Sayonara to Fakrul and Rofli



































Ingat lagi tak mereka? Ada dalam post sebelum ni... They are Fakrul and Rofli... Atau nama manja mereka Kuceen dan Korpo... Huuhuu hari ni baru aku dapat tau yang today going to be their last day at JPM... Huhuuu rasa terkilan jugak sebab di akhir-akhir episode bersama ni aku takde memeriahkan dan mengharu birukan suasana... Sorry sangat, kesihatan tidak mengizinkan... Apapun JPM akan kehilangan dua orang designer yang sangat berbakat, cerdik, kelakar dan gile! Hehehe apapun kami akan merindui kekreatipan, kenakalan dan kedegilan mereka ni... To Fakrul dan Rofli, selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam career anda di masa hadapan... Jangan lupa ye akak-akak yang hottt di sini... Nanti dah jadi designer yang glamour jangan lupa belanja kami... Hehehe... Rofli nanti masa convo jalan elok-elok, jangan jatuh stage! Hahahaa...


p/s: Fakrul dan Rofli, nanti kak Aida balik Shah Alam kita keluar makan-makan... I belanja k!

Yummy Apam Balik






















Tadi petang dapat makan kuih ni... Kuih Apam Balik... Sesekali dapat makan sedap jugak... Kuih ni ada dua jenis, satu lembut dan satu lagi jenis crispy sikit... Both aku suka! Jarang dapat makan kecuali pegi pasar malam beli... Makan time panas lagi dengan special made coffee memang membuka selera!

1001 Macam!



Tau tak dah hampir 2 minggu aku tak jumpa sang mentari... Nak wat macam mana, kena kuarantin je dalam umah... Diorang keluar pun aku takleh ikut, jadi penunggu setia di rumah... Tak sabar rasanya, esok tempoh berkurung aku akan dibubarkan. Aku rindukan matahari... Dah lama rasanya tak kena panahan cahaya matahari... Hahaa tapi duduk dalam rumah time panas pun dah bising ada hati nak rindu jumpa matahari...

Bila bukak facebook tadi, alamak ramainya nak add aku as friend... Mana yang kenal yes la aku akan approved... Selalunya bila yang tak kenal ni aku biasanya aku biarkan request tu semua digantung tak bertali... At least introduce la sikit ek.. Hehe bukannya aku ni jahat sangat taknak approved tapi aku sekarang lebih berhati-hati... Malas la nak ada cerita berbangkit lepas ni... Yerla, buatnya diorang tu memang bukan kawan kita tapi nak add atas sesuatu niat yang aku tak tau dan akan menyumbangkan masalah di kemudian hari macam yang aku penah kena sebelum ni... Huuuuhuuu so lebih baik jadi lebih berjaga-jaga ye tak!

Kalau korang nak tau sekarang aku ada 2 farm dan 2 cafe untuk dijaga... Sape lagi kalau bukan Mr Bubu saya... Ada la reason kenapa aku baik sangat nak take over bisnes dan pertanian dia tu... Pertama memangnya aku baik, hahahaha... Then aku memang baik sebab aku tak suka ada orang tunjuk baik dengan dia... Eleeh takat orang tu tolong crops ke fertilized kan farm dia, ni haaa aku terus diberikan kepercayaan untuk jaga terusss farm Mr Bubu saya... Tak payah nak berselindung buat baik... Lagipun happy la Mr Bubu itu sebab dah ada orang kepercayaan dia yang jaga terus dan tak payah dengar aku membebel akan kebaikan orang lain terhadap dia... Hahahaha! Dan aku tolong uruskan farm dan cafe dia sebab game dia dah lama berkembang maju dari game aku tu haaa.... Dulu masa awal-awal aku ada hati nak sabotaj sebab jeles, tapi sekarang tidak lagi... Aku dah bleh main dengan senang hati and yet aku main game dia lagi lama dari main game aku sendiri.... Lalalalaa...



Ubat Oh Ubat





Ini ubat untuk aku telan selama lebih kurang 3 minggu...
Untuk luka internal katanya...

Telankan ajer, tapi yang penting harganya
memang
menganga laa...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

I'm Done With It..!


Dah sekian lama tak mengupdate blog di atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan... Huhuhu tapi dalam hati ni terkinja-kinja rasa gian nak menulis, tapi nak wat macam mana takde kekuatan dan idea pun yileeek! Ada sorang kawan hantar sms pada aku tanya "weh idup lagi ke ko? nape blog tak update"... Ada ke patut, tanya kabar aku sikit pun tak tapi sibuk nak tau hal idup aku... Robek hati aku ni... Aku harap bahu kanan aku yang terkehel ni dapat pulih sepenuhnya.. Masa lepas procedure biopsy tu, aku kena baring mengiring ke kanan selama 4 jam! Can you imagine? Doc kata untuk bagi pressure kat tempat luka tu untuk elak dari bleeding... Dan hasilnya lepas dari 4 jam tu bahu kanan aku ni terkehel dengan jayanya... Bangun pagi Tuhan je yang tau sakitnya macam mana... Dan lepas buat tu aku dinasihatkan tak buat sebarang kerja-kerja berat atau yang memerlukan penggunaan fizikal yang kuat.. Jangan kata drive, duduk dalam kereta pun awal-awal doctor tak bagi sebab akan menyebabkan badan terhentak... Semua tu untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebarangkalian terjadinya pendarahan... Hahaha dan aku pun berjalan dengan kelajuan hanya 5km/j...

Kat sini
aku bagi gambaran macam mana procedure tu dibuat.. Bukan la gambo aku, gile hape aku amik gambo sendiri masa diri dah terbaring! Kalau korang nak tau masa nurse tolak katil aku untuk masuk ke Bilik Radiologi, aku nangis dengan harapan abah aku akan cakap tak payah la buat.. Tapi hampa!



Lebih kurang camni la needle yang digunakan...



Semasa procedure tu dijalankan :
Right hand lifted above the head
Local anesthetic injected to numb the area
A small incision is made
Patient hold breath while a biopsy needle retrieves
a small sample of liver tissue


Sample of liver tissue yang diambil... Nampak sikit dan kecil je kan..
But imagine what happened inside to the liver...

Sekali lagi robek hati aku tau...




Sent from my
BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile





Dag Dig Dug


Lokasi : Masih atas katil hospital


Camne la gua nak tido ni sedangkan kepala ni masih memikirkan tentang prosedur esok! Nurse suruh aku rest jangan pikir-pikir, tapi dia mana tau hati aku ni dag dig dug main lagu heavy dangdut... Yela, pada diorang mungkin biasa tapi pada aku yang inborn memang dah penakut pasti la tersangat merisaukan... Aku harap semuanya berjalan lancar esok, selamat dan takde complication...


Owh ya, kat sini nak solat kena turun surau kat LG... Tadi baru aku perasan, sebelum nak sampaikan ke surau tu akan tempuh Bilik Mayat dulu kat sebelah... Aku?? Apalagi bukan berjalan la, berlari aku nak menuju ke surau...


Okeh nak tido, nanti nurse marah aku tak tido-tido lagi... Bukan apa tu, dia jeles dia tak dapat tido kerja shift malam... Esok dah selesai prosedur aku update la kat sini... Tu pun kalau nurse tak larang aku la... Wish me luck!




Pesakit Yang Degil


Lokasi : SMC


Weh, aku rasa sakit bila duduk ngan orang sakit.. Sape pun kalau masuk hospital akan automatik jadik sakit dengan suasana hospital.. Dan aku ada satu penyakit baru iaitu ketagihan Internet yang terlampau, padahal baru semalam je tak surfing.. Memang aku bawak laptop masuk ward ni cuma semalam lemau badan aku sebab dok sekeliling orang sakit... Maka hari ni disebabkan ketagihan Internet terlampau aku on jugak la! Dalam masa sama nak menenangkan jiwa yang sedang lara membuat keputusan samada untuk meneruskan cadangan doctor to go for liver biopsy or not to do the biopsy...


Malam tadi aku dah buat onar dalam ward ni... Hahaha untuk pengetahuan u ols, aku ni malam-malam kadang mimpi sampai bercakap dalam tido.. Bukan takat bercakap la, nangis, ketawa, menjerit pun buleh... Kagum kan? Haha.. Alkisahnya malam tadi aku mimpi yang mak aku tak bagi aku something la then aku menjerit nak jugak... Sedar-sedar bukak mata aku tersedar sendiri aku menjerit.. Takde la kuat sangat tapi cukup la mengejutkan seisi rumah tangga ward aku ni... Hahaha nak cover punya pasal aku buat-buat la batuk... Hahaha malu malu...


Hmm kalau jadi aku akan buat liver biopsy pagi esok... Kecutnya pewut aku ni Tuhan je yang tau, almaklum la sejak dari dalam perut aku memang sedia penakut.. Tapi apapun doakan la yang terbaik ye untuk aku esok...

Jealous Tu Apa?

.....just revived your crops and made your farm pretty for you to see!

Ape benda aku merepek ni?? Haha takde benda pun, tapi aku jer tetiba nak sentap terlebih pulak... Eleeeh jealous konon yer... Hahaha ni haaa kat facebook Mr Bubu kesayangan saya tadi, aku noticed la kat wall dia, someone konon-kononnya telah revived crops dia! Alaa aku tak heran pun sebelum ni or nak amik kesah pun sebab kami masing-masing pun memang tak amik port la, tapi tadi sebab terpandang je kat wall dia... Hahaha nak menunjuk ke apa kan yang orang itu sibuk nak jaga farm budak busyuk saya... Eleeh gua takla heran sangat, tapi tu la sebab hari ni sentap tu lain macam sikit...

Tadi bagitau ngan Mr Bubu pun gelak-gelak jer...

Aku : Aikk abang, ada orang baik hati la nak tolong jaga farm you! Hahahaha...

Mr Bubu : Hahaha yeke? Nape sayang jeles ke? (Terus-terusan menggelakkan aku macam nak mintak lempang!)

Aku : Eee mana ada jeles... Tanya jer.. Tapi kan apahal nak tunjuk baik pastu nak post kan kat wall... Nak tunjuk la tu! Pot pet pot pet pot pet...

Mr Bubu : Hahaha! Biarkan la, at least dah ada pekerja tolong tengokkan ladang.. Abg sikit tak heran la, cet podaah! Hahaha... Jeles2 ni, sayang taknak ke tolong jaga farm tu??

Aku : Hahahaha malas... (Ingat aku takde keje lain ke?) :p


Hahaha jangan salah paham semua.. Memang takde apa pun berlaku... Dan benda-benda remeh ni takde la masuk dalam agenda hidup kami pun... Hahaha just tiba-tiba mood gua tadi berubah cuaca jer untuk mengena sebab mengenangkan esok aku nak masuk spital, kecut pewut lak aku.. Kalau bab cuaca berubah mendung ni, dengan makcik kat toll gate pun leh jadi bahan nak mengenakan, wahahaha! Hahaha Mr Bubu saya sangat sporting la, plus takde makna pun nak jealous ngan dia.... kan kan? Hehe psssst psssst takde upah ke cakap you sporting?? Acer Ferrari tu ke? (Huhu sekali lagi mencuba nasib!)

Ini Cubaan Panas Dunia


MasyaAllah panasnya sekarang ni... Duduk umah rasa macam dalam oven, so ibarat aku ni ayam golek tengah tunggu masa nak masak! Tido malam bukan takat rasa nak bukak tingkap tapi rasa nak tanggalkan dinding sekali... Memandangkan bilik aku ni takde aircond dan tak rasa pun nak pasang aircond kat umah orang ni, maka di samping kipas siling tu aku letak stand fan tu depan muka aku! Haaa tapi tu pun tak mampu nak ilangkan rasa kepanasan melampau ni... Tido aku macam ala-ala ada nightmare la sebab berpeluh... Rasa macam tak berapa nak lena sebab akan terjaga dek berpeluh! Aku memang tak selesa... Mau nak mandi tengah2 malam buta ni tapi sebab ingat orang kata tak elok mandi malam, so mandi peluh je la.. Boleh gitu?



Dah panas camni, reti bahase la pulak nak minum air bergelen-gelen dalam sehari.. Kalau tak tu sikit punya liat la, ni bukan takat 8 gelas sehari nak kata 8 baldi air pun ada kot! So alkisahnya bila dah minum banyak ni memang tak payah melantak la, sebab aku dah kenyang dengan air dalam badan... Aku rasa nak bawak tilam ngan bantal tido dalam bilik air ni!


Organizer

Organizer is one of the most important things in my life... Perlu ada sepanjang masa untuk catatan harian plus planning for the next day or month.. My notes will be what I've done in a day work, appointments to attend, important dates for work or with the doctor and so many others... Dan telah menjadi rutin aku untuk spend time with my organizer dan at the end jugak berjaya mendisplinkan diri untuk mencatat semua kerja dan aktiviti aku!





















Why is it important for me? Because dengan adanya catatan dalam ni maka if one day others argue what you're doing in your work then you have the notes.. Besides I'm going to be prepared if I jote down what to do next dan semestinya boleh avoid dari clash activity on the same day... Hahaha aku kan berbintang Virgo, segalanya mesti ikut planning! Tak suka aktiviti or kerja yang tiba-tiba muncul tanpa di plan lebih awal... Nak balik kampung pun masuk dalam agenda aku tau... Once sikap 'planner' aku ni pernah jadi isu bila bergaduh! Sorang macam planner apa nak buat mesti plan siap lengkap berbagai, sorang lagi tak... Off course la jadi masalah both side... Hahaha and I need it because aku kan ada ala-ala pelupa sikit. (banyak sebenonya)... Hahahaha...

Bosan Weekend



"Mr Bubu shaye tiap-tiap weekend bawak shaye jalan-jalan tengok movie, shopping2, makan2 sampai buntat...
Ni dia takde weekend saya bosan gile...Sobb soobbb..."

CEPAT la datang siniiii.....

Masak Memasak



Haii senangnye la hidup time bujang ni... Rasa lapar tepon je mekdi.. Macam-macam ada... Ini la kesenangan dan kemalasan zaman skrg... Masak tu buleh kira dengan jari sebelah tangan ajer... Takpun sebelah tangan ni satu jari pun tak guna nak kira! Hahaha bukan apa, dok sorang ni nak masak macam merugikan ajer... Nak budget pun tak pandai... At the end nanti, encik tong sampah yang dapat habuan nye nak buat ape ye tak... Takpun last nye tekak aku je yang kena telan menu sama selagi tak abis... Nak buang sayang... Maka kalau setakat dok sorang ni aku memang jarang masak la, tak bermakna gua tak tau masak yer... Kalau gua list down kan apa yang gua reti masak kang korang kagum pulak! Malaih la nak membangga diri ni, hahaha... Lagipun sementara hidup bujang ni la nak use your own time to the fullest, nak tido bangun lambat ke, nak mengeliat tak ingat dunia ke, nak makan luar ke.... Esok dah kawin tak merasa dah kan nak wat style orang bujang...



Haaiih ni apa dok cite bujang kawin bujang kawin ni... Dear abg, jgn risau yer.. Ini semua agenda masa hidup bujang... Sampai masa tetiap hari I masak... Sekian... Tu je aku nak kabo kan pada tuan tanah tu....

Garmin I Need You

Tanpa benda ni, aku rasa macam tak berani nak gerak ke mana-mana yang memang aku tak tahu jalannya... Susah jadinya! Memang la jarang aku ke mana-mana sorang sebab dulu aku ada driver tak rasmi, tapi ni dah sorang so nak taknak aku kena gerak jugak la... Dulu masa ada Garmin ni aku punya cuak takde la rasa sangat sebab tau confirm akan jumpa jalan punya... Tapi sejak tukar Blackberry ni dan masih tak tau ada tak Garmin for Blackberry, aku rasa tak selamat nak berjalan...

Lagipun tanya Garmin jer yang tak kena marah... :(



Nyamuk Jahat


Aku rasa dah ditakdirkan nyamuk memang suka dengan aku... Apa salah aku nyamuk?? Mana-mana aku pegi ko ada... Sampai aku kat ofis malam-malam ni pun ko dok wat dancing mabuk depan aku sambil gigit-gigit manja... Sakit tau tak?? Dah banyak kesan-kesan gigitan ko kat tangan ngan kaki aku ni....


Apa ko dah lama hidup ke nyamuk?? Sekali aku picit mati kang... Tapi dulu tak sempat aku picit ko dah bagi aku demam denggi... Cuak aku ni! Okeh la nyamuk kita jadik kawan sudah laa...




Yang Mana Satu??


Memang ada hajat nak tukar tapi onkos nya masih dikumpul...
Agak-agak yang mana menjadi pilihan hati yer?!
Kalau mintak jadi hantaran agaknya dapat ke orang di sana???





Ini pilihan nombor 1 di hati..
Tapi selalu dapat bantahan orang di sana yang kedekut taik idung pahit... :)
Kalau yang ini aku setuju hantaran satu dulang je
berisi kunci kereta....




Atau inikah???


Asik mimpi jer, tak kesian ke???








Memang ada hajat nak tukar tapi onkos nya masih dikumpul... Agak-agak yang mana menjadi pilihan hati yer?! Kalau

It Could Happen To Anyone, But Why Me!!

Bila la agaknya aku boleh berhenti berfikir tentang sakit dan juga berhenti daripada merasai peritnya sakit? Persoalan yang sering aku fikirkan lama dulu... Tapi nampaknya macam belum ada kesudahan... Ya, aku akur itu ujian Tuhan...

Dah sekian lama bertangguh, hari ni aku nekad untuk memulakan treatment di SMC... Aku dah penat dengan treatment yang aku dapatkan sebelum ni... Tadi bila doctor tengok previous report, he agree to say that I'm with this autoimmune problem plus enlarged liver or swollen liver...!! Tahniah kepada aku! Next monday I'll be admitted to SMC for further treatment and investigation by the doctor.. Adooii la part ni la yang aku paling malas , aku tak suka hospital, aku tak suka cucuk sana cucuk sini, dan aku takut doctor! Actually the doctor would prefer I'm going for the liver biopsy tapi disebabkan blood pressure aku di tahap terlampau so tak bleh buat... Risiko untuk bleeding masa procedure tu dibuat lebih tinggi... Macam tadi my pressure was 170/110... Gile hape! Macam nak meletup kot badan dengan kepala hotak... So tujuan admission jugak adalah untuk another specialist to find out why is the pressure going high like crazy all the time...

Hmmm bila la semua ni boleh berakhir dalam hidup aku yang aku rasakan terlalu awal untuk tempuh semua ni... Kadang terfikir jugak adakah semua ni akan berakhir hanya setelah aku dijemput pergi olehNya... Mungkin nampak aku dah putus semangat, ya! Tapi aku juga kesiankan orang sekeliling yang aku sayang... Berapa lama lagi semua perlu memikirkan dan mengenangkan soal diri aku je?? Sampai bila semuanya harus bersusah payah kerana aku?? Tuuttttt takde jawapan...


Weh dah la melalut... Banyak bunyik meh la melawat aku beramai-ramai... Tapi jangan lupa bawak buah tangan, hamper chocolate ke buah ke bunga ke teddy bear ke... Paling suka kalau korang bawak buku kasi aku baca... Kalau datang tangan kosong korang singgah kat kaunter je la cakap ngan nurse korang kim salam kat aku... Nanti aku inpom nurse awal-awal, sape datang bawak tapak tangan je suh dia balik... Wahahaha gila jahat...

Aggressive Lady Driver?

Haha memang sangat aggressive... Sometimes you can called me road racer! Hahaha aku memang takkan bagi muka pada lelaki di luar sana untuk menunjukkan kehebatan diorang di jalan raya dengan memandang rendah pada lady driver... Selalu spesis diorang ni akan cakap, "elehh patutla lembab, pompuan"... Huuuuhhh so damn rude! Apa korang ingat korang je hebat atas jalan raya... Bukan semua lady driver yang jenis road hogging...


Kenapa aku cakap aku aggressive di atas jalan raya... The first reason is that aku memang tak reti bawak slow.. Then aku tak suka pada driver especially lelaki yang memandang rendah pada kaum kami ni... And I admit that I'm really a hot-tempered person on the road... Selalunya aku pantang dicabar if they're trying to be bloody rude atau cuba main sondol belakang kereta... Wah wah apa kau ingat kau banyak hebat... Hehee memang akan jadi aksi lumba haram la atas jalan kalau aku bertemu dengan spesis ni.... Peduli hape aku! Baru ni masa kat highway sedang aku melayan baran aku berlumba dengan mamat singh jambul toncet ni tetiba tepi tiang kat tengah jalan tu terdapat la sekepala pakcik trepik tengah sedap wat speed trap... Hahaha hampeh... Tapi yang pastinya aku hanya akan bawak camtu bila aku drive sorang jer, kalau ada orang aku sangat menjaga keselamatan penumpang lain... Nak mati biar la mati sorang-sorang, tak payah berjemaah bawak orang lain atas kesalahan sendiri ye tak...

Owh di sebalik kebrutalan aku tu, pastinya ada kelemahan ya.. Aku ni jenis susah nak ingat jalan or tak berapa berani nak try explore pegi mana-mana tempat yang aku tak familiar.. Aku tau Mr Bubu sendiri dah penat nak ajor aku mengingat jalan... Kadang-kadang sampai kena marah! Takpe la, aku cari sendiri la lepas ni... Kan ke aku dah kena tinggal sorang kat Shah Alam ni, nak taknak redah la sendiri... Dan malangnya juga aku sangat tidak berpotensi untuk drive pada waktu malam or waktu hujan... Penglihatan aku boleh jatuh pada tahap kerabunan terlampau...

Gugu vs Bubu



Mr Bubu sangat busy...
Hari ni jangan tidak dua kali je he managed to call me...
Tu pun cakap kejap je...
And me? Act like I understand his work and situation..

Nak marah tak kena, nak merajuk lagi tak guna...

Dah busy kerja..
Nasib dapat aku yang understanding..haha..
Dia lagi sayang kuda dari sayang aku...

Takpe nanti aku beli kuda aku sendiri...
Sob sob la sikit...
Eleeehh bukan sedih, tapi geram...

Main SIMS lagi bagus...






p/s : psssttt kejap tadi baru dpt msg dengan dia... nasib dia cakap dia sayang aku, tak sayang kuda... hehehe...
.

I Miss You


missing someone s
o much...
but nothing I c
an do about it...

miss you miss you miss you...

Someone Had Got Their Second Chance

Came out with this entry after looking at one site where a patient
who suffered with Autoimmune Hepatits shared his experience of having new liver transplant.. It was in 2005 but I'm happy to see that someone really had their second chance in life... Hope mine will come soon...

The pictures below taken from his site, and it is during
his
liver transplant...


The diseased liver which is that light browny colour. There is also a tube with a T junction coming from the liver area. This tube was needed because this patient started lossing a lot of blood (22litres) and so the tube was needed.



1- The diseased liver
2 - The bowel


The new liver which is going to keep this patient running for many years to come!
It came from a very good donor.
The image shows:
1 - The new liver
2 - The large bowel
3 - The Stomach


Here you can see the old liver.
As you can see it looks revolting and
you can see that the old liver was in a really bad way
and needed to come out.






Balik Kampong Ooo Ooo Balik Kampong


Rasa battery badan low bila dah 2 minggu tak balik umah... Eleeh dah kecoh minah ni, dulu dok jauh tak pulak ko rasa camtu pasal dah memang tak buleh nak wat apa.. Ni bila dah dekat, asal lama sikit je tak balik mula rasa sengal-sengal medula oblongata aku ni... Rindu kat si bongsu yang makin pandai membodek untuk mengepau aku! Balik weekend ni nak mintak abah carikan durian, ada ke musimnye??

Balik weekend ni nak pegi tengok wayang ngan bf kecik aku tu! How to Train your Dragon 3D!

Kepasrahan Dalam Paksa


Korang saksikan lah kemerepekan di dalam sms yang terjadi antara aku dan eman masa Bengkel Metadata... Masing-masing dah menguap besor mulut orang utan dah...

Eman : Da, apa yg midah ckp ngantok tahap ejau ni..


Aku : Tak tau le akak ko ni.. Dia mmg ngajo pusing-pusing g london dulu pastu baru paham apa yg dia nk bgtau sebenonya.. Ingus aku nak kuar dah ni.. Haha..

Eman : Ni aku ye bijik mata dah nak t'keluar. Pagi tadi main nombor. Petang duit lak... Aduuhh midah ni bwk2 la insaf...


Aku : Aku pasrah je la Eman.. Dok bayang lg 2 hari nak menanggung sengsara ni.. Tapi midah comey kan kan... Veeeviiiit...

Eman : Dah jatuh tahap parah hari pertama.. X tahu ape jd hari last ni hahaha pn. midah byk wat silat... Comel cm aida..


Aku : Hari ke 3 aku demam penuh ilmu cataloging.. Ko pasni mesti terror cataloging...

Eman : Dorang nak mintak sain ke tgok design aku da? :)


Aku : Menyampah aku! D'orang kata cantik, tp idung ko tk payah nak kembang.. Kang midah nampak...

Eman : Idung kembang awen je... Idung midah lg sweet.. Blum idung kau lg handsome... :)


Aku : Hahaha kuang hasam ko... Idung aku mancung!


Apa ke gilenye dua ekor ni?? Pastu sudahnya masing-masing diam kunyah keropok nak bagi segar bijik mata!

Distance Means So Little When Someone Means So Much!


Sometimes people around said that they wonder how we can managed to be apart. How we can be loyal to each other and how we could survive not to see each other for quite sometimes, that was 3 years back la... I would say that 'dah biasa'...


Seawalnya kami kenal pun masing-masing dah jauh... Masa masing-masing belajar lagi jauh, dia nun belajar di Sabah sana, dan aku di Shah Alam... Ok je aku rasa, tak deny la rasa rindu dan rasa nak jumpa dan keluar macam orang lain... But we learned that bukan semua yang ada peluang macam tu and we took it as a challenge... Tapi awal-awal bercakar bertegang urat leher tu biasa la... Kami akan jumpa masa semester break la, I'll fetch him at the airport and we spend the quality time together...


Bila dah kerja, aku pulak tercampak nun jauh di Terengganu.. Again bila dia dah ada kat KL aku pulak pegi pantai timur sana... But its quite ok la, sebab dia rajin turun sana melawat aku... Macam dekat je dia buat... So again dah biasa jugak la dengan long distance love affair ni... Hahaha... Now bila aku dah dapat keje kat Shah Alam, rasa best sangat sebab dah dekat.. Mula-mula agak jakun la jugak, selalu keluar and spend time together buat aktiviti kegemaran bersama, movies dan makan!


Huhuhu panas tak sampai ke petang la chewaah, elok-elok
gua dah kerja sini dia pulak dapat kerja kat Melaka, his hometown.. Aduuii la, jauh lagi! Tapi takpe la, peluang dia kat sana lebih baik... Nampak gayanya ni kawin sat gi aku kena pegi pindah Melaka la jawabnya... Alamak kena makan cencaluk ngan inang-inang la ek.. Pastu kena master masak asam pedas, begedil, meggi, opsss! So actually jauh dekat doesn't matter so much, yang penting your commitment and the trust you put in him and definitely in you! For Mr Bubu, you mean so much to me and I'm always here for you... :)


p/s: dah janji nak jumpa masa dah gaji, baru buleh pow gaji orang tu.... yeahahaaaaaa...

Blackberry Bold II




Hehehe baru la geng Mr Bubu and Mrs Bubu....
Kita mana penah pakai hp lain-lain kan kan?
Hehehe baru la adil dan saksama
dan sehati sejiwa...
Blackberry Bold II..
Nak buat hantaran nanti kita beli public phone
je la sorang sebijik!
So nama baru untuk new phone is Bekbeyi...
Hehehe thank you dear...

How To Train Your Dragon


A beautifully made movie with a simple plot but stunning visuals and a very nice soundtrack....



Based on the book by Cressida Cowell, the story centers around a Viking teenager named Hiccup, who lives on the island of Berk, where fighting dragons is a way of life. The teen's smarts and offbeat sense of humor don't sit too well with his tribe or its chief... who just happens to be Hiccup's father. However, when Hiccup is included in Dragon Training with the other Viking teens, he sees his chance to prove he has what it takes to be a fighter. But when he encounters (and ultimately befriends) an injured dragon, his world is flipped upside down, and what started out as Hiccup's one shot to prove himself turns into an opportunity to set a new course for the future of the entire tribe.



Night Fury is the name for this dragon, known as the most dangerous dragon.
But Hiccup luckily befriend with him..
Hiccup ni la yang tolong this dragon to fly..
And named him Toothless (pasal dia ingat dragon ni takde gigi)..
So sweet when they be friend...



Aku rasa this is my first time rasa so excited tengok cartoon dalam panggung...
I was so excited and rasa comel sangat tengok movie ni...
Takde time aku nak menguap walaupun tengok midnite...
And we behave like children, especially me la...
Seperti biasa Mr Bubu adalah tempat melepaskan rasa excited
dengan cubitan-cubitan atau tamparan...



Alololo co cweet Toothless ni...
Nama je ganas Night Fury..
Tapi manja dan sangat cute....
Dan dia dan dragon yang lain yang tolong all in the island
untuk musnahkan tok segala dragon yang
selama ni mengancam hidup mereka...

Its happy ending story and I'm so happy...
Masa tengah-tengah excited tengok diorang berlawan tu
aku dah menceceh dah kat Bubu cakap kalau Toothless
mati aku takmo dok tengok sampai abis...
Hehehehe.... Nak tengok lagi weekend ni dgn my brother...
"Abg, tak jadi la nak bela ikan... Rasa nak bela dragon la pulak,
nak letak nama Toothless"..... "Bela la tok dragon pun"... :)

Allah Tidak Menjanjikan Hidup Ini Tidak Pernah Susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil dia memandu perlahan-lahan dia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil tadi dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita?

"Apa ni? Siapa awak? Dan kenapa awak berada di sini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki. Awak tau tak? Kenapa awak buat ini semua?" jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf. "Saya minta maaf pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, dia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, dia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya, dia cedera dan dia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda itu hanya melihat dengan sayu, anak kecil itu menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
Moral of the story:

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Dengue Shock Syndrome

Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children.

Signs and Symptoms

The initial stages of an uncomplicated dengue infection consist of fever (up to 105 degrees Fahrenheit) and severe headache, which can also be accompanied by other symptoms such as chilliness, nausea and vomiting, rash, backache, and severe muscle ache. As the infection progresses into dengue hemorrhagic fever (DHF), the blood and lymph vessels are damaged and bleeding (hemorrhage) from the nose, gums, or under the skin creates purplish bruises. Dengue shock syndrome (DSS), the most severe form of dengue fever, includes all DHF symptoms, as well as its own symptoms. Initial signs of DSS include restlessness, cold clammy skin, rapid weak pulse, and narrowing of pulse pressure and/or hypotension. The more dangerous symptoms include abdominal pain, massive hemorrhage, and circulatory collapse. The most threatening symptom of DSS is circulatory collapse, also known as shock, and it occurs due to the massive loss of fluid between the third and fifth days of illness.

Risk Factors

There are multiple risk factors to acquiring dengue shock syndrome. Mosquitoes are the main transmitters of DSS. Once the aedes albopictus or aedes aegypti feeds on an infected individual the mosquito carries the disease for its entire life. The infected mosquito then feeds on another individual causing them to be infected. However, the most repeatedly seen causes of dengue shock syndrome are the four different dengue virus serotypes (set of antigens with the same characteristics). Each of these serotypes has the ability to initiate dengue shock syndrome. Another general risk factor is geography. Southeast Asia, Africa and the most southern parts of the United States are the most prevalent places to acquire the dengue viruses leading to DSS. Furthermore, dengue shock syndrome has been frequently noticed in children under the age of 10. Dengue can be obtained through the genetic predisposition of the person or passed from mother to baby.

The dengue virus serotypes are named dengue type 1, 2, 3,and 4. The four serotypes are extraordinarily similar, but have different strains of dengue virus. If an individual is infected with one serotype, then s/he has immunity to that virus. However the immunity applies to only that virus not to the others. Exposure to one serotype, in fact causes the individual to be more susceptible to dengue shock syndrome. The immunity produces specific antibodies to prevent the virus from attaching to the macrophage cells, which is the target cell that dengue viruses infect. If an individual is infected with a second serotype of dengue virus the body’s immune system will trigger, thinking that it is the serotype of the first infection. The antibodies attach to the serotype, assuming they are doing their job, however the virus still exist and continues to infect the person. This condition is known as antibody dependent enhancement. The person persists to be infected resulting in dengue hemorrhagic fever and dengue shock syndrome.
Source : Uncle Wikipedia

Mari Smackdown




Penah tak korang rasa nak buat macam yang di atas ni???
Aku penah dan tadi ada la rasa...
Tapi sebab aku sabar, kiranya tak jadi seperti gambar di atas..
Yang berseluar merah tu akhirnya lompat ke belakang...
Lari-lari masuk bilik terjun atas katil..
Nangis-nangis pastu tido....
Takpun yang berseluar merah tu yang tergolek kat bawah tu..
Tunggu masa untuk di smackdown..
Hahaha ada hati nak smackdown orang... Macam kuat!

Tak Seindah Disangka


Waktu ni jam 3.48 pagi... Tadi lepas makan panadol dan ubat batuk seawal jam 8.30 malam aku dah tadaaaaaa pengsan sampai la ke waktu ni... Sedar-sedar je terus bangun tegak macam hantu dalam cita cina tuu... Buleh la pulak dah bangun terus pegi mengadap laptop ni...

Demam ni aku rasa demam terkejut dengan macam-macam benda yang aku dapat tau hari ni... Terus terang, aku kecewa... Manusia yang aku kenali luarannya seolah-olah bersikap sempurna, alim akhirnya menikam aku dari belakang.... Manusia, manusia... Aku sangkakan keperibadianmu tinggi, akhlakmu jitu tapi apa yang dilihat di luar rupanya tak seindah yang disangka... Mulanya kenyataan tu aku terima dengan hati yang marah dan kecewa, tapi mujur la aku mampu berfikir rasional kerana hidup aku sebenarnya dah biasa dengan kejutan... Dan akhirnya aku berpegang pada prinsip 'ada aku kesah'... Biarla, walau apapun yang dibuat pada kita terima je dengan hati terbuka... Itu mungkin dapat menjadikan kualiti hidup kita lebih baik dari semalam dan lebih sempurna untuk hari ini... Lagipun kalau gua pikir lebih sangat kang pressure naik pastu gua goal dulu nak watpe.. Kalau pressure dah naik dan akibat darah yang terlebih suhu ni kang menyebabkan gua pegi pelempang dan smackdown orang itu tak ke naya... Hahaha sempat tu pikir!

Kejutan-kejutan lain biar jadi rahsia...

Din Beramboi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak....


Sumber : Berita Harian




Dari Dia kita datang, dan padaNya juga kita kembali... Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi seorang lagi insan seni yang telah pergi dulu menghadap Ilahi... Jenakanya bersahaja, ideanya spontan yang pastinya membuatkan kita tak kering gusi... Pemergiaannya pasti satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air... Takziah untuk keluarga beliau..



Semoga roh mu dicucuri rahmat...





Nasi Lemak Ayam Berempah




Yummy yummy.... I know its sound familiar for Nasi Lemak Ayam Berempah... Hehehe sangat best! Tak bleh la makan hari-hari kan, but sekali rasa pasti nak lagi... Try la, memang superb! Its sweet spicy sambal tangkap syahdu, hehehe... Nanti nak try la masak ayam berempah! Sebelum ni aku penah cuba jugak la, ayam tu digaul dengan bawang yang dah dikisar dan kemudiannya diperap dengan serbuk kari.. Tu gaya orang malas la kan... Tadi google recipe ayam berempah ni aku rasa buleh jadi lagi sedap... Aku try nanti ek!

Leptospirosis


Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi bakteria leptospirosis yang menyerang haiwan dan manusia. Bakteria ini berbentuk spiral dan dapat hidup di dalam air tawar selama lebih kurang satu bulan.


Cara penularan



Manusia mendapatkan jangkitan bakteria leptospirosis melalui sentuhan dengan air, tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan pembawa leptospirosis. Bakteria masuk ke dalam tubuh manusia melalui selaput lendir (mukosa) mata, hidung, kulit yang lecet atau makanan yang terkontaminasi oleh urin haiwan pembawa leptospirosis. Masa inkubasi dari bakteria ini adalah selama 4 – 19 hari.



Gejala Peringkat Pertama


* Demam tinggi, menggigil

* Sakit kepala

* Lesu/Lemah

* Muntah

* Konjungtivitis (radang mata)

* Rasa nyeri otot betis dan punggung

* Gejala gejala di atas akan dirasai antara 4 – 9 hari


Gejala Peringkat Kedua


* Terbentuk antibodi di dalam tubuh penderita
* Gejala yang timbul lebih pelbagai dibandingkan dengan peringkat pertama
* Apabila demam dan gejala gejala lain timbul, kemungkinan akan terjadi meningitis
* Peringkat ini terjadi biasanya antara minggu kedua dan keempat

Komplikasi leptospirosis


* Pada hati : kekuningan yang terjadi pada hari ke 4 dan ke 6
* Pada Ginjal : Gagal ginjal yang dapat menyebabkan kematian.
* Pada Jantung : Berdebar tidak teratur, jantung membengkak dan gagal
jantung yang dapat menyebabkan kematian mendadak
* Perdarahan karena adanya kerusakan pembuluh darah dari saluran pernafasan, saluran pencernaan,ginjal, saluran genitalia, dan mata (konjungtiva)
* Pada kehamilan : Keguguran, premature, bayi lahir cacat dan lahir mati

Pencegahan

* Menyimpan makanan dan minuman dengan baik agar terhindar dari tikus

* Cuci tangan dengan sabun sebelum makan

* Cuci tangan, kaki serta bahagian tubuh lainnya dengan sabun

* Menjaga kebersihan lingkungan

* Menyediakan dan menutup rapat tempat sampah

* Membersihkan tempat tempat air dan kolam kolam renang.

* Menghindari adanya tikus di dalam rumah atau gedung.

* Menghindari pencemaran oleh tikus.

* Meningkatkan penangkapan tikus .