The reason why this blog bersawang secara tiba-tiba. Already back to work for almost a month, and yes it's damn hard to get things back to normal routine. The most difficult part is to change my sleeping habits. Masa study leave hari tu time tidur aku is pagi, and time stay back off course at night, so it's a hard thing for me to get rid of the routine. Bila balik kerja flat semacam, masak pun tak (ampunkan saya encik suami!!) insyaAllah bila dah pulih kecelaruan dan jet lag ni hopefully everything will be back to normal hahahaha.
Please add a disclaimer for affiliate links here.
life
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Pagi Ahad. Muka kena paksa bangun tidur. Ada orang kena pegi office hari ni so aku dipaksa bangun awal untuk keluar breakfast. Dia kena pastikan perut isteri kenyang dan senyap dari kelaparan supaya dia boleh buat kerja dengan tenang. Mula-mula aku malas nak bangun, tapi tetiba teringat dia kata kena pegi Machines pagi ni beli apa tah untuk pakai masa event dia nanti. So macam rasa boleh la saya mengepow suami saya. Terus gosok-gosok mata, bangun mandi dan siap-siap. Pakai simple simple sudah, sebab mesti dapat jalan kejap jewwwww (sambil menjuih bibir) tapi takpe la janji ada dari takde.
So membreakfast kan diri kat Kluang Station Setia City Mall dengan "cik mak" supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat membiak dengan lebih aktif dan berkembang dengan jayanya. Ada orang tu breakfast makan porridge aje (euuwwww sangat tak in dengan tekak aku). Kalau tau dia nak makan porridge baik aku je yang masak. Confirm lagi sedap haha.
Mulakan hari dengan caffeine secukupnya. Siap belasah ais lagi. Tengok laki I, begitu menjaga kesihatan. Minum barli limau suam lagi.
"Cik Mak' saya.
Cik Mak ni baik untuk kesihatan lelemak di dalam badan supaya tidak menyusut walau sedikit pun kah kah kah. Erm nasik lemak okey tapi the sambal is the masin. Sakit kepala aku sampai sekarang. Mintak maap, kalau makan porridge i is tak minat nak snap hahaha. Sebenarnya ada lagi gambar menu tambahan tapi biarlah rahsia hahahaha. Tapi nye menu tambahan aku tu memang sedapppp.
Kan dah cakapppp. Dalam pada aku rasa diriku membesar bagai juara, komen ikhlas sebegini menunjukkan yang aku menunjukkan penyusutan berat badan. Celah mana la kawan aku ni nampak aku kurus, dia tak tau aku tahan napass tu nak cover lelemak doorrrjana yang begitu pesat membangun di dalam badan. Tapi takpe, makna nya boleh makan lagi la kan hehehe.
Kan betul aku cakap. Dapat keluar kejap pun jadik. Jadik la buat mengabiskan duit yang tak banyak ni. Masuk yang ni rasanya dah 4 casing ipad mini aku. Asik la nak bertukar, apa kau ingat macam tukar baju ke harga dia. Eh, janji dapat tukar baru la ada semangat nak main games. Sebenarnya aku nak color purple tapi masuk 2nd time masuk Machines memang takde lagi color purple tu, color lain banyak dah restock. So berpegang kepada konsep aku kalau keluar kena shopping sekurang-kurangnya 1 item, maka beli la jugak haha. Mr. Z cukup anti dengan pegangan aku yang tah pape ni haha tapi nasibla. Dia kan busy weekend ni so kena la hiburkan hati aku supaya aku tak rasa ditinggalkan hahahaha.
On the way balik singgah beli apa-apa stock makanan yang patut. Ada harapan lepas Maghrib baru dia balik tapi dah request aku masak nasi goreng telur dengan ayam goreng. Hukkkalohh, baru nak teruskan misi pemalas aku tapi sian lak haha lagipun menu dia mintak pun menu pemalas sempena bini dia malas haha.
Okey la nak teruskan aktiviti-aktiviti malas yang lain. Kalau malas nak buat aktiviti malas kang tak guna la aku pegang title queen of pemalas hahaha sia-sia je dapat award.
Heaven gila weekend dapat dok rumah.
Bahagia.
Tenang.
Relax.
Aman.
Eh banyak lagi la. Weekend ni selalu aku dambakan (eceeh) untuk dapat duduk melepu je kat rumah. Kalau keluar jalan-jalan pun tak kira sebab dah penat, tapi ni yang duduk rumah tanpa buat apa-apa. Masak pun tak. Itu yang paling heaven. Bukak mata je orang sebelah tanya nak makan apa, aku jawab "cik mak" (nasi lemak) okeyy set jom gi beli. Tak ke indah nama nye tu. Dasarrrrrrr pemalassssssss. Tapi weekend kali ni duduk rumah saje bukan sebab memang taknak keluar, gila taknak keluar padahal mood shopping aku tengah aktif. Tapi disebabkan Mr. Z tak sihat dengan kerja ofis dia pikul bawak balik nak siapkan by Sunday so duduk la saje melepu di rumah. Kalau dah nama aku dok rumah pastu roommate aku tengah menggagau siapkan kerja ofis, maka keje aku adalah membuta sajeeeeee. Yeee sahaja aku membuta sahajeee di siang hari sebab takde kawan. Bangun pagi, cari breakfast, makan, main hp kejap, gosok-gosok mata tanda mengantuk, landing, orang sebelah pun cakap sayang tidur yeee ehhh dia sokong aku tidur, so kerana aku isteri mithali aku pun tidur laaaa ikut kata suami. Bangun solat Zuhur, makan tengahari pulak (siap-siap beli masa breakfast sebagai tanda pemalasss) pastu sambung baca novel. Tiba-tiba rasa eh geramnye orang sebelah ni khusyuk sangat buat keje, adinda di sebelah dah sangap sebab tak biasa weekend tak shopping soooo apa lagi sambung membuta la.
Kul 5 bangun, cakap ngan dia aku kena gi kedai jugak amik thesis aku yang hantar for hardcover. So keluar sekali untuk cari makan malam (lengkap pakej pemalas aku). Lepas amik singgah Tesco tapau JM Briani pastu lalu sebelah Dunkin Donuts beli donut. Apa nak risau, lemak baru 1 layer. Esok dah 2 layer aku insaf la haha.
Padahal rasa kalau amik 2 ketul pun cukup. Tapi biasa la cacing dalam perut cakap nak yang tu nak yang ni, so tak sampai hati aku nak kata tidak. Ok kak nak setttt ni. Masuk-masuk kereta (aku je turun gi tapau) Mr. Z tanya
Sayang beli apa tuu???
Dah beli apa lagi beli nasi briani la.
Tak, yang kotakkkk patsegi leper tuuu??? (Buat-buat tanya nak perli aku la tu)
Ni haaaa beli nasi briani dapat percuma donut. Saje untuk kunyah-kunyah malam karang.
Ooooooooo. (buat-buat ooooo pulak. eeeee tonyoh kaki yang sakit tu karang baru tau)
Alhamdulillah, siap jugak akhirnya extra copy ni. Untuk supervisor aku dah submit dah 2 copy. So ni another five copy. Untuk biasiswa, untuk department, untuk aku sekali simpan. So dah selamat melayang duit aku. Eh dah dapat biasiswa lagi mau berkira lempang baru tau.
Best gila pakai Mr. Z punye Macbook ni. Aku rasa aku nak let go la laptop lama aku tuuu. Kena cari Macbook jugak sebab sebabbb sebabb sebabb best gila la kot. Aku bukan boleh tengok. Hahaha yang best nye Mr. Z pun sokong yippieeeee. Tak sabar, tak sabar. Pastu jangan berkepam kau tak pakai sudah. Bukan apa, aku ni memang jenis suka pakai desktop sebab lagi laju aku buat keje tapi insyaAllah kalau bagi aku Macbook seketul confirm aku pakai. Saya janjiiiiii!!!
Dulu masa sekolah rendah (darjah 6) aku ni gila tengok satu cite Jepun. Tajuk dia Furikaereba Yatsu Ga Iru. Aku dulu kan nak jadi doctor (tapi pemalas) so cite ni pasal doktor doktor so memang aku layan la.
Cite ni pasal 2 orang doctor yang berbeza karakter. Dr. Shiba (yang aku minat nak mampos) ni doktor yang tak disukai sebab dia ni act sikit. Sorang lagi Dr. Ishikawa, dia ni karakter doktor yang baik. Yang si Dr. Shiba ni memang act nak mampos punye tapi aku kan suka karakter lelaki ego masa tu. Kira challenge la kalau tengok karektor lelaki ego tinggi camni. So kiranya both doctor ni tak baik with each other tapi finally dorang get along jugak diakhirnya cuma sad ending bila Dr. Ishikawa ni mati sebab cancer and Dr. Shiba ni mati sebab kena bunuh. Rasa aku yang bunuh dia ni doktor kat hospital tu jugak.
So dulu masa darjah 6, memang Cikgu Rose pening kepala nak melayan kerenah anak dia ni. Dah la pemalas, nak memonteng pulak dengan alasan nak layan cite Jepun. Mana tak makan penampar aje. Sanggup aku nangis mendayu dayu sebab nak luahkan how bad aku rasa kalau tak dapat tengok cite ni, ada orang kisah. Yang si tuisyen ni buat la time malam ke apa ke. Time aku nak tengok cite ni la time tu dia nak buat time tuisyen. Kalau aku pegi pun memang tak tenang jiwa aku dok terbayang episode minggu tu. Yang dalam cite tu sah-sah belakon je jadi doktor, haaa yang kau nak jadi doktor memang tak jadi la. Takpe la, janji ada title doktor kan nanti tak semestinya doktor spital (ayat cover rasa bersalah) hahaha.
Intro cite ni awal-awal aku mesti nak kena tunggu sebab lagu dia best. Lagu by Chage & Aska. Tak pasal jugak aku minat artis Jepun tu sebab dia nyanyikan lagu untuk cite ni. Elok buh penampa je aku ni dulu. Sekali penampa tak cukup, kena berkali-kali baru aku sedar, silap-silap terus bengong.
Ni aku kenalkan, ni la Dr. Shiba (Oda Yuji).
Dr. Shiba lagi.
Aku nangis beria-ia ending cite ni sebab Dr. Shiba ni mati kena bunuh. Aku taknak la screenshot part dia kena tikam tu. Nanti aku sedih. Puii.
Ni Dr. Ishikawa (Ishiguro Ken).
Dalam cite ni, Dr. Ishikawa ni mati dulu sebab cancer (cancer apa aku lupa sebab aku tak pedulik dia ni). Tapi dia mati aku tak sedih pun. Sebab aku tak minat watak doktor lelaki baik dalam cite ni haha. Aku sedih sebab tengok kesungguhan Dr. Shiba nak selamatkan dia. Aku sedih sebab Dr. Shiba sedih kawan dia ni mati. Sebab aku tak boleh tengok Dr. Shiba sedih. Nanti seminggu aku meroyan teringat-ingat scene sedih Dr. Shiba. Patut la Cikgu Rose asik nak bagi penampar je kat aku. Sasau rupanya aku time ni (geleng-geleng kepala).
Dalam cite ni ada 2 watak doctor pompuan as heroin. Tapi aku tak kenal, tak minat, taknak amik tau sebab aku nak tengok pun sebab watak hero je hahahaha.
Aku dah bertekad ari tu lepas abis semester je aku nak carik cite ni. Tapi ilmu download movie ni sangatlah aku tak terror so asal download aje takleh play. Dah tu kalau cari kat youtube dia keluar tajuk pun tulis Jepun, subtitle apa tah lagi. Tapi sebab nak flashback punye pasal aku layan jugak hahahaha. Habis dari aku membuta, baik aku buat perkara berfaedah ye tak. Dusssssh pipi 1 kali.
Ok la nak nyanyi lagu dalam cite ni (google lyrics).
New planner for 2015 from Prudential.
Last Saturday dapat masa jumpa my agent.
Jumpa actually untuk amik polisi untuk Mr. Z dan adik aku. So misi aku berjaya untuk pastikan semua adik-adik dan Mr. Z amik insurans. Dan semua amik dengan agent yang sama. Sebab aku experience a very efficient service oleh agent ni.
Kena amik insurans awal-awal ye. Aku ni alhamdulillah Allah bukakan pintu hati untuk amik insurans seawal umur 27 tahun. Masa tu baru lagi first year kerja. Masa tu kat Terengganu. Mujur la ada akak-akak kesayangan aku masa tu yang pujuk aku amik insurans sebab kebetulan masa tu diorang pun nak amik. Masa mula-mula tu aku reject jugak sebab aku cakap aku muda lagi. So insyaAllah sihat takde masalah. Tapi Allah izinkan jugak aku amik insurans ni lepas dipujuk dan di nasihat.
Elok je after a year aku amik, Allah uji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah dah okay sekarang. Tapi treatment dan cost perubatan masa tu dapatlah aku gunakan insurans ni. Sangat membantu. Walaupun sekarang aku tak boleh dah nak tambah coverage sebab dah ada history tapi alhamdulillah ada la insurans ni untuk membantu masa memerlukan. So tu sebab aku sangat concern untuk adik-adik aku amik insurans ni.
Jangan ingat kita muda, kita tak akan dapat sakit. Salah tu. Sakit datang tak kira umur, tak kira masa. Sampai masa kita nak di uji dengan sakit, dia akan datang. Jadi sediakan payung sebelum hujan.
Tension kot rumah kena catu air ni. Boleh pulak terkena weekend yang takde air. Tak ke seksa tu namanya. So takde air tak payah masak, senang! Tapiiii masa takde air ni jugak la perut aku vibrate tak sudah. Macam takde time lain kau nak sakit konon salah makan. Aku ni mandilah berjimat-cermat sebab nak save air kot emergency hampehhhhh! Malam tadi hujan lebat kemain, pagi ni pun hujan, harap-harap cepatlah penuh air kat empangan. Aku kalau takde elektrik takpe lagi, ni takde air bebal rasa hidup.
Next week start mid sem break. Apalah maknanya cuti dok rumah kalau air kena catu. Dah la mid break ni bukan tiket untuk aku bersenang-lenang, borgolek-golek kambing, masa cuti ni la aku nak pulun semua assignment and project bagi settle. Tak dapat settle semua pun settle separuh tu dah seribu rahmat. Aku takde masa nak bersantai-santai unless when I think I need that. Harapnya kuatlah semangat aku nak siapkan kerja 1 week ni. Kalau lagi aku tengok calendar lagi aku rasa nak meraung-raung tarik-tarik rambut. Stressnya masyaAllah. Eh tapi dah ni jalan yang kau pilih, hadap aje laaaa (kata hati aku!). Walau rasa macam minah sewel tapi aku tetap bersyukur dengan jalan yang aku pilih. The most important part is everyone around me kena sangat memahami kekdahnya. Kalau aku kata aku tengah gila, sila hadap kegilaan aku. Gituu.
Kan??? Kekdahnya bukan semua orang akan memahami kita. Nampak dan tunjuk je macam paham tapi reality nya tak. Tapi tak boleh jugak la kita nak salahkan orang sebab kita pun belum tentu boleh paham orang lain and it's not easy to understand situasi orang lain. So lebih baik kita fahamkan diri kita dengan situasi kita and try to go through with it. Try untuk tidak complicated kan otak dan hidup which is I totally failed sometimes.
Demam dah 3 hari. On off camtu je. Main-main pulak. Kerja dah la menimbun, automatic kerja semua tak jalan. Yang jalan tidur je. Subhanallah kerja sangat banyak sampai aku tak tahu nak mula dari mana. Buat yang ni, teringat yang tu. Serious rasa nak nangis je time macam ni, tension satu macam. Boleh nampak muka senyum tapi otak berpusing fikir macam-macam haha. Normal la kot, pada orang-orang yang dah tua (bukan aku) tapi masih nak belajar, permanent head damage la kot hahahaha.
Minggu lepas start kurangkan makan haha. Harus sebab makin aku tension makin aku kuat melantak! So konsepnya adalah weekend aje makan sedap. Hari biasa sila makan makanan berkhasiat (sangat!!!). Terasa kempis sikit perut, sikit jer la hahaha. Lelemak pun menggelakkan aku sebab dah dia tepu baru sibuk nak diet. Aku rasa masa-masa tension ni yang kurusnya otak aku je, yang lain semua sihat aje. Patutlah susah sikit nak berfikir rupanya otak dah kurus ekekeke.
Semester dah pun masuk week 4. Okay aku dah insaf, nak sambung buat assignment. Bye!
Moga kesabaran tetap milikku. Moga aku redha dan tawakal dengan ketentuanNya. Moga suatu hari doaku akan termakbul jua akhirnya. Mungkin belum tiba masanya doa itu termakbul kerana Allah punya perancangan yang lebih baik dari pengetahuan hambaNya yang serba tiada tahu. Aku ingin jadi kuat, jadi sabar dan jadi hambaNya yang sentiasa tahu bersyukur dengan apa adanya. Moga hati ini terus istiqomah. Amin....
Alhamdulillah, masih diberikan pinjaman nyawa sehingga hari ini. Celebrating my birthday on 26th of August last Monday. Thank you husband for the wish, gift and everything. Thank you to my mom and dad for bringing me into this world. Oh umur rahsia di sini haha. Sambut birthday dalam MC sampai semalam, punca hypertension (read: ramai gila buat aku tension). Reason macam biasa, I am not having hypertension but the liver lead to that. Gila berpusing kepala aku macam rasa semua benda jatuh atas kepala. Settle gegaran kepala terus berlari carik laki aku nak mengadu. Haaa kan dia pun cuti sama sebab risau.
My birthday gift. Thank you husband. Actually dia nak beli hadiah dan suprise kan aku tapi masa outing that weekend dia offer aku pilih hadiah sendiri. Nak beli handbag tak jadi sebab tetiba aku fikir, collection handbag aku sendiri pun dah melimpah ruah sampai tak ada tempat nak simpan. Bukan pakai pun semua, sampai bila aku check balik eh bila masa aku beli handbag ni hahaha. So baik jangan membazir, masuk Bonia itu hari pun aku dah nyaris beli handbag lagi almaklumla aku la raksasa gila handbag hahaha. Thank you again husband, tetiba je balik awal masa hari aku MC kat rumah tu. Buat suprise dia balik awal dan beli cake hihi. Siap ada ticket movie lagi oh sweet.
Muka birthday girl (girl hokeyyy!!) yang tak sihat. Ni kat Tony Roma's Setia City Mall. Ada tak muka ketuaan di situ?? Hahaha muda kan muka beliau di atas ni. Maintain sweet 25 hahaha. Aku dah remind siap-siap jangan mention age aku atas cake, dalam wish ke hahaha. Bukan tak sedar diri, tapi age doesn't matter ye tak.
Mine. Sedap. Topping dia pineapple. Ada rice and chicken.
For him. I liked the potato. Yang lain-lain tu dia suap aku sikit aje, sebab tak sihat tak leh makan banyak. Eleeeh.
Anyhow thank you so much family, husband and friends for the wish. Syukur alhamdulillah, dapat melalui umur ini (eceeh rahsia lagi tu) dan semoga aku lebih matang dari sebelum ni. Bak kata laki I, jangan kuat merajuk hahaha. Moga aku menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik. Amin.
Selamat pagi.
Pagi Isnin. Pagi yang selalu buat kita atau sebenarnya aku, rasa marah-marah.
Sebab dah lemak, berehat bergolek dan bersantai sepanjang weekend. But life must go on. Walau mengantuk, mengantuk yang disebabkan rasa tak ikhlas nak bangun tapi kerja-kerja dah menanti. Yang utama, proposal untuk temuduga Rabu nanti. InsyaAllah.
Selamat pagi semua. Mari kita bersemangat. Semangat perlu ditanam dan dihasilkan. Jangan ikut kata hati minta kita jadi lemau, jadi lemah tak bermaya. Hehehe. Ayuh semua!
Welcoming February. Ya Allah rasa cepat betul masa berjalan. Dah la baru aje rasa masuk 2013. Tup tup dah masuk bulan 2. January sangat sangat busy, rasa seharian dok office masa tak mencukupi. Macam-macam kena buat dan terfikir nak buat. Almaklum la benda baru. Hopefully I can accept everything dengan hati terbuka. Meroyan-royan pun bukan boleh buat apa. Buat habis enegry je. Now berazam nak jadi pandai control emosi, taknak sakit-sakit hati sakit jiwa berfikir macam-macam. Adalah lebih baik kita dok diam-diam, buat apa yang patut, end of the day rehat dan tidur bangun esok pagi buat macam tak ada apa-apa. Kan? Aku ni bangsa semua benda boleh mendatangkan stress. Main game pun stress. Kot kalau game tu ko kena bertarung win or lose haaa toksah dok nak suruh aku main, memang tak. Itu semua mendatangkan stress, nyah kau dari sini haha.
Terbaca quote ni tadi 'we live in a world that is built on promises, constructed by liars'. So true.... Kan, semua benda dalam dunia ni akan jadi indah kalau tak ada penipu pembohong pembelit, kaki cakap pusing. End of the day kau ingat orang tak akan tahu rahsia dan penipuan kau. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Itu bajet tupai yang lompat, kot manusia melompat lagi senanglah nak jatuh. Puii!
On the other note, batuk dah okay. Sembuh sepenuhnya so far. Alhamdulillah. Risau gak aku dok batuk lama. Nafas tercungap bila malam. Luckily kali ni sembuh lepas aku stop makan ubat. Tiga jenis ubat tak jalan, last nya stop semua ubat. Lepas 2 hari baik pulak. Alhamdulillah. Sakit dada, sakit perut sakit kepala semua sakit bila batuk cam gila. Phewww.
Okaylah. Hari ni half day. Nak pergi bank amik credit card baru. Bodoh. Punya lama aku tunggu baru nak siap sampai. Aku call banyak kali lepas sebulan barulah siap. Kot kalau bayar lewat sehari pun korang call aku sampai patblas kali satu hari, tapi servis korang pun agak macam taik.
Oh how I missed this blog so much. It's kind of difficult to find a good start this year for blogging. InsyaAllah I will make sure I will write often after this (puiii!). I am down with viral fever last two weeks, seminggu ahkak tak masuk kerja terbaring aje kat rumah. Memang dah lama tak kena demam yang teruk macam ni, yes a viral fever will took some time to recover. Masalahnya all joint and badan sakit dan sengal. Oh memang cuak seriously sebab masa kena denggi dulu pun macam ni la rasanya. The funny part the night before demam tu aku boleh mimpi jumpa doctor sebab demam, sekali bila bangun tidur pagi tu tekak dah rasa kembang dan perit semacam, tahniah memang demam hahahaha. The husband took me to the clinic, yang aku tau masa tu memang rasa nak pitam aje. Ok now, demam semua dah okay alhamdulillah but this crazy cough seems taknak baik-baik. Ubat batuk dah tukar 2 kali, last aku cari sendiri ubat batuk power tu tapi effect dia batuk jadi lagi teruk. MALAM TAK BOLEH TIDUR! Okay yang ni memang stress. Bila malam batuk menggila vavi, sesak nafas dan sakit dada. Until now, pergi kerja kepala ting tong. So aku stop ambil semua jenis ubat batuk, kau nak baik kau baik sendiri aku tak koserrrr!
On the other note, January was very busy for me. Even I am not involve dalam senarai restructure in my organisation, but we have to move to our previous office. So berpindah level. Dari level 3 turun ke level 2. Apalah korang ingat kami ni tak ada kerja lain ke naik main kemas-kemas punggah-punggah barang. Dengan kaki yang belum nak baik lagi, marah pyhsiotherapist bila dia tahu aku buat kerja berat, dah kau ingat aku nak ke kalau tak terpaksa.
My physiotheraphy session ada tinggal one session aje lagi yahoooooooooooo! Aku dah tak larat dah nak pergi hospital twice a week, dan tiap-tiap kali sedekah duit kat diorang bankrupt okay bankrupt hahahaha. Alhamdulillah, ada rasa perubahan sikit even it's not completely gone, but at least I can walk with less pain. Lepas habis semua session ni, kena jumpa balik doctor then he will see what to do with me hahahaha.
Oh I recommended this few movie that you should watch - The Tower, The Impossible and The Last Stand. I had watched this 3 movie straight in a week. Malam ni pun aku nak review GSC jap sebelum decide then tomorrow plan to watch Parker, ceessssss available for GoldClass aje takpe takpe ingat aku taknak tengok ke, aku nak tengok jugak!
This box really helps. I just take one set for the day and put inside the handbag hehe. Orang malas memang macam tu. Bukan malas actually, tapi kurang berdisiplin hahahaha. So really hope this time I will help myself to take all those pills.
Days are getting busy and busy nowadays. Tekanan di office lain, di rumah juga ada tekanan yang tersendiri. Not to mentioned the husband, because he is my heaven hehe. All things put together, and I am becoming more stressful hmmmm. I have been adviced by the doctor not to put so much stress on me, but really I am kind of person yang tak tahu nak hilangkan stress. Nasiblah! And off course, the big reason is that people put the stress on me!
On the other note, the flu and fever are getting better. After about 3 weeks! Yeay I am different remember? Kalau orang lain dah baik, saya masih tak okay ekekeke. Went to see the doctor almost 3 times and change the antibiotics for every visit. Haiiisssh! Same with the husband, we had fever at the same time but he had recovered earlier than me. Love to see him when having a fever sometimes, sebab manja dia lain macam ekekeke. Biasalah orang jarang sakit hihi, nak berkepit aje. Breakfast pun room delivery. Tidur pun alaaaaah shomellllnya hihi. But I am lucky to have him, bila sakit ada orang jaga saya macam nurse pulak. Hope we can take care of each other till the end of life. Love you darling!
Ini hasil pagi tadi on the way ke office. Memang celaka, lahanat, setan punya taxi driver. Dah langgar belakang kereta bukan tahu nak mintak maaf, siap buat perangai samseng. Size badan dah besar, gaya memang dah samseng habis. Siap boleh nak marah-marah aku balik, heeeyyy what the hell, perangai sampah. Otak letak kat kepala lutut, why don't you apologize at the first place. Tak la aku hangin sangat, ini dah sah-sah salah kau tapi lagi nak samseng.
This was the first time, my first experience accident kena langgar macam ni. How sad, bangsa sendiri perangai camni. Bumper belakang tu terkeluar sikit dan off course calar kat belakang tu agak obvious. End up dengan aku yang tak tahu nak buat apa, dan keadaan tempat aku stop tepi jalan tu agak bahaya all that I can do is ambil number taxi and that son of a bitch bagi name card dia. Petang ni hopefully the husband boleh settlekan. Kalau dia tak jawab or lari siap la. Jangan ingat boleh lepas ye. Ini memang pagi Isnin yang malang for me. Memang aku benci driver taxi yang bersikap kurang ajar macam ni. CELAKA!!
This is what I got today first thing in the morning , on my table. Mula-mula baca selamat pengantin baru tu macam tertanya-tanya eh aku ke? Hihihi macamkan lama sangat kan. Thank you boss, really appreciate your thoughts and kindness.
Hari ni mengantuk di ofis. Semalam the whole day ada kat hospital. Around 6 pm baru gerak balik ke rumah, packing then terus balik Shah Alam. Tomorrow after work kami akan balik ke Perak semula. Hope he's doing fine, and alhamdulillah until today the doctor said everything is okay without any complication. But still he needs to be in High Dependancy Unit for extra care after being operated. Praying so much for his speedy recovery.
Oh welcoming flu. Hasil jangkitan dari suami saya. Hope not getting the cough and fever. Walaupun dah rasa tanda-tanda demam hampir tiba. Be strong, clear your mind, fight fight hehe.
Phewww! That's the word for today. Anyway sorry for lack of updates from me. Just finish doing the laundry, mopping the floor and cooking for lunch today. Decided to stay at home today after we had date and movie yesterday hihi. Dah lama tak keluar berjalan dari pagi sampai malam since dah kahwin ni hahaha seems that we're getting tired to do that hahaha.
We had watched Wrath of the Titans yesterday and I would give 4.5 stars. Ingat semalam nak buat back to back tapi nanti tak sempat nak merayap pulak haha.
Eh saya ada rasa nak sambar sebijik blackberry balik laa. Eventough dah pakai galaxy note ni but ketagihan terhadap BBM ni sampai sekarang terasa issk issk. You will never have that on any other phone hahaha. Okay waiting for next month budget eh hahahahaha.

What a long weekend I had this week. Being at home, you will never feel bored or starving hehehe... It is just that I am down with on and off fever due to my toothache. Actually gigi yang sakit that day tapi end up dengan gusi yang bengkak maybe because of infection. So the dentist had gave me a painkiller and also antibiotic to reduce the swelling of the gum. So selagi tak surut bengkak tu, demam on and off la alahaiii laa...
Yesterday, sempena dengan hari Malaysia we celebrated mom's birthday. Hehehe what a nice date, dah la cuti kan. Had bought her a present and a nice sweet cake. Happy birthday mommy, we love you so much.
On the other note, I had also spent my time playing play station with the little boy. Oh dia dah merdeka, baru abis UPSR kemain lagi dia memerdekan diri menghadap game 24/7. Saya tumpang sekaki la bila rasa badan segar sikit hehe. Lepas tu dok layan hamster gila yang kuat makan tu, hehe new menu for them this week - orange cake hehe... Looking at the picture above, you can see how he enjoyed the cake haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)