Please add a disclaimer for affiliate links here.

Cuti Tamattttt!

Hari pertama bekerja selepas cuti berhari raya... Okeh, mood aku sekarang adalah ting tong, berotak tumpul, lemah tulang temulang, mata kuyu dan berpotensi untuk tidur pada bila-bila masa.... Huwaaaaaa! Hampir takde orang kat office hari ni, department aku ada 5 orang jer! Parking ko boleh pilih mana nak, parking depan pintu pun boleh.... Traffic sangat lengang yer siap boleh corner baring bus kat sebelah tadi, padahal dalam hati cuak jugak tak agak-agak nak merempit pepagi buta...

Suasana di highway pagi tadi membolehkan anda tidak sedar diri bawak kereta sambil berangan okeh! Opsss terberangan menyengih, sedar-sedar aje 'eh lori depan aku ni'... Tak kelakar okeh, itu bahaya... Hampir sampai hujan sangat lebat yer, jadi kelajuan terpaksa dihadkan sebab gua rabuuuunnnn hehehe!! Sampai juga saya di Shah Alam dengan selamat dan saya pun selamat dengan rasa liat nak mula bekerja... Macam tak puas bercuti raya tapi cuti kena simpan huhuhu untuk event yang mendatang ngeh ngeh! Ucapan untuk kawan-kawan yang masih bercuti, korang balik boleh tak??

Would you like to comment?