Please add a disclaimer for affiliate links here.

Happiness is..... the weekend!

Heaven gila weekend dapat dok rumah.

Bahagia.
Tenang.
Relax.
Aman.

Eh banyak lagi la. Weekend ni selalu aku dambakan (eceeh) untuk dapat duduk melepu je kat rumah. Kalau keluar jalan-jalan pun tak kira sebab dah penat, tapi ni yang duduk rumah tanpa buat apa-apa. Masak pun tak. Itu yang paling heaven. Bukak mata je orang sebelah tanya nak makan apa, aku jawab "cik mak" (nasi lemak) okeyy set jom gi beli. Tak ke indah nama nye tu. Dasarrrrrrr pemalassssssss. Tapi weekend kali ni duduk rumah saje bukan sebab memang taknak keluar, gila taknak keluar padahal mood shopping aku tengah aktif. Tapi disebabkan Mr. Z tak sihat dengan kerja ofis dia pikul bawak balik nak siapkan by Sunday so duduk la saje melepu di rumah. Kalau dah nama aku dok rumah pastu roommate aku tengah menggagau siapkan kerja ofis, maka keje aku adalah membuta sajeeeeee. Yeee sahaja aku membuta sahajeee di siang hari sebab takde kawan. Bangun pagi, cari breakfast, makan, main hp kejap, gosok-gosok mata tanda mengantuk, landing, orang sebelah pun cakap sayang tidur yeee ehhh dia sokong aku tidur, so kerana aku isteri mithali aku pun tidur laaaa ikut kata suami. Bangun solat Zuhur, makan tengahari pulak (siap-siap beli masa breakfast sebagai tanda pemalasss) pastu sambung baca novel. Tiba-tiba rasa eh geramnye orang sebelah ni khusyuk sangat buat keje, adinda di sebelah dah sangap sebab tak biasa weekend tak shopping soooo apa lagi sambung membuta la.

Kul 5 bangun, cakap ngan dia aku kena gi kedai jugak amik thesis aku yang hantar for hardcover. So keluar sekali untuk cari makan malam (lengkap pakej pemalas aku). Lepas amik singgah Tesco tapau JM Briani pastu lalu sebelah Dunkin Donuts beli donut. Apa nak risau, lemak baru 1 layer. Esok dah 2 layer aku insaf la haha. 



Padahal rasa kalau amik 2 ketul pun cukup. Tapi biasa la cacing dalam perut cakap nak yang tu nak yang ni, so tak sampai hati aku nak kata tidak. Ok kak nak setttt ni. Masuk-masuk kereta (aku je turun gi tapau) Mr. Z tanya

Sayang beli apa tuu??? 
Dah beli apa lagi beli nasi briani la. 
Tak, yang kotakkkk patsegi leper tuuu??? (Buat-buat tanya nak perli aku la tu)
Ni haaaa beli nasi briani dapat percuma donut. Saje untuk kunyah-kunyah malam karang.
Ooooooooo. (buat-buat ooooo pulak. eeeee tonyoh kaki yang sakit tu karang baru tau)



Alhamdulillah, siap jugak akhirnya extra copy ni. Untuk supervisor aku dah submit dah 2 copy. So ni another five copy. Untuk biasiswa, untuk department, untuk aku sekali simpan. So dah selamat melayang duit aku. Eh dah dapat biasiswa lagi mau berkira lempang baru tau. 




Best gila pakai Mr. Z punye Macbook ni. Aku rasa aku nak let go la laptop lama aku tuuu. Kena cari Macbook jugak sebab sebabbb sebabb sebabb best gila la kot. Aku bukan boleh tengok. Hahaha yang best nye Mr. Z pun sokong yippieeeee. Tak sabar, tak sabar. Pastu jangan berkepam kau tak pakai sudah. Bukan apa, aku ni memang jenis suka pakai desktop sebab lagi laju aku buat keje tapi insyaAllah kalau bagi aku Macbook seketul confirm aku pakai. Saya janjiiiiii!!!

Would you like to comment?