Please add a disclaimer for affiliate links here.
shopping
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

My Sunday


Pagi Ahad. Muka kena paksa bangun tidur. Ada orang kena pegi office hari ni so aku dipaksa bangun awal untuk keluar breakfast. Dia kena pastikan perut isteri kenyang dan senyap dari kelaparan supaya dia boleh buat kerja dengan tenang. Mula-mula aku malas nak bangun, tapi tetiba teringat dia kata kena pegi Machines pagi ni beli apa tah untuk pakai masa event dia nanti. So macam rasa boleh la saya mengepow suami saya. Terus gosok-gosok mata, bangun mandi dan siap-siap. Pakai simple simple sudah, sebab mesti dapat jalan kejap jewwwww (sambil menjuih bibir) tapi takpe la janji ada dari takde.

So membreakfast kan diri kat Kluang Station Setia City Mall dengan "cik mak" supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat membiak dengan lebih aktif dan berkembang dengan jayanya. Ada orang tu breakfast makan porridge aje (euuwwww sangat tak in dengan tekak aku). Kalau tau dia nak makan porridge baik aku je yang masak. Confirm lagi sedap haha. 


Mulakan hari dengan caffeine secukupnya. Siap belasah ais lagi. Tengok laki I, begitu menjaga kesihatan. Minum barli limau suam lagi.


"Cik Mak' saya.

Cik Mak ni baik untuk kesihatan lelemak di dalam badan supaya tidak menyusut walau sedikit pun kah kah kah. Erm nasik lemak okey tapi the sambal is the masin. Sakit kepala aku sampai sekarang. Mintak maap, kalau makan porridge i is tak minat nak snap hahaha. Sebenarnya ada lagi gambar menu tambahan tapi biarlah rahsia hahahaha. Tapi nye menu tambahan aku tu memang sedapppp.



Kan dah cakapppp. Dalam pada aku rasa diriku membesar bagai juara, komen ikhlas sebegini menunjukkan yang aku menunjukkan penyusutan berat badan. Celah mana la kawan aku ni nampak aku kurus, dia tak tau aku tahan napass tu nak cover lelemak doorrrjana yang begitu pesat membangun di dalam badan. Tapi takpe, makna nya boleh makan lagi la kan hehehe.




Kan betul aku cakap. Dapat keluar kejap pun jadik. Jadik la buat mengabiskan duit yang tak banyak ni. Masuk yang ni rasanya dah 4 casing ipad mini aku. Asik la nak bertukar, apa kau ingat macam tukar baju ke harga dia. Eh, janji dapat tukar baru la ada semangat nak main games. Sebenarnya aku nak color purple tapi masuk 2nd time masuk Machines memang takde lagi color purple tu, color lain banyak dah restock. So berpegang kepada konsep aku kalau keluar kena shopping sekurang-kurangnya 1 item, maka beli la jugak haha. Mr. Z cukup anti dengan pegangan aku yang tah pape ni haha tapi nasibla. Dia kan busy weekend ni so kena la hiburkan hati aku supaya aku tak rasa ditinggalkan hahahaha.

On the way balik singgah beli apa-apa stock makanan yang patut. Ada harapan lepas Maghrib baru dia balik tapi dah request aku masak nasi goreng telur dengan ayam goreng. Hukkkalohh, baru nak teruskan misi pemalas aku tapi sian lak haha lagipun menu dia mintak pun menu pemalas sempena bini dia malas haha.

Okey la nak teruskan aktiviti-aktiviti malas yang lain. Kalau malas nak buat aktiviti malas kang tak guna la aku pegang title queen of pemalas hahaha sia-sia je dapat award. 

Kasut

Plan nak ke Satun, Thailand dengan in laws. Asalnye rasa macam kerja banyak so tak dapat nak join. Tapi pikir-pikir balik, pegi la kejap lepaskan tekanan tapi dengan syarat lepas ni no more sampai la aku settle semester akhir ni. Hahaha nak pegi tapi pasport guwe udah mati. So Mr. Z sila amik cuti untuk bawak saya renew pasport, kalau tak babai Satunnnnn. Tapi apa-apa hal last week sebaik saja aku kata yes terus ajak Mr. Z pegi Setia City Mall. Apa kena mengena Satun dengan Setia City Mall?? Eh ada! Aku nak carik kasut. Abis takkan nak pakai heels Hush Puppies aku or Scholl. Harus la mencarik kasut yang sesuai. Bila langkah kaki laju aktiviti menshopping pun insyaAllah lancar.


Skechers Flex with Memory Foam tajuk dia.

Cantekkk tak?? Nak selesa harus kena carik Skechers aje la. Kang kalau tak cari kasut yang comfy payah nak berjalan. Aku ni dah la kaki injured 4 tahun lepas pun tak baik-baik, ada kurang la tapi baik sepenuhnya tu belum lagi. So bab kasut memang aku sensitif sikit. Beli kasut or sandal kena tengok cutting dia jugak, sebab sebelah kaki still bengkak. Kang sebelah muat, sebelah lagi tak boleh masuk. Plus sejak dulu lagi Mr. Z sangat concern bab pemilihan kasut aku. Aku ni tak dapek la nak tengok kasut berkenan di mata terus beli. Kirim salam. Kalau dia check kasut tu tak mematuhi spesifikasi yang dia izinkan, harus la kau pejam mata aje. Dia tak kesah berhabis duit untuk beli kasut aku asalkan aku tak beli kasut yang cantik di mata tapi hazabbb kan kaki. Haaa kau cite pasal kasut je pun, sebabnya nak berjalan haha.

Aku pun tak tau apa ada kat Satun tu. Harapnya best la, seriously in need of a simple and short vacation. Serabut weeyy kepala hotak aku.

Jalan-Jalan Day!

Hari ni jalan-jalan time!

As usual, kami selalu lepak satu tempat aje dari pagi sampai malam! Banyak sangat tempat kang rasa macam rugi masa yang sangat rasa terhad ngeh ngeh ngada! This week aje yang dia tak busy, next weekend tak dapat dah... Hari ni memang tujuan sebenar nak cari barang saya ehem ehem barang dia semua dah complete tau!



Dalam pada nak grab buku untuk saya, sempat jugak dapatkan dia satu! Tu yang title 'Aku Terima Nikahnya' untuk letak sekali dengan sepersalinan baju melayu dia ooo yeaaaa sangat simbolik kan? Untuk saya ada 4 buah buku tak sempat nak snap dia dah angkut balik dah, three of them yang related dengan isu rumahtangga ni lupa sudah tajuknya dan satu macam biasa self help... Yang sebelah tu by Jodi Picoult adalah mangsa kerakusan dan nafsu yang tak dapat dielakkan! Itupun dia dah tarik saya tanda stooopppp hahahaha... Siap tanya, kita taknak beli rak buku sekali ke sayang? hahaha serious tacing!



DKNY perfume di atas adalah mangsa yang asalnya tak termasuk dalam list of thing hehe cuma sponsored by Mr Bubu tanda i lap u hehehe... The Big Apple hmmmm best okayy! Buat gaya kucing manja sikit, sengih dan muka simpati secukup rasa dan tadaaaaaaaaaaaa hehehe! Thank you laling!

Hari ni sangat penat, kejap je rasa dah malam... Kaki pulak mula aje okay lepas tu jalan senget balik haaiii laaa! Okay esok saya review movie, sekarang saya nak pengsan dulu... Gudnite!

New Handbag, Again



Tadaaa...!! Aku dapat lagi handbag baru Jumaat baru ni... Lepas jer dicocok penuh kejam dengan puan nurse, kami ke Midvalley... Yeyee, kali ni Sembonia pulak... Mr Bubu tanya nape nak beli handbag lagi.. Sbb tak sampai 2 bulan lepas aku sudah beli satu handbag Carlo Rino.. Alasannya sebab aku leh tukar-tukar la dan sebab aku memang jadi beruk kalo tengok menatang ni.. So nak taknak teman jgk la aku membrowse handbag2 kat situ (kan dah janji ari tu! hahaha!!).. Wah aku terbekenan la plak kat handbag Carlo Rino satu ni dengan Elle.. MasyaAllah, cantik le plak.. Mana ni ek?! Tanya Mr. Bubu dia kata yang Elle tu lagik cantik.. Uishh menggedik aku jadinya!! Pastu round lagi dlu, sbb tak puas hati mn tau ade yg lagi cantik.. Ternampak la yg Sembonia ni.. Harga lagi murah sikit la banding yang Elle td sebab discount 30%.. Haaa Mr Bubu kata yg Sembonia ni lg cantik shape dia dari yang Elle tu.. Okeh, aku bertafakur kejap sebelum decide nak amik handbag Sembonia ni.. Yeeee dapat lagi handbag!!
Tapi bila masuk dalam kereta aku tiba-tiba bertanya..

"Abg, betoi ke yang handbag ayg pilih ni lagi cantik dari Elle tu??
"

"Haa'ah la.. Nampak elegant lagi, pastu kaler dia nampak lain skit dari biasa..
"

"Hmmmmmmm.... Abg, betoi ke? Ke sebab handbag Sembonia ni lagi murah sikit dari Elle tu??"
(Tiba-tiba rasa nak sebak pulak pertanyaan aku tu..)


"Hahaha one the reason la syg.. Hahaaaahaa...
"

"Sampai ati... Menci menci!!"
(patot tiba-tiba naluri aku dapat merasakannya.. penampo kang!)