambil tunggu azan Maghrib... Favorite menu aku yang aku boleh kata hampir half of my Ramadhan aku makan nasi kukus ayam berempah... Hummphhh memang power la kuah kari, ayam dan sambal dia... Sampaikan nak berbuka esok ko dah tak pikir menu lain okeh! Huhu mana aku tak rindu... Hurrmm apa yang kita tinggalkan masa silam tu, tak mungkin nak dapat grab balik moment tu kan... How I miss them, miss people there and miss Dungun so much...

Sekali lagi aku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menyambut Ramadhan... Masih dipanjangkan umur oleh Nya untuk aku sekali lagi mencari keredhaanNya di bulan mulia ni... Semoga Ramadhan akan datang aku masih bernafas di bumi Tuhan ini untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa... InsyaAllah... Semoga Ramadhan kali ni dapat memberikan aku lebih banyak kesedaran bahawa Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Memakbulkan sesuatu...
Happy 28th wedding anniversary to abah and ma...
With loving thoughts and memories of the wonderful parents you've always been and warm wishes for both of you to enjoy your anniversary and remember today and everyday, how much you're loved...

To ma and abah, love you so much.... Bila aku wish tadi abah reply "thank you... that means next month you will be 27 dear..." Huaaaaaa saje aje ingatkan aku!!
