Say Cheeseee!

Waiting for AK5292...
Masa ni saya dah penat, pagi dah berjalan tak hengat..
My flight at 8.35 p.m delayed for almost 25 minutes!
So we decided to pose for a few shots hehe...


Phewwww! At last...
Actually gua tension dengar budak melalak
tak henti
dari naik sampai la landed! Sakit lubang telinga okeyyy!
Plus they seat just in front of us...!



Yeeeeyyyyy! Dah shampaiiii...
Ekceli saya nak letak gambar dengan
Mr Bubu here, tapi oleh sebab dia gelakkan gambar
tu sebab saya pendek sangat dari dia jadi kirim salammmm!
Hehehe plus saya jugak sangat kedekut okeyyy!


The result of the day! Pagi saya okeeyy lagi walaupun jalan memang senget... Bila dah sampai malam tu, my ankle dah membengkak semacam... Sebenarnya sangat sakit, tapi biasalah I'm good at pretending I'm okeyy! Bila la nak baik??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

Bye Bye!



Tak tau la apa jadi semalam, rasa macam migrain datang balik! Nak pegang kepala dan rambut pun sakit... Mata pun sakit, telan air rasa macam ada short circuit dalam kepala hotak aku! Dah la packing pun tak start lagi! Okeyyy baring dan tadaaaaaaa pengsan sampai Subuh... Dah bangun baru rasa lega sikit dan melompat dari katil packing bag hahahaha...


So bye bye semua, I'm gonna fly today! Nak kirim apa-apa? Hehehe sorry la not going to write here mana aku nak pergi hehehe... Jumpa nanti, hihihi bukan lama pun... Babaiiiiii!

Miss Bad Luck 2010!


Entah apa la nasib, dari semalam lagi sangat unlucky... Okeeyyyy not in a mood yet to write about it... Balik tadi terus emergency landing atas katil sampai tertidur! Tak ada sapa nak dengar luahan perasaan saya... It's okeyyy, baik saya sambung tidur! Nanti sambung cerita yer!

Stressssss! Stressss!

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga!

After 3 weeks I can't drive the car, hari ni baru nak mula balik bawak kereta pergi kerja! Memang la aku ni ibarat dah jatuh ditimpa tangga! I can't start my car, in fact lampu signal aje yang lip lap then alarm tiba-tiba berbunyi... Dua tiga kali jugak gua cuba tapi masih sama! Memang aku hangin la, ini tak lain tak bukan battery punya pasal... Rasanya tak sampai setahun lagi aku tukar battery tu, confirm mechanic hari tu bagi aku battery cap tahik ayam sebab dari pemerhatian aku masa dia pasang tu nampak macam battery lama!

Selamat dah duit ahkak tukar battery kereta hari ni! Bersepai duit aku! Isssh la, duit tu kalau buat beli sedulang barang hantaran dah lepas dah... Ini tak pasal aje spend for battery yang tak sampai setahun aku tukar tu! Lain la kalau Mr Bubu sudi terima sedulang hantaran dia battery kereta aku sebagai simbolik aje hehehee.... Mechanic tu kata tadi ada satu plug ape benda entah dah tak function, tu sebab kereta aku macam gegar sikit! Aikkkksss ni macam bertimpa-timpa aje sakit kereta nak bagi hint suruh tukar kereta baru ke ngeh ngeh ngeh!

Serius kereta punya pasal, my blood go upstairs! Esok dah la nak pegi mengadap doktor lagi, itu bermakna aku nampak duit kertas melayang-layang say bye bye...

First Thing Done!


Suasana kedai dari level 3, yang korang nampak tu kat level 2... Kedai ni 3 tingkat okeyyy!! Susah payah aku memanjat tangga nak sampai ke tingkat atas sekali ni dengan kaki yang masih berbalut... Kira macam demi nak dapatkan apa aku nak usaha la panjat tangga tu, kalau tak sorryyyyy ye!



Seriuss sebelum ni aku ingat bab memilih dan membeli benda macam ni sangat mudah... Kira macam shopping barang dapur la, main tarik aje masuk dalam troly... Rupanya memerlukan pemikiran yang kritikal lagi kesabaran yang tinggi... Nak memilih bakul or bekas tu satu hal, nak memikir saiz barang yang nak diletak dalam tu satu hal... Dah dua hal kan? Pilih combination colour dan jenis bunga jugak satu hal! Okeyyy aku pikir tiga hal tu aje, the rest I leave it to my cousin because she's the one who gonna make it for me from A-Z... Lepas pilih semua yang tadi tu, rupanya kena pilih dan beli benda kecik-kecik untuk deco deco yang aku rasa lagi mahal dari barang yang besar ni! Okeyyyyy sementara diorang khusyuk memilih semua tu, aku pergi cari calculator kat meja tokey, jangan buat main kang takut aku pengsan sebelum balik!

Okeyy sekarang aku tengah tengok kaki! Bengkak paham??

Letih, Lesu, Penat!


Samalah kan maksudnya?? Actually semalam I had a try for traditional way of treatment! Entahlah, rasa badan macam penat dan lesu semacam aje hari ni... Dari pagi aku rasa macam nak terbaring, it is not that I'm sleepy tapi macam rasa tak ada tenaga aje... Okeeyyy, I'm not having treatment from tok bomoh yang pelik dan menurun segala tu ye!! Itu gue memang kurang percaya la, takut lagi ada... Semalam masa tengah berubat tu, aku boleh bantai tido hahahahaha macam aku tido masa tengah buat facial hehehe!

Bukan apa, orang kata kena try jugak various way untuk ubat penyakit so rasanya tak salah mencuba... Ikhtiar tu kena pelbagai, usaha yang penting kan... Hope by tomorrow rasa lesu ni hilang la, ada projek lain esok ni with mummy ngeh ngeh! Kaki baru lepas kena urut, selamat la satu taman ni dengar aku menjerit melolong sakit okeyyy!

Bila Nak Baik?


Yesterday while waiting in the physiotherapy room, I just came to realize that I had 'fall in love' with the hospital environment... Hehehe crazy? No, it's like me and hospital can't be apart! Macam all this year kerja aku berulang alik pergi hospital kan jadi rasa macam tengok suasana dia like I would love working in the hospital... This is serious, bukan main-main okeyyy!

Nak jadi doctor or nurse memang la tak buleh kan... Hehehe mana tahu boleh join the administration team ke.... Iye lah, kalau dah kerja pun dekat hospital senang la aku... Tak payah sebok nak kena cuti ke apa just for the useless appointment hahaha... Senang bila masa appointment aku boleh tercongok depan doctor in a second aje hahaha! Kalau sakit tak payah 'ne no ne no' naik ambulance lambat okeyy! Tapi serius if I got the chance, I would love too..

Oh, semalam kaki kena bungkus with another type of ankle support... Macam-macam la yang diorang test, ada yang tak fit dengan kaki... Ada one type tu bila jalan aku rasa macam robocop! Terus gua cakap 'no way I'm going to wear this one!!' hahahaha nganga budak tu! At the end yang fit dan grip bagus tu like a socks, okeyy la dari aku kena pakai kaki robocop tu!

Yiyi Jr Coming Soon!


Yiyi Jr. coming soon! Menggantikan arwah Yiyi buntat aku tu dulu hehehe... Since dia mati aku jadi macam trauma dan stop sekejap dari bela gold fish ni... Mana tak, bayangkan aku start bela dia dulu dari sehalus-halus ikan sampai la perut dah besar bola golf... Mr Bubu cakap dia mati sebab aku terlebih bagi dia makan, kesian tak bertempat! Asal lalu depan akuarium aku tuangkan makanan dia, yang dia pulak selagi aku tuang selagi tu la dia melantak macam tuan dia hahahaha! So salah aku ke? Now I feel like having a gold fish semula, tunggu dah settle rumah maka tersergam indah la sebuah akuarium besar pembelian Mr Bubu... Abang, boleh ek akuarium satu please? Nak jugaaaakkkkk! Sekian...

Appointment with Orthopaedic Surgeon


"You should be warded?"

"Taknak doctor, please!"


"Saya bagi awak MC okey! Go home and have a good rest... Kaki awak belum cukup stable lagi..."


"Taknak kot doctor..."


"Saya masukkan awak ke ward laa?"


"Okey doctor, saya amik la MC tu...!"


Hahahaha makkk aii aku ingat aku aje buleh psycho! Doctor pun buleh hahaha padan muka aku! Dengan doctor pun buleh degil dan menjawab sekali amik kau!! Sekarang aku dah selamat tercongok kat rumah tak tahu nak buat apa... Itu yang gua malas nak pegi jumpa doctor tu! Kaki aje injured, nak masuk ward buat apa la agaknya... Bukan nak kena potong pun hehe kan... Confirm la tu dengan tujuan suruh aku terbongkang atas katil tak payah bergerak!
Orang degil memang itu aje ubatnya hehehe...

Tadi doctor tu siap buat ulang tayang macam mana aku jatuh... Eh eh patut aku yang buat lakonan semula kan, but then dia yang buat suruh aku tengok betul ke tak cara kaki aku terkehel... Impressed aku, like 'eh mana doctor tau ni' hehehe... Okey okey aku kan jumpa Orthopaedic tadi, bukan jumpa doctor biasa... Dengan jayanya dia tunjuk gambar macam mana keadaan ligamen yang terkoyak oh tidakkkk! Tapi saya memang puas hati la dapat consultation dari pakar, everything had been explained to me... Next two week saya kena datang balik jumpa dia, if tak baik lagi he wants to do the MRI... See! Aku pun tak paham kenapa kalau jadi apa-apa kat aku mesti sampai tahap macam critical huuuuh!?!


Whatever lah! Janji doctor tolong jangan potong kaki saya ye! Saya tak kahwin lagi ni... Bosanlah aku hari ni, sekian...

Huaaaarrrrgggghhh!!

Pagi ni aku ada rasa nak belasah orang! Tapi aku sendiri tak tahu siapa orangnya yang mengganggu tidur aku yang lena dengan bunyi alarm kereta yang non-stop... Korang memang dengki kan sebab pagi ni aku boleh tidur guling lama-lama... Agak-agak la kalau dah alarm berbunyi tu turun or intai la sikit kot kereta korang ke kan... Even aku yang mamai ni pun boleh bangun dah mengintai nak pastikan itu bukan alarm kereta aku! Ini agaknya korang selamba badak aje sambung tidur ke sambung makan ke dah tau alarm tu berbunyi... Bingit tahu tak?!

Dah la pagi ni hujan sejuk menambahkan selesanya aku bergolek! Tapi aku memang hot la, memekak pagi-pagi buta... Ikut hati hot tadi mau aku yang turun, panggggg pecahkan tingkap kereta dan bagi kereta ko senyap!! Tapi tetiba teringat kaki aku jalan hencot kang camne nak lari kalau tuan punya kereta kejar huahuahua...

Oppppssss!! Sorry la ahkak memang hangin! Ingat tidurku tak boleh diganggu, kalau diganggu inilah jadinya hehehe....

A Gift For The Injured Foot



Hadiah dari seorang kekasih untuk kekasihnya hehe hanyalah sebuah selipar... Ini la yang aku berjaya dapat untuk kaki yang masih berbungkus... Hehe dia punya bersungguh nak cari selipar ni untuk aku mengalahkan tuan punya kaki yang sebenarnya nak kasut cantik bukan selipar hihihi tak sedar diri...

Sepanjang pemilihan kasut ini berapa round dah aku kena marah sebab takmo dengar kata dia! Yerla dah la bagi aku beli selipar aje bagi la chance aku nak pilih selipar yang cantik dan colourful sikit... Ya akhirnya ini adalah pilihan dia, saya setuju dengan syarat beli colour yang gelap sikit... Lainlah kalau dapat beli selipar fancy tadi hehe... Terpaksa beli saiz yang lebih besar dari kaki saya dengan mengambil kira saiz kaki setelah dibungkus dengan bandage... Oohh saya jarang ada selipar sebenarnya, tapi ini adalah selipar yang paling mahal saya ada sepanjang saya hidup hehe rasa tak berbaloi selipar mahal baik beli kasut vogue! Apapun terima kasih belanja saya selipar ni, kalau tunggu saya macam kedekut sikit nak beli selipar cekik darah ni hehe...

Janji tadi kalau kaki dah baik, saya akan dihadiahkan kasut vogue semula yahooo!

You Made My Day

Dia baru aje hantar aku balik, and I already missed him... Hehehe parah jugak yer... Tadi dia sampai dalam tengah hari dan before 9 he has to send me back or else dia akan sampai lambat ke Melaka... Esok keje maka aku sangat bertimbangrasa dan nak pastikan dia dapat cukup rehat... Hehe walaupun saya tak habis lagi melepas rindu mengadap dia tadi tapi saya redha hehe...

Acara hari ni adalah shopping as usual dan melantak like there is no tomorrow hehehe... Because we went out quite late so decide not to watch the movie... Dah pegi nak tengok ticket jugak tadi dan ingat nak bersantai tengok Jangan Pandang Belakang Congkak 2, but the movie only start at 6pm so baiklah kami berjalan-jalan menghabiskan masa sesama hehe... Sempat la mencuci mata dan menyambar apa yang patut dan suruh dia survey jugak sepersalinan yang dia nak untuk hantaran nanti tapi biasa la orang cerewet dalam masa yang very limited mana dia boleh decide kan plus nak belek-belek lagi... Hahaha kalau tak bagi aku pengsan tunggu memang tak sah kan abang kan? So takpe, we decide to shopping for the thing early of November nanti...


We had Kenny Rogers for lunch lepas tu dinner makan kat Secret Recipe pulak, amboi bila masa nak diet dan berjimat ye hehehe... Sempat beli wedding gift untuk my best friend tadi tapi pening kepala aku macam mana nak wrap cantik sebab ahkak bab ni memang failed heeeee...

Thank you abang, pasal cincin tadi sila rahsiakan yer malu I hehe...

Please Get Well Soon


"Abang, tadi doctor ayg handsome woo!"

"Oooohhh!! Tak apalah, sebut la camtu. Dia takpe..."

"Aikkkk tak payah laa jealous yang oiii... Doctor saya tu Chinese laa.."

"Kalau Chinese pun boleh convert apa?!"

Adoiii! Speechless kejap ahkak... Dia punya jealous tu aku tak kisah la sangat, tapi statement dia tu macam la doctor tu nak kawin ngan aku hahahaha! Dan macam la aku kata aku jatuh cinta dengan doctor tu adoi laa hahaha senak perut nak gelak! Hehehe cam comel je dia jealous alololoooooooo....

Hehehe tapi memang betul la doctor tu ehem ehem handsome hahaha! Masa kat luar tunggu turn tadi nampak doctor tu keluar kat counter dan terus berharap aku dapat treatment dari dia hahaha gelak lagi! Saja kasi panas orang tu kan hehe... Okeh dia buka bandage kaki saya yang dibalut khas oleh diri sendiri... Aku tak tau la betul ke tak janji aku bungkus sudah... Doctor kata bengkak dan dia pusing pusingkan kaki aku kiri kanan depan belakang okeh sampai aku menjerit... Hehe dengan itu saya selamat kena refer orthopedic this coming Tuesday... Because he said it has been 3 weeks and normally kalau ligamen koyak memang lama... Leceh betul la! Tapi mengenangkan aku nak jalan straight balik dan ehem ehem Disember ni takkan aku nak jalan hencot kan tak berseri la hahaha!

Ok thank you to my best friend sebab bawak aku keluar tadi pergi DEMC dan buat acara jalan-jalan cari makan dan cari pasal hehehe... 

What A Bored Weekend

Dull day for me... Makan dah, tidur dah berapa round dah... Melepak depan Internet ni sampai dah berpinar bijik mata, tengok tv tak ada cerita menarik pun... Channel berpuloh tapi satu pun tak menarik perhatian aku nak mengadap...

Ini akibat tak boleh drive lagi, nak balik rumah tak buleh maka terdampar la aku keseorangan bosan tahap kritikal... Nak tunggu Mr Bubu esok baru datang... Itupun memang tak ada plan dia datang jumpa aku this week tapi sebab datang nak amik ukuran cincin ngeh ngeh terpaksa la dia datang... Hehehe bagus jugak, esok sila la bawak saya menghilangkan kebosanan... Arahan oleh bakal ibu mertua mu, sila bawak saya pergi cari selipar or sandal cantik untuk bekerja... Dengan kaki berbalut dah masuk 3 minggu kerja pakai selipar je okeh! Dan tolong bawak saya sekali pergi cuci cuci mata kehkehkeh tak sedar diri kaki senget...


Apa aku nak buat lagi lepas ni yer?! Nak mengemas pun dah jugak walaupun kaki tak mengizinkan aku buat jugak mana yang boleh... Tak biasa la ahkak duduk rumah tanpa arah weekend macam ni... Mula la dah alergic satu badan.... Itu la orang kalau dah kuat berjalan memang macam ni, mimpi pun mimpi berjalan...

Kesian...

Kena Buli!

Okeh biasalah dah buat salah mula mintak simpati...

"Abang, kaki bengkak! Shakit!


"Biarkan, degil! Potong kaki tu, pastu pakai kaki baru!
" (Read: intonasi budak jahat)

"Sampai hatiiiiiii!!!!" (Sob sob sob sob)


Okeh hujan lebat serta merta!! So terimalah sampai hari ni aku dok perli dia nak potong kaki aku! Haaaa tau pun mintak ampun tak sengaja laa, tak bermaksud laaa... Sekarang kalau sebut pasal kaki aku ni memang sensitif, yela dah la aku yang sakit jalan senget pastu ada orang cuba menambah luka di hati hahaha... Merajuk 8 jam!


Sedih tau...

When I Can Walk Straight?

Pray for the leg to be normal again dalam masa singkat! I just need to drive again, I really miss driving my car and merempit like before... Susahnya rasa bila tak boleh drive, pergi dan balik kerja terpaksa susahkan kawan baik saya... It has been 3 weeks I just can see my car dan panaskan engine dia pagi-pagi sebelum pergi kerja... Hehe macam kelakar pun ada, turun rumah masuk kereta panaskan engine... Ceeeh orang tengok macam budak ni nak drive la, tapi bila kawan sampai saya off engine, kunci pintu dan berjalan condong menuju kereta lain hehe tak kelakar ke... Iye iye aje! Rindu rasanya nak racing dan drive kereta saya... Kalau la bukan kaki kanan yang injured, mungkin sekarang saya masih boleh merempit...

Dah macam big foot pun ada kaki aku, bila la nak baiknya... Selagi tak baik doctor advise me not to drive the car... Lagipun aku sendiri rasa tak upaya nak tekan minyak pun... Plus aku dah segan jalan senget, aku rasa budak umur 2-3 tahun yang baru dapat berjalan pun lagi laju dari aku... Ya Allah, sembuhkanlah kaki saya...

Sweet Dreams


Hehehe new set of bedsheet and comforter... No plan at all pun nak beli, tapi masa lalu kat depan Parkson hari tu ada sales... Yang ni 70% sales, gila ke hape taknak beli hehehe... Nampak sweet gitu! Walaupun kaki aku sakit jalan senget tapi ku gagahkan jugak nak patah balik ke Parkson ni untuk beli hihihi... Okeh, sekejap je kemas gini lepas aku tido maka semua yang atas tu berjemaah terjun ke bawah!

Love it...

Happiness Is When I'm With You


Hehe you should watch this movie hehe funny and it will make you say 'cute' all the time... Sammy the sea turtle searching ocean for his one true love, and the story of his friendship with Ray and how they met human for their first time.. It is 3D movie but then aku tengok dekat Alamanda mana ada, but we enjoyed it so much... Hehe plus with the Charlie St. Cloud movie, that he promised to watch it with me... Not bad, I would say it's different... We watched this movie first because cerita dia macam sedih, the last one baru tengok cerita turtle tu hehehe...

Terasa ahkak jalan macam turtle tu plak, slow gile... Bezanya aku heret kaki ni huwaaaaaaaa! Lepas keluar dari movie aku rasa macam sedih pulak sebab orang yang keluar last dari kami pun boleh 'overtake' aku macam hina je rasa jalan lambat mengganggu lalu lintas dah tu sakit pulak... Makin aku try berjalan lurus, makin condong pulak huhuhu... Nasib la Mr Bubu setia di belakang aku jadi bodyguard bergajikan kasih sayang hehehe...

Nasib la decide nak pergi Alamanda aje tak luas mana ahkak nak jalan, kalau pergi MidValley ke KLCC ke semalam rasanya aku cuti sebulan kot! Itu pun Mr Bubu dalam pada kesian kat aku, sempat jugak menyakat dan meniru cara aku jalan... Aiiii hot betul la, nasib la kaki aku hencot kalau tak!

Kenapa aku keluar? Stay at home when it is weekend boleh buat aku alergic whole over the body! In fact kalau Mr Bubu tak datang bawak aku keluar weekend, I would rather going back to Kampar... Anyway thank you darling, you always made my day...

A Gift

Cantik kan? A gift bought from Vietnam... Tanda ingatan bakal mentua untuk menantunya hihihi...


Corak kain is so sweet... Can use both side of the fabric, brown and purple... Kain ni sejuk kalau pakai... I think of buat baju using the brown side, and purple for the kain... Nice isn't it? Hehe tak sabar nak hantar kat tailor! Sangat terharu dan off course shuke...

Hehehe many thanks to my future MIL insyaAllah dan semestinya Mr Bubu tercinta hehe for the delivery...

Thank You, Thank You Laling!


Hehehe saya sangat happy malam ini, sebab ada orang sudi menemankan saya ke sesuatu tempat untuk urusan yang penting dan juga makan angin mode... Macam tak sangka he would say yes as simple as that! Maka hari ni saya menyengih dan terkinja-kinja sepanjang malam... Sampai dia cakap 'sayang jangan la macam ni, risau abg tengok!' hahahaha... Hehehe tak kira la, sangat happy jugak! Bukan senang tu, dengan jadual kerja dia yang mengalahkan menteri tu memang tak dijangka la dia approve permintaan aku dengan sekali nafas aje hahahaha... Esok jugak saya book flight ticket! Yihaaaayabedaaaabeduuuuu! Nanti kita boleh makan nasi kerabu ayam bakar, eceeeeh promote awal-awal!

Hehe again, wanna say thank you dear... You made my day!

Why BlackBerry?


Cubaan untuk saya tukar BlackBerry shaye kepada handphone lain tidak berjaya kali ni hehehe... Walaupun dalam hati I would like to have HD2... Kenapa saya suka pada BlackBerry??
  • I want to have the Internet access 24/7!
  • Send and receive (push) Internet e-mail
  • BlackBerry is mainly a messaging phone with the largest array of messaging features in a smartphone today!
  • Push instant messaging with BlackBerry Messenger, the most that I like!
  • QWERTY keyboard
  • Many more!
Okey tak perlu explain lebih-lebih la... Yang pastinya cubaan untuk saya bertukar pada yang lain masih tidak berjaya... Hampir berjaya masa Mr Bubu bawak shaye tengok HD2, in fact the salesman bagitau yang HD2 can have both Windows Mobile and Android... Teruja jugak tapi dalam hati kata sabar! Biarlah dulu, still excited and love to use BlackBerry so much! Actually saya nak cakap, boleh ke HD2 tu dibuat hantaran saya?

Wahahahahaha pusing sana sini itu ke aku nak cakap hehehe...

Ulcer!


Ulcer menyerang lagi... Rasanya baru lagi aku kena! Kali ni memang kritikal sikit, menyebabkan dah dua malam aku demam... Memang confirm disebabkan tak tertahan sakit dan pedihnya ulcer ni... Ingat tak gigi aku yang sakit tu, ulcer yang super jahat ni elok bertapak kat area gusi gigi tu... Bukan satu, tapi tiga fuuuuuhhh! Pipi rasa bengkak sebelah, nak gelak sakit nak senyum sakit... Cakap nganga luas sikit sakit!

Tak nampak tanda-tanda nak surut pun, lagi besar ada laa... Bila gigi ngut ngut sakit, ulcer ni sama join menyanyi! Makkk aiiii kalau tak mengenang dah beso, mau nak meraung rasanya!

Kaki sakit, gigi sakit, ulcer lagi...

Audit Datang Lagi!


Esok audit, dan saya adalah one of auditee... Okeh sangat berdebar, itu la bila masa jadi auditor kemain lagi eksen ek... Bila jadi auditee baru tau 'rama-rama dalam perut' hehehe... 

Macam mana la auditee kaki hencot ni... Harap selamat la tak terjatuh sebab gabra ataupun sebab tersungkur lagi... Ini pun tadi peritnya mengheret kaki ke sana sini... Remember I'm good at pretending that I'm okay and very well... Nampak macam tak sakit tapi Tuhan aje yang tau kaki aku ni dah menjerit mintak duduk diam-diam!

So, doakan semuanya selamat esok... Tiada apa-apa yang tidak diingini for our department... Yaa chaiyok chaiyok!

I'm Touched


"I'm going to smile like nothing is wrong
Talk like everything is perfect
Act like it's all a dream
And pretend it's not hurting me..."


Malam ini tak dapat lagi nak bendung kesedihan dan akhirnya guruh kilat maka berhujan la air mata... It is hard for me to cry, melainkan atas sesuatu sebab yang betul buat aku terasa hati...

Tapi apa yang aku pendam dah sekian lama ni, akhirnya untuk entah ke berapa kali buat aku menangis lagi... Tiba-tiba malam ni hati jadi sangat sayu, sedih... Kesabaran melukakan hati sendiri... Sabar tak bererti aku akan terus bersabar dan bersabar... Janganlah kesabaran aku buatkan kepala dipijak dan perasaan aku tak dipedulikan... Itu sangat tidak adil, di mana pengakhiran untuk kesabaran ni... Diam aku tak bermakna setuju.. Sob sob touching malam ni...

Being Scolded!




"Dah lama abang tak marah heeeee...
"
"Hurm malas, buat penat aje.... Nape syg nak ke?"
"Hehehe takde la nak..."




Haaaa kan aku dah cakap memang lidah aku ni masin... Memang cepat aje termakbulnya... Kan dah tak sampai dua jam aku kena marah sebab dia tak dapat called! Tak dapat call pun nak marah-marah saya kan kan... Huhu actually marahnya berpunca sebab dia kata aku ni nama aje ada dua number, tapi yang on satu aje... Pot pet pot pet kata aku tak reti charge phone, tak guna pakai dua line, siap suruh saya buang phone dengan number satu lagi... Agak-agak ler pakcik yer! Eleeeh cakap aje la tengah lapo sebab takde orang kat umah bermakna takde orang masak untuk dia ngeh ngeh...

Hisssh nyesal pulak aku tanya soalan tu tadi... Baik aku cakap 'abang dah lama tak belanja this and that', hehehe masin mulut dapat la jugak kan... Ni dapat kena marah ape kelasssss?! Okeh saya berani tulis aje saya merajuk, nak cakap sendiri merajuk nak kena marah lagii?? Sekian....

Happy Monthly Anniversary!


Happy monthly anniversary to me and my laling... We celebrate it every month, first day of the month... Celebrate tak bermaksud kena keluar kan, dah jauh... Yang paling penting ingat dan wish it, dah cukup... Hehe senangkan nak ingat tarikh? Kadang tu ada jugak lupa, bukan apa.... sebab kadang silap bulan yang takde 31hb dikira ada hehehe... Pada aku untuk mempertahankan hubungan selama ni adalah satu cabaran yang perlu ditempuh oleh kami berdua hehe walaupun kadang banyak bercakar, bertumbuk dari berbaik... Tapi aku anggap itu biasa pada semua orang kan...

Sebut pasal tarikh yang mudah nak ingat ni, dulu aku cakap kat dia tarikh tawen nanti biarlah amik tarikh birthday aku, senang la kan... Tapi itu olang aaa manyak degil looo, dia kata talak adil... Hehehe soooo tak payah la ikut tarikh birthday masing-masing... Biar nanti kita lontar dart aje kat calendar... Boleh?

Sakit Gigi



Dalam banyak-banyak sakit, sakit gigi yang paling buat aku menderita dan pasrah... Reason? No way aku nak pergi menyerah diri kat dentist yang menakutkan... Dentist was my nightmare masa kecik dulu... Aku hanya sampai depan pintu klinik bila abah seret aku sambil aku menangis meraung mengalahkan ungka sakit ponggong! Ada ke? Dah sakit gigi dari malam semalam lagi ni, gigi geraham tu dah tak boleh diselamatkan melainkan kena buat minor surgery... Sebab? Gigi ni dah tertanam dalam gusi! Sedangkan cabut gigi biasa pun aku meronta nak pergi, inikan pulak bila nak menyerah diri bila tau dentist tu nak toreh gusi aku, no way no way!

Sakit gigi selalunya akan buat mood aku jatuh merundum, aku bagi warning jangan cari pasal... Masa ni pantang ada silap sikit, terima je la yer bukan sengaja memang akibat sakit gigi ni boleh buat orang makan orang.. Inikan pulak menyakitkan hati aku masa aku tengah sakit gigi ni, memang aku sensitip deeerr! Adoiiii.....

Update IS110 Berbuka Gathering 2010

Lambat update gambar masa berbuka gathering hari tu... It was superb eventhough not all of them can make it on that day... Sembang macam tak hingat, update perkembangan diri termasuk perkembangan badan masing-masing hehehe... Some of them are married, and some remain single dan ada yang dah berdarah manis (termasuk saya hehe)... My last time being with them was in 2003, after graduating saya further study with only some of them sebab yang lain pastu terus kerja... Hehe seronok jugak jumpa macam ni, ada yang dah bawak anak... Aku masih membawa anak tekak lagi, insyaAllah mana tau jumpa next other time (have to take a few years maaa!) aku pulak bawak anak hehehe....