Aktiviti hujung minggu adalah untuk melayan boyfriend kecik saya ni... Janji nak tengok movie tapi sebab tinggal petang aje so terpaksa cancelled kan... Nasib tak merajuk sebab aku tukarkan pada aktiviti ni... Wahaha sebenarnya aku sendiri sangat la suka aktiviti ni cuma selama ni takde sape nak teman atau layan... Kalau ajak Mr Bubu confirm dia bangkang dan piat telinga saya sebab katanya dah besar pun sibuk nak layan mende alah camni... Eh walaupun dah tua hati mesti mau muda kan kan...
So aktiviti budak kecik ni hanya dapat aku tengok dengan meleleh air liur la... Nak main aku tengok kiri kanan belakang semuanya age macam budak ni jadi aku pendamkan hasrat hati aje wahahaha... Yang dapat aku main satu menda aje, hockey table tu... Itupun sebab menatang tu nak ada 2 player baru buleh main wahahaha jadi la lepas gian... Siott aje kan aku perhati dia main sambil penat pergi tambah token dia nak main macam-macam huhuhu...
Korang tengok la dia main air plane ni... Wahaha aku kata kalau nak jadi pilot mesti boleh main menda ni... Hahaha 2 kali dia try untuk naikkan plane ni and crashed gedababoommm... Geram je aku rasa nak take over tapi ada budak kecik tengah tengok adik aku main... Frust lagi aku nak main demmm! Tu big gun tu geram aje aku nak angkat dan tembak macam orang gilaaa fuhhh!
Hahaha motor ni kalau aku nak naik confirm orang yang jaga kat situ seret aku keluar campak depan pintu wahahaha... Walaupun yang ni teringin aku nak dok atas tu hahaha... Tengah dia main game football ni dia boleh cakap kat aku "dok sebelah ni je tau tengok kita main"... Hampeh punya budak kecik, aku ni berpeluh tunggu dia abiskan token yang dok diulang-ulang aku pergi tambah dan tambah...
Wahaha aktiviti yang aku wajibkan juga untuk boyfriend kecik ni! Setiap bulan aku akan belikan dia buku, he can choose or aku akan pilihkan... Main-main jugak, habit ini mesti ditanam dari kecik lagi... Hujung minggu yang sangat terisi dengan gembiranya hehe...
huhu,layan je...tapi part paling last tu paling best...fully agree kita kena tanamkan sikap membaca sejak kecik...lau dan tua bangka baru nak start,konfem tak jadi punye....
ReplyDelete