Please add a disclaimer for affiliate links here.

Puasa of the Day




MasyaAllah, glamournya menda alah ni... Hehehe puas aku dok ulang alik ke pejabat pos sini haaa dah abis..! Day 3 aku cari takde jugak, sah memang kena carik kat pejabat pos besar..! Nasib la adaa... Punya la peghakkk tak penah masuk pejabat pos gamaknya, aku dengan bangga dan confident pegi la amik number, at last sampai turn aku akak tu cakap nak beli setem ada counter khas hujung sinun haa tak payah amik number...! Brengset, malu ahkak tauuu! Dapat jugak aku setem hasil ni, apa ke glamour bebenonya kan! Okeh petang ni nak hantar kepada tuan empunya... Lepas beli setem, temankan opismate ku itu membeli belah untuk projek puasaa yang tak boleh nak puasaa lalalalaaa... Dengan saya sekalinya shopping cokelat patblas ketul wahahaha...

Hari ini awal-awal dah beli lauk berbuka, malas aku nak berebut kat param sana! Mendanya takde la berjenis sangat, buat penat aku bersesak dan beratur aje lebih nak membeli..! Setakat nak beli kuih tu tak payah la kot sebab lepas berbuka aku akan lembik dan longlai menuju katil... So bila masa aku nak makan kuih kan?! Kalau beli pun takat aku bangun pastu cubit-cubit sikit aje kuih tu, serupa tak payah! Haiiiih lemah betul aku puasa kali ni, am i getting weaker and weaker? Hurrrrmmmm...

Cekal betul hati aku hari ni, datang keje dengan demam dan selsema okeh! Tegar pulak aku mengusung diri hari ni, tapi nasib la pun sebab ramai yang takde... Hidung ni makin lama makin memberat, dah bersin sana bersin sini.... Tak dok diam pulak dia bekerja menyusahkan aku kan... Tambah lagi bulan pose ni, selsema la yang paling wat aku tak larat, extra lembik aku hari ni gamaknya kan..! Kalau boleh tanggalkan hidung ni, dah lama aku buat kasi cuci dan overhaul wahahaha... Masa pulak lambat la berjalan! Hidung aku dah parah ni... Sok sek sok sek! Ni yang omsick lagi ni...

Would you like to comment?