Pagi Ahad. Muka kena paksa bangun tidur. Ada orang kena pegi office hari ni so aku dipaksa bangun awal untuk keluar breakfast. Dia kena pastikan perut isteri kenyang dan senyap dari kelaparan supaya dia boleh buat kerja dengan tenang. Mula-mula aku malas nak bangun, tapi tetiba teringat dia kata kena pegi Machines pagi ni beli apa tah untuk pakai masa event dia nanti. So macam rasa boleh la saya mengepow suami saya. Terus gosok-gosok mata, bangun mandi dan siap-siap. Pakai simple simple sudah, sebab mesti dapat jalan kejap jewwwww (sambil menjuih bibir) tapi takpe la janji ada dari takde.
So membreakfast kan diri kat Kluang Station Setia City Mall dengan "cik mak" supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat membiak dengan lebih aktif dan berkembang dengan jayanya. Ada orang tu breakfast makan porridge aje (euuwwww sangat tak in dengan tekak aku). Kalau tau dia nak makan porridge baik aku je yang masak. Confirm lagi sedap haha.
Mulakan hari dengan caffeine secukupnya. Siap belasah ais lagi. Tengok laki I, begitu menjaga kesihatan. Minum barli limau suam lagi.
"Cik Mak' saya.
Cik Mak ni baik untuk kesihatan lelemak di dalam badan supaya tidak menyusut walau sedikit pun kah kah kah. Erm nasik lemak okey tapi the sambal is the masin. Sakit kepala aku sampai sekarang. Mintak maap, kalau makan porridge i is tak minat nak snap hahaha. Sebenarnya ada lagi gambar menu tambahan tapi biarlah rahsia hahahaha. Tapi nye menu tambahan aku tu memang sedapppp.
Kan dah cakapppp. Dalam pada aku rasa diriku membesar bagai juara, komen ikhlas sebegini menunjukkan yang aku menunjukkan penyusutan berat badan. Celah mana la kawan aku ni nampak aku kurus, dia tak tau aku tahan napass tu nak cover lelemak doorrrjana yang begitu pesat membangun di dalam badan. Tapi takpe, makna nya boleh makan lagi la kan hehehe.
Kan betul aku cakap. Dapat keluar kejap pun jadik. Jadik la buat mengabiskan duit yang tak banyak ni. Masuk yang ni rasanya dah 4 casing ipad mini aku. Asik la nak bertukar, apa kau ingat macam tukar baju ke harga dia. Eh, janji dapat tukar baru la ada semangat nak main games. Sebenarnya aku nak color purple tapi masuk 2nd time masuk Machines memang takde lagi color purple tu, color lain banyak dah restock. So berpegang kepada konsep aku kalau keluar kena shopping sekurang-kurangnya 1 item, maka beli la jugak haha. Mr. Z cukup anti dengan pegangan aku yang tah pape ni haha tapi nasibla. Dia kan busy weekend ni so kena la hiburkan hati aku supaya aku tak rasa ditinggalkan hahahaha.
On the way balik singgah beli apa-apa stock makanan yang patut. Ada harapan lepas Maghrib baru dia balik tapi dah request aku masak nasi goreng telur dengan ayam goreng. Hukkkalohh, baru nak teruskan misi pemalas aku tapi sian lak haha lagipun menu dia mintak pun menu pemalas sempena bini dia malas haha.
Okey la nak teruskan aktiviti-aktiviti malas yang lain. Kalau malas nak buat aktiviti malas kang tak guna la aku pegang title queen of pemalas hahaha sia-sia je dapat award.