Weekend

Ahad keluar tengok Movie. Rasa macam melengas aje stay kat umah with the fact that air kena catu hahahaha aku tak tau itu sebab atau alasan. Keluar awal then breakfast dulu, terus ke Sunway Pyramid. Sebenarnya kalau tanya aku asik la ke Mid Valley so suruh the husband yang decide. Sampai before 11. Parking masih banyak haha sila tamak. Memang keluar ni purposely nak tengok movie sebab ada orang dah mengidam nak tengok Captain America so layankan aje. Tengah queue dia tanya tengok 2 sekali nak?? hahaha dah lama tak buat camni, last masa bercintaaaa dulu kot tengok 3 movie sekali. Dah nama pun dedua nya kaki movie. So kali ni both movie the husband yang decide, kot kalau tanya aku kang aku nak tengok cite hantu aje haha. So the second movie kalau dia tak decide memang aku dah aim cite hantu, takpe kita tengok midnight la apa barang tengok cite hantu siang-siang. Kata penakut so kena la tengok tengah malam hahahaha.



4 1/2 stars
Best!!! Aku taknak review, tengok la sendiri haha. 



3 stars.
Arnold dah best dah. Jalan cerita pun best. But the ending macam tak best. Tapi nama lagi 'sabotage' kan.


Masa tengok Captain America, kitorang try Luxe Hall. Masuk-masuk je ada lounge connected directly to the Luxe Hall. They got own entrance, lounge, a nearby washroom and these are for only 2 Luxe cinema halls. Price for twin seat is RM18 per person. Memang selesa dan sesuai untuk orang yang tak suka serabut macam aku hahaha. Terus the husband cakap lepas ni dia confirm aku akan ajak dia tengok movie kat sini jeeeee. Eh eh macam tau-tau je abang ni hehehe.


Picture credit to cinema.com.my

You choose your own destiny

Tension kot rumah kena catu air ni. Boleh pulak terkena weekend yang takde air. Tak ke seksa tu namanya. So takde air tak payah masak, senang! Tapiiii masa takde air ni jugak la perut aku vibrate tak sudah. Macam takde time lain kau nak sakit konon salah makan. Aku ni mandilah berjimat-cermat sebab nak save air kot emergency hampehhhhh! Malam tadi hujan lebat kemain, pagi ni pun hujan, harap-harap cepatlah penuh air kat empangan. Aku kalau takde elektrik takpe lagi, ni takde air bebal rasa hidup.

Next week start mid sem break. Apalah maknanya cuti dok rumah kalau air kena catu. Dah la mid break ni bukan tiket untuk aku bersenang-lenang, borgolek-golek kambing, masa cuti ni la aku nak pulun semua assignment and project bagi settle. Tak dapat settle semua pun settle separuh tu dah seribu rahmat. Aku takde masa nak bersantai-santai unless when I think I need that. Harapnya kuatlah semangat aku nak siapkan kerja 1 week ni. Kalau lagi aku tengok calendar lagi aku rasa nak meraung-raung tarik-tarik rambut. Stressnya masyaAllah. Eh tapi dah ni jalan yang kau pilih, hadap aje laaaa (kata hati aku!). Walau rasa macam minah sewel tapi aku tetap bersyukur dengan jalan yang aku pilih. The most important part is everyone around me kena sangat memahami kekdahnya. Kalau aku kata aku tengah gila, sila hadap kegilaan aku. Gituu. 


Kan??? Kekdahnya bukan semua orang akan memahami kita. Nampak dan tunjuk je macam paham tapi reality nya tak. Tapi tak boleh jugak la kita nak salahkan orang sebab kita pun belum tentu boleh paham orang lain and it's not easy to understand situasi orang lain. So lebih baik kita fahamkan diri kita dengan situasi kita and try to go through with it. Try untuk tidak complicated kan otak dan hidup which is I totally failed sometimes.

Happy Siblings Day


10th April, National Siblings Day. Actually this is first time I've ever heard about siblings day. So Happy Siblings Day. 

I am the first child in the family, so yang no 1 comel tu aku la haha. Even when I uploaded this into my FB, most of them commented that the no.2 is cute. Hahaha. Momok je lebih. Let me introduce my siblings sikit, knowing me I am the first child, after a year baru my mom & dad dapat sorang lagi (motif aku tak letak tahun) hahaha. The second one is boy, so beza kami setahun je. He's in accounting field. Dia paling momok dalam family dan paling putih. Mintak simpang dia baca blog aku hahaha. The third one is girl. Beza dengan aku 5 years. She's a doctor. Dia punya tabung la selalu aku korek masa kecik-kecik dulu hahaha. The youngest is boy, my dearly little brother. Yang ni manja sikit sebab aku dengan dia beza belas tahun. So yang ni la paling manja, paling nak apa aje aku bagi, paling kuat pow aku jugak hahaha. 

Harapan aku, moga semuanya berjaya dalam hidup. Yang last tu baru masuk Form 3 this year. Yang lain semua dah grad dan dah kerja, alhamdulillah. Ni cuma ada sorang lagi yang tua tu tak reti-reti lagi berhenti belajar haha. Well, dulu cita-cita nak jadi Dr. tak dapat, so dapat jadi Dr Falsafah jadik la. Moga success impian itu. 

Promo Hotel UiTM

Entry kali ni more pada nak promote Hotel UiTM, UiTM dihatiku la katakan. After balik Penang hari tu kan aku cakap husband aku outstation kan so aku 'bertapa' la kat Hotel UiTM Shah Alam. Lagipun rumah kena catu air, so baik berambussss. Selalunya sini la pot aku sebab ada few times yang husband aku outstation so aku larik dok hotel. So bermalam la aku 2 malam.


Masa call buat reservation hari tu, diorang cakap tinggal bilik yang ada 2 single bed aje. Eh I tak kisah, I nak stay sorang aje. I kan nak cari ketenangan. Aku tak ingat tapi rasanya standard room je ni. Price RM150 tapi sebab guna staff rate kurang la sikit. Tapi yang aku nak puji, standard room dia pun dah cukup puas hati pada aku. Neat & tidy. Teringat masa pegi satu negeri tu hari tu, kemain lagi bilik cantik dalam website tapi hampeh. So far kalau Hotel UiTM aku sangat puji bilik dia, kalau ada kesempatan ke Dungun, Terengganu try la stay kat Hotel UiTM, Dungun. 










Last time aku stay sini last year, tapi this year menu dia dah bertambah, banyak choice okay dan harga pun sangat reasonable. Apalah maknanya stay hotel tanpa menggodek menunya kan. Tapi sebab aku stay 2 hari je so tak dapat la rasa semua hahahahaha. 


Mee Padang Kota

Aku dah rasa Mee Padang Kota ni. Ala mamak style dia masak. Tapi sedappppppp. Ikut tekak aku la, tekak korang aku tak tau brand apa haha.


  Nasi Goreng Pagoda

Chinese style fried rice. Tak pedas yang ni tapi sedapppp jugak. Sauce dia pun memang sedap. Jangan tanya aku ulam-ulam tu sebab aku kan tak makan sayur.



Ini standard room Hotel UiTM Shah Alam gak, masa aku stay last year. Picture below ni kat Hotel UiTM Dungun.


Pintu masuk


Sea view




Tapi aku rasa standard room kat Hotel UiTM Dungun ni lagi besar. Eh memang besar pun. Nampak tak bekalan atas meja tu, itu nak makan berbuka. Aku pegi ni masa tengah bulan puasa. Ada keropok lekor kelulut lagi kauuu. Abaikan plastik berjenis-jenis tu, bulan puasa bukankah nafsu makan itu berleluasa hahaha.




Penang

Last weekend kami ke Penang, kira macam pre honeymoon la untuk this year haha (alasan nak berjalan). Tak plan awal langsung, just the weekend before tu aku cakap ngan mr hubby teringin nak naik jambatan baru kat Penang. Dah weekend tu memang takde plan apa-apa pun so kira jadiklah la. Asalnya aku nak gi Bukit Tinggi, saja je la nak escapade konon. Tapi baca-baca blog tak ada apa sangat leh buat kat atas tu so decide nak gi Penang je la. Dia kalau nak berjalan ni jangan nak plan sangat confirm tak jadi, bila tak jadi aku boleh keluarkan muncung itik hahaha.




Jambatan Sultan Abdul Halim Muazam Shah

Dari sini korang leh nampak jambatan lama. Cuma masa aku lalu ni macam tak nampak sangat sebab mendung. Tak feel sangat sebab tak boleh bukak tingkap masa ni hahaha sebab baru tinted. 1 week tak boleh bukak, kalau ikut aku nak je bukak pintu nak amik feel and rasa angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi kira okay la lepas jugak hajat nak naik second bridge ni. 

Actually gerak pagi tu dalam 7.00 am, hahaha awal gila sebab aku nak rasa naik jambatan ni pagi taknak tengahari nanti dah panas (macamkan kau tu puteri lilin). Sampai jambatan tu around 10.30 am, haaa amik kau nak awal pagi sangat kan. Sampai end of bridge before 11 am. Masa ni tak tau nak gi mana lagi so pergi carik hotel dulu la. Bukan leh check in pun tapi sebab nak tau kat mana. Sekali hamikk kau lagi, jauh jugak or maybe baru sampai semua rasa jauh kat situ. Nasib ada waze, kalau tak haru jugak nak carik. Dengan waze pun boleh datang bengong masa kat Penang, sama ada waze yang bengong atau line Internet yang macam haramjaa (sambung sendiri) malas aku nak cakap pasal line phone ni. 



Evergreen Laurel Hotel Penang

So hotel pun dah jumpa, jam baru pukul 12.30 so apa lagi marilah mencarik makanan untuk melantak di tengahari. Hahahaha ni pun satu hal jugak, ada hati nak makan char kuey tiow or nasi kandar, google pun google mana ada orang bukak kedai tengahari buta, paling awal 5.30 kang baru start. So google lagi tengok mana-mana blog yang suggest lunch kat Penang. So jumpa satu, waze sila tunjukkan jalan. Jumpa jugak walau last sekali rasa macam jalan tu macam masuk kawasan yang tak nampak macam ada kedai makan.





Makan kat sini. Nasi Campur Awet Muda kat Sg. Dua. Tengok muda tak aku makan kat sini. Kat sini ada variety of choices lauk-lauk dia. Haa pilih la kau nak makan apa. Laki I memang suka kalau kedai banyak-banyak lauk ni. Tapi seriously memang ramai orang, tandanya memang kedai ni tumpuan orang. The food boleh tahan sedap dan banyak, harga pun ok. Selesai makan balik cari hotel kot la boleh check in awal sikit, nasib boleh.




Kitorang amik Room Only - Superior City View. Memula aku ingat aku amik sea view sekali frust pulak tersilap tengok. Sebenarnya yang aku amik ni takde breakfast sekali sebab aku cakap baik kita keluar pagi (puii macam jenis bangun awal) carik breakfast tapi sebab booking room ni through Agoda eh tetiba dapat breakfast sekali, plus harga room dia lagi murah dari kau direct reserve dengan hotel. Kalau cuti sekolah tak dapek la harga ni, total dalam RM305+. Plan if nak sambung lagi sehari kitorang decide dah sampai sana je tapi malangnya laki I kena kursus, menyampah betul dengan management diorang ni yang kejap kejap kursus. I is menyampah! Tapi takpe la dapat spend time lovely lovely berdua pun dah okay *wink wink*. 







Semua okay kecuali toilet takde hose paip. Apakah makna nya toilet tanpa hose paip. Serious itu je tak best.










Carik menu dulu. Haha dasar perut jin. Masuk bilik dedua pengsan dulu, yang aku ni nak tumpang tidur sekali pun dah kenapa, dah la tak drive siap membuta lagi dalam kereta haha. Sebab kenyang kot hahahahaha.




Bangun tidur jin dalam perut mengganas semula, so bukak menu dan order. Petang tu padahal nak keluar gi jalan-jalan and carik makan. Tapi takpe kita alas perut dulu hahaha. Classical beef burger dengan ice kacang. Ice kacang dia letak dalam flat plate camtu so memula laki aku ingat dia bagi nasi lemak hahahaha. 




Ice kacang. Banyak gila. Nasib la aku dapat menahan nafsu dari order untuk satu sorang. Ni pun tak abis. Pada aku sedap, tapi sebab dia campur buah pala dalam ni ada orang tu tak berapa suka hahaha tapi tetap dia yang habiskan.





Kalau rasa nak beriadah ke apa dalam ni ada gym semua. Aku memang tak la sebab aku datang sini niat memang nak tambah lemak, apa barang nak stay fit pegi gym (ayat dengki) hahahaha. Sebenarnya kitorang nak buat foot and body massage tapi macam tak sempat. Pagi nak balik tu baru la husband aku perasan yang masa check-in tu dia bagi voucher RM30 untuk massage if kau panggil dia datang room. Melepas, massage pejadahnya dah nak balik Ahad tu haha. 


View depan hotel. If room ko sea view leh la hadap depan ni. Petang tu cuaca mendung je, time ni dah 6.30 pm. Keluar nak pusing-pusing dan cari makan dengan perut dah penuh hahahaha syyyyyyyyhhhh jin perut aku terasa karang. 



Memula ingat nak cari char kuey tiow tapi tetiba decide nak carik Nasi Kandar Line Clear, dekat rupanya dengan hotel. Dekat Jalan Penang kot rasanya. Aku dah lupa kalau salah jangan marah. Masa ni 7.00 pm dah, memang tak ramai orang lagi tapi queue tetap queue. Aku sebenarnya first time makan nasi kandar ni sebelum ni tak tahu menahu rupa mana nasi kandar ni. Rupanya ko limpahkan nasi dengan 3 jenis kari eh. Gulp. Banjir. 


Nasi minyak separuh aje. Tak daya dah aku nak makan sebab dah kenyang sebelum keluar tadi. Dengan ayam goreng semata. Boleh tahan jugak maybe sebab aku suka ayam goreng tu. Walau aku suka nasi berkuah tapi tak le sampai tak nampak nasi dah.


Kari mbek mbek. Bukan saya punya. Saya tak kawan dengan kambing sangat kang darah saya naik.



Night view from our room



Pagi breakfast kat hotel. Boleh tahan breakfast buffet kat Evergreen ni. Cuma tak sempat makan roti jalan sebab lama sangat menunggu. Lepas makan naik bilik tidur kejap hahaha then dalam terus gi Bukit Bendera. MasyaAllah jammed nya jalan nak ke Bukit Bendera ni, ada two option so kitorang ikut Jalan Pasar as waze direct, sebab jalan yang satu lagi tu macam jammed. Sekali jalan aku ikut pun jammed, tapi sebab dah nak sangat pegi so redah aje la. Tak ramai orang cuma panas aku tak suka haha. Aku ingat naik train ni dia masukkan orang muat-muat dalam so that semua dapat duduk rupanya memang dia sumbat ramai-ramai dalam tu. So bukanlah ride yang selesa pun nak naik train ni berhimpit-himpit. Masa naik aku dapat la duduk, nak turun kena berdiri bayangkanlah. Kat atas tu kitorang naik buggy ronda atas tu, sewa RM30 untuk 1 buggy so kitorang naik berdua aje.




Aku ingat tak dapat makan char kuey tiow sekali kat atas tu ada cafe so lunch kat situ je sebelum balik. Serious sedap gila char kuey tiow ni. Tapi macam tak cukup, tapi nak tambah sepinggan lagi nanti orang tau perut aku ada jin so hirup la sampai ke titisan kuah yang terakhir. 

So lepas ni plan nak pegi Bukit Tinggi pulak nak berdua-duaan hahahaha.