Please add a disclaimer for affiliate links here.
movies
Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Kegilaan!

Dulu masa sekolah rendah (darjah 6) aku ni gila tengok satu cite Jepun. Tajuk dia Furikaereba Yatsu Ga Iru. Aku dulu kan nak jadi doctor (tapi pemalas) so cite ni pasal doktor doktor so memang aku layan la. 

Cite ni pasal 2 orang doctor yang berbeza karakter. Dr. Shiba (yang aku minat nak mampos) ni doktor yang tak disukai sebab dia ni act sikit. Sorang lagi Dr. Ishikawa, dia ni karakter doktor yang baik. Yang si Dr. Shiba ni memang act nak mampos punye tapi aku kan suka karakter lelaki ego masa tu. Kira challenge la kalau tengok karektor lelaki ego tinggi camni. So kiranya both doctor ni tak baik with each other tapi finally dorang get along jugak diakhirnya cuma sad ending bila Dr. Ishikawa ni mati sebab cancer and Dr. Shiba ni mati sebab kena bunuh. Rasa aku yang bunuh dia ni doktor kat hospital tu jugak.

So dulu masa darjah 6, memang Cikgu Rose pening kepala nak melayan kerenah anak dia ni. Dah la pemalas, nak memonteng pulak dengan alasan nak layan cite Jepun. Mana tak makan penampar aje. Sanggup aku nangis mendayu dayu sebab nak luahkan how bad aku rasa kalau tak dapat tengok cite ni, ada orang kisah. Yang si tuisyen ni buat la time malam ke apa ke. Time aku nak tengok cite ni la time tu dia nak buat time tuisyen. Kalau aku pegi pun memang tak tenang jiwa aku dok terbayang episode minggu tu. Yang dalam cite tu sah-sah belakon je jadi doktor, haaa yang kau nak jadi doktor memang tak jadi la. Takpe la, janji ada title doktor kan nanti tak semestinya doktor spital (ayat cover rasa bersalah) hahaha.


Intro cite ni awal-awal aku mesti nak kena tunggu sebab lagu dia best. Lagu by Chage & Aska. Tak pasal jugak aku minat artis Jepun tu sebab dia nyanyikan lagu untuk cite ni. Elok buh penampa je aku ni dulu. Sekali penampa tak cukup, kena berkali-kali baru aku sedar, silap-silap terus bengong.


Ni aku kenalkan, ni la Dr. Shiba (Oda Yuji). 

Dr. Shiba lagi.

Aku nangis beria-ia ending cite ni sebab Dr. Shiba ni mati kena bunuh. Aku taknak la screenshot part dia kena tikam tu. Nanti aku sedih. Puii.



Ni Dr. Ishikawa (Ishiguro Ken).


Dalam cite ni, Dr. Ishikawa ni mati dulu sebab cancer (cancer apa aku lupa sebab aku tak pedulik dia ni). Tapi dia mati aku tak sedih pun. Sebab aku tak minat watak doktor lelaki baik dalam cite ni haha. Aku sedih sebab tengok kesungguhan Dr. Shiba nak selamatkan dia. Aku sedih sebab Dr. Shiba sedih kawan dia ni mati. Sebab aku tak boleh tengok Dr. Shiba sedih. Nanti seminggu aku meroyan teringat-ingat scene sedih Dr. Shiba. Patut la Cikgu Rose asik nak bagi penampar je kat aku. Sasau rupanya aku time ni (geleng-geleng kepala).


Dalam cite ni ada 2 watak doctor pompuan as heroin. Tapi aku tak kenal, tak minat, taknak amik tau sebab aku nak tengok pun sebab watak hero je hahahaha.

Aku dah bertekad ari tu lepas abis semester je aku nak carik cite ni. Tapi ilmu download movie ni sangatlah aku tak terror so asal download aje takleh play. Dah tu kalau cari kat youtube dia keluar tajuk pun tulis Jepun, subtitle apa tah lagi. Tapi sebab nak flashback punye pasal aku layan jugak hahahaha. Habis dari aku membuta, baik aku buat perkara berfaedah ye tak. Dusssssh pipi 1 kali.

Ok la nak nyanyi lagu dalam cite ni (google lyrics).

Weekend

Ahad keluar tengok Movie. Rasa macam melengas aje stay kat umah with the fact that air kena catu hahahaha aku tak tau itu sebab atau alasan. Keluar awal then breakfast dulu, terus ke Sunway Pyramid. Sebenarnya kalau tanya aku asik la ke Mid Valley so suruh the husband yang decide. Sampai before 11. Parking masih banyak haha sila tamak. Memang keluar ni purposely nak tengok movie sebab ada orang dah mengidam nak tengok Captain America so layankan aje. Tengah queue dia tanya tengok 2 sekali nak?? hahaha dah lama tak buat camni, last masa bercintaaaa dulu kot tengok 3 movie sekali. Dah nama pun dedua nya kaki movie. So kali ni both movie the husband yang decide, kot kalau tanya aku kang aku nak tengok cite hantu aje haha. So the second movie kalau dia tak decide memang aku dah aim cite hantu, takpe kita tengok midnight la apa barang tengok cite hantu siang-siang. Kata penakut so kena la tengok tengah malam hahahaha.



4 1/2 stars
Best!!! Aku taknak review, tengok la sendiri haha. 



3 stars.
Arnold dah best dah. Jalan cerita pun best. But the ending macam tak best. Tapi nama lagi 'sabotage' kan.


Masa tengok Captain America, kitorang try Luxe Hall. Masuk-masuk je ada lounge connected directly to the Luxe Hall. They got own entrance, lounge, a nearby washroom and these are for only 2 Luxe cinema halls. Price for twin seat is RM18 per person. Memang selesa dan sesuai untuk orang yang tak suka serabut macam aku hahaha. Terus the husband cakap lepas ni dia confirm aku akan ajak dia tengok movie kat sini jeeeee. Eh eh macam tau-tau je abang ni hehehe.


Picture credit to cinema.com.my

Sunday is cooking day

Phewww! That's the word for today. Anyway sorry for lack of updates from me. Just finish doing the laundry, mopping the floor and cooking for lunch today. Decided to stay at home today after we had date and movie yesterday hihi. Dah lama tak keluar berjalan dari pagi sampai malam since dah kahwin ni hahaha seems that we're getting tired to do that hahaha.

We had watched Wrath of the Titans yesterday and I would give 4.5 stars. Ingat semalam nak buat back to back tapi nanti tak sempat nak merayap pulak haha.
Eh saya ada rasa nak sambar sebijik blackberry balik laa. Eventough dah pakai galaxy note ni but ketagihan terhadap BBM ni sampai sekarang terasa issk issk. You will never have that on any other phone hahaha. Okay waiting for next month budget eh hahahahaha.

Again...


















Hahaha jangan jealous eh, saya tengok lagi Merong Mahawangsa. But this time, watched it from Astro First. Hehe Merong (Stephen Rahman Hughes) sangat la handsome agree? Tengok la sampai lebam, got 48 hours for the movie ngeh ngeh.

I got slight fever, batuk dan selsema since yesterday. But trying not to pamper myself too much, sometimes it will just go away. So nothing much to do during this weekend since I'm still at my hometown, will just stay at home or maybe plan for a shopping with my mom. Feeling like shopping for new tudung hehe. Going back to KL on Sunday and start working on Monday.

Pray for a full recovery plus the motivation to start working and to be at the office for sure hmmm...

Finally

Selamat menonton...

Update i would give 4 star for the movie. Satu kelainan dalam industri filem Melayu. Saya tak akan bandingkan dengan mana-mana filem luar, but the movie boleh dibanggakan... Tahniah KRU!

Ehemm pemilihan pelakon untuk pegang watak Merong Mahawangsa adalah sangat mantap...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kak Limah oh Kak Limah!

Akhirnya dapat jugak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah Ahad lepas. Adoii yang hari Jumaat aku nak pegi tu, semua full... Makk aii frust gila masa tu sebab kami dok berkejar ke Alamanda nak cepat beli ticket huhu.

Ahad baru ni pun sampai MidValley dah lewat tengahari, parking toksah cakap laa ada orang tu siap dah amuk marah-marah pasal lebih sejam tak jumpa parking. Ada parking kitorang tunggu pun ada mamat kurang hajar amik buat muka sial aje. Mana tak orang tu mengamuk, aku pun marah gila tapi tak buleh nak join dia marah sekali... Kecut perut aku kot dia keluar kereta tumbuk orang tu tak ke naya? Fuhhhh selamat tak ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku. Pelik aku hari tu nape temperature badan dia hangin aje, nak marah sapa ntah parking tak ada hahaha... :p

Tengok movie kak limah ni buat aku rasa nak guling-guling atas lantai kelakar gila! Cerrr citer, ceerrr citer hahahaha... Memang syiokk abis tambah pulak cakap bahasa perak pekat gila mau nya orang perak ni tak suka hahaha!

Okaay saya bagi 4 star!

Happiness Is When I'm With You


Hehe you should watch this movie hehe funny and it will make you say 'cute' all the time... Sammy the sea turtle searching ocean for his one true love, and the story of his friendship with Ray and how they met human for their first time.. It is 3D movie but then aku tengok dekat Alamanda mana ada, but we enjoyed it so much... Hehe plus with the Charlie St. Cloud movie, that he promised to watch it with me... Not bad, I would say it's different... We watched this movie first because cerita dia macam sedih, the last one baru tengok cerita turtle tu hehehe...

Terasa ahkak jalan macam turtle tu plak, slow gile... Bezanya aku heret kaki ni huwaaaaaaaa! Lepas keluar dari movie aku rasa macam sedih pulak sebab orang yang keluar last dari kami pun boleh 'overtake' aku macam hina je rasa jalan lambat mengganggu lalu lintas dah tu sakit pulak... Makin aku try berjalan lurus, makin condong pulak huhuhu... Nasib la Mr Bubu setia di belakang aku jadi bodyguard bergajikan kasih sayang hehehe...

Nasib la decide nak pergi Alamanda aje tak luas mana ahkak nak jalan, kalau pergi MidValley ke KLCC ke semalam rasanya aku cuti sebulan kot! Itu pun Mr Bubu dalam pada kesian kat aku, sempat jugak menyakat dan meniru cara aku jalan... Aiiii hot betul la, nasib la kaki aku hencot kalau tak!

Kenapa aku keluar? Stay at home when it is weekend boleh buat aku alergic whole over the body! In fact kalau Mr Bubu tak datang bawak aku keluar weekend, I would rather going back to Kampar... Anyway thank you darling, you always made my day...