Please add a disclaimer for affiliate links here.

Jalan-Jalan Cari Pasal!



On Tuesday, sehari lepas aku balik dari Terengganu maka dengan rasminya aku bercuti-cuti Malaysia.. Sebenonya takde la nak rehat sangat pun sebab malam tu aku dah membuta bersungguh-sungguh sampai taik mata pun dah naik kematu (eeeyeeek hehe!).. So Selasa tu memang Mr. Bubu telah menetapkan bahawasanya hari itu adalah hari untuk kami berjalan-jalan sama.. Aku cuti dia pulak nak cuti sama ek.. Hehehe...

Planningnya awal-awal pagi tu nak jalan-jalan dan tengok movie tapi masuk je kereta aku tiba-tiba rasa malaih nak jalan dulu, rasa nak bersiar-siar la plak... Tanpa plan dengan bernasnya dia bawak aku gi Port Dickson.. Bukan keluar pun, setakat tengok dari dalam kereta pastu pusing-pusing Seremban.. Hahaha bukan apa, agaknya dia kesian bila aku kata "abg, ayg tak penah pegi Negeri Sembilan".. Hahaha dan yang paling aku terkejut bila tau yang kat sana ada restoran buleh makan tenggiling... Punya la katak hutan aku ni sampai tak tau yang menatang tenggiling tu buleh dimakan.. Sian tenggiling.. Ya! Selamatkan mereka.. Dan paling tak sangka dia pun pernah makan makhluk tu.. Rasa nak muntah aku dengar, bueeeek! Upah aku pun tak hingin aku nak makan..


Lepas makan angin, terus menuju ke Alamanda.. Beli 2 tiket movie sekali, Adnan Sempit (sebab org kata kelako) dan 14 Blades... Nanti bab movie ni aku review lain punye ek.. So seharian merayap dan berjalan sama.. Hehe best la, tapi yang tak bestnya kalo dah keluar lama sangat ni adalah mengundang adegan gadoh-gadoh perang mulut.. Heeehee kadang ada aje yang tak kena nak didebatkan.. Bukan takat dah lama kuar, awal pagi bertemu muka pun dah jadi perang kecik pasal dia cakap aku start dulu.. Huwaaaa aku dalam apa keadaan sekalipun pasti la kalah, last-last diam kecik hati, takpun ada adegan budak pompuan chomot rambut dah senget nangis diam-diam macam siput sedut.. Bukan apa, nangis kuat-kuat kang mau kena marah lagi, tak pun dapat sesi ceramah free nak kata
gua ni lembik.. Memang tak adil! Ni sok kalau dok sebumbung mau ada adegan gado-gado, pastu larik masuk bilik hempas badan atas katil nangis sedu-sedu ni...

Would you like to comment?