Wednesday, September 14, 2016

Alohaaaa

Edit Posted by with No comments


Hehe I wish to make a come back! InsyaAllah.Last post on 2015 ohhhh myyy pemalasnya saya. Blog skin dah tukar harapnya semangat itu datang semula. Wish me luck. Sambung buat kerja dulu ye. Nama je cuti hari raya, aku tak sambung cuti pun. Keghoje teman banyak! Ok bai. 

Monday, November 09, 2015

Just because I am busy, doesn't mean i don't remember

Edit Posted by with No comments
Back menjenguk sekejap. Sumpah rindu gila nak berblogging, tapi sumpah memang takde masa sangat. Agaknya simptom awal 3 series ni memang antaranya balik kerja flat habis, yang tinggal hanya sisa tenaga. Lately ni pun dah jarang beno memasak, hajat pagi-pagi tu memang rasa nak masak je, tapi sampai je rumah aku angkat bendera putih. Nasiblah dapat encik suami yang memahami, tapi weekend aku qada balik la masak. Tekak sendiri pun kadang tak lalu makan kat luar.

Busy mostly sebab kerja la takde yang lebih busy dari tu selain menguruskan hal rumah. Macam banyak sangat la aku urus. Dah kembali bekerja ni so memang masa sangat limited. Memang rindu gila time cuti belajar ari tu. Currently berfikir untuk kembali ke zaman student. InsyaAllah very soon. Doakan ye!

Ok back to work. InsyaAllah berazam jugak untuk back to blogging. 

Friday, July 10, 2015

Kidz & Creme @ Setia Alam

Edit Posted by with No comments





Having this dessert at Kidz & Creme. Punyelah lampau sangat pic ni ekeke. Tapi puasa puasa ni tak salah kita cuci cuci mulut mata haha. The nutella cheese tart I tell you memang sedapppp. Lupa segala niat dan nawaitu nak berdiet. So far baru 2 kali pegi sini. Pernah try menu nasi dia, hmmm not bad. 





Nah belanja gambar dengan tokey kedai sekali. Yoooo Aaron Aziz in the house. Bertuah sungguh tengah makan tu sekali dia turun nak amik gambar dengan peminat dari mana ntah datang makan naik bus. Very the sporting. Lepas tu we all pun tumpang sekaki, nasib dia sporting walaupun dah penat agaknya bergambar. Macam ni tak makan pun boleh kenyang hehe.



Kidz & Creme
Jalan Setia Dagang
Setia Alam 40170
Shah Alam Selangor, Malaysia.
12.00pm-10.00pm

Tuesday, June 30, 2015

Photoshoot Raya 2015

Edit Posted by with No comments



Photoshoot Raya 2015. With my new family, new department. Picture taken at Taman Lembah Bukit SUK, Seksyen 5 Shah Alam.

Wednesday, June 17, 2015

Book Review: Roh Rumah Sewa

Edit Posted by with No comments

Currently reading this book. Semenjak dua menjak ni seems that I am more interested with horror fiction. Masa tunjuk kat encik husband dua novel buat muka confused "nak yang mana eh? dua-dua best".... terus dia amik dua-dua buku kat aku and terus gi bayar. Yessssssss! Menjadik cara camni ekekeke.

Novel ni about sorang cikgu yang ditugaskan mengajar di Gerik, Perak dan duduk di kawasan pedalaman dan kebetulannya menyewa di rumah yang banyak sejarah zaman silam. Not bad, lain dari horror fiction yang lain sebab the author bawak reader back to masa silam which is sejarah penjajahan British dulu. Okeyy let me read first ekeke!

Monday, June 15, 2015

Selamat Pengantin Baru Sister!!!

Edit Posted by with No comments


Tadaaa, sekarang dah ada part time job jadi mak andam deco bilik pengantin muahahahaha. Pecaye ke? Pecaya? Jangan la pecaya. Bilik ni aku deco untuk adik pompuan aku yang kawin last week. Konsep bilik modern. Tema color gold. Ini hasil idea aku and husband, kalau takde dia tak jadik jugak bilik ni. Konsep simple je sebab aku rasa zaman sekarang dah takde konsep bilik fancy fancy ni. Yang amik gambar perasan cun kakak pengantin hahaha, sebok je nak berinai sama. 

So alhamdulilah dah settle majlis both side. Reception lelaki buat the next day so sekali harung penat. Selagi tak sampai ke majlis ni, otak aku semak memikir deco and design bilik ni, maklumla first time. Kang tak pasal bilik pengantin tak jadik rupa bilik pengantin, merempan pulak pengantin pompuan hahaha. 


Ada yang cakap macam twin. Tapi aku lagi cun kot hahahaha. 




Selamat pengantin baru. Dengan ucapan semoga kau tak malas lagi turun dapur, memasak, mengemas rumah dan segala-galanya yang kau memang malas sebelum ni hahaha. Jangan kau bagi laki kau makan ubat je hari-hari sebab malas masak, tau la kau doktor. Semoga megi bukan makanan ruji yang kau hidangkan untuk laki kau walaupun first day lepas kawin kau beria-ia nak masak untuk suami kata kau, tapi bila aku tanya nak masak apa kau cakap nak masak megi special. Menangis mak kau baca, menangis perut laki kau masakan hidangan pertama kau bagi megi. Sekian, semoga lepas ni bila balik kampung bukan aku aje yang tolong mak kat dapur sedangkan kau qadar tido dengan alasan kau penat on-call. Hari tu kau tanya idea nak masak ayam apa, aku pun kasik la list menu untuk dimasak. Ujung-ujung aku bagi idea kau hiris ayam halus-halus masuk dalam megi, tau marah hahaha. Padan muka! Semoga kau sedar bila balik kampung lepas ni kau kena tolong masak sebab laki kau nak makan sama, kalau tak aku bagi kau makan periuk belanga. 

Dah la bye. 

Wednesday, April 01, 2015

Never waste any time you can spend sleeping

Edit Posted by with No comments



The reason why this blog bersawang secara tiba-tiba. Already back to work for almost a month, and yes it's damn hard to get things back to normal routine. The most difficult part is to change my sleeping habits. Masa study leave hari tu time tidur aku is pagi, and time stay back off course at night, so it's a hard thing for me to get rid of the routine. Bila balik kerja flat semacam, masak pun tak (ampunkan saya encik suami!!) insyaAllah bila dah pulih kecelaruan dan jet lag ni hopefully everything will be back to normal hahahaha.

Wednesday, February 04, 2015

Resipi Grill Chicken

Edit Posted by with No comments


Nyum nyum konon-konon tengah misi berdiet. So malam ni grill ayam je. Terseksa perut aku pagi ngan tengahari belasah biskut ngan roti hi fibre je. Tapi demi nak nampak kurus sikit (sikit je, aku memang dah kurus puiii) so kita lancarkan lah mission ni. Nak resipi?? Tapi ni resipi campak-campak saje.

Bahan-bahan grill chicken:
1 ulas bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
5 sudu kicap manis
Garam
Serbuk lada hitam

Cara-cara memasak:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Satukan semua bahan-bahan kisar dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi. Perap lama sikit baru sedap.
4. Masak atas kuali non stick dengan api perlahan. 

Aku tak gunakan minyak langsung. Tapi api jangan la macam nak bakar sate. Guna api slow. Aku masak atas Tefal non-stick pan je. Kena tunggu dan kalih-kalihkan, takut rentung pulak. Sekian la resipi dari orang yang konon nye nak diet. Nasik nevvverrrrrrrrrr!!