Masak-masak

Menu for dinner. Ikan masak sambal dengan telur dadar. Biarlah simple asal masak. Guwe dah muak makan kedai sebab malas nak topup barang dapur last week hahaha. Tekak aku dah rasa kembang kuncup dah kalau makan fast food (read: nampak sangat selalu makan) dah gigil tak nampak nasik. Itu baru tak nampak nasi, kalau tak dapat makan nasik aku tak tahu la apa jadi. Jadi harimau kot.

Tadi lunch dengan all my colleague. Farewell kiranya. Sedih sob sob. Thank you semua ingat gak nak buat farewell untuk aku. Wong Solo seksyen 7. Aku pun tak pernah masuk sebabbbbbb orang dia ramai gila. No reservation allowed here okay sebab dah terlampau ramai. Sampai pun orang queue gila panjang nasiblah dah ada yang sampai awal order dan tunggu puteri-puteri ni sampai. Tengah makan pun orang dok queue siap ada jenis tunggu sebelah meja. Kalau dia tunggu kat meja aku tadi aku dah sound dah cekik la psycho sangat macam nak suruh orang yang tengah makan tu 'telan, telan cepat sikit aku nak makan pulak ni' haha. Review food, okay sedap gak. Sambal dia gila pedas, macam nak melecur mulut aku.

Okaylah nak makan. Dinner awal bagus tak la gemuk. Eh.