Haa ni la dia habuan bila dah hampir 3 minggu takde kat ofis... Ini la dia sebab yang aku malas bila terpaksa cuti sakit lama-lama... Cuti tu satu hal la, pastu pastinya la meja aku ni penuh dengan segala macam ni... Tadi masuk aje ofis aku tak terpandang lagi meja, baru pandang kerusi yang aku rindui... Elok je duduk, terbuntang bijik mata tengok betapa kemasnya meja... Hahaha padan muka!
Ooo ari ni hilang la rindu pada suasana ofis dengan gelagat sahabat yang bebiol semuanya tapi terbaik la... Hilang rasa gundah di hati, lupa sekejap semuanya... Hari ni kesibukan kat department aku dah jadi macam nak kenduri kawin.. Sana sini sibuk dengan kerja masing-masing untuk ke pameran di PNM Isnin depan ni... Yang sibuk pintal riben pun ada! Wahhh what a happening environment I have it here... Aku tak berjaya nak clearkan meja aku ni tadi, dah nak petang sampai pulak keje untuk audit next week... So meja dan kerja, tunggu la minggu depan aku kasik all-out...