Wednesday, March 31, 2010

The SIMS 3

Edit Posted by with No comments
My friend asked me why I've seldom updating or play with my Cafeworld or my Farmville... Hehe aku pun baru perasan yang dah lama aku tak masak dan bercucuk tanam di FB sana... Do you want to know why? Because I'm stuck with this game installed by Mr Bubu kat laptop aku...


Yaa because of this game... The SIMS 3... Actually dah lama main Sims ni tapi main yang version lama punya... Yang ni lagi best, its more live, features and action that can be done by a person lagi banyak... The freedom of The Sims 3 will inspire you with endless creative possibilities and amuse you with unexpected moments of surprise and mischief! You can create over a million unique Sims and control their lives. Customise everything from their appearances, to their personalities and even the home of their dreams. Then, we can send the Sims out to explore new locations around town and to meet other Sims in the neighbourhood. With all-new quick challenges and rewarding game play, The Sims 3 gives the freedom to choose whether (or not!) to fulfil the Sims’ destinies and make their wishes come true.


So I'm now stuck to it and macam biasa untuk dapatkan duit banyak aku ada cheat code dia... Hahaha better not to use it because its not worth playing when you can easily earn money using the cheat code.. Its seems like there is no challenge as you can buy everything for the house... 

Dengue On The Rise!

Edit Posted by with No comments

Dengue on the rise!
Mungkin ramai yang dah melupakan bahawa demam denggi ni
sedang meningkat..
So nasihat aku pada semua, berwaspadalah..
Aku sendiri sudah fobia mengenangkan apa yang aku rasa masa kena ni..
So pastikan sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan, jaga kebersihan dan pastikan kalau ada tanda-tanda seperti demam panas yang tinggi, sakit-sakit sendi terus pegi jumpa doctor..
Sebelum jadi lebih teruk... Penyakit sekarang macam-macam...
Nothing much to say because I'm not a doctor,
pesanan ringkas supaya kita sama-sama berjaga-jaga..
Prevention is better than cure!

I Miss Yiyi

Edit Posted by with 5 comments


Oh nak cite pasal hobi aku suka bela ikan emas... Memandangkan aku geli dan penakut tahap terlampau pada binatang berbulu termasuk la kucing maka mungkin la menyebabkan aku minat untuk bela ikan emas ni... Semua yang dalam gambar korang tengok ni, ikan-ikan ni dah pun jadi arwah! Biasa la riwayat diorang memang takkan lama....


Once I had this one little gold fish yang sangat aku sayang name Yiyi... Dari sekecik-kecik dia aku bela, sampai la perot dia dah besar bola golf... Asalnya aku bela dia dengan 3 ekor lagi ikan emas, but yang 3 lain tu tak survive lama... Yiyi punya hayat paling lama sepanjang pengalaman aku bela ikan ni... Masa nak balik cuti raya aku angkut dia dengan akuarium dia sekali balik kampung... Hehe maybe you'll called me crazy because I did talk to this Yiyi.. Yang aku sedih dia mati masa aku outstation... Time tu aku tengah tunggu turn untuk present, and I got a call from my housemate saying that its dead already masa pagi my friend nak bagi dia makan... Seriously masa tu gegaran la kejap badan aku and tak sedar menangis jugak la gua! Hahaha again you'll called that crazy but aku sangat sayang dia... Dan sampai sekarang aku belum lagi start bela ikan, makan ikan ada la.. Maybe, one fine day...
Posted in

New Routine

Edit Posted by with 2 comments

Ini le rupa aku lately lepas balik kerja.. Memang letak jer terus jalan-jalan dalam mimpi... Memang le aku suka membuta tapi ni lain, badan rasa lemah sesiku, sesendi... Bila dah melepuk awal maka tengah malam karang aku sedar dan mula membuat aktiviti kelawar ataupun keluang girl yang tak reti nak tido tunggu masa nak menyelamatkan bumi...

Monday, March 29, 2010

Kursus, Kursus, Kursus Lagi

Edit Posted by with 2 comments

Bulan ni adalah bulan yang sebok berkursus.. Aku ni dah la spesies yang tak buleh dok diam-diam focus sangat apa orang cakap kat depan... Yes for the first one hour aku buleh la muka baik concentrate, tengok pun macam nak tembus dinding! Hahaha itu first half la, lepas dari tu aku memang tak buleh nak dok diam.. Mulut menguap beso memang tak buleh nak cover punya.. Mula la aku buat aktiviti melukis ke, berangan ke... Hahahaa...

This week 2 hari terlibat dengan Kursus Lanjutan Auditor Dalaman.. Haiyaaa bila sudah ada sijil untuk mengaudit memang kena la kan... Bercerita mengenai pengalaman menjadi Internal Auditor sejak tahun 2008 ni memang banyak la.. Macam tadi pun ice breaking suruh kitorang cerita apa pengalaman yang tak dapat nak dilupakan sepanjang menjalankan kerja-kerja audit ni.. For me, pengalaman pahit tu takde la sangat but yet pengalaman stress tu ada la... Bila mana muka aku ni asal setiap kali Pelan Audit keluar, aku akan diletakkan dalam team untuk mengaudit bahagian kewangan... Paling aku tak suka because I need to really study their process, procedures and so on which is I think it's quite difficult to understand... Sampai kadang rasa aku tak tau nak tanya apa dan nak audit apa... Boleh?? I hope engine otak aku masih berfungsi dengan baik kalau selected as one of the internal auditor..

New Virus On Stage

Edit Posted by with 1 comment


Memang la manusia ni, nampak di luar lain tapi hakikatnya dalam hati lain... Aku ingat takkan tempuh dah all those crazy things in a relationship dengan orang.. Yerla kan, dah dewasa gini tak ke rasa macam what the?? Haiiyaaa susah nak explain, sebab aku takkan cerita or jaja benda-benda gini pada setiap orang keliling just because aku taknak cerita-cerita macam ni akan jadi virus yang menular yang akhirnya membinasakan seluruh sistem perhubungan... At the end, aku akan makan hati sendiri... Aku memang tak suka nak bermasam muka dengan orang yet people take advantage on me! Tahap sabar tu ada batasnya, jangan sampai aku yang sabar dan selalu think twice about others people feeling ni meletup macam gunung berapi.. Then you'll regret and I don't care anymore!

Apa yang penting dalam perhubungan persahabatan ni adalah kesabaran, toleransi, tanggungjawab dan kebolehan untuk memahami perasaan orang lain.. Susah sangat ke? Is it so hard for you to give a damn on it!! If one of it out memang akan wujud masalah... Dari masalah kecil sampai la besar dan end up dengan permusuhan or pertengkaran.. Honestly I don't like it but please, I treat you well and I expect the same.. Orang yang asik bersabar je, bila sampai masa hilang sabar you won't believe what you'll see next... So, lu pikir la sendiri!!

Saturday, March 27, 2010

Splendid Get Away @ Kemensah Waterfall

Edit Posted by with 5 comments

Really had a great time today having a picnic at Kemensah Waterfall... Waaahhh its really a good theraphy to release your mind of thinking so much about work, life, health and so many other things that always to be put in mind... We really had splendid get away!



Hehe dan akan ada Kemensah Waterfall 2 after this... Rasa taknak naik jer dari dalam air tadi.. Bestnye berendam! Dah lama aku nak pegi picnic camni tapi tak berkesempatan baik dengan family atau kawan... So peluang yang ada tidak dilepaskan.. Lagipun dekat jer kan! Walaupun Baman telah mencium bumper kereta orang the day before dia tetap terkinja-kinja nak pegi... Hehehe Baman la ketua rombongan kami sebab dia dah kawin, so maknanya dia dah tua.. Hahaha! Dan hari ni baru ku tau Baman sebenarnya buta kaler!!! Hahahahahahaksss!!


Macam-macam aktiviti kanak-kanak riang yang biol berlaku masa aktiviti berenang dan berendam tadi.... Main bola tampar (team Baman belagak siot!), main buaya-buaya bersambung tapi last-last tenggelam, hahahaha!! Main bola baling kot, siap ada goal la pulak, main buih shampoo, sesi belajar terapung atas air oleh Pak Deen, slot mendengar luahan Korpo yang telah (......) dan macam-macam lagi yang gilosss!

Thank you to Farah (wife Baman) yang masak mee goreng special untuk hari ni, memang sedap dan meriah perencahnya... Sehingga menjilat polistrin la tadi... Gambar kami tak banyak sebab sebok berendam.. Masing-masing gila glemer taknak kuar dari air amik gambar, takut muka takde!


Sangat happy walaupun penat sikit... Bila kita nak pegi lagi ni??? :)

I'm Going To Be A Responsible Wife

Edit Posted by with 2 comments

Ada rasa nak muntah tak dengan tajuk aku ni?? Hahaha lantak la korang nak muntah ijau pun... Topiknya tadi adalah pasal aku nak pegi picnic ke Kemensah Waterfall esok... Aku malas nak masak so dah beli barang makanan jer... Esok sesubuh sebelum lalat bangun lagi aku nak keluar so that sampai awal kat sana... Alkisahnya Mr Bubu suggest la aku masak apa-apa yang simple untuk bawak picnic esok... Kan aku dah beli barang makan, so tak payah la masak kan kan? So bila dia suruh masak, aku cakap malas nak bangun pepagi buto just to prepare for the food... Huahuahua jawapan dia paling tak tahan buat aku rasa tak sabo nak kawin! Hahaha boleh??

Mr Bubu : Esok dah jadi isteri orang baru la tau camana kena bangun pagi, kena masak... Sekarang bolehla nak malas...


Aku : Bila masa orang malas???


Mr Bubu : Dah tu suruh bangun pagi prepare macam tu pun cakap malas!

Aku : Eeeee tolong sikit yer... Owang tak malas okeh!! Penah jer bangun masak pagi... Owang flexible dan boleh ikut situation laaaaaaa....

Mr Bubu : Okeh bagus la...


Haiiyaaaa menanah telinga aku menangkap kata-kata itu... Hahaha tengok la nanti, you takkan kelaparan la sayang oooiiii.... Esok dah kawin jangan complaint badan naik pasal I masak banyak okeh!! Huuuuuhhh... Hahaha jangan-jangan aku yang bertukar menjadi raksasa gorgon! InsyaAllah selagi aku masih ada........

Friday, March 26, 2010

Do It Anyway

Edit Posted by with No comments
People are often unreasonable, illogical and self-centered
FORGIVE THEM ANYWAY
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives
BE KIND ANYWAY
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies
SUCCEED ANYWAY

If you are honest and frank, people may cheat you
BE HONEST AND FRANK ANYWAY

What you spend years building, someone could destroy overnight
BUILD IT ANYWAY
If you find serenity and happiness, they maybe jealous
BE HAPPY ANYWAY

The good you do today, people will often forget tomorrow
DO GOOD ANYWAY

Give the world your best and it may never be enough
GIVE THE WORLD YOUR BEST ANYWAY

You see, in the analysis, it is between YOU & GOD
IT WAS NEVER BETWEEN YOU AND THEM ANYWAY
by Mother Teressa

Berenang-renang di Tepian

Edit Posted by with 5 comments


Destination di hari Sabtu.... Yeahaaaaa! Kemensah Waterfall.... Bersama dengan rakan-rakan ofis yang gilosss dan adik-adik SKP.... Tak sabar aku nak berenang.. Eh aku mana tau berenang! Tak sabar aku nak berendam... Nak bawak pelampung original tak dapat, so esok aku bawak pelampung itik! Hahaha...

Peserta Kemensah esok: (aida) (awin) (baman) (farah) (rofli) (deen) (udin) (haidar)


Thursday, March 25, 2010

Missing My Old Days

Edit Posted by with 2 comments

Which one is me? I'm in the black t-shirt or you can called that baby-T okeh! Hahaha most of them yang baru mengenali aku, takkan percaya it was me in that picture... Nganga masuk lalat la tak pecaya itu aku... Slim gitu kan?? Believe it, that few years back I'm in that shape... I was in that figure, I'm happy and the most important thing I'm healthy... Then, my life had changed a lot.. I was never being me, the old version of me... Yes, I miss the moment... But I have to accept the fact that I'm no more going to be in the old days memories or what I have in the past... Everything changed when I'm with this AICH and PBC, and I have to take medicine which you can call it kind of drugs that turn me into the one that I'm now...

Ohhh I miss myself in the past... I hope I will be given the chance, the second chance that I always dream about.... Yeaahaa aku akan berusaha untuk turn to be in that shape again!! Tak caye?? Tungguuuuu... Hahahaha...




AICH - Auto Immune Chronic Hepatitis
PBC - Primary Biliary Cirrhosis

Monday, March 22, 2010

The Tebiat Inside Me

Edit Posted by with 5 comments

Aku ada tebiat yang tak akan buleh hilang kot... Which is I noticed a few weeks ago as my Bubu had 'incidentally' told me about it.... Hahaha he noticed that everytime we hang out at any shopping mall, 2 tempat yang aku takkan missed pegi adalah book store dan tempat toys..

Book store is one of my favorite, its like a 'must go' place anytime aku kuar... Yess! Aku sudah berjaya mempengaruhi which is a good definition for pengaruh pada itu Bubu... I can have a day long bila dok dalam tu... Memang akan lekat dalam tu kadang buleh tak sedar yang you have been there for almost half of the day... Hahaha mula-mula aku rasa dulu mesti dia agak mereng sikit tengok tabiat aku, but now I think he managed to be like me... I think everybody should try to make reading as a habit, I mean you can be an excessive reader like me... So, you can even bring everyone in your life to have the good in what you are doing and reading is one of it.. Even my lil brother also now had this kind of 'must-read' habit bilamana dia free... Hmm I like it... I don't really know how much I read. I suppose it would probably amount to roughly two to three books per week when averaged over the course of a year. By the end of the calendar year I typically find myself burning out a little bit and may not pick up a book for even a few weeks at a time.

Ohh one other thing that I like, adalah menjelajah ke segenap pelusuk ruang toys a.k.a permainan budak-budak... Ooo I really enjoyed it here, because aku buleh pusing, belek, dan paling best mencuba every toys that had this label telling you to 'Try Me'.. Hahaha! Yang ni Mr Bubu agak membebel sikit la.. Selalu kalau dah lama sangat dia tengok aku macam beruk jumpa mainan dia akan tegur la... "Jom kita keluar jom, dari tadi tak abes lagi main... Abis semua nak dicubanya.." Dan kadang-kadang suka bagi aku hot bila dia cakap "Tolong la syg, berpijak di bumi nyata, keluar dari zaman kanak-kanak tu... Umur awk tu dh brp.." Haaa mau takde rasa nak lempang dengar statement gitu... Eleeh bajet aku sorang macam tu, dia tu pun sama.. Aku main kat situ dia join jugak.. Mentang dah penat baru dia mengomel... Hahahaha... Tu pasal adik aku mewah dengan toys.. Pasal yang kakak dia beli tu la yang kakak dia berkenan, so aku beli adik aku la dapat... Tak ke bertuah..

Okeh la, bebelan for today aku tangguhkan...

Resipi Terulung Atas Muka Bumi

Edit Posted by with 9 comments

Haha u ols, dare to try? Kalau di translate kan its going to sound 'Ikan Bawal Berpeluh Masam'.. Aku semalam macam nak pecah perut gelak bila Mr Bubu perasan menda alah ni... Siap paksa aku snap lagi padahal aku malas sebab ade orang situ... Cett! Adoiiiyaiii macam ni punya kesilapan ejaan boleh membawa kepada kerugiaan besar ni.. Takde sape ke noticed mende ni?? Cuba kalau mat salleh la datang makan, mau dicubanya ikan bawal yang berpeluh masam ni... Tak penah jumpa atas mana-mana planet atas muka bumi ni... Hahahaha..

Saturday, March 20, 2010

Happy Birthday Abah

Edit Posted by with 7 comments

20 Mac 2010...

Happy Birthday yang ke 50 to my lovely abah... Aku doakan semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.... Terima kasih yang tak terhingga kerana sehingga saat ini masih menjaga dan melayan kerenah aku walopun aku ni dah tua bangka! Love u much....

Cake ni sekali untuk hero aku yang kecik tu sebab on 25th which is Khamis aku tak dapat la balik... And also that weekend juga aku tak dapat balik cause aku keje.. Bengong betul! Hahaha...

Muhammad Azfan Sufi Part 2

Edit Posted by with No comments

Ingat tak syape ni?? Ni la
Muhammad Azhan Sufi dah berusia sebulan... Rasa macam baru lagi aku gi tengok dia masa baru lahir hari tu.. Hari ni pegi tengok dia lagi dan agak terkejut tengok kebulatan pipi dia... Tak ku sangka pipi dah jadi pau budak kecik ni... Memang kena kacau la pipi dia tadi! Tapi hari ni mood dia tak berapa nak baik pasal asik sleepy jer.. Pastu dok tahan mata dia dari tido... Apa lagi pastu, melalak la.. Issshhh makin lama tengok baby, makin tak sabo pulak... Hahaha ada ke...

Thursday, March 18, 2010

Belon Panas@Putrajaya

Edit Posted by with 9 comments

Oh tak sabarnya!! Ahad ni aku dan dia plan nak pegi Putrajaya naik belon panas ni... Yeaayeaa walopun aku takut dan gayat tapi aku tetap rasa excited untuk naik... Cuak gak! Tapi suke suke suke!!

Lambat Ler Pulak Birthday Aku

Edit Posted by with 4 comments
Semalam ke Jajasco nak cari present untuk my lil bro dan abah for their birthday present... Date of birth diorang dekat-dekat, selang lima hari jer... So kena beli sekali harung la... Hahaha gaji lambat le pulak... Tapi takpe, nasib aku dah planning awal untuk beli present so memang ada la... So far part birthday present ni aku tak penah missed la... Hahaa terutamanya untuk si kecik tu... Sebab dia akan ingatkan aku bila dah hampir tiba.. Macam last week aku balik, dia dah tanya bila lagi aku nak balik umah... Eleeh macam la aku tak tau niat terselindung dia nak cakap jangan lupa balik masa birthday dia dan yang penting beli hadiah... Hahaha..


So semalam aku dah beli kan menatang ni kat dia.. Menda nak panggil ni?? Alaa court wrestling buleh ke? Buleh la ek... Dah aku takde idea, buleh kata toys yang aku tengok tu semua dia dah ada so yang ni je takde lg.. Dan dia mmg minat wrestling dan telah berjaya mempengaruhi aku... Sampai aku pun naik kenal wrestler WWE ni... Haaa jgn try nak tipu aku, pasal aku memang terror.. Main PS ngan dia pun main wrestling... Hahaha...! So this week aku kena balik jgk la nak celebrate birthday both of them... Dan Ahad kena balik awal ke sini sebab nak jumpa my Bubu... :)

Wednesday, March 17, 2010

Aku Bermimpi

Edit Posted by with 3 comments


Handsome tak? Jonathan Rhys Meyers... Hehehee dia ni one of the actor dalam From Paris With Love.. Jangan salah paham dengan tajuk movie ni, bukan love story yer... It's an action movie... Kalau orang tak cakap, aku mula-mula ingat pun movie ni adalah love story, eyeeeeekkk which is I'll never watch... Buang duit dan masa eden jer layan movie cintan cintun ni unless movie itu akan plus with action or horror part... Mr Bubu cakap "syg ni asik nak tengok cite hantu ajer, sesekali tukar la sikit... nanti kang bising cakap takut, tengok movie main tutup mata baik tak payah!".... Eh eh bila la masa pulak aku bising cakap takut ni?? Kalau masa tengok tu aku akan ada lengan tough yang buleh dijadikan tempat menyorok dan kalau pas abis tu aku cuma cuak bila aku naik lif ajer masa nak naik ke umah.... Bukan macam dia, tengok la cite hantu macam mana punya takut pun, tapi macam takde perasaan jer... Hangin aku!



Eh nape aku cakap pasal si actor ni?? Pasal malam semalam demam dan tetiba mimpi jumpa dia! Huahahaaaa abg jangan jeles!

Monday, March 15, 2010

Well Done To All of Us!

Edit Posted by with No comments

Owh ini antara shot yang aku buleh share la semasa Majlis Perasmian Pameran Usahasama PTAR, SPRM dan Persatuan Pentadbir UiTM... Alhamdulilah semuanya berjalan lancar... Tengok muka aku yang jeles sebab tak dapat hadiah tuuu... Ngeh ngeh! Yang aku tak sabor nak announce adalah "lepas ni kita minum duluuuuuuu!"....

Kepada semua Urusetian Pameran terutamanya pada Event Manager, tahniah!! Heeee...

Sunday, March 14, 2010

Heiii Malas Betul Bila Balik Umah

Edit Posted by with No comments

Bosannya bila dah sampai umah ni... Tak abis lagi rindu aku kat mak, abah, adik dan bilik aku! Dah ari ni kena balik semula sebab esok petang ada kerja penting... YA! Apalagi kalau bukan esok petang ada majlis perasmian yang perlu aku acarakan... Heeeii dah tua-tua bangka pun sebok nak dok melepu bermanja kat umah! Heheheee sukati aku la!!

Tadi kat highway macam jammed semacam ajer.. Pelik le pulak aku! Ada perayaan ke? Esok cuti ke? Dah ler nak topup touch n go punya la payah.. Takde la, offline la! Brengset betul! Pastu ala-ala aku ingat ada salji berbentuk bulu itik yang turun kat Malaysia.. Sepanjang perjalanan pulak tu nak sampaikan ke Sungkai tu bulu-bulu berterbangan! Hahahaha!! At last baru la tau yang memang ada lori bawak itik kat depan sana... Aku dah suspect dah tu bulu si itik... Sian diorang, agaknya bila dah sampai ke destinasi mau naked dah itik-itik tu sebab bulu-bulu dah terbang dek kelajuan driver tuu...

Tak sedar je sampai cepat tadi pasal tertekan 130/140 kmj... Aku saja je sebab ada driver-driver atas jalan tu ingat jalan tu dia yang punya.. Pantang bila lady driver yang overtake mula la tercabar dan nak tunjuk ego overtake balik.. Eleeh macam bagus! Muka pun tak ensem buleh jalannn daaa... Kereta kalau mahal takpe, ni kereta kecik murah pulak tuu.. Bukan nak mengutuk tapi jangan start bagi gua marah!! Haaahaa..

Yank

Edit Posted by with No comments
Alamak, sekarang aku tak nyanyi lagu lain daa... Tiba-tiba jer lidah tukar tune nyanyi lagu Yank ni... Best! Pastu bila nyanyi macam rasa happy pulak sebab music dia! Bila kat ofis main lagu ni non-stop, sampai ada yang tanya "ko ni kenapa ni?".. Hahaha.. "aku nak nyanyi tak buleh ke? sebok aje"... Ngeh ngeh! Suka beno dengki ngan aku.. Nyanyi nasyid pun diorang tanya macam-macam... Cuba korang dengar dulu!! Pastu kalau korang ikut jadi macam aku, meh aku penampo 8 kali!

video

Yank coba kau jujur padaku
Yank foto siapa di dompetmu
Yank kok kamu diam begitu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu, kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yank jangan kira ku tak tahu
Yank tak mudah kau bodohiku
Yank tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang masih pantaskah kau ku panggil sayang

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu, kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Saat kamu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku, siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain

Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu, kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu, kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Friday, March 12, 2010

Dietician: Can You Transform Me?

Edit Posted by with 2 comments

A dietitian or dietician (dietitian is the official spelling used within the dietetics profession) is an expert in food and nutrition. Dieticians help promote good health through proper eating. They supervise the preparation and service of food, develop modified diets, participate in research, and educate individuals and groups on good nutritional habits. In a medical setting, a dietitian may provide specific artificial nutritional needs to patients unable to consume food normally. Dietary modification to address medical issues involving dietary intake is also a major part of dietetics. The goals of the dietary department are to provide medical nutritional intervention, obtain, prepare, and serve flavorsome, attractive, and nutritious food to patients, family members, and health care providers.

Different professional terms are used in different countries. Dietitians are a valuable member of the medical multi-disciplinary team providing nutritional knowledge and acting as consultants to other health care professionals.
(Source : Encik Wikipedia)

Oh aku akan buat follow up setiap bulan dengan ini dietician... Hmm ikut hati malas, tapi because my doctor advise me to do so.. Dia cakap aku ada sedikit masalah berkaitan metabolisme.. Semenjak makan steroid dulu dan aku stop taking it, my weight boleh turun dan naik macam giler hape... Makan takde la banyak pun, sape yang makan dengan aku tau la.. Sebenarnya aku memang dah lama nak kan balik bentuk badan asal... Huhuuu aku harap berjaya laa... Tapi kalau setakat jumpa ini dietician dia suruh aku reduce intake of oily and fast food and any other common advise, aku rasa tak payah jumpa pun takpe.. Aku lagi pandai dari diorang rasanya! I need some sort of table of food intake so that I can just follow the menu everyday and the most important adalah mengikut keperluan dan condition aku... Kalau nak requets dietician tu lelaki buleh ke? Ngeh ngeh!
Aku nak transform dari beruang ke kancil buleh kee?? Heeiii buleh tau!! Heeee....





Thursday, March 11, 2010

Yes or No from E90 to Blackberry?

Edit Posted by with 7 comments



Hmmm hati aku sekarang sedang confused dan berbelah bahagi ni... Ada pujukan dan godaan nak ajak aku tukar handphone baru ni! Dan aku macam sudah mula terpengaruh dan tergoda la pulak tapi masih lagi memikirkan jawapan Yes or No...





Sekarang kami pakai E90... Heii E90 ni idaman aku dah lama tau... Kalau tak salah, aku pakai tak sampai 2 tahun lagi la.. Boleh kata ni handphone paling lama sebab yang paling aku minat.. Bukan macam orang tu, kata suka E90 tu pastu tambah X1 sebijik lagi... Ni sekarang nak pujuk aku ajak beli Blackberry sesama... Apa bestnya Blackberry ni ek? Ni soalan macam ala-ala nak cover la ni yang aku pun dah tergoda sama... Yes, orang cakap kalau suka surfing pakai BB best giler... I'm more to Blackberry Bold ni dan encik pakcik tu suka yang Storm tu.. Tapi tu bukan masalahnya... Masalahnya perlukah aku tukar ni?? Besides my uncle buleh dapatkan dengan harga murah sikit, staff rate! Ni lagi la buat aku rasa macam ada jodoh je dengan BB ni... 

Tukar ke tak?? Beli ke tak?? Yes or no??

Super Duper Happy with My New Book

Edit Posted by with No comments

Today adalah hari yang sangat menggembirakan aku... Sampai sekarang sengih kerang bushuk ni tak habis lagi... Akhirnya penantian aku sampai ke penghujungnya... Chewaaah! Korang yang lebih-lebih nak suspen nak watpe ni?? Hahaha kalau korang tau apa sebabnya mesti korang akan kata aku poyos tapi ada aku kesah?? Hehehe hari ni Mr Bubu telah menemukan sesuatu yang telah lama aku cari... Dari masa aku kerja kat Dungun lagi.. Buleh kata almost a year aku cari buku ni... Dan tadi petang di MPH Sunway Pyramid dia dah jumpa buku tu.... Masa tu tak tau camne nak describe perasaan aku.. Anak tekak aku terjerit tadi bila mana dia tunjuk buku tu depan mata aku... Masa tu perangai kera aku dah terserlah! Dia pastilah sangat happy sebab kata dia, akhirnya pencarian aku dah berakhir dan dia bangga sebab dia yang jumpa.. Ngeh ngeh!! Dan asik tanya kenapa aku dok tersengih ajer... Macam tak tau budak comot dia ni mmg gila buku, dan bila ada orang belanja lagi la best kan.. "Amik buku ni 2 buah nak?? Nanti satu simpan, satu lagi baca la ganas2 pun.. Satu hilang, ada satu lagi..." Hehehe ada ke?? Amik betul-betul baru tau! Anyway, thank you so much....






Buku ni adalah teenage novels... Apa yang menarik sangat kan? Pasti soalan tu yang korang akan tanya... Tapi aku peduli apa, I love to read.. Dan buku ni menarik minat aku... Aku akan baca apa sahaja, termasuk la paper yang digunakan untuk bungkus nasi lemak pun! Pelik?? Tak langsung okeh... If u all really knows what is the feeling of reading dan cuba masuk ke dalam dunia penceritaan tu korang akan jadi macam aku...

This novel Written by Sally Nicholls.. It is about Sam, 11 years old boy.. Sam love facts.. He wants to know about UFO's and horror movies and airships and ghosts and scientists, and how it feels to kiss a girl.. And because he has leukaemia he wants to know the facts about dying. Sam need answers to the questions nobody will answer...

Hehehe aku baca dulu yer! Bestnya...

Wednesday, March 10, 2010

Anak Abah

Edit Posted by with 3 comments


Aku : Abah, sini hujan...


Abah : Habis tu kenapa kalau ujan?



Aku : Orang dah basuh kereta, shining dah... Pastu ni dah hujan abis la!



Abah : Haduuiii anak aku... Itu pun kamu tepon mengadu!! 



Aku : Alaaa tak buleh ke?? 



Memang cenggini aku! Eleeh abah aku buat-buat tak paham pulak perangai anak dia yang mengong ni... Hehehe kalau aku balik umah, ke mana saja dia pegi aku akan follow... Beli surat khabar pun aku ngekor! Sanggup tu bangun pagi gosok-gosok mata dengan tak mandi nak ikut abah punya pasal... Pasal tu abah sayang aku... Aku la anak dia yang paling menyebok sekali!

Setakat ni abah jarang missed teman aku jumpa doctor.. Kerja abah sebagai guru memang tak memungkinkan dia amik cuti selalu... Lagipun diorang takde cuti rehat yang panjang... Tapi abah tetap takkan biarkan aku... Aku susah sikit kalau dengan orang lain, nak ngan abah jugak! Sebab nanti tugas bercakap dengan doctor aku serahkan kat abah... Abah penah cakap sampai bila baru abah leh betul-betul lepaskan aku.. Tapi anak abah yang bengong ni buleh cakap, "dulu masa kecik-kecik mana ada abah ajor masuk jumpa doctor sorang-sorang..." Last-last lebam dahi aku kena tunjal....

Abah, dulu orang ingat lagi.. Masa orang kena sakit mata, 3 minggu tak baik-baik.. Bila pegi Eye Specialist mata aku kena cuci... Bila doctor nak cuci, dia tarik kelopak mata yang kat bawah dan lap dengan antiseptik apa tah yang menyebabkan darah meleleh membasahi tudung aku masa tu... Dan aku nampak lagi masa tu abah berpaling dari tengok aku dan aku nampak jugak air mata abah menitis.. Sebab? Sebab dia tak sanggup tengok aku menangis kesakitan...

Dan aku jugak masih ingat, masa aku nak menjalani dua pembedahan dulu... Aku ingat masa tu mak di sisi aku, bagi semangat pada aku... Tapi abah? Abah tengok aku dari jauh... Dia pandang sayu pada aku dari jauh... Kenapa? Sebab walaupun abah lelaki tapi hati dia tak sekuat mana bila melihat anak dia yang satu ni ditimpa berbagai-bagai dugaan... Mungkin sebab itu, walaupun aku anak sulung tapi aku adalah yang paling manja dengan abah...

Masa first time doctor nak bagi result pasal sakit aku sekarang, aku ingat lagi... Masa tu abah suruh mak jer yang masuk dengan aku... Mak cakap sebab abah taknak dengar, dia tak sanggup nak dengar... Sampai doctor tu paksa jugak suruh abah masuk dan dengar... Aku tau masa tu abah menangis dalam hati... Mak pun... Dan tak terkecuali tuan punya badan... Masa tu aku rasa adakah aku diciptakan hanya untuk membuatkan hati mak dan abah sedih?? Abah selalu cakap sekarang dengan aku.. Dia suruh aku terima kenyataan, kuat semangat... Tapi adakah aku jadi seperti apa yang abah suruh?

Mak, abah.... Aku selalu rasa bersalah dan kesian pada diorang sebab aku la satu-satunya anak diorang yang tak terlepas dari terkena segala macam penyakit.. Dari sekecik-kecik sampai la seserious penyakit... Aku rasa nak mintak maap banyak-banyak sebab semua ni telah meruntun hati diorang... Tapi hati aku turut sama terkilan... Kadang-kadang gila-gila aku ni sebenarnya nak menutup dan mengaburi mata mereka.. Aku nak abah dan mak tau aku okeh, happy dan aku nak diorang jugak happy... Dalam doa aku setiap hari, aku mohon pada Tuhan kiranya mereka harus pegi dulu, aku sanggup menjadi gantinya... Kerana mereka lebih diperlukan oleh adik-adik aku... Abah dan mak, terima kasih yang tak terhingga kerana membesarkan, memberikan pendidikan sempurna, sentiasa di sisi aku tika suka dan duka... Selagi bernafas aku akan kenang dan cuba membalas jasa mereka....

Hmmmm, kalau anak abah ni dah takde lagi, mesti abah rindu sangat-sangat... Kan kan??

All in a Days Work

Edit Posted by with No comments

Demo Produk (E-Book) by Vendor

Meeting Jawatankuasa Ekspo Selangkah ke U**

Demo Produk by Vendor lagik!



Haiyaa ni la aktiviti aku ari ni so takde masa sangat nak dok diam-diam kat tempat aku buat keje! Padahal keje aku banyak ni.. Bila aktiviti lain penuh dan membuatkan keje tersangkut, aku rasa tak best sangat.. Mula la malam kang aku mimpi buat keje... Demm! Penat weh mimpi buat keje ni... Tapi aku memang camni, keje itu satu kepuasan bagi aku... Bila tersangkut, akan ada satu feeling tak best yang aku rasa... That's me...

Demo yang 1st pagi tadi I would say ok la.. Cuma jadi lambat sebab Internet slow.. Meeting tadi pun okeh, cuma ada la a few things yang aku tak berpuas hati tapi malas nak cakap sebab ari ni anak tekak aku ngantok! Lagipun time mood swing (pempaham la!) ni aku malas nak bersuara kang ada yang sentap pulak... Cuma demo last tadi tu buat aku menguap tak hengat! Dengan Internet yang semakin slow ditambah pulak mat salleh tu cakap laju bebeno takde noktah... Harakat panjang pulak tu! Aku sesak dengar dia cakap, pastu gelak beso! Makin beso dia gelak makin beso la aku menguap.. Tumpuan kengkawan bukan pada mat salleh tu tapi pada gelagat aku yang tak reti nak cover mengantoks!

Abes je meeting petang tadi, aku terkedek-kedek macam penguin gedik yang comel bersiap untuk check out dari ofis... Ngeh ngeh! Pasalnya otak aku dah terarah pada katil empuk di rumah... Disebabkan keinginan tido yang membuak-buak menyebabkan aku meredah ujan untuk ke tempat parking dengan melupakan hakikat yang aku tak buleh kene ujan walo setitik sekarang ni... Kan dah tampal koyok kiri kanan depan dah! Jangan demam esok sudah!!

Monday, March 08, 2010

Poor Me

Edit Posted by with No comments


Hari ni insan bernama aku makan hati lagi... Sian aku, agaknya dek kerana makan hati la aku ni berpenyakit pun kena kat hati.................. Bila la insan bernama aku ni dapat pergi jauh, jauh dari semua yang memerlukan hati aku dikorbankan...

Friday, March 05, 2010

Breakfast Yang Dukacita

Edit Posted by with 2 comments
Pagi ni breakfast kat bumbung PKNS.. Hahaha sape tak penah pegi mesti akan kata apekebenda makan kat bumbung... Actually kat roof PKNS tu, ada tempat makan dan kebiasaannya bukak untuk breakfast sahaja..
Hari ni pagi-pagi dah hentam air ais.. Fresh orange tuu... Ingat omputih ke hape... Tapi disebabkan cuaca sekarang yang panas memang tak dapat nak tahan minum ais jer.. Order kuew tiow goreng... "Abg, kuew tiow goreng satu.. Saya taknak seurat sayur pun dalam tu yer".. Hahaha sekali sampai kuew tiow goreng aku macam 'naked' la hape benda pun takde... Ahkak yang hantar order aku tu siap tergelak-gelak tengok kuew tiow goreng aku tu macam budak-budaknya nye style makan... Aku pulak terkebil-kebil la tengok hidangan pagi aku hari ini... Padan muka aku! Alaahaii abg tu punya la bendul, aku kata taknak sayur tapi ape ke pasalnya dengan ayam, udang hape lauk pun takde.... Hangin betul aku! Sambil makan tahan telinga kena gelak ngan kengkawan....

Monday, March 01, 2010

Lima Perkara sebelum datang Lima Perkara

Edit Posted by with No comments


Cepat sungguh masa berjalan kan.. Pejam celik dah masuk bulan Mac.. Rasa tak terkejar masa dan rasa macam banyak lagi belum disudahkan dalam masa yang lepas tu.. Kalau la boleh diundurkan masa...... Banyak perancangan yang menanti untuk 2010 ni, adakah terdaya aku untuk menyempurnakannya?? Adakah panjang umur aku untuk melalui semuanya?? Esok another appointment with the doctor.. Huuhuu aku sudah bosan dan penat dan aku mohon hati aku sentiasa dicekalkan untuk menempuh rutin yang pada aku tak sepatutnya aku tempuh lagi.. Yes, aku tau aku perlu terima hakikat dan ketentuan yang dah ditetapkan.. Ada hikmah di sebalik semuanya.. Tapi biasalah, kadang hati kita akan rasa sedikit terkilan dan memberontak.. Itu normal, dan sebagaimana apa yang diduga, aku perlu tempuh dengan hati yang cekal dan tabah.. Ya, untuk semua yang tersayang.. Untuk mereka yang menyayangiku dan untuk mereka yang aku sayangi..
Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk menempuh dugaanMu... Amin...
Sesunggunya Rasulullah (SAW) telah bersabda, mafhumnya "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu:"

1. Muda sebelum Tua

2. Sihat sebelum Sakit

3. Kaya sebelum Miskin

4. Lapang sebelum Sempit

5. Hidup sebelum Mati


Semoga kita sama-sama dapat mempergunakan kesempatan yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebelum hilangnya kesempatan itu..