Please add a disclaimer for affiliate links here.

I'm Ready


Tahun ni Melaka adalah tuan rumah untuk SUKMA 2010... Akan berlangsung dari 10 - 19 Jun 2010 bertemakan Harmoni dan Cemerlang...

Sebenarnya aku nak cerita pasal SUKMA ke?? Huhuu tidak! Aku cuma nak mengingatkan diri bahawa SUKMA kali ini akan sedikit sebanyak berkait dengan hidup aku wahahaha... Mana tidaknya kalau Mr Bubu saya secara langsung memang terlibat tanpa henti dengan Sukan Malaysia tahun ni... Bukan baru, dari lama dulu dia sudah mula busy dengan kerja-kerja nak ke SUKMA ni... Dan sekarang busy dia lagi tahap tak hingat dunia... Cubaaaaaan hehe...
Maka suka aku ingatkan diri sendiri bahawa kesabaran yang tinggi adalah amat diperlukan sekarang, huhuhu jangan nak gediks mengadu kurang kasih sayang wahahaha...

Sian aku kat dia tapi nak wat camne, kat aku pun kesian jugak dah berapa kali planning nak jumpa terpaksa dibatalkan atas urusan mengejut beruk dia... Nasib aku tak berubah jadi beruk betina mengamuk sebab agenda aku nak pow dia asik tergendala... Ni agaknya Tuhan tu nak tunjuk niat tu biar murni... Wahahaha murni apa niat aku! Minggu ni aku frust lagi muka dah jadi cencurut tersepit lif sebab nak suruh orang tu pilihkan dan akhir sekali membayarkan kasut baru aku terpaksa dibatalkan lagi huahuahuaaaa... Sekarang cakap pun kejap-kejap aje, bangun wish morning, tanya khabar, mengadu (dah kalau memang kaki mengadu memang tak dapat nak elak!), gaduh-gaduh sikit, dah kena marah baru bye-bye... Pastu kang malam or tengah malam baru dapat cakap balik, tu pun dua-dua dah penat kalau cakap lama-lama boleh mengundang perang dunia untuk entah kali ke berapa entah wahahaha...


Tapi takpe, I'm his understanding princess hik hik gedik... Kiranya masa dia busy ni aku kena berpantang la dari nak berkepit aje! Hehe aku okay aje kecuali datang time when I really need him to talk and again untuk mengadu itu ini... Aku tunggu lepas abis SUKMA siap la dia! His time will be for me wahahaha... Dah banyak wish list aku ni yang terpendam lalalalala... Semoga segala kerja dia dipermudahkan dan success! Amin...

Lovely Weekend



Aktiviti hujung minggu adalah untuk melayan boyfriend kecik saya ni... Janji nak tengok movie tapi sebab tinggal petang aje so terpaksa cancelled kan... Nasib tak merajuk sebab aku tukarkan pada aktiviti ni... Wahaha sebenarnya aku sendiri sangat la suka aktiviti ni cuma selama ni takde sape nak teman atau layan... Kalau ajak Mr Bubu confirm dia bangkang da
n piat telinga saya sebab katanya dah besar pun sibuk nak layan mende alah camni... Eh walaupun dah tua hati mesti mau muda kan kan...













So aktiviti budak kecik ni hanya dapat aku tengok dengan meleleh air liur la... Nak main aku tengok kiri kanan belakang semuanya age macam budak ni jadi aku pendamkan hasrat hati aje wahahaha... Yang dapat aku main satu menda aje, hockey table tu... Itupun sebab menatang tu nak ada 2 player baru buleh main wahahaha jadi la lepas gian... Siott aje kan aku perhati dia main sambil penat pergi tambah token dia nak main macam-macam huhuhu...















Korang tengok la dia main air plane ni... Wahaha aku kata kalau nak jadi pilot mesti boleh main menda ni... Hahaha 2 kali dia try untuk naikkan plane ni and crashed gedababoommm... Geram je aku rasa nak take over tapi ada budak kecik tengah tengok adik aku main... Frust lagi aku nak main demmm! Tu big gun tu geram aje aku nak angkat dan tembak macam orang gilaaa fuhhh!














Hahaha motor ni kalau aku nak naik confirm orang yang jaga kat situ seret aku keluar campak depan pintu wahahaha... Walaupun yang ni teringin aku nak dok atas tu hahaha... Tengah dia main game football ni dia boleh cakap kat aku "dok sebelah ni je tau tengok kita main"... Hampeh punya budak kecik, aku ni berpeluh tunggu dia abiskan token yang dok diulang-ulang aku pergi tambah dan tambah...



Wahaha aktiviti yang aku wajibkan juga untuk boyfriend kecik ni! Setiap bulan aku akan belikan dia buku, he can choose or aku akan pilihkan... Main-main jugak, habit ini mesti ditanam dari kecik lagi... Hujung minggu yang sangat terisi dengan gembiranya hehe...

I Need A Vacation

Kalau orang tanya aku, apa yang paling aku perlukan sekarang? My answer will be a vacation... Yes, I need it now... In fact dah lama dah aku wish to have this vacation, alone okeh!! I don't need anyone else for this wish... Aku mahukan percutian seorang diri, not to enjoy sebab kalau nak enjoy mestila perlukan kawan-kawan or family kan... I need this treat for my own self, I need some space for myself not even want to be disturb by anyone else...

Aku rasa setiap orang perlukan ruang untuk diri sendiri, kalau tak banyak pun sikit pasti kita perlukan ruang ini di satu sudut kehidupan... Dan aku pula sangat memerlukannya sekarang untuk lari dari pelbagai persoalan hidup yang dah lama mengejar dan membayangi hidup aku... Aku perlukan ruang untuk bermuhasabah, mengenal dan memahami diri, dan akhirnya mampu membuat keputusan terbaik untuk hidup aku sendiri... Ya dan sekarang masih berharap aku punya waktu dan kesempatan untuk memenuhi wish ni, as soon as possible... Nak ikut?? Sorry, next vacation okeh!

Apa-Apa Aje!


Sekarang malam rutin tidur aku macam dah berubah pulak... Selalunya pukul 12 mata aku masih melekat kat screen ni... Tapi sekarang lepas mandi, solat dan mencekik aku terus mensungkurkan diri atas katil dan terlelap sedas dua... Wahaha bila dah segar baru terjaga dan siap-siapkan baju untuk kerja esok... Waah cerita macam la aku nak sediakan baju untuk laki sekali padahal baju diri sendiri aje dah kecoh tak menang tangan... Sok dah kawin kalau tak sempat aku dobikan aje semua baju wahahaha...

Bila dah terlelap awal ni, mula rasa segar dan baru la aku buat aktiviti blogging ke, forum, facebook ke time macam ni... Tapi aku rasa macam ni aku lagi segar esoknya sebab masa dah penat balik keje tu aku dah terbongkang dan tidur dulu... Pasni nak siap-siap packing beg nak lari dari rumah wahahaha...


Esok last day untuk AKNC... Part aku tak siap lagi! Esok kita all out la chaiyok2 walau dalam hati tak senang rasa... Dah part aku memang yang second last, lepas semua hantar baru la boleh report hasil haaa padan la muka!



What The??


"Abang kat mana??"


"Tengah makan..."


"Makan kat mana??"


"Kedai makan sayang..."


Patut tak ada orang kene lempang bertubi-tubi..! Apa kebendulan yang melanda ni??! Wahahaha....

Oh Nooo!!



Aku selalu rasa nak tinggi, tapi aku memang tak berapa nak tinggi... Dengan Mr Bubu akan sangat la rasa diri ni kerdil, dok bawah bahu dia aje... Mungkin lebih rendah dari itu... Kalau orang tanya ketinggian aku, memang aku bohong sunat sikit tambahkan jadi lebih sikit... Biar la sukati aku la kan wahahaha... Hari ni aku jatuh pendek balik bila mana kasut kesayangan aku yang selalu menampakkan aku sangat tinggi akhirnya pergi jugak meninggalkan aku huhuhu... Putus di tengah jalan, alaa frustnya kemain lagi tadi bukan sebab kena cari kasut lain tapi sebab tu la kasut yang buat aku rasa on stage hahahaa...

Kalau keluar dengan Mr Bubu aku mesti pakai kasut yang tinggi sebab aku tak suka dia buli aku bila dia tengok aku macam sangat rendah... Benci okeh! Pastu bila naik escalator dia suka berdiri bawah sikit dari aku konon baik hati nak nampakkan aku tinggi... Itu bukan baik tapi satu penghinaan terhormat okeh! So kena carik lain la, kalau boleh nak exactly macam tu tapi kali ni kena orang lain belikan laalalalaa...

Jealous Ke??

Dear orang yang taknak mengaku....

Semalam ada orang jeles dengan aku tapi taknak mengaku... Eleeh soalan pun dah berbaur cemburu tapi lagi taknak mengaku... Masa tu aku malas nak layan je sebab mengantok kalau tak hujah aku lagi panjang... Siap last-last nak kenakan kat aku itu ini... Kalau mengaku jeles pun apa salahnya, dah awak tu memang layak la pun nak jeles dengan saya ni wahahaha... Pagi ni bila aku tanya boleh pulak dia jawab dia cuma membayangkan dia dalam situasi aku, mesti aku akan jeles dengan dia... Wahahaha see dia sengaja kenakan aku balik sebab taknak mengaku....

Moral of the story, boleh tolong mengaku tak Mr Bubu?? Nak cover konon, act la sangat ek, lempang karang! Wahahaha....