I'm Ready


Tahun ni Melaka adalah tuan rumah untuk SUKMA 2010... Akan berlangsung dari 10 - 19 Jun 2010 bertemakan Harmoni dan Cemerlang...

Sebenarnya aku nak cerita pasal SUKMA ke?? Huhuu tidak! Aku cuma nak mengingatkan diri bahawa SUKMA kali ini akan sedikit sebanyak berkait dengan hidup aku wahahaha... Mana tidaknya kalau Mr Bubu saya secara langsung memang terlibat tanpa henti dengan Sukan Malaysia tahun ni... Bukan baru, dari lama dulu dia sudah mula busy dengan kerja-kerja nak ke SUKMA ni... Dan sekarang busy dia lagi tahap tak hingat dunia... Cubaaaaaan hehe...
Maka suka aku ingatkan diri sendiri bahawa kesabaran yang tinggi adalah amat diperlukan sekarang, huhuhu jangan nak gediks mengadu kurang kasih sayang wahahaha...

Sian aku kat dia tapi nak wat camne, kat aku pun kesian jugak dah berapa kali planning nak jumpa terpaksa dibatalkan atas urusan mengejut beruk dia... Nasib aku tak berubah jadi beruk betina mengamuk sebab agenda aku nak pow dia asik tergendala... Ni agaknya Tuhan tu nak tunjuk niat tu biar murni... Wahahaha murni apa niat aku! Minggu ni aku frust lagi muka dah jadi cencurut tersepit lif sebab nak suruh orang tu pilihkan dan akhir sekali membayarkan kasut baru aku terpaksa dibatalkan lagi huahuahuaaaa... Sekarang cakap pun kejap-kejap aje, bangun wish morning, tanya khabar, mengadu (dah kalau memang kaki mengadu memang tak dapat nak elak!), gaduh-gaduh sikit, dah kena marah baru bye-bye... Pastu kang malam or tengah malam baru dapat cakap balik, tu pun dua-dua dah penat kalau cakap lama-lama boleh mengundang perang dunia untuk entah kali ke berapa entah wahahaha...


Tapi takpe, I'm his understanding princess hik hik gedik... Kiranya masa dia busy ni aku kena berpantang la dari nak berkepit aje! Hehe aku okay aje kecuali datang time when I really need him to talk and again untuk mengadu itu ini... Aku tunggu lepas abis SUKMA siap la dia! His time will be for me wahahaha... Dah banyak wish list aku ni yang terpendam lalalalala... Semoga segala kerja dia dipermudahkan dan success! Amin...

Lovely Weekend



Aktiviti hujung minggu adalah untuk melayan boyfriend kecik saya ni... Janji nak tengok movie tapi sebab tinggal petang aje so terpaksa cancelled kan... Nasib tak merajuk sebab aku tukarkan pada aktiviti ni... Wahaha sebenarnya aku sendiri sangat la suka aktiviti ni cuma selama ni takde sape nak teman atau layan... Kalau ajak Mr Bubu confirm dia bangkang da
n piat telinga saya sebab katanya dah besar pun sibuk nak layan mende alah camni... Eh walaupun dah tua hati mesti mau muda kan kan...













So aktiviti budak kecik ni hanya dapat aku tengok dengan meleleh air liur la... Nak main aku tengok kiri kanan belakang semuanya age macam budak ni jadi aku pendamkan hasrat hati aje wahahaha... Yang dapat aku main satu menda aje, hockey table tu... Itupun sebab menatang tu nak ada 2 player baru buleh main wahahaha jadi la lepas gian... Siott aje kan aku perhati dia main sambil penat pergi tambah token dia nak main macam-macam huhuhu...















Korang tengok la dia main air plane ni... Wahaha aku kata kalau nak jadi pilot mesti boleh main menda ni... Hahaha 2 kali dia try untuk naikkan plane ni and crashed gedababoommm... Geram je aku rasa nak take over tapi ada budak kecik tengah tengok adik aku main... Frust lagi aku nak main demmm! Tu big gun tu geram aje aku nak angkat dan tembak macam orang gilaaa fuhhh!














Hahaha motor ni kalau aku nak naik confirm orang yang jaga kat situ seret aku keluar campak depan pintu wahahaha... Walaupun yang ni teringin aku nak dok atas tu hahaha... Tengah dia main game football ni dia boleh cakap kat aku "dok sebelah ni je tau tengok kita main"... Hampeh punya budak kecik, aku ni berpeluh tunggu dia abiskan token yang dok diulang-ulang aku pergi tambah dan tambah...



Wahaha aktiviti yang aku wajibkan juga untuk boyfriend kecik ni! Setiap bulan aku akan belikan dia buku, he can choose or aku akan pilihkan... Main-main jugak, habit ini mesti ditanam dari kecik lagi... Hujung minggu yang sangat terisi dengan gembiranya hehe...

I Need A Vacation

Kalau orang tanya aku, apa yang paling aku perlukan sekarang? My answer will be a vacation... Yes, I need it now... In fact dah lama dah aku wish to have this vacation, alone okeh!! I don't need anyone else for this wish... Aku mahukan percutian seorang diri, not to enjoy sebab kalau nak enjoy mestila perlukan kawan-kawan or family kan... I need this treat for my own self, I need some space for myself not even want to be disturb by anyone else...

Aku rasa setiap orang perlukan ruang untuk diri sendiri, kalau tak banyak pun sikit pasti kita perlukan ruang ini di satu sudut kehidupan... Dan aku pula sangat memerlukannya sekarang untuk lari dari pelbagai persoalan hidup yang dah lama mengejar dan membayangi hidup aku... Aku perlukan ruang untuk bermuhasabah, mengenal dan memahami diri, dan akhirnya mampu membuat keputusan terbaik untuk hidup aku sendiri... Ya dan sekarang masih berharap aku punya waktu dan kesempatan untuk memenuhi wish ni, as soon as possible... Nak ikut?? Sorry, next vacation okeh!

Apa-Apa Aje!


Sekarang malam rutin tidur aku macam dah berubah pulak... Selalunya pukul 12 mata aku masih melekat kat screen ni... Tapi sekarang lepas mandi, solat dan mencekik aku terus mensungkurkan diri atas katil dan terlelap sedas dua... Wahaha bila dah segar baru terjaga dan siap-siapkan baju untuk kerja esok... Waah cerita macam la aku nak sediakan baju untuk laki sekali padahal baju diri sendiri aje dah kecoh tak menang tangan... Sok dah kawin kalau tak sempat aku dobikan aje semua baju wahahaha...

Bila dah terlelap awal ni, mula rasa segar dan baru la aku buat aktiviti blogging ke, forum, facebook ke time macam ni... Tapi aku rasa macam ni aku lagi segar esoknya sebab masa dah penat balik keje tu aku dah terbongkang dan tidur dulu... Pasni nak siap-siap packing beg nak lari dari rumah wahahaha...


Esok last day untuk AKNC... Part aku tak siap lagi! Esok kita all out la chaiyok2 walau dalam hati tak senang rasa... Dah part aku memang yang second last, lepas semua hantar baru la boleh report hasil haaa padan la muka!



What The??


"Abang kat mana??"


"Tengah makan..."


"Makan kat mana??"


"Kedai makan sayang..."


Patut tak ada orang kene lempang bertubi-tubi..! Apa kebendulan yang melanda ni??! Wahahaha....

Oh Nooo!!



Aku selalu rasa nak tinggi, tapi aku memang tak berapa nak tinggi... Dengan Mr Bubu akan sangat la rasa diri ni kerdil, dok bawah bahu dia aje... Mungkin lebih rendah dari itu... Kalau orang tanya ketinggian aku, memang aku bohong sunat sikit tambahkan jadi lebih sikit... Biar la sukati aku la kan wahahaha... Hari ni aku jatuh pendek balik bila mana kasut kesayangan aku yang selalu menampakkan aku sangat tinggi akhirnya pergi jugak meninggalkan aku huhuhu... Putus di tengah jalan, alaa frustnya kemain lagi tadi bukan sebab kena cari kasut lain tapi sebab tu la kasut yang buat aku rasa on stage hahahaa...

Kalau keluar dengan Mr Bubu aku mesti pakai kasut yang tinggi sebab aku tak suka dia buli aku bila dia tengok aku macam sangat rendah... Benci okeh! Pastu bila naik escalator dia suka berdiri bawah sikit dari aku konon baik hati nak nampakkan aku tinggi... Itu bukan baik tapi satu penghinaan terhormat okeh! So kena carik lain la, kalau boleh nak exactly macam tu tapi kali ni kena orang lain belikan laalalalaa...

Jealous Ke??

Dear orang yang taknak mengaku....

Semalam ada orang jeles dengan aku tapi taknak mengaku... Eleeh soalan pun dah berbaur cemburu tapi lagi taknak mengaku... Masa tu aku malas nak layan je sebab mengantok kalau tak hujah aku lagi panjang... Siap last-last nak kenakan kat aku itu ini... Kalau mengaku jeles pun apa salahnya, dah awak tu memang layak la pun nak jeles dengan saya ni wahahaha... Pagi ni bila aku tanya boleh pulak dia jawab dia cuma membayangkan dia dalam situasi aku, mesti aku akan jeles dengan dia... Wahahaha see dia sengaja kenakan aku balik sebab taknak mengaku....

Moral of the story, boleh tolong mengaku tak Mr Bubu?? Nak cover konon, act la sangat ek, lempang karang! Wahahaha....

Congrats Dear Fakrul & Rofli













Congratulations to both of them Fakrul and Rofli on their convocation! Wahaha macam tak percaya aku tengok diorang, nampak cam budak-budak lagi tapi dah bergelar graduan... Tahniah tahniah dari aku dan kawan-kawan yang lain... Semoga berjaya di alam pekerjaan dan pastinya cabaran dunia luar... Heheehe both of them dapat seekor katak dari aku dan Awin... Cuma yang aku tak percaya adalah bila tengok rambut masing-masing sudah pendekk maaa! Tak kenal tadi wahahaha... Smart apa rambut pendek korang, nak sikat guna jari pun boleeh... Hehe anyway, congrats and good luck for your future undertakings!

I Hate You

Bangangnya rasa dok melepu kat bawah ni tapi tanda protes punya pasal memang gua tak ingin nak naik rumah tu.. Lantak la panas pun, tapi yang tak tahan dahaga ni.. Aku tak pernah jumpa manusia macam makhluk perempuan tu! So pushy, apa dia ingat dia besar ke sampai nak atur hidup orang, go to hell with that crazy lady! Sebenarnya aku nak guna bahasa lagi mantap tapi kang jadi 18SG pulak blog aku! Nyah sama si gila tu, jangan aku turut sama jadi gila macam that idiot wahahaa.. Aku nak marah ni sebab panas jugak aku dok bertenggek kat bawah ni tunggu diorang settle kat atas, ikut hati baik aku landing atas katil tadi takde sakit hati, mata aku jugak yang bahagia! Prinsip hidup aku mudah, jangan buat sampai hati aku tak boleh nak terima lagi memang sampai sudah aku say bye bye!

Benci benci benci! Demm..

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

by Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka

Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan

Menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur




Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Usah titis air mata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam

Tapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti





Super Shining Bebeh!














Today my Baby Maroon dah berkilat dan bersih balik as aku bawak dia ke Kuantan hari tu dah menjadi sangat comot dan cemomoi (wahahaha bahasa baru!)... Memula nak hantar car wash aje tapi aku pulak malas nak bersiap! So nak taknak seluruh tenaga telah digunakan untuk memandikan budak kesayangan saya ni... Luar dan dalam habis aku bersihkan petang ni... Baru la rasa puas hati... Aku ada satu alergic bila bawak kereta kotor, rasa macam tak selesa tambah-tambah bila tengok kereta dah rupa jentolak wahahaha... Sebenarnya basuh kereta sendiri ni adalah satu kepuasan, dan juga satu cara untuk melepaskan tekanan perasaan! Percayalah... Tak percaya cubalah...


Majulah Sukan Untuk Kesihatan


Bukan nak cerita pasal Piala Thomas.. Haahaa nak cerita pun bukan aku tahu ape bendanya, tak follow pun... Starting next week aku dan my best girlfriend akan memulakan aktiviti kesukanan kami iaitu badminton... Wahahaha ape pasal pulak buang tebiat kan? Sebab masing-masing nak bagi fit badan yang sememangnya tak pernah berpeluh kerja dalam aircond... Hehehe nak buat camne dah memang lumrah kerja duduk dalam igloo! So next week malam kami akan cari court yang best area Shah Alam ni untuk main badminton, tapi masalahnya belum survey lagi... Kalau boleh taknak la tempat tu terlalu ramai orang sebab kami ni only the beginner, malu weh! Hehee harap-harap impian kami akan jadi realiti dan misi kami akan tercapai... Yeahaaa!


Nasi Ayam Penyet



Wahaha jangan kata la penatnya semalam mencari makan di kala malam bulan mengambang... Lepas program abis aje pukul 10.30, geng gagak berantai mula menuju ke pekan Kuantan untuk mencari makan malam... Berlagak la sangat dinner malam tu taknak makan sebab nak keluar! Destinasi pertama adalah ke Teluk Chempedak, walaweh terror pulak gua cari kat mana dengan bantuan sign board okeh! Sampai aje Teluk Chempedak, pusing-pusing seround dan hampa sebab takde yang menarik, MCD ada la tapi takkan jauh-jauh datang mau makan tu aje... Hajat hati dan perut nak pekena ikan bakar ke, sate ke...

So kami patah balik tanpa arah tujuan, maklumlah dah malam pastu buta la pulak jalan kat Kuantan tu... Excited gila nak makan punya pasal kami stop kat satu kedai makan ni... Wahaha masing-masing angkat muka tak sabor nak melantak, tapi..........


"Weh korang, ni kedai makan Cina la!!"


"Haaaaaa?? Cina ke??"


Wahahaha mencecet aku lari 100 meter ke depan, apehal la pulak tak perasan tu kedai makan Cina! Kesian, semua mencecet lari masuk kereta sambil gelak-gelak pecah perut yang kosong! Lepas tu jumpa la kedai makan Zam Zam... Hahaha tak pikir panjang dah sebab lapar dan malu punya pasal... So we had Nasi Ayam Penyet! Walaupun tak penyek mana pun... Wahahaha kenangan yang tak akan aku lupakan selagi ada hayat, dikurniakan kawan-kawan yang biol dan senak otak...


Out To Kuantan

Semalam sampai di Kuantan pukul 2.30 petang... Wahaha sesat mula-mula nak cari Hotel Seri Malaysia sebab aku nampak Vistana kat aje kat sebelah... Kena pusing balik, hati dah cuak kalau sesat habis la sebab program start pukul 3.30... Susah jadi si buta jalan ni tapi kalau aku nekad try aje redah... Janji senyap aje jangan nak mengadu kat sesape yang aku ni sesat, hahaha kang dapat khutbah free...

Sampai aje bergegas siap tapi lepas habis tu aku sudah lapar gile okeh! Breakfast aje pagi tu then masa rehat kat R&R Temerloh pun minum aje... Jadinya order aje makan kat bilik! Hahahaha makan bihun goreng aje pun tapi harga RM15 kalau portion nya banyak aku tak kesah lagi tapi ni alahaaaiii sikit aje... Tapi layankan aje sebab perut aku dah memang tak tahan, lepas makan tergolek perut demam... Haihhh perut aku memang sensitif dari dulu lagi!




See! Aku cakap sikit aje kan??

Lapar Makan Laa

Ni la makanan pertama aku semalam... Tu pun ambik jam 7.30 malam kat restoran Garden apa tah aku tak ingat, kat Plaza Alam Sentral... Macam nak tersembul perut aku keluar sebab lapar sangat... Breakfast dan lunch aku tak rasa nak makan, petang pun keluar sebab nak shopping baju bawak pegi outstation... Aku rasa berjalan macam nak merangkak je tapi tu pun sempat aku sambar 2 helai baju baru pegi makan... Wah sian perut aku hari ni... Saja bagi testing esok-esok dah nak berpuasa...



You're On Stage



Ingat tak masa sekolah rendah dulu tetiap tahun cikgu akan tanya apa cita-cita kita? Hahaha aku paling suka bab ni sebabkan cita-cita aku yang sentiasa berubah tuu... Dulu pada aku cita-cita tu sesuatu yang akan menjadikan kita glamour bila dah besar nanti hahaha... Cita-cita aku nak jadi pilot, nurse, doctor, cikgu... Haa semua tu boleh tahan lagi la tapi yang buat cikgu aku tepuk dahi bila makin lama cita-cita aku agak membuat dia berpinar urat saraf kepala... Tiba-tiba je darjah 3 aku tukar nak jadi 'pembaca berita'... Selang seminggu aku jumpa cikgu balik cakap aku nak tukar cita-cita aku... Hahahaha aku nak jadi penyanyi! Kuang kuang... Mencecet lepas tu cikgu tu berlari dari kelas 3 Biru pegi cari mak aku dalam bilik guru bagitau musibat apa tah merasuk anak dia tiba-tiba... Jenuh balik umah mak aku brain wash otak aku baik-baik tunjuk aku ke pangkal jalan... Sebab cita-cita ni la yang akan menentukan sejauh mana usaha kita untuk masa depan...

Tapi takpe, hari ni aku bukan penyanyi sebab walaupun suara aku sedap tapi aku lagi suka nyanyi dalam bilik air aje takpun agak-agak rasa nak tunjuk bakat terpendam, aku nyanyi untuk Mr Bubu aku... Jadi dia terpaksa dengar! Kadang-kadang datang mood riang aku nyanyikan dia lagu budak-budak, part masa jiwang aku nyanyi lagu rock kapak untuk dia... Kira aku protege dia mentor la wahahaha!

Genting Again?





Dulu yang beria ajak pegi Genting aku la... Tapi sampai sana diorang dah dapat agak yang aku akan mengelat... Ini aje la menatang yang aku berani naik... Itupun cover je la muka malu naik mainan kanak-kanak ni... Konon temankan adik aku tu, padahal aku yang merayu kat dia ajak naik sebab itu je yang aku rasa confident dan takde possibility aku muntah darah bila naik... Padahal budak tu tak hingin, dia naik semua roller coaster yang gilaa gayat tuu... Aku menganga je tengok diorang, sambil gelak-gelak tepuk tangan macam monyet suka diorang jerit-jerit...

Owh satu lagi yang aku naik, Venice Gondola... Tak takut pun sebab pusing-pusing je hahahaha...


Satu Sama Dengan Empat


"Abg pernah tak rasa nak pasang 2 ke, 3 ke, 4 ke?"


"Tak pernah..."


"Yeke tak pernah? Tak nak ke?"


"Taknak pun... Jaga sayang sorang dah macam 4 orang dah..."


"Mencikkk!"




Menci mencik... Selalu cakap jaga aku macam jaga 4 orang... Ingat aku hantu raya ke hahaha! Dia tanya tak bangga ke aku dah mewakili 4 orang ceh hampeh... Aku ni takde la susah mana nak handle pun, jangan marah aku aje... Aku takleh dia marah aku je, orang lain takpe... Pastu nak dapat kena pujuk, kena bebel dulu tu yang geram tuu... Dia kata aku degil tapi aku rasa aku tak degil hahaha... Aku tak demanding dan tak materialistik... Bila dia tanya aku nak apa, aku nak benda sama je dari dulu sampai sekarang asik nak menatang berbulu bernama encik teddy je... Suh aku sedar diri lalala! Sampai dia dah bagi closing year dah untuk aku mintak benda camtu... Abis tu kalau mintak kereta nak ke belikan?? Bawak aku jalan senang je, bagi aku tengok movie cite hantu pastu jalan-jalan cuci mata takpun cuci purse pastu mesti aku diam bahagia... Basically itu la aku...



So takde la susah kan??


Semuanya Rezeki



Since last week tidur malam aku tak lagi lena macam biasa... Masa siang hari boleh la aku sibukkan diri dengan keje! Tapi bila malam time nak tidur mula la bermacam-macam aku pikir... Serius senak otak aku... Akibat tidur malam yang terganggu dan tak lena, bila pagi je rasa tak best! Macam semalam bila dah nak hampir ke Subuh baru la mata aku ni mintak nak lelap, tapi pale hotak dia abis aku tak payah pegi keje?! Takpe dah rezeki aku jadi camni...


Eh...


Tadi aku gatal tangan pegi apply untuk sit for Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)... Alamak apa kes ni? Terror sangat dah ke? Ada masa sangat ke nak study? Lagi pulak aku dengar sekarang PTK untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional ni dah berubah format... I would prefer to sit for the exam instead of assignment, a week course, presentation and whatsoever yang leceh dan payah... Biasala dulu masa student aku lebih suka exam dari semua assignment... I'm an exam-oriented person la kiranya... For my master's degree sekarang aku terpaksa amik coursework memang menyampah gila la aku... Iye la, masa keje dah melepek penatnya pastu ada hati lagi nak all-out untuk buat all those gila macam assignment... Apapun itu rezeki kan...


Eh lagi...


Aku rasa dah lama gila aku tak shopping yang betul-betul shopping... Iye la semenjak pengawal peribadi merangkap intan payung aku dah pindah keje sana jauh sikit, terpaksa la aku puasa dari shopping sakan... Kalau tak dulu, tiap-tiap weekend je ada acara shopping dan ada babak kena bebel sebab membazir... Kadang aku ni bila masa ada tak ingat nak menyimpan, bila masa takde mula buat muka kambing tersepit mintak simpati... Apapun semua berbalik kepada rezeki...


Apa saja yang kita dapat, kita ada, kita tempuh semua bergantung dan berbalik kepada rezeki yang diberikan oleh Allah... Walaupun pahit dan kepayahan yang diberikan, itu juga bergelar rezeki... Mungkin rezeki yang diberi kurang pada kita... Dan bila ada kesenangan yang dianugerahkan pada kita, itu juga rezeki... Aku berbalik pada qada dan qadar yang telah ditetapkan... Apa juga yang terpaksa aku tempuh, aku redha... Tuhan itu Maha Kaya...

Sukanya Saya!













Perlu ke aku ulas?? Dah clear dia datang lagi dan lagi...
Takpe, aku bahagia lalalala...



Thumbs Up For Iron Man 2





Suka suka suka... Nasib best! Kalau tak dah ada orang kena bebel... Owh aku sangat teruja dengan cerita ni... Hahaha sebab hero nya agak macho la... Suka tengok dia dalam movie ni... Cuma yang kurang part nak lawan ngan musuh tu
kejap gila dah goal dah! I was expecting the action part lama la sikit kan...
Anyhow I give 4 stars for this movie...



Primary Biliary Cirrhosis




Primary Biliary Cirrhosis (PBC) is a chronic and progressive cholestatic disease of the liver. The etiology is unknown, although it is presumed to be autoimmune in nature. The major pathology of this disease is a destruction of the small-to-medium bile ducts, which leads to progressive cholestasis and often end-stage liver disease.

Important notes:


Ursodeoxycholic acid (UDCA) is the major medication used to slow the progression of the disease. Patients with early disease have clinical, biochemical, and histologic improvement. Reports suggest that UDCA delays the need for transplantation or delays death. The efficacy of this medication in late stages (ie, cirrhosis) is questionable. Patients who achieve biochemical response to UDCA after 1 year of treatment reportedly have a similar survival rate to the matched control population, and this observation might be used to identify the population of nonresponders who will require alternative or additional treatments. The use of UDCA after transplantation with evidence of recurrence of the disease has been associated with biochemical response, although its role in delaying histologic progression needs further investigation.


As the disease progresses to cirrhosis, an elevated bilirubin level, a prolonged prothrombin time, and a decreased albumin level can be found. The increased bilirubin level is an ominous sign of disease progression, and liver transplantation must be considered. Liver transplantation appears to be the only life-saving procedure.

I Will Love You Forever



This is it! Birthday present for my dear Mr Bubu... Wallet from Obermain... I hope he liked it because to make him happy with things are very difficult but he once said anything from me, dia akan suka... At first I don't really have any idea what to give him as a birthday present... Aku macam tak tahu nak bagi apa untuk orang laki ni... Tambah orang laki tu pulak banyak songeh lalalala... Tapi hati aku berkenan kat wallet ni, latest design kata promoter tu and got 10% discount... So I say yes, sebelum aku tukar fikiran belikan stokin aje untuk birthday present lagi haru...




We had dinner at Secret Recipe kat Sri Petaling... And only a slice of cake share dua untuk celebrate belated birthday boy ni... No lilin, no big cake sebab nanti takde sape nak abiskan... Sebelum ni beli cake yang kecik tu pun tak abis, at the end kekah la kat kawan-kawan dia... Okeh la tu kan, ada cake indulgence lagi! Surrender la perut sebab bukan makan cake je... Hopefully this kind of celebration walaupun simple buat dia suka...

Aku cakap kalau ini birthday dia yang last aku boleh sambut sekali, maafkan aku... Kalau Tuhan izinkan umur aku panjang, aku pasti akan terus bersama....

Thank You For The Visit




Yesterday after all the 'pantang' period, aku sangat teringin nak makan kat Pak Li Kopitiam... Walaupun rasa macam tak ada selera sangat tapi pagi tu decide to have breakfast there... While waiting for my parents to come, Mr Bubu telah membuat lawatan tapak untuk melawat aku yang dah lama ditinggalkan dengan kurang kasih sayang... So lawatan tapak ni dibuat untuk 'top up' balik masa dan kasih sayang yang dah terkurang tu... Rasa sangat bahagia dengan keberangkatan tiba Mr Bubu pada awal pagi dan juga parents aku... Aku yakin semuanya adalah untuk memastikan aku okeh...

















We had this Nasi Ayam Lemon! Sedap sangat aku rasa sebab dah lama tak makan... Tambah pulak perut memang dah lapar gila disebabkan makan yang tak menentu semalam... Ayam lemon tu sangat crunchy! Tapi tak habis pun nasi dengan ayam... I also had traditional coffee yang sangat manis... Before this kalau datang sini aku tak penah miss minum Ipoh White Coffee dia, lagi sedap... Ada orang tu tambah order roti apa tah, pastu suruh aku makan sama... At last kena makan sorang sebab aku dah full! Haha...

Rasa terisi weekend ni dengan adanya Mr Bubu, and my parents that will stay here at my place this weekend...

I Love You Mom


Dulu masa sekolah pernah la aku buat satu kesalahan yang akibatnya aku ingat seumur hidup... Kata kat mak nak pegi tuisyen... Memang la hari tu ada kelas tuisyen untuk Fizik... Alaahaai punya la liat aku dengan subjek ni... Lain la kalau Biology semangat aje! On that day aku refused when mom want to send me to the class... Nak jalan kaki kata aku, tapi aku dah plan awal ngan member nak ponteng hari tu... Nak lepak-lepak kat sekolah aje, umah aku dekat ngan sekolah...


Nak jadikan cerita, masa nak cross longkang entah macam mana kaki aku ni tersadung... Terus tersungkur macam superman yang cedera sayapnya! Landing kecemasan muka aku atas jalan, jalan bertar okeh! Wah bangun aje dari jatuh aku suh kawan aku tengok ada orang nampak tak kejadian ngeri tu, takut malu... Dah confirm takde orang nampak, baru la perasan yang bibir aku pecah keluar isi dengan darah sekali.... Masa tu tak ingat lain, nak balik umah mintak ampun ngan mak! Padan muka aku... Tuhan bayar cash aje...


Huhu sampai sekarang, aku masih ingat kejadian tu... Asal rasa nak tipu sunat, aku bertobat balik... Moralnya jangan la menipu pada orang yang melahirkan kita! Tak selamat kita dunia akhirat... Untuk mak, selamat hari ibu... Ampunkan dosa anak mak yang tomei ini... Dirimu tiada ganti dan aku mohon keberkatan doa seorang ibu untuk aku tabah menempuh liku dan dugaan hidup yang diberi... I love you mommy.... Dan aku berdoa supaya aku diberi peluang dan masa yang lebih lama untuk terus merasai kasih sayang ibu, insyaAllah...
Nobody's equal to you mom, with you in my life I'm blessed... I love you so, and I want you to know that I think you're the best!


Haa Welcome Back



Haa ni la dia habuan bila dah hampir 3 minggu takde kat ofis... Ini la dia sebab yang aku malas bila terpaksa cuti sakit lama-lama... Cuti tu satu hal la, pastu pastinya la meja aku ni penuh dengan segala macam ni... Tadi masuk aje ofis aku tak terpandang lagi meja, baru pandang kerusi yang aku rindui... Elok je duduk, terbuntang bijik mata tengok betapa kemasnya meja... Hahaha padan muka! 


Ooo ari ni hilang la rindu pada suasana ofis dengan gelagat sahabat yang bebiol semuanya tapi terbaik la... Hilang rasa gundah di hati, lupa sekejap semuanya... Hari ni kesibukan kat department aku dah jadi macam nak kenduri kawin.. Sana sini sibuk dengan kerja masing-masing untuk ke pameran di PNM Isnin depan ni... Yang sibuk pintal riben pun ada! Wahhh what a happening environment I have it here... Aku tak berjaya nak clearkan meja aku ni tadi, dah nak petang sampai pulak keje untuk audit next week... So meja dan kerja, tunggu la minggu depan aku kasik all-out... 

Finally...



Kadang aku rasa aku ni la manusia paling kebal emosinya... Kadang jugak aku rasa aku memang tak mampu nak kawal emosi... Kadang aku sendiri rasa, takde perasaan ke aku ni?? 

Tapi tadi depan doctor aku mampu buat muka selamba dan takde perasaan bila dia bagitau keputusan biopsy hari tu... Dia siap dah tepuk-tepuk aku dah as he tried pujuk aku dengan apa yang dia bagitau... Tapi aku boleh buat muka kering, renung dia dengan pandangan kosong... Entah, apa aku rasa masa tu pun aku tak tau... 


"Doc, can you say it's nothing and normal?" 

"No... It's not normal... And yet you're still young"...


Entah apa ke bodoh soalan aku tadi... Tak boleh nak pikir aku dah... Even he said it's an early stage tapi ada rasa batu besar dah hempap atas kepala aku ni... Yes, its Primary Biliary Cirrhosis


Again?!


Huuhuu again?! Yela, esok appointment lagi tapi marathon jumpa 3 orang sekaligus... Aku rasa lepas ni aku elok tukar profesion la, jadi nurse ke... Boleh gitu? Yela, senang sikit aku nak mengadap doctor dah keje kat hospital tu... Hahaha silap haribulan aku buat umah sebelah hospital... Huuhu leceh okeh, nak pegi appointment pastu nak menunggu pastu dengan test berbagai pastu dengan nak dengar semua yang aku taknak dengar... Esok ni nak dengar result biopsy itu hari... Aku redha dan tawakal aje la... Pikir-pikir balik aku nak susah hati bagai nak wat apa, its not going to change anything pun... Apa-apa yang dah tertulis untuk aku, aku terima seadanya walau dalam hati aku meraung bukan ada yang dengar pun! Tapi lantak la, aku sorang tanggung sudah... Esok-esok yang sakit ke hape ke aku sorang, kalau masuk kubur pun sorang-sorang bukan boleh bawak geng kan?! Hehe yang tengok tu dapat tengok aje la, apa orang kata berat mata memandang berat lagi hati yang memikul... Chewaahh! Ni haa yang aku melalut panjang ni pasal dah terlebih minum neskepe...



We Are Connected



Yeaaa... Saya dapat award! Ya, kita bloggers adalah bersaudara... Grab award ini jika anda mahu menyahut cabaran oleh saudara Kucing Kuyup (seorang hamba Allah yang sangat kreatif pada aku) bahawasanya we bloggers are connected... Semoga dengan penulisan kita dapat merapatkan hubungan sesama insan....

Happy Birthday Laling




5 Mei 2010

Happy Birthday to my dear sweetheart Mr Bubu a.k.a Muhammad Zurairi Radzi... Hehe first time aku reveal nama penuh nie! Semoga abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik... Semoga segala impian dan cita-cita akan tercapai dan semoga hubungan kita akan terus kekal sampai akhir hayat, insyaAllah... Kalau murah rezeki bolehlah kena pau selalu, lalalalaa...

You're the best I ever had in my life!

Saya Kurang Pandai Geografi


Sekarang aku dah tau kat mana kedudukan sebenar Brunei Darussalam... Aku tahu dan aku mengaku geographical knowledge aku memang kurengg!! Tapi aku dapat 'A' tau masa PMR sebab soalan dia pun objektif... Itu la dulu masa sekolah nakal tak hengat, dan memang aku tak suka subjek Geografi... Cikgu masuk pintu depan aku keluar pintu belakang! Tadi Mr Bubu gelakkan aku dengan jayanya bila aku cakap kita boleh pegi Brunei naik kereta aje dari Semenanjung... Dia cakap kalau boleh, dia berani belikan kereta Vios idaman aku secara cash aje... Sampai hati dia gelakkan aku dan main-mainkan aku lagi pastu... Taknak pun jawab kedudukan sebenar Brunei tu kat mana, suruh aku cari sendiri dalam Google... Ni haaa dah cari dah... Dah tau kat mana dah pun!

Kuceen Tagged Me

Adakah anda happy sekarang?
Happy tu adalah pelbagai bentuk... Dan banyak sudut yang boleh dikatakan happy ataupun tidak.. Tapi sebagai hamba Allah kita perlu selalu berbalik kepada qada dan qadar dalam kehidupan, maka aku mentafsirkan diri aku gembira dengan apa yang ada dan telah dicapai dalam hidup... Namun liku hidup itu panjang untuk kita sentiasa menilai dan memastikan bahagia itu milik kita sentiasa, InsyaAllah...

Kenapa anda happy?
Kerana aku punya keluarga yang sangat memahami dan menyayangi, Mr Bubu yang sentiasa bersama mengharungi suka dan duka dalam hidup, punya teman-teman sekeliling yang menceriakan, punya kerjaya dan apa sahaja yang telah dicapai dalam hidup...
Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Benda? Aku suka buku dan aku sangat suka bila ada buku baru dalam koleksi peribadi aku... Itu kalau benda, kalau perkara yang membuatkan aku happy adalah membaca, dating, watching movies, shopping, jalan-jalan, berkumpul bersama keluarga, mengadap laptop - blogging/ berforum/games...


Pernahkan anda menerima tag?
Tak ingat la... Rasa macam pernah, tapi mungkin soalan tak berjawab sampai abis...

Nyatakan warna yang anda suka..

Mestila my Purple... Everything in my life I wish could be purple in colour... Tapi nasib baik tak... Also I like White, Black and Brown...

Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley..)
Huhu tak ramai pun kawan aku yang boleh ditagged here because they are not bloggers or kaki Internet or whatsoever.. Tapi mereka yang aku tagged adalah orang terdekat, terbaik dan memberikan keceriaan dalam hidup aku...
  1. Aweenz Azwani
  2. Kuceen Kuyup
  3. Korpo
  4. Baman
  5. Encik Dingin
  6. Adalah beberapa orang yang ada tapi tiada lagi di sini...


Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

Aweenzz Azwani - my new friend here in Shah Alam... Kira rakan hampir sebaya la... Dan otak kami pun boleh bersatu menjadi gegaran yang dasyat, hahaha....

Kuceen Kuyup - takkan dia nak jawab lagi kan.. Tapi takpe, kagum dengan kebolehan dia menulis sehingga boleh menyentuh jiwa dan menimbulkan kesedaran.. Dan I like all the kuceens in his blog...

Korpo - ni haaa budak ni! Budak kecik umur ni, sangat menghiburkan! Heiii konvo jangan jatuh stage lalalala...

Baman - budak umur sebaya aku tapi nampak cam aku lagi muda, hahahaha.... Tapi baman baik!

Encik Dingin - penulis novel yang hebat, juga sahabat aku... Tak sangka dapat bersahabat dengan seorang penulis yang sangat berbakat... Baca blog dia dan kita akan terbuai oleh bahasa-bahasa yang indah...

Yang lain-lain yang ada tapi tiada di sini....



"Kuceen ini telah mengtagged saya, maka persoalan semua sudah terjawab... Haaa sambung main game tuuu! Aku pelik, kuceen semua comel, tapi kenapa aku masih takut dengan makhluk comel ini..."





I'm Sorry


Alkisahnya semalam aku ada buat salah dengan orang tu... Bukan buat la, cakap salah dengan orang tu... Masa tu dia called aku tengah mamai air liur basi pun bertempek lagi... Pastu tersalah tanya atau lebih kurang tersalah statement... Makk aii dia punya marah boleh cacat gegendang telinga aku seumur hidup... Nak kata bendera merah bukan dalam kategori itu... Maka bila bergegar taik telinga aku dengar kena marah, terkebil-kebil la aku tersedar dari mamai... Haaa hilang mamai mai gabra la... Dia sudah end called... Alamaakk masa tu beberapa saat pertama aku try recall balik apa aku salah cakap tadi... Owh! Try call balik taknak jawab... Aduii liat pulak mamat ni! Selagi tak say sorry kang mau tak tenang sepanjang hari... Bila dia jawab pun marah lagi pastu end called lagik! Ikut hati nak sambung tido malas nak layan hangin dia..

Penat la bila laki majuk ni... Nak pujuk kita ni senang aje takde episod kena bebel... Tapi part nak pujuk dia alamak ada slot lain jugak... Hehe tadah je la telinga... Pastu seharian semalam susah hati aku selagi tak dengar dia cakap maapkan aku! Huhuhu aduhaiii la intan payung, paku tekan, tukul, spanar jangan la buat majuk yang lama-lama... Penat aku tengah sakit2 ni... Lari balik umah mak saya kang! Eh memang dah ada kat umah pun... Tapi alhamdulilah kesalahan aku dimaapkan semalam... Fuuuuh lega...
Hehe betulkan orang kata kemaafan tu adalah dendam yang terindah... Hehe macam tu jugak dalam perhubungan, kemaafaan tu akan menjadikan kita lebih terbuka dan bersedia untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing.... Hehehe...


To Mr Bubu - saya taknak janji tak buat lagi sebab kalau saya mamai mungkin saya akan buat lagi.... Heeee...

Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2010...

Happy Labour Day to all workers in Malaysia and all over the world...

Pekerja adalah aset utama sesebuah organisasi dan merupakan nadi yang utama kepada ekonomi negara... Kita merupakan penggerak kepada perjalanan dan kelancaran kepada organisasi masing-masing...

Untuk itu sempena Hari Pekerja ini, semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan semoga akan menjadikan kita lebih bersemangat dan tekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik...