Please add a disclaimer for affiliate links here.

Shopping Raya 2010



Weekend baru ni saya dapat buku lagi walaupun kami keluar untuk shopping hari raya... Mr Bubu saya sangat bermurah hati di hari kejadian, hehehe aku sendiri tak tahu kenapa... Asal aku cakap or tengok barang je dia suruh aku amik, dia bayar laa..! Tengok porch untuk BlackBerry pun, saya dapat jugak sebijik yer... Suhu badan dia okeh, hehehe cuma dia terlebih pemurah hari tu dan aku sangat suka... Sukacita aku ingatkan yer, walaupun dia macam tu aku sikit pun tak amik kesempatan kan abang kan?? Hehehe pada aku, apa yang betul-betul aku rasa nak boleh laa tapi kalau takat saja nak suruh dia beli itu ini tu tak la... Oh alkisahnya novel tu, sementara nak tunggu waktu berbuka lepak kat MPH saja belek buku... Aku cakap dah lama aku tak beli novel melayu hehe hajat nak satu walau dah pegang dua buah yang ditulis by Norhayati Berahim... Hehehe tapi saya dapat dua lalalala...

Hari tu shopping raya sakan, walaupun penat tapi sangat berpuas hati... Belikan baju raya untuk diri sendiri, ma, abah, hero kecik ku itu... Cari baju untuk diri sendiri tak lama, tapi nak pilih untuk orang lain sangat cerewet..! Siap ada perbalahan anak tekak yer di antara kami sebab dia tak suka baju yang aku pilih untuk mak... Okeh at last aku ikut cakap dia, same to my baju dia yang pilihkan color okeh! Tak dilupakan belanja dia t-shirt raya heehee... Same to my handbag yer, asal aku pilih ada je dia komplen cakap macam-macam... Shopping sakan tak sedar berapa kali aku swipe kan credit card ku itu dan sign macam otograp je hahaha nasib la kau pasni nak membayarnya...

Berbuka kat Secret Recipe sebab kononnya nak ada cake untuk birthday aku, hehe one slice aje okeh! Nak booking for berbuka kat Piza Hut MidValley tak boleh yer, dia kata tak amik booking, first come first serve so we said bye-bye je kat budak tuu.. Setau aku sebelum ni penah je kitorang booking for berbuka kat Piza sana... End up malam tu lepas berbuka tengok second movie for that day, Inception.. Nasihat ahkak, kalau korang dengan perut yang buntat tak boleh nak berpikir baik jangan tengok yer..! Cerita ni betul memerlukan fokus untuk faham pasal dia ibarat mimpi dalam mimpi punya cerita... Nak tau apa endingnya? Ending nya aku dan dia sama-sama bermimpi dalam panggung! Memula dia kejut-kejut aku suruh bangun tengok, hahahaha last-last dia jalan sekali tidur... So? Nak tengok lagi Inception? Taknak aku..!

Hurmm what a great weekend that I have... How's yours?

Semua Cantiksss





Jangan menggelabah nak sebok terkejut boleh?? Hahaha semalam pegi survey sini kat Ipoh dengan mak... Tapi dia kata dengan syarat, balik je rumah kena tolong masak wahaha statement tuu macam aku malas masak aje kan... Hehehe saja survey harga dulu, not bad laa.. Macam-macam gubahan yang cantik dan telah menjadikan saya seorang yang rambang mata hehehehe... Semua colour plak tiba-tiba aku rasa cantik..! Owh dugaan sungguh... Tapi colour pink sorry okeh, takkan masuk dalam list aku, eyeeekksss jambu!

Meja Kerja Shaye


Hahaha buang tebiat ke hape aku letak gambo meja opis... Aku cuma rasa tercabar weh bila tengok ada meja kaum adam yang lebih kemas dan indah dari meja aku..! Eh selerak sangat ke meja aku ni?? Siap ada orang bleh letak gambo-gambo pemili, pasangan, adik-adik, scandal semua..! Aku ni tak kreatip untuk menghias ke atau aku tak punya ruang..! Ruang macam besar, meja besar, side cabinet tu, cabinet belakang aku lagi..! Wahahaha....














So apa masalah aku ni? Takde...heeeeeeeeeee....

Happy Birthday To Me



Happy Birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...! Hehehe wishing myself a happy birthday... Another year passed and I'm thankful that I'm still alive, even not fairly healthy... I'm not getting old remember that, just adding another year of wisdom and maturity.. Thank you to my parents for bringing me into this world and make me the person I am today...

I wished that I can reach for a star, go for a beautiful dreams... Pick out some wishes no matter how far it is, or how hard it is to be reach...


The most that I want from the wishes, is for me to be healthy again..! Saya mahu sihat seperti dulu, where and when I can do almost everything in my life without having to think that I can't do this and I can't do that..! I just want everyone to be happy, not to worry so much about me and that will be the most valuable gift in my life at the moment... Aku tak mahu sakit lagi, tak mahu jumpa doctor lagi, tak mahu hospital menjadi rumah kedua, tak mahu ubat lagi, tak mahu rasa takut lagi dan tak mahu orang lain menangis kerana aku lagi... Doakan itu...


Hehehe dan rasanya hadiah paling bermakna juga adalah menghitung hari untuk dua hati menjadi satu, echeewaaah..! This year seperti tahun sebelum ini, hehe thank you for your wishes my dear... I love it and I love you..!




Thank you for all the lovely birthday wishes dear friends..!

Jenis Maknosia Apakah Ini?


Aku tak tau nak bagi gelaran apa, tapi manusia jenis ni sangat suka mengada-adakan cerita, mereka cerita bagi nampak menarik, mengolah cerita asal jadi lebih bombastic! Rahsia atau cerita orang lain jadi bualan dan disampaikan tanpa perlu ada yang tanya pun..!! Lagi ek? Hurmm apa yang dia tak buat, dikata dia buat... Orang lain salah aje di mata dia, yang betul hanya dia... Tapi kalau dia buat perkara yang sama oooh awal-awal dia dah defend diri sendiri, takot la tuu orang mengata dia macam dia mengata orang....

Arrrrrrggggghh apa aku merapeks malam buta ni...! Aku cuma pening bila orang macam ni ada di sekeliling... Sama-sama la kita berubah jadi yang lebih baik, peringatan buat diri sendiri jugak... Owh jika "anda" yang dimaksudkan itu membaca entry ini, apa kata nilai balik semua sifat-sifat itu sebab tak selamanya apa yang dibuat tu tak disedari atau diperkatakan oleh orang lain yer..! Semua orang-orang sekeliling ko ni bukannya bodoh tak tau menilai yang mana betul, yang mana salah, yang mana penipu, yang mana pembohong! Please, hidup kita ni umpama roda okeh! Sekarang mungkin ko kat atas cakap pung pang pung pang pun orang percaya (kecuali orang yang dah bijak menilai!), tapi satu masa bila orang dah tak kose diperbodohkan lagi maka persilakan ke longkang...

Fuuuhhhhh lega..!!


5 Stars for The Expendables



This is not the only movie I watched that day, but this is the most that have me to say 'wooooww'... Hehe sepanjang masa mulut saya menganga melihat action yang hurrmmm mengagumkan jiwa hikhik... Tambah pulak tengok aksi hero yang aku minat Sylvester Stallone hehe dan Jet Li yang cute itu...















Hehehe mana tak wooww dan nganga melihat aksi superb ini...
Eleeh asal action movie aje, asal hero handsome aje mula laa kau kata
kagum and bla bla blaaaa... Hahahahaha!



Mana Laa Satu Saya?



Aku terjumpa laa gambar lama ni... Godek-godek tadi end up terkejut akak tengok gambar zaman sekolah dulu... Bukan class picture, ni pengawas sekolah...
Ada hati jadi pengawas sekolah tapi perangai kalah samseng ceeeh podaaahh hehehe... Kalau nak tau aku sendiri tak tau yang mana satu aku, gambar kecik coet (hahaha bahasa!)... Agaknya sebab dulu muka huduh bangat, sekarang lawa sikit lalalalala... Tu yang lupa daratan tu, ni kira zaman kanak-kanak mohnyet lagi la hikhik...!! Kalau ada yang terror leh la cari aku, tapi aku berani kerat jari korang sendiri laa yang takde sape dapat cam aku okeh!


Tak adil kan? Gambar kecik suruh orang teka... Yang pasti aku tak duduk laaa...