Please add a disclaimer for affiliate links here.
food
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Kidz & Creme @ Setia Alam




Having this dessert at Kidz & Creme. Punyelah lampau sangat pic ni ekeke. Tapi puasa puasa ni tak salah kita cuci cuci mulut mata haha. The nutella cheese tart I tell you memang sedapppp. Lupa segala niat dan nawaitu nak berdiet. So far baru 2 kali pegi sini. Pernah try menu nasi dia, hmmm not bad. 



Nah belanja gambar dengan tokey kedai sekali. Yoooo Aaron Aziz in the house. Bertuah sungguh tengah makan tu sekali dia turun nak amik gambar dengan peminat dari mana ntah datang makan naik bus. Very the sporting. Lepas tu we all pun tumpang sekaki, nasib dia sporting walaupun dah penat agaknya bergambar. Macam ni tak makan pun boleh kenyang hehe.

Resipi Grill Chicken



Nyum nyum konon-konon tengah misi berdiet. So malam ni grill ayam je. Terseksa perut aku pagi ngan tengahari belasah biskut ngan roti hi fibre je. Tapi demi nak nampak kurus sikit (sikit je, aku memang dah kurus puiii) so kita lancarkan lah mission ni. Nak resipi?? Tapi ni resipi campak-campak saje.

Bahan-bahan grill chicken:
1 ulas bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
5 sudu kicap manis
Garam
Serbuk lada hitam

Cara-cara memasak:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Satukan semua bahan-bahan kisar dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi. Perap lama sikit baru sedap.
4. Masak atas kuali non stick dengan api perlahan. 

Aku tak gunakan minyak langsung. Tapi api jangan la macam nak bakar sate. Guna api slow. Aku masak atas Tefal non-stick pan je. Kena tunggu dan kalih-kalihkan, takut rentung pulak. Sekian la resipi dari orang yang konon nye nak diet. Nasik nevvverrrrrrrrrr!! 

My Sunday


Pagi Ahad. Muka kena paksa bangun tidur. Ada orang kena pegi office hari ni so aku dipaksa bangun awal untuk keluar breakfast. Dia kena pastikan perut isteri kenyang dan senyap dari kelaparan supaya dia boleh buat kerja dengan tenang. Mula-mula aku malas nak bangun, tapi tetiba teringat dia kata kena pegi Machines pagi ni beli apa tah untuk pakai masa event dia nanti. So macam rasa boleh la saya mengepow suami saya. Terus gosok-gosok mata, bangun mandi dan siap-siap. Pakai simple simple sudah, sebab mesti dapat jalan kejap jewwwww (sambil menjuih bibir) tapi takpe la janji ada dari takde.

So membreakfast kan diri kat Kluang Station Setia City Mall dengan "cik mak" supaya lemak-lemak yang sedia ada dapat membiak dengan lebih aktif dan berkembang dengan jayanya. Ada orang tu breakfast makan porridge aje (euuwwww sangat tak in dengan tekak aku). Kalau tau dia nak makan porridge baik aku je yang masak. Confirm lagi sedap haha. 


Mulakan hari dengan caffeine secukupnya. Siap belasah ais lagi. Tengok laki I, begitu menjaga kesihatan. Minum barli limau suam lagi.


"Cik Mak' saya.

Cik Mak ni baik untuk kesihatan lelemak di dalam badan supaya tidak menyusut walau sedikit pun kah kah kah. Erm nasik lemak okey tapi the sambal is the masin. Sakit kepala aku sampai sekarang. Mintak maap, kalau makan porridge i is tak minat nak snap hahaha. Sebenarnya ada lagi gambar menu tambahan tapi biarlah rahsia hahahaha. Tapi nye menu tambahan aku tu memang sedapppp.



Kan dah cakapppp. Dalam pada aku rasa diriku membesar bagai juara, komen ikhlas sebegini menunjukkan yang aku menunjukkan penyusutan berat badan. Celah mana la kawan aku ni nampak aku kurus, dia tak tau aku tahan napass tu nak cover lelemak doorrrjana yang begitu pesat membangun di dalam badan. Tapi takpe, makna nya boleh makan lagi la kan hehehe.




Kan betul aku cakap. Dapat keluar kejap pun jadik. Jadik la buat mengabiskan duit yang tak banyak ni. Masuk yang ni rasanya dah 4 casing ipad mini aku. Asik la nak bertukar, apa kau ingat macam tukar baju ke harga dia. Eh, janji dapat tukar baru la ada semangat nak main games. Sebenarnya aku nak color purple tapi masuk 2nd time masuk Machines memang takde lagi color purple tu, color lain banyak dah restock. So berpegang kepada konsep aku kalau keluar kena shopping sekurang-kurangnya 1 item, maka beli la jugak haha. Mr. Z cukup anti dengan pegangan aku yang tah pape ni haha tapi nasibla. Dia kan busy weekend ni so kena la hiburkan hati aku supaya aku tak rasa ditinggalkan hahahaha.

On the way balik singgah beli apa-apa stock makanan yang patut. Ada harapan lepas Maghrib baru dia balik tapi dah request aku masak nasi goreng telur dengan ayam goreng. Hukkkalohh, baru nak teruskan misi pemalas aku tapi sian lak haha lagipun menu dia mintak pun menu pemalas sempena bini dia malas haha.

Okey la nak teruskan aktiviti-aktiviti malas yang lain. Kalau malas nak buat aktiviti malas kang tak guna la aku pegang title queen of pemalas hahaha sia-sia je dapat award. 

Weekend Date @ Tony Roma's


Muka yang happy sebab dapat keluar dating dengan suami yang the whole week busy. Jadi haruslah kita mintak macam-macam.

Aku: Abang, sempena ayang dah abis study apa kata abang belanja makan.

Mr. Z: Aiikkk yang semalam tu bukan dah belanja ke?

Aku: Ooohh yang tu sempena bonus, yang ni sempena dah abis study.

Mr Z: Oooooooohhhhh! (pasrah)

Nasiblah hehehe. So aku kata jom Tony Roma's haha padahal dah tau perut tu bukan boleh sumbat portion yang banyak tapi tamak katakan. 



Chicken Tenderloin Platter

Yang ni memang all time favourite aku kat sini. Tapi selalunya aku mampu habiskan 3 pieces je. Or paling kosong perut aku boleh habiskan 4 pieces. Sauce dia tu walllaaaaaaaaaaa sedap gile okay. Tapi kali ni Mr. Z yang order ni. So aku kena order lain, takkan nak makan yang sama. So aku cilok seketul dia punya. Dah nama suka ayam memang ni jugak la aku suka.



Shrimp & Salmon Piccata 

Aku order ni. Salmon and shrimp. Menu ni ada nasi sekali. Sedap. Gravy dia pun sedap. Tapiiii disebabkan aku tak berapa in sangat dengan ikan so aku share ngan Mr. Z ni, aku cilok dia punya. Padahal salmon tuuuu. Apa la aku ni. Aku amik menu ni sebab dalam gambar nampak portion dia sikit, sekali sampai banyak jugak (macam nak cakap aku jenis makan sikit) hahahaha. Tapi memang pun, makan sikit tapi kerap. Al maklum la gastriko de amor. 


Yeaayyy lepas tu dapat buku. Dah cuti sem kan, so apa lagi nak buat haruslah kita carik stok bahan bacaan. Kalau tak nanti kerja aku membuta membuta membuta sambil pam badan hahaha.

Apam Balik


Pot biasa aku jumpa apam balik sedap ni dekat area seksyen 7. Area taman perumahan yang ada sekolah dan dewan tu. Memang sedap. RM1 per piece. Cuma nak promote je kepada peminat apam balik tegar di luar sana. Aku jarang jumpa tempat lain, or dengan kata lain aku tak pernah jumpa lagi la kat mana-mana di Shah Alam sebab aku bukan explore pun hahahahaha. Itu je la, entry apam balik. Eh, sukatik aku la blog aku kan hahahaha.

Ikan bakar, udang bakar!!

Alkisah Jumaat baru ni tekak macam teringin nak makan seafood. Tapi taknak pegi yang area dekat rumah. Nak jauh punya hahaha. Aku teringin nak makan ikan bakar, sweetsour dengan butter prawn. Tapi lagi Jumaat kerja banyak so plan nak pegi Sabtu. Aku cari dalam blog so decide nak pegi Restoran Nur Cahay Seafood kat Pantai Remis, Jeram. Mr. Z cakap dari rumah just around 30 min drive. So, dia pun willing nak pegi (read: laki bini memang suka cari tempat makan best). So Sabtu right after Maghrib kitorang gerak. Carik dalam Waze tak jumpa, aku pun taktau la kenapa tapi lastnye kitorang sampai kat 1 kedai tepi laut. Nampak cam ramai orang, walau aku tak puas hati sebab ni bukan kedai di tuju. Tapi jalan ke depan lagi macam jalan mati so patah balik ke kedai first ni. Mr. Z cakap jom la kita apa ada dalam haha. 

Nama kedai ni Selera Corner Ikan Bakar. Selera la harapnyee. Masuk-masuk je akan lalu tempat nak pilih ikan, sotong, udang dan kerang. Sis in law aku carik pahat takde. So dia pilih kerang bakar. Okay lagi la bakar ye kerang ni. So aku ngan Mr. Z pilih ikan dua jenis, dengan udang pengantin 6 ekor. Ko kena pilih meja dulu, nanti ada orang amik order dan bagi ko table number. So pastu baru ko pegi pilih seafood ni tadi. 



Tapi takpe, duduk je waiter datang tanya nak makan apa minum apa. Nasi lemak abis so kitorang order nasi putih. So pastu kitorang cakap la ikan ni nak bakar dengan sweetsour. Sekali dia cakap 'kat sini semua bakar saje' (dah la kerek) semua macam i tengok u, u tengok i haha. Abis dah tu ko takyah tanya la semua tu kasi bakar la. Pikir punya pikir kitorang kata jom la tambah sup, takkan nak makan ikan bakar kosong je takde kuah. Panggil balik akak waiter tu

"Kak, tambah tomyam satu untuk 3 orang makan."
"Sini takde tomyam, sup je ada."

Tercengang lagi haha.

"Okay la kak bagi sup la."
"Sup memang sekali dengan nasik."

Hahaha kelakar pun ada. Ikut aku, macam taknak dah. Ape ke pelik bakor aje. Tapi lepas duduk tu baru kitorang nampak banner dia "masakan bakar sahaja" lebih kurang camtu la. Tapi nasib baik air asam dia mahvelous boleh la aku tenyeh cicah dengan ikan udang.



Ikan bakar. Sedap jugak.


Udang pengantin. 6 ekor RM35. Tapi sedap jugak udang bakar. 



Kerang bakar. Sedap dan banyak. Gambar ni masa dah half way makan.

Tapi kesimpulannya, okay la jugak walaupun semua menu bakar. Nasib nasi aku dia tak bakar haha. Kalau korang nak makan yang bakar saja or saja nak meratah lauk bakar okay la boleh try sini. Harga ikan dia okay. Total makan malam tu is RM88.70. Reasonable kan?

Cakkkkkkk!!!!!!

Hahahahaha cakkkkkkk!!!

Alhamdulilah. Aku hidup lagi. Blog je macam dah nak K.O. Takde masa aku! Simptom-simptom dah tua mula nampak dah. Tu pasal blog pun bersawang. Lagipun siapa aje la nak baca blog ni, melainkan stalker stalker aku hahaha (ada ke??) Lagipun (bab alasan bagi kat aku) dah semester akhir insyaAllah so masa lebih pada kerja yang bertimbun-timbun. Ada keperluan yang lebih mendesak untuk diberi priority. So insyaAllah, aku akan start blogging balik. Sayang aku kat blog ni hahaha.

Dalam pada busy tu, semalam kitorang pepagi lagi dah bangun nak pegi jalan-jalan cari breakfast. Dah lama dah plan tapi serious asal weekend je mood aku ke laut sebab kerja bertimbun. Sian laki I. So semalam sebab tahap stress aku dah level zombie so semangat laki I nak bawak keluar jugak. Breakfast kat Leha Kelfood. Pekena nasi dagang campur sikit nasi hujan panas. On the way balik rumah aku bantai tidur haaa hameek kau. Lama gila tak makan sini, ni la tempat kitorang breakfast masa bercinteee dulu haha. Kekonon nak jejak kenangan lama la hahaha.



Eh asal kau start blogging kau cite pasal makanan hahahaha. Because I do believe in food theraphy hahaha. Okay la today ada presentation, nak study jap. I is malas (kau pernah rajin ke??) haha bai.

Masak-masak

Menu for dinner. Ikan masak sambal dengan telur dadar. Biarlah simple asal masak. Guwe dah muak makan kedai sebab malas nak topup barang dapur last week hahaha. Tekak aku dah rasa kembang kuncup dah kalau makan fast food (read: nampak sangat selalu makan) dah gigil tak nampak nasik. Itu baru tak nampak nasi, kalau tak dapat makan nasik aku tak tahu la apa jadi. Jadi harimau kot.

Tadi lunch dengan all my colleague. Farewell kiranya. Sedih sob sob. Thank you semua ingat gak nak buat farewell untuk aku. Wong Solo seksyen 7. Aku pun tak pernah masuk sebabbbbbb orang dia ramai gila. No reservation allowed here okay sebab dah terlampau ramai. Sampai pun orang queue gila panjang nasiblah dah ada yang sampai awal order dan tunggu puteri-puteri ni sampai. Tengah makan pun orang dok queue siap ada jenis tunggu sebelah meja. Kalau dia tunggu kat meja aku tadi aku dah sound dah cekik la psycho sangat macam nak suruh orang yang tengah makan tu 'telan, telan cepat sikit aku nak makan pulak ni' haha. Review food, okay sedap gak. Sambal dia gila pedas, macam nak melecur mulut aku.

Okaylah nak makan. Dinner awal bagus tak la gemuk. Eh.


Burger Bakar Abang Burn Thumbsss Up!


Awesome. Meatball Burger Bakar Abang Burn! Baru aku tahu ada kedai dia ni kat Seksyen 7. Sama ada dia baru buka, atau aku yang tak tahu. Semenjak dua menjak aku dah pekena burger bakar dan meatball dia ni, rasa macam tiap-tiap minggu mengidam nak makan. Encik suami sampai juih bibir la bila sekali sekala aku ajak gi drive thru, dia kata baik pekena burger bakar ngan meatball ni. Queue pun tak lah lama mana, tapi terbaeekkk. Sorry aku hanya sempat snap gambar meatball itupun sebab meatball makan last, burger dia aku tak ada kesabaran nak tunggu dan snap picture terus baham hahahaha. So far beef burger dia memang terbaik, dengan ketebalan daging yang waaalaaaa memang puas hati. Aku dah pekena chicken burger dia jugak, tapi so far pada aku beef dia terbaik. Lamb tak try lagi, nak beli untuk aku aje lamb mungkin tak kot takat rasa-rasa bila encik suami makan lamb okayyy laa. Meatball ni ada 10 ketul, tambah dengan cheesy wedges dia lagi gila best. Ikut portion perut aku burger dia pun aku tak lalu habiskan sekali tapi sedap punya pasal liiicccciiiin. Amik time kejap, pastu sumbat meatball hehehehe. Aku tak pernah lagi la makan kat kedai dia, selalu take away je. Ramai satu hal, aku lebih selesa nak menganga luas-luas dekat rumah hehehe.


Ehemmm JJCM been here already hehe. Confirm sedap punye. Satu aku puji, kebersihan amatlah terjaga. They are all in uniform, ala-ala mat moto gitu. Satu aku tengok guideline yang diorang tampal kat dinding untuk staf-staf diorang 'menghantar burger yang sudah sejuk/tidak panas adalah satu kesalahan besar' lebih kurang gitulah. So memang dihidang panas-panas, sedappppsss gila gitu.


Restoran Abang Burn Burger, PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Practice make perfect




Hello peeps... happy holiday, sure semua orang kalau tak bergolek atas katil lagi tak sah hahaha macam aku! Hahaha please eh, aku pagi-pagi lagi dah bangun since I am now at MIL's place. Harus bangun pagi ye takkan kau nak membongkang macam kat rumah sendiri. Pagi ni belajar tebar roti jala hehe not bad bukan susah sangat. It's all the matter of trying till perfect kaahhhh!

Last week masa balik Kampar, belajar buat roti capati dengan mak. Hahaha mula-mula sebenarnya tak kuasa jugak, nak membancuh menggelek tepung fuuh leceh leceh. Tapi disebabkan permintaan daripada encik suamiku yang tak abis-abis nak komplot ngan mak aku so that aku belajar buat capati maka sesah aje la. Alaaa bukan susah sangat pun, ni semua sebab penyakit M je.


Lepas kerja semalam, decided to try on my own. Haaaaa jadi pun. But don't mention about the silly shape because I am still in learning process. Janji rasa dia sedap dan lembut. Bab nak membentuk shape dia jadi bulat dan elok tu let's time and experience made it hihihi.

Okaylah nak siap-siap. Kejap lagi nak balik dah, nak tengok movie plus doing some shopping. Oh by the way, last week dapat shopping kasut baru without the husband with me muahahaha gila rambang mata aku nak pilih. Kalau tak jangan mimpi la, semua kasut mesti dia yang decide yes or no cissss.

Special dinner for the weekend

Dinner with family in law at Medan Ikan Bakar, Kuala Sungai Baru last Saturday. Dinner treat sempena birthday mother and sister in law. Really enjoyed myself.








Yummy Pavlova


Pavlova that we have yesterday for the birthday celebration. Looks yummy and it is. It's a double layer pavlova and not that sweet. Order dengan staff kat sini juga. If you wanna have a try please visit her blog

Dan dan tadi amik resipi from my colleague. Off course to be tested oleh encik suami hehe. Next month dah nak puasa kan. Really time flies. Sedar tak sedar jugak, dah 6 bulan kahwin hihi tapi rasa macam lama dah. Honeymoon pun tak sempat pergi lagi, insyaAllah after raya. Before puasa ni we're going for a holiday jugak. Fly on the 5th of July. Nanti update kalau rajin haha. Oh this is our first time sambut Ramadhan as husband and wife. Haha harap-harap semua baik-baik aje, tak ada insiden terbabas tak bangun sahur or malas nak masak for berbuka hehehe. Maklumlah dulu masa bujang, kalau rasa nak bangun sahur saya bangun, berbuka memang ala kadar je biasalah sorang nak makan beria-ia pun malas. Cukup ada satu menu aje, kuih-muih, air patblas jenis memang not me hehe. Oh tak sabarnya nak puasa berdua hihi.

Practice make perfect


Taaaa taaaa tadaaa! Hehehe my second attempt for asam pedas. This time using ikan pari instead of ikan tenggiri masa first time buat hari tu. Actually cooking asam pedas was not that tough hihi lepas belajar resipi asam pedas from my mother in law the last time balik Melaka hari tu, before this tak pernah practice pun skill memasak hahaha bujang dulu saya banyak makan roti dari makan nasi hahaha. The different in terms of ingredients that they use, I mean orang Melaka laa they add rempah kari ikan in their asam pedas. Something new that I don't know before this. Okay, the husband?? Hehehe he gave me full mark for it hehehe kembang hidung sekejap hihi. The most precious feeling is that bila tengok dia tambah nasi lagi dan lagi hehe.


Today I'm on leave. Saje sempena nak sambut labour day tomorrow kena amik mood dulu kan haha. The weekend was full with shopping and catching up movies for us. Saturday lepak kat Sunway Pyramid dari pagi sampai ke malam, doing some shopping for us and also for the father and brother belated birthday present hihi.  Also bought the husband punya birthday present in advanced hihi. Will update about that later but somehow I would say that this year adalah tema beg kerja hehe. Sunday we were at Mid Valley this time lagi tak ingat dunia almost midnight baru tau nak balik. We catched up 2 movies, Battleship and Titanic 3D. Seriously I would really want to watch the Battleship again oh Alex Hopper hehe. Plan to bring the little brother next week for this movie. Please, go and watch this movie. Best gila!!

Oh by the way, since today I am on leave doing nothing much at home terbaca her facebook status that I think she might be forgot to set it to her friends only. Hahaha oh bertuah sungguhlah dapat baca. Rasa macam nak cakap oh tak sedar diri rupanya, dah terang-terangan people know that kau jahat, dan kau sendiri dah tahu apa kau pernah buatkan lagilah nak update status about hadis itu dan ini, talk about being munafik, balasan dunia akhirat what so ever. Hahaha yang amalan syirik kau tu yang tak serupa orang ada pegangan agama tu macam mana pulak??? Yang kau ganggu gugat hidup orang lain, tak munafik pulak, tak pulak kau pikir balasan akhirat yang dapat cash kononnya kau cakap tu kan?? Kacau hak orang yang terang-terangan bukan hak kau, itu tak dapat balasan cash ke nanti?? Perangai kau yang macam perempuan dot dot dot tu mulia ke?? Kelakar la this kind of people, opsss lupa pulak background dia pun is one of the factor jugak kan hik!

Short Trip!

Hello peeps! Back for the story for my weekend activity. Went to Kelantan for a short holiday. Took a leave on Friday for the journey to Kota Bharu. Trip with my parents in law hihi first holiday trip with them, will plan some other trip next time. Oppss the first holiday also with the husband before we fly this coming June.

Driver saya yang tersayang. Bini kat belakang sepanjang jalan membuta aje hahaha, jauh perjalanan cetek pemandangan kan hahaha.

Decided to use the Lebuhraya Pantai Timur instead of ikut Gua Musang. So I had chance untuk mengimbau kenangan lalu kat Dungun. Wah banyak betul yang dah baru kat sana. Not like when I was there 3 years back.

Sampai-sampai kat Paka ajak diorang try pekena nasi kukus ayam berempah for lunch. Kedai ni kalau dating dulu mesti makan kat sini hihi. Lepas gian nak makan nasi kukus kat Terengganu. Entah so far aku tak pernah jumpa yang sedap lagi kat Shah Alam ni.



Hahaha for them this bus is funny. Not anymore for me, sebab dulu dah biasa tengok. Cuma tak tegar lagi la nak naik hahaha.


Went to Rantau Panjang the next morning. Shopping dalam hujan ye, tapi semangat tetap semangat hahaha. Tapi tak rembat semua kat sini sebab malam tu dah plan nak ke Wakaf Che Yeh. Besides masa balik pun kami singgah dulu kat Pasar Payang shopping.




The last day. Hope will come again here because a short trip here memang tak cukup masa hihi. Sampai Shah Alam about 4.00 am in the morning so decide to take a leave, I just can't perform with the sleepy eyes.

Bila Nak Diet Ni???

Restoran Ikan Bakar Bubu, Seksyen 7 Shah Alam. Hahaha if you really follow the blog, confirm tahu the name bubu tu refer to whom hehe... So at first ternampak restoran ni macam eh kedai bubu la hehehe camtu la lebih kurang. Tadi lunch try gi makan sini for the first time. I would say okay la. Nak makan buffet nasi dan lauk pun ada, nak makan ikan or ayam bakar pun boleh.





I'm having Ayam Bakar Bubu. Sedap, dan yang penting sambal dia tu sedap jugak! Barulah terangkat kan hehehe. I called him and he said ada ke pegi kedai ikan bakar, tapi makan ayam bakar hehehe apa salahnya bang? Next time kita pergi cuba ikan bakar dia pulak yer.

Dinner



Our dinner yesterday. First time pegi sini, the food was okay i would say. Chicken beriyani for me and for him Nasi Arab with daging kambing embeekkk embeekkk hehe...
Sent from Samsung Mobile

Oh!

My last time having this nasi kukus ayam berempah was when i still working in Terengganu. The taste was superb i tell you, the most important will be the sambal huiissssh pedas tu yang power... There was one time during fasting month almost everyday saya berbuka nasi kukus ni serious okay!! Eh rindu betul...

Today we're having a good lunch together, konon macam nak celebrate perut sebelum start berpuasa hehe boleh? Oh sedihnya bila ingat bulan puasa sahur dan berbuka sorang..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday Makan Day!




Sunday should be called as day for killing the diet hihihi... The person that should be responsible is mr fiance hahaha.. :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sedapnya Begedil

My all time favourite...

Bekalan tulus ikhlas dari Melaka, thank you so much to my future MIL. Sedap sangat cukup rasa. Dan thank you jugak untuk abang delivery saya yang terchentaaaa encey fiance. Hahaha dia dah cilok berapa biji entah dalam perjalanan nak hantar kat saya tadi nyampah haha..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hantu Durian

Wooo cannot tahan anymore.. Belasah aje la walaupun timbang berat kulit aje lebih. Siap main rasa tu. Mahal pun tutup mata aje sebiji tadi saya beli RM25...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.