Please add a disclaimer for affiliate links here.

Apa-Apa Aje!


Sekarang malam rutin tidur aku macam dah berubah pulak... Selalunya pukul 12 mata aku masih melekat kat screen ni... Tapi sekarang lepas mandi, solat dan mencekik aku terus mensungkurkan diri atas katil dan terlelap sedas dua... Wahaha bila dah segar baru terjaga dan siap-siapkan baju untuk kerja esok... Waah cerita macam la aku nak sediakan baju untuk laki sekali padahal baju diri sendiri aje dah kecoh tak menang tangan... Sok dah kawin kalau tak sempat aku dobikan aje semua baju wahahaha...

Bila dah terlelap awal ni, mula rasa segar dan baru la aku buat aktiviti blogging ke, forum, facebook ke time macam ni... Tapi aku rasa macam ni aku lagi segar esoknya sebab masa dah penat balik keje tu aku dah terbongkang dan tidur dulu... Pasni nak siap-siap packing beg nak lari dari rumah wahahaha...


Esok last day untuk AKNC... Part aku tak siap lagi! Esok kita all out la chaiyok2 walau dalam hati tak senang rasa... Dah part aku memang yang second last, lepas semua hantar baru la boleh report hasil haaa padan la muka!



Would you like to comment?