Please add a disclaimer for affiliate links here.

Selamat Tinggal Ramadhan

Hari ni genap 30 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa... Hari kemenangan buat semua yang telah berjaya menyempurnakan salah satu rukun Islam ini... Sedih meninggalkan bulan Ramadhan, tiba terfikir adakah aku akan bertemu Ramadhan yang akan datang? Masih diberikan peluang lagi ke untuk melaksana dan merasai nikmat bulan mulia ni... Aku sentiasa berdoa dan berharap semoga peluang tu terus diberikan untuk aku... Semoga kesihatan aku mengizinkan untuk aku terus bertahan...

Tiap kali meninggalkan Ramadhan rasa sayu sangat, terasa adakah sempurna amal, ibadat, keredhaan dan keberkatan yang kita dah sempurnakan di bulan mulia ni... Tapi aku bersyukur kerana tahun ni, saat ini aku masih diberi peluang untuk menyempurnakan bulan Ramadhan dan menyambut Syawal dengan keluarga tersayang...


Mungkin juga Ramadhan dan Syawal tahun depan dah raya berdua ek? Hehehe...

Would you like to comment?