Please add a disclaimer for affiliate links here.
gadget
Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

My Sunday


Pagi Ahad. Muka kena paksa bangun tidur. Ada orang kena pegi office hari ni so aku dipaksa bangun awal untuk keluar breakfast. Dia kena pastikan perut isteri kenyang dan senyap dari kelaparan supaya dia boleh buat kerja dengan tenang. Mula-mula aku malas nak bangun, tapi tetiba teringat dia kata kena pegi Machines pagi ni beli apa tah untuk pakai masa event dia nanti. So macam rasa boleh la saya mengepow suami saya. Terus gosok-gosok mata, bangun mandi dan siap-siap. Pakai simple simple sudah, sebab mesti dapat jalan kejap jewwwww (sambil menjuih bibir) tapi takpe la janji ada dari takde.

So membreakfast kan diri kat Kluang Station Setia City Mall dengan "cik mak" supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat membiak dengan lebih aktif dan berkembang dengan jayanya. Ada orang tu breakfast makan porridge aje (euuwwww sangat tak in dengan tekak aku). Kalau tau dia nak makan porridge baik aku je yang masak. Confirm lagi sedap haha. 


Mulakan hari dengan caffeine secukupnya. Siap belasah ais lagi. Tengok laki I, begitu menjaga kesihatan. Minum barli limau suam lagi.


"Cik Mak' saya.

Cik Mak ni baik untuk kesihatan lelemak di dalam badan supaya tidak menyusut walau sedikit pun kah kah kah. Erm nasik lemak okey tapi the sambal is the masin. Sakit kepala aku sampai sekarang. Mintak maap, kalau makan porridge i is tak minat nak snap hahaha. Sebenarnya ada lagi gambar menu tambahan tapi biarlah rahsia hahahaha. Tapi nye menu tambahan aku tu memang sedapppp.



Kan dah cakapppp. Dalam pada aku rasa diriku membesar bagai juara, komen ikhlas sebegini menunjukkan yang aku menunjukkan penyusutan berat badan. Celah mana la kawan aku ni nampak aku kurus, dia tak tau aku tahan napass tu nak cover lelemak doorrrjana yang begitu pesat membangun di dalam badan. Tapi takpe, makna nya boleh makan lagi la kan hehehe.




Kan betul aku cakap. Dapat keluar kejap pun jadik. Jadik la buat mengabiskan duit yang tak banyak ni. Masuk yang ni rasanya dah 4 casing ipad mini aku. Asik la nak bertukar, apa kau ingat macam tukar baju ke harga dia. Eh, janji dapat tukar baru la ada semangat nak main games. Sebenarnya aku nak color purple tapi masuk 2nd time masuk Machines memang takde lagi color purple tu, color lain banyak dah restock. So berpegang kepada konsep aku kalau keluar kena shopping sekurang-kurangnya 1 item, maka beli la jugak haha. Mr. Z cukup anti dengan pegangan aku yang tah pape ni haha tapi nasibla. Dia kan busy weekend ni so kena la hiburkan hati aku supaya aku tak rasa ditinggalkan hahahaha.

On the way balik singgah beli apa-apa stock makanan yang patut. Ada harapan lepas Maghrib baru dia balik tapi dah request aku masak nasi goreng telur dengan ayam goreng. Hukkkalohh, baru nak teruskan misi pemalas aku tapi sian lak haha lagipun menu dia mintak pun menu pemalas sempena bini dia malas haha.

Okey la nak teruskan aktiviti-aktiviti malas yang lain. Kalau malas nak buat aktiviti malas kang tak guna la aku pegang title queen of pemalas hahaha sia-sia je dapat award. 

New Gadget in the house


For him and for her. Gitu. Sape yang tau, memang tau la aku gila gadget. Dapat pulak Mr. Z yang hantu gadget. Kira tinggi sikit pangkat dari aku yang gila ni. So last year (rasa macam 2014 lagi) masa Note 4 dah keluar tu dia menyanyi nyanyi kat telinga aku (read: morale support) suh aku beli Note 4. Memang macam ni la tetiap tahun bila Note keluar model baru mesti nak suh aku beli (mana aku tak beli tetiap tahun) hahaha! Aku ajak tukar sekali taknak. Ini namanya pasangan yang sangat memahami. Dia memahami bab handphone je la, bab handbag dia la yang paling taknak memahami aku. Sobbbs!!! Reason aku beli lambat sikit sebab masa tu tengah dalam semester lagi, aku pulak nauzubilllah sibuk ya amat, so kalau aku beli handphone nanti takut aku yang sibuk main handphone baru je. So lepas settle assignment berkilo-kilo tu baru la aku ajak dia pegi beli. Itu pun lepas dah tak tahan menanggung hasutan dia hahaha.

Kan aku ajak dia tukar dia taknak so temankan aje la adinda membeli handphone baru ye. So far semua Note aku dah pakai. Tiap kali keluar model baru mesti nak kena beli padahal yang sebelum tu kadang tak sempat habis warranty lagi. Tapi dah nama pun gila kan. Selalu masa aku beli mesti aku janji dengan diri sendiri yang ni last janji. Puii la last. Takde makna.

Aku mencarik pakej dengan Celcom sebab katanya kalau amik sekali dengan pakej boleh dapat murah sikit, plus untuk a few months bil tepon aku dia dah tolak siap-siap. Tapiiiiiiiiiiii nya, pegi Celcom takde stock. 

Sales: Kalau nak, cik boleh tinggalkan nama. Nanti bila dah ada stock kami akan call.
Aku: Taknak, saya nak malam ni jugak. (keluar malam gi cari handphone, baru la gila nama dia)
Sales: *muka terkedu* cuba cik try cari kat lain-lain centre. (takpe la dik, kalau nak survey kat centre lain confirm tak dapat malam ni jugak)

Haha nasib la, aku ajak Mr. Z beli terus kat Samsung tapi dia ajak gi DirectD. Memang sini la pot kitorang beli handphone selalu. Memang ori set boleh dapat kat sini cumanya orang dia gileeeeeee ramai. Tak penah yang aku pegi tak ramai. Kalau ko tak berdiri queue paling kejap pun setengah jam tu memang tak sah. Eh aku nak cite beli handphone je pun tapi melalut kronologi dia hahaha.


So tadaaaa. Selalu pilih hitam je. Kali ni aku pilih gold color. Tambah sikit la harga sebab color gold. Laju je orang sebelah aku ni iklankan handphone lama haha. Apa yang penting kerjaaaaasamaaaaaaa! Hahaha.

So sebab dia taknak pakai handphone sama ngan aku, disebabkan hantu gadget dia dah merasuk nak tukar pakai iphone pulak, maka nya kita carik la iphone. Kisah nak membeli iphone ni 1 hal jugak. Jenuh cari kat Celcom memang takde stok. Kebetulan pulak lepas new year, aku suspek santa claus dah bagi hadiah krismas berbentuk iphone, so kat kedai takde stok. Jangan kata kat Celcom, kat Machines pun siap kitorang call semua branch dia. Yang ada stock iphone 64g ni cuma kat Sunway dan Nu Sentral je. Padahal sebelum tu dah pegi Sunway Pyramid sebab nak gi Celcom kat sana, sekali takde. So try The Mines pulak, takde jugak. Masa tu aku hampir bertukar jadi singa, so aku kata kita call je Machines, call punya call kebanyakan memang dah takde stock, kalau ada pun iphone 6 plus. Yang si iphone ada pun tapi takde yang 64g. So pegi balik Sunway Pyramid.

Sampai sana, hantu gadget sekali lagi merasuk. Boleh pulak dia tetiba confuse nak iphone 6 ke iphone 6 plus. Masa ni aku memang dah jadi singa, tapi singa yang keletihan la. Aku ceramah serba sikit, soal siasat bagi dia puas hati baru la hantu gadget yang dah merasuk tu jadi lemah haha, so at last dia pilih iphone 6. Tapi takpe sebab dah biasa, dia kalau beli sekecik-kecik benda pun memang takkan terus beli. Tak sah kalau tak keluar masuk kedai sampai aku keluar asap ikut hidung baru la dia membeli, tapi selalunya tak beli. Tahan dia postpone beli sebab belum puas hati. So sape kata perempuan kalau bab shopping ni cerewet. 

Sekian la cerita saya. Tengah sibuk main COC sekarang. 

Apple in the house

Semalam, laki bini buat kerja gila. Mula-mula the husband yang hint nak beli Nexus 7. Yang aku pulak pantanglah mendengar. Terus bagi sokongan padu. Plan dalam hati, nak angkat IPad Mini aje, before this memang dah tengok-tengok (tengok je okay!) tapi tak ada rasa nak beli pun. Dah Note 2 ni pun baru je keluar aku dah kemain tak sabar pergi membeli. Itupun kerja gila jugak muahehe. So semalam disebabkan tak kerja laki bini, so we decided to look for it kat Setia City Mall. Masuk Machines, masuk Harvey Norman dan last sekali Courts. Semua tak ada stock. Hahahaha masa ni orang yang beria nak membeli tak ada apa-apa, aku yang kononnya mengikut yang tarik muka lebih-lebih. So the husband call one shop ni and they said yes they got it. We went there, in Subang aku pun tak tahu apa nama kedai dia tapi yang pasti kedai ni bukan macam kedai handphone biasa, ramai nauzubillah. Siap queue lagi.



We bought IPad Mini (for me) and Nexus 7 (for the husband). Mine is only for wireless sebab aku nak jimat battery Note 2 la kononnya. Besides I don't need sampai 2 data plan kan. Aku pun tak tahu hantu apa yang rasuk laki bini ni sebab asal pasal gadget je dua-dua jadi tak sabar. Kalau kata nak tu memang tak boleh tunggu hari lain kakakaka.




Agak-agak apa aku buat dengan benda ni. Hahahaha kerja kita kenalah selalu main game sebab boleh hilangkan stress ye. That's all nak story. Janganlah membazir, ini semua nafsu semata-mata hihihihi. 

Sunday is cooking day

Phewww! That's the word for today. Anyway sorry for lack of updates from me. Just finish doing the laundry, mopping the floor and cooking for lunch today. Decided to stay at home today after we had date and movie yesterday hihi. Dah lama tak keluar berjalan dari pagi sampai malam since dah kahwin ni hahaha seems that we're getting tired to do that hahaha.

We had watched Wrath of the Titans yesterday and I would give 4.5 stars. Ingat semalam nak buat back to back tapi nanti tak sempat nak merayap pulak haha.
Eh saya ada rasa nak sambar sebijik blackberry balik laa. Eventough dah pakai galaxy note ni but ketagihan terhadap BBM ni sampai sekarang terasa issk issk. You will never have that on any other phone hahaha. Okay waiting for next month budget eh hahahahaha.

Testing

Testing testing.... Welcoming android earlier than expected... Hehehe best!

Sent from Samsung Mobile

Samsung Galaxy TAB

Hehe ada orang nak saya bagi ni untuk hantaran dia ngeh ngeh banyak songeh kan dia... Your wish will be granted tapi dengan syarat saya dapat yang sama atau lain-lain barang elektronik. Ada satu benda impian saya dah di reject awal-awal, sebab katanya saya masih di dunia game hahaha apa ingat dah tua tak boleh ke main game?

Jawab jawab!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blackberry Bold II




Hehehe baru la geng Mr Bubu and Mrs Bubu....
Kita mana penah pakai hp lain-lain kan kan?
Hehehe baru la adil dan saksama
dan sehati sejiwa...
Blackberry Bold II..
Nak buat hantaran nanti kita beli public phone
je la sorang sebijik!
So nama baru untuk new phone is Bekbeyi...
Hehehe thank you dear...

Yes or No from E90 to Blackberry?




Hmmm hati aku sekarang sedang confused dan berbelah bahagi ni... Ada pujukan dan godaan nak ajak aku tukar handphone baru ni! Dan aku macam sudah mula terpengaruh dan tergoda la pulak tapi masih lagi memikirkan jawapan Yes or No...





Sekarang kami pakai E90... Heii E90 ni idaman aku dah lama tau... Kalau tak salah, aku pakai tak sampai 2 tahun lagi la.. Boleh kata ni handphone paling lama sebab yang paling aku minat.. Bukan macam orang tu, kata suka E90 tu pastu tambah X1 sebijik lagi... Ni sekarang nak pujuk aku ajak beli Blackberry sesama... Apa bestnya Blackberry ni ek? Ni soalan macam ala-ala nak cover la ni yang aku pun dah tergoda sama... Yes, orang cakap kalau suka surfing pakai BB best giler... I'm more to Blackberry Bold ni dan encik pakcik tu suka yang Storm tu.. Tapi tu bukan masalahnya... Masalahnya perlukah aku tukar ni?? Besides my uncle buleh dapatkan dengan harga murah sikit, staff rate! Ni lagi la buat aku rasa macam ada jodoh je dengan BB ni... 

Tukar ke tak?? Beli ke tak?? Yes or no??