Rindu

Ya Allah rindunya kat blog aku ni. Punya la lama aku ignore, actually bukan ignore tapi apa lagi alasan boleh bagi melainkan sumpah busy!! Issk isssk busy sampai rasa tak sempat nak buat apa-apa. Off course balik rumah memang aku dah tak sentuh, masa office masa sampai rasa tak cukup 8 jam kesian kesian. Apa nak di kato? Malas aku nak cerita pasal kerja, sebab for sure tak berkesudahan punya.

Ingat tak hari tu aku post pasal online shop aku yang nak bukak tu. Sampai sekarang aku memang tak sempat lagi, subhanallah. Ada yang dah bertanya bilanya nak launch, aku cuma mampu jawab ahkak tak sempat lagi haaaa. Rasa macam setiap weekend pun aku tak dapat nak rest well. Ada je benda nak buat dan terpaksa buat, so do I have a choice? The answer is NO! Nanti eh, coming very soon. Adoiii.



Hari tu encik suami post pic ni kat facebook. Hahaha tak agak-agak letak caption tanya aku betul ke tidak? Hahaha betul-betul nak cari gaduh ni akakaka. Entahla, dulu aku takde la pot pet pot pet sangat kalau dia drive, in fact aku sangat confident dengan dia dan rasa sangat selamat. Mungkin faktor umur kot (umur muda memang camni puiiiii!!) buat aku rasa makin lama makin gayat. Diri sendiri drive takpe, tak rasa apa sangat hahaha. Kalau boleh kalau dia drive aku nak ada cermin pandang belakang sendiri, plus brek kaki sekali. Kot kalau laju, aku leh brek slow down kan hahahahaha.

On the other note, salam takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi mempertahankan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Syahid mu, syurga menanti. 

0 comments: