Cepat sungguh masa berjalan kan.. Pejam celik dah masuk bulan Mac.. Rasa tak terkejar masa dan rasa macam banyak lagi belum disudahkan dalam masa yang lepas tu.. Kalau la boleh diundurkan masa...... Banyak perancangan yang menanti untuk 2010 ni, adakah terdaya aku untuk menyempurnakannya?? Adakah panjang umur aku untuk melalui semuanya?? Esok another appointment with the doctor.. Huuhuu aku sudah bosan dan penat dan aku mohon hati aku sentiasa dicekalkan untuk menempuh rutin yang pada aku tak sepatutnya aku tempuh lagi.. Yes, aku tau aku perlu terima hakikat dan ketentuan yang dah ditetapkan.. Ada hikmah di sebalik semuanya.. Tapi biasalah, kadang hati kita akan rasa sedikit terkilan dan memberontak.. Itu normal, dan sebagaimana apa yang diduga, aku perlu tempuh dengan hati yang cekal dan tabah.. Ya, untuk semua yang tersayang.. Untuk mereka yang menyayangiku dan untuk mereka yang aku sayangi..
Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk menempuh dugaanMu... Amin...
Sesunggunya Rasulullah (SAW) telah bersabda, mafhumnya "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu:"
1. Muda sebelum Tua
2. Sihat sebelum Sakit
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati
Semoga kita sama-sama dapat mempergunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebelum hilangnya kesempatan itu..