Please add a disclaimer for affiliate links here.
family
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Selamat Pengantin Baru Sister!!!



Tadaaa, sekarang dah ada part time job jadi mak andam deco bilik pengantin muahahahaha. Pecaye ke? Pecaya? Jangan la pecaya. Bilik ni aku deco untuk adik pompuan aku yang kawin last week. Konsep bilik modern. Tema color gold. Ini hasil idea aku and husband, kalau takde dia tak jadik jugak bilik ni. Konsep simple je sebab aku rasa zaman sekarang dah takde konsep bilik fancy fancy ni. Yang amik gambar perasan cun kakak pengantin hahaha, sebok je nak berinai sama. 

So alhamdulilah dah settle majlis both side. Reception lelaki buat the next day so sekali harung penat. Selagi tak sampai ke majlis ni, otak aku semak memikir deco and design bilik ni, maklumla first time. Kang tak pasal bilik pengantin tak jadik rupa bilik pengantin, merempan pulak pengantin pompuan hahaha. 


Ada yang cakap macam twin. Tapi aku lagi cun kot hahahaha. 




Selamat pengantin baru. Dengan ucapan semoga kau tak malas lagi turun dapur, memasak, mengemas rumah dan segala-galanya yang kau memang malas sebelum ni hahaha. Jangan kau bagi laki kau makan ubat je hari-hari sebab malas masak, tau la kau doktor. Semoga megi bukan makanan ruji yang kau hidangkan untuk laki kau walaupun first day lepas kawin kau beria-ia nak masak untuk suami kata kau, tapi bila aku tanya nak masak apa kau cakap nak masak megi special. Menangis mak kau baca, menangis perut laki kau masakan hidangan pertama kau bagi megi. Sekian, semoga lepas ni bila balik kampung bukan aku aje yang tolong mak kat dapur sedangkan kau qadar tido dengan alasan kau penat on-call. Hari tu kau tanya idea nak masak ayam apa, aku pun kasik la list menu untuk dimasak. Ujung-ujung aku bagi idea kau hiris ayam halus-halus masuk dalam megi, tau marah hahaha. Padan muka! Semoga kau sedar bila balik kampung lepas ni kau kena tolong masak sebab laki kau nak makan sama, kalau tak aku bagi kau makan periuk belanga. 

Dah la bye. 

Thank You



This is what I got today first thing in the morning , on my table. Mula-mula baca selamat pengantin baru tu macam tertanya-tanya eh aku ke? Hihihi macamkan lama sangat kan. Thank you boss, really appreciate your thoughts and kindness. 

Hari ni mengantuk di ofis. Semalam the whole day ada kat hospital. Around 6 pm baru gerak balik ke rumah, packing then terus balik Shah Alam. Tomorrow after work kami akan balik ke Perak semula. Hope he's doing fine, and alhamdulillah until today the doctor said everything is okay without any complication. But still he needs to be in High Dependancy Unit for extra care after being operated. Praying so much for his speedy recovery.

Oh welcoming flu. Hasil jangkitan dari suami saya. Hope not getting the cough and fever. Walaupun dah rasa tanda-tanda demam hampir tiba. Be strong, clear your mind, fight fight hehe.

The greatest gift I ever had, came from God. I call him Dad!

Abah...

For all those times I left it unsaid,

thank you.


Thanks for being there for me...

For showing me the way...

For being patient with me even when I made it difficult for you...

For believing in me and encouraging me to dream.


And being such an inspiring presence in my life.

And being such a wonderful father...


Happy birthday abah, may Allah bless you...

Huuuh Weekend Fever!



What a long weekend I had this week. Being at home, you will never feel bored or starving hehehe... It is just that I am down with on and off fever due to my toothache. Actually gigi yang sakit that day tapi end up dengan gusi yang bengkak maybe because of infection. So the dentist had gave me a painkiller and also antibiotic to reduce the swelling of the gum. So selagi tak surut bengkak tu, demam on and off la alahaiii laa...

Yesterday, sempena dengan hari Malaysia we celebrated mom's birthday. Hehehe what a nice date, dah la cuti kan. Had bought her a present and a nice sweet cake. Happy birthday mommy, we love you so much.

On the other note, I had also spent my time playing play station with the little boy. Oh dia dah merdeka, baru abis UPSR kemain lagi dia memerdekan diri menghadap game 24/7. Saya tumpang sekaki la bila rasa badan segar sikit hehe. Lepas tu dok layan hamster gila yang kuat makan tu, hehe new menu for them this week - orange cake hehe... Looking at the picture above, you can see how he enjoyed the cake haha!

Kenangan Tabung Gajah

Indahnya Sabtu..

Bangun pagi sikit awal hari ni.. Lepas 'berjogging' atas treadmill, aku menunjukkan kerajinan untuk mengemas bilik (kali ni macam kandang tucing, okeh sikit la tu).. Bila tahap kerajinan mencapai tahap kambeng aku kemas la umah sekali... Memandangkan ni je ari Sabtu yang aku takde aktiviti merayap, tu sebab aku rajin... Ngeh ngeh..

Tengah mengemas terperasan tabung 'hello kitty' aku.. Hehehe ada tabung aku ni!! Tapi tak la plak penuh-penuh.. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, kami adik bradik ada tabung BSN gajah tu.. Masuk duit je ada bunyi.. Owh suka sangat la masa tu.. Kalau adik-adik aku bersemangat nak masukkan duit dalam tabung nak dengar bunyi, aku pulak jolokkan pembaris jer kat kepala gajah tu... Adala bunyik kan? So apa kes nak susah-susah masuk duit?? Hahahaha... Tapi masalah besar yang dihadapi oleh my mommy aku jugak is that aku ni paling ngeri sikit.. Satu-satunya anak dia yang suka mengorek tabung.. Bukan setakat tabung sendiri, dengan beraninya aku korek tabung adik aku sekali... Dari penuh sampai ke kepala tabung gajah tu aku korek sampai la susut takat perut gajah tu... Hahahaha!!! Pelik weh, walaupun gua tak ngaku, tapi mak aku boleh tahu sape punya keje... Mencecet aku lari dari umah pegi playground takut kena rotan.. Padan muka aku! Memang tak selamat, balik umah mak aku dah tunggu ngan rotan, aku lari dia kejar, dia kejar aku lari.. Sampai la montot menjadi korban rotan.. Semua angkara tabung gajah!!

Apa aku buat dengan duit yang aku korek dari tabung tu?? Owh aku baik, aku beli la kopok, eskem, macam-macam la untuk aku dan adik aku yang empunya tabung tu... Kira kakak yang baik la aku ni pada sangkaan adik aku (padahal dia tak tau aku sebat duit tabung dia!) Hahaha.. Kecik-kecik dah tak pandai menabung, tabiat ni bawak ke besar la.. Aku tak korek dah la tabung orang, tabung aku jer.. Pengajarannya untuk ari ni, menabung la untuk masa depan engkorang.. Ajor anak-anak menabung dari kecik.. Kalau ada anak tabiat macam aku, meh hantar dia kaunseling ngan aku (kalo korang pecaya aku la!!) Hahaha..

Aku sekarang takde tabung orang aku nak korek.. Mungkin tabung bakal laki aku boleh la aku aim dari sekarang.. Ngeh ngeh mampos dari sekarang dia berhati-hati..

p/s: Owh nasib baik aku tak keje jadi pegawai bank!!