Masak-masak

Menu for dinner. Ikan masak sambal dengan telur dadar. Biarlah simple asal masak. Guwe dah muak makan kedai sebab malas nak topup barang dapur last week hahaha. Tekak aku dah rasa kembang kuncup dah kalau makan fast food (read: nampak sangat selalu makan) dah gigil tak nampak nasik. Itu baru tak nampak nasi, kalau tak dapat makan nasik aku tak tahu la apa jadi. Jadi harimau kot.

Tadi lunch dengan all my colleague. Farewell kiranya. Sedih sob sob. Thank you semua ingat gak nak buat farewell untuk aku. Wong Solo seksyen 7. Aku pun tak pernah masuk sebabbbbbb orang dia ramai gila. No reservation allowed here okay sebab dah terlampau ramai. Sampai pun orang queue gila panjang nasiblah dah ada yang sampai awal order dan tunggu puteri-puteri ni sampai. Tengah makan pun orang dok queue siap ada jenis tunggu sebelah meja. Kalau dia tunggu kat meja aku tadi aku dah sound dah cekik la psycho sangat macam nak suruh orang yang tengah makan tu 'telan, telan cepat sikit aku nak makan pulak ni' haha. Review food, okay sedap gak. Sambal dia gila pedas, macam nak melecur mulut aku.

Okaylah nak makan. Dinner awal bagus tak la gemuk. Eh.


Raya lagi

Majlis sambutan Aidilfitri PTAR 2013. My department buat laksa. Bukan kami yang buat la yang pastinya but all the props idea gadis-gadis (bueeek gadis!) kat opis. But nice, bukan nak puji diri sendiri. Laku sampai licin hehehe.


Ni semua letak dalam 1 bakul konon all the ingredients nak masak laksa. Kemain deco. Last-last bowl aku yang dalam bakul tu pun diorang angkut makan sebab laksa dah habis haha. Janji semua puas hati tak sia-sia gue promote semalam. Alhamdulillah.


Nama laksa ni laksa merdeka raya. Raya-raya jugak tapi jangan lupa esok kita dah nak sambut Merdeka. Nama pulak Gerai Hati Malaya very the symbolic. Kemain rushing aku dok buat banner hijau tu semalam konon nak promo laksa hahaha. Bab-bab promoting ni bagi kat guwe. Tu props dalam bakul tu semua ihsan ofismate semua. Semalam siap buat listing siapa nak bawak itu nak bawak ini, aku siap remind barang cam sayur mayur, cili mili tu semua kat rumah aku dah clean. Almaklom rajin masak mana ada simpan lagi stok-stok camtu cepat je abes (read: aku tak sempat topup barang dapur lagi!!) so maka bekerjasamalah insan-insan lain bawak sikit sorang. Aku boleh volunteer bawak bowl je hahaha.


Inilah gadis-gadis yang aku maksudkan tu. Masih jelas nampak seperti gadis walaupun masing-masing bini orang. Begitulah berkat keperasanan tahap tertinggi dalam jiwa masing-masing. Tak perlulah aku kenalkan nama sensorang kat sini tak ada makna, semua dah tak available. Anak masing-masing kot nak buat menantu boleh la haha.

Happy birthday to me!

Alhamdulillah, masih diberikan pinjaman nyawa sehingga hari ini. Celebrating my birthday on 26th of August last Monday. Thank you husband for the wish, gift and everything. Thank you to my mom and dad for bringing me into this world. Oh umur rahsia di sini haha. Sambut birthday dalam MC sampai semalam, punca hypertension (read: ramai gila buat aku tension). Reason macam biasa, I am not having hypertension but the liver lead to that. Gila berpusing kepala aku macam rasa semua benda jatuh atas kepala. Settle gegaran kepala terus berlari carik laki aku nak mengadu. Haaa kan dia pun cuti sama sebab risau.


My birthday gift. Thank you husband. Actually dia nak beli hadiah dan suprise kan aku tapi masa outing that weekend dia offer aku pilih hadiah sendiri. Nak beli handbag tak jadi sebab tetiba aku fikir, collection handbag aku sendiri pun dah melimpah ruah sampai tak ada tempat nak simpan. Bukan pakai pun semua, sampai bila aku check balik eh bila masa aku beli handbag ni hahaha. So baik jangan membazir, masuk Bonia itu hari pun aku dah nyaris beli handbag lagi almaklumla aku la raksasa gila handbag hahaha. Thank you again husband, tetiba je balik awal masa hari aku MC kat rumah tu. Buat suprise dia balik awal dan beli cake hihi. Siap ada ticket movie lagi oh sweet.



Muka birthday girl (girl hokeyyy!!) yang tak sihat. Ni kat Tony Roma's Setia City Mall. Ada tak muka ketuaan di situ?? Hahaha muda kan muka beliau di atas ni. Maintain sweet 25 hahaha. Aku dah remind siap-siap jangan mention age aku atas cake, dalam wish ke hahaha. Bukan tak sedar diri, tapi age doesn't matter ye tak. 

 Yummyyyy.


 Mine. Sedap. Topping dia pineapple. Ada rice and chicken.


 For him. I liked the potato. Yang lain-lain tu dia suap aku sikit aje, sebab tak sihat tak leh makan banyak. Eleeeh.

Anyhow thank you so much family, husband and friends for the wish. Syukur alhamdulillah, dapat melalui umur ini (eceeh rahsia lagi tu) dan semoga aku lebih matang dari sebelum ni. Bak kata laki I, jangan kuat merajuk hahaha. Moga aku menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik. Amin.

Raya 2013


Our second raya together. Tahun ni beraya Melaka dulu, so pagi raya tahun ni adalah tahun pertama pagi raya aku takde kat Kampar. Syahdu rasa macam kat perantauan haha. Feel dia tak sama biasalah aku kan anak sulung ibarat macam kalau aku takde kira tak feel la beraya haha. Tahun ni tema kami purple. Tahun lepas balik kampung aku dulu, tema colour raya aku ikut dia. Tahun ni beraya kampung encik husband dulu, so tema colour raya aku yang punyaaaa haha. Rasa macam dah tua pulak tengok gambar raya sendiri cam tak sangka la aku kira dah matured tapi cun hahaha sila muntah hijauuu.
 
Family in law.


My family. Masa ni during gathering tahunan raya kat rumah arwah opah. Nostalgia betul bila balik rumah opah ni, masa kecik aku dulu banyak spent kat sini. I missed her, really.

 My darling angel. 

Itu ajelah aku nak cerita pasal raya. Ada masa aku story lagi tapi takde masa kot haha. Ini pun tengah sebok nak siap pegi open house adik guwee.

Salam Syawal 1434H

Salam Aidilfitri 1434H. Maaf Zahir & Batin.

Moga Syawal memberi sinar kebahagian buat semua. Makan lemang ingat-ingat ye hehehe.

Sent from Samsung Mobile

Happy Raya

Hi all.

I am now on my way back to Melaka. Yesss, this year turn balik kampung suami. Sedikit sedih, biasalah ini tahun pertama pagi raya tak dapat ada kat rumah isk isk. What to do, this is life right? Have to be fair when you got married.*lap air mata* Nanti raya kedua baru balik Kampar and the best part is when semua akan ada sekali as their turn to be back to Kampar also on second day of raya. Tahun ni Sofia dah 1+ so more exciting to play with her.

Tahun ni baju raya beli dah siap aje. Orang kalau last minute inilah jawabnya. Mana nak sempat hantar tailor lagi bila dah masuk bulan puasa haha. Theme color is purple. Kuih raya pun as usual beli aje mana nak sempat buat if every weekend ikut husband outstation. Niat hati memang nak buat tapi apakan daya takut yang dapat balang raya kosong je.

Attention budak-budak, duit raya tahun ni akan dipotong dari tahun sebelumnya hahaha so korang jangan nak meroyan sangat ye sebab aku lagi meroyan kalau bagi duit raya banyak haha. Lagipun korangkan budak, bahaya pegang duit banyak-banyak kakakaka.

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.


Sent from Samsung Mobile

Dulu...



Cuba tengok!! Bapak pemalasnya aku nih sekarang, apa nak jadik la. Mungkin faktor usia kot (eh tua ke aku??) Eh mungkin faktor busy. Hehehe. Moga aku mendapat semula kerajinan yang lama.

Salam Ramadhan 1434H


Salam Ramadhan to all of you. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan dan dapat kita lalui dengan sempurna. Moga diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah mulia ini.

Done with day 1. Alhamdulillah, walaupun badan selalu penat tapi Dia bagi kekuatan dan tenaga untuk bangun sediakan sahur dan berbuka untuk encik suami. Harap-harap kerajinan ni sampai hujung puasa, kalau tak kita singgah pasar ramadhan ye ekekeke. Lagipun perut dah tua tua ni tak ada dah nak makan berjenis-jenis, kalau dulu lainlah pantang masuk pasar ramadhan habis semua benda nak beli. End up tong sampah makan sekali. Dulu selera naga, sekarang dah turun jadi selera arnab je (puiii) hahahaha. Ok selamat berpuasa. Jangan tak puasa.

Burger Bakar Abang Burn Thumbsss Up!


Awesome. Meatball Burger Bakar Abang Burn! Baru aku tahu ada kedai dia ni kat Seksyen 7. Sama ada dia baru buka, atau aku yang tak tahu. Semenjak dua menjak aku dah pekena burger bakar dan meatball dia ni, rasa macam tiap-tiap minggu mengidam nak makan. Encik suami sampai juih bibir la bila sekali sekala aku ajak gi drive thru, dia kata baik pekena burger bakar ngan meatball ni. Queue pun tak lah lama mana, tapi terbaeekkk. Sorry aku hanya sempat snap gambar meatball itupun sebab meatball makan last, burger dia aku tak ada kesabaran nak tunggu dan snap picture terus baham hahahaha. So far beef burger dia memang terbaik, dengan ketebalan daging yang waaalaaaa memang puas hati. Aku dah pekena chicken burger dia jugak, tapi so far pada aku beef dia terbaik. Lamb tak try lagi, nak beli untuk aku aje lamb mungkin tak kot takat rasa-rasa bila encik suami makan lamb okayyy laa. Meatball ni ada 10 ketul, tambah dengan cheesy wedges dia lagi gila best. Ikut portion perut aku burger dia pun aku tak lalu habiskan sekali tapi sedap punya pasal liiicccciiiin. Amik time kejap, pastu sumbat meatball hehehehe. Aku tak pernah lagi la makan kat kedai dia, selalu take away je. Ramai satu hal, aku lebih selesa nak menganga luas-luas dekat rumah hehehe.


Ehemmm JJCM been here already hehe. Confirm sedap punye. Satu aku puji, kebersihan amatlah terjaga. They are all in uniform, ala-ala mat moto gitu. Satu aku tengok guideline yang diorang tampal kat dinding untuk staf-staf diorang 'menghantar burger yang sudah sejuk/tidak panas adalah satu kesalahan besar' lebih kurang gitulah. So memang dihidang panas-panas, sedappppsss gila gitu.


Restoran Abang Burn Burger, PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

A day without laughter is a day wasted



Selamat pagi.

Pagi Isnin. Pagi yang selalu buat kita atau sebenarnya aku, rasa marah-marah. 
Sebab dah lemak, berehat bergolek dan bersantai sepanjang weekend. But life must go on. Walau mengantuk, mengantuk yang disebabkan rasa tak ikhlas nak bangun tapi kerja-kerja dah menanti. Yang utama, proposal untuk temuduga Rabu nanti. InsyaAllah.

Selamat pagi semua. Mari kita bersemangat. Semangat perlu ditanam dan dihasilkan. Jangan ikut kata hati minta kita jadi lemau, jadi lemah tak bermaya. Hehehe. Ayuh semua!

Holllaaaaa



Huhuhu this is not going to be my reason for not writing up in here. The truth is, aku baru baik demam. Actually no, today dah masuk hari ke 8 aku demam on and off. Antibiotic dah tukar sampai dua jenis, demmm. Kot kalau jadi kebal takpe, ini yang masuk dalam badan semua jadi toksik ceeh. Slight fever yang datang dan pergi buat aku rasa lagi weak, dengan pakej semsema, sore throat, diarrhea dan muntah. Ko hade??? Hahaha. 

May was good, and May will leave us soon. Tak lama lagi dah nak puasa kan. Puasa dah ganti?? Tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan tahun ni, harap-harap diberi kekuatan untuk menempuh bulan puasa ni. Cuaca? Harap-harap jugak beransur redup, tak lagi panas macam sekarang. MasyaAllah panasnya dalam seminggu pun payah nak hujan. Hari-hari aku merempan panas panas panasss, ini baru panas duniaaa.



This is picture taken before my parents fly to Makkah for umrah. Send them at the airport. Masa ni aku dah demam dah, plus dengan diarrhea. Eh kenapa eh aku tak sampai hati nak sebut cirit birit haaa? Hahahaha. Orang lain beg letak atas troly, aku troly letak diri sendiri. Hahaha maka jadilah sang suami penunggu setia tolak dan pegang troly hahaha takut nooo bini kena kidnapped ke hihihi. Aku duduk serba tak kena, berdiri jangan kata la lagi berganda-ganda tak kena. Kot salah perhitungan mau aku lari pecut carik toilet. Itupun dah berapa kali aku keluar masuk toilet, toilet pulak memilih eeeyeeks taknak aku kalau kotor nanti sampai tidur malam terbayang-bayang. Feeling dia sama macam tengok movie seram hahaha. InsyaAllah mak abah, adik and my uncle and aunties akan balik ke Malaysia on the 5th. Diorang pergi in a group of 7, macam best je kumpul adik beradik gi umrah sekali. Moga akan tiba rezeki aku dan suami ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah, InsyaAllah. 

Okaylah, till we meet again *sipu-sipu malu* insyaAllah aku akan rajin jenguk blog aku balik. Maklumlah sibuk :-p Babai....

Coming soon





ai InTouch coming soon. Inspired by me. Please feel free to visit our facebook page ai.intouch@facebook.com

I am sooo sorry for lack of updates. Life was too busy, new job scope for this year and I have to really focus on that. Macam no idea pulak how I should write in my own blog. By the way, ai InTouch will have very own blog coming soon. Please do pray I will have the luck in doing this. Hehe plus the green light from the husband and he had agree to help me wink wink ;-) Will update more often after this, ops that's not a promise but InsyaAllah I will hehe. 

Misteri Surah Al-Fatihah


  1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
  2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman.
  3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental.
  4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.
  5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
  6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Suka diingatkan: bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan jujur, Insya-Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua.

Rindu

Ya Allah rindunya kat blog aku ni. Punya la lama aku ignore, actually bukan ignore tapi apa lagi alasan boleh bagi melainkan sumpah busy!! Issk isssk busy sampai rasa tak sempat nak buat apa-apa. Off course balik rumah memang aku dah tak sentuh, masa office masa sampai rasa tak cukup 8 jam kesian kesian. Apa nak di kato? Malas aku nak cerita pasal kerja, sebab for sure tak berkesudahan punya.

Ingat tak hari tu aku post pasal online shop aku yang nak bukak tu. Sampai sekarang aku memang tak sempat lagi, subhanallah. Ada yang dah bertanya bilanya nak launch, aku cuma mampu jawab ahkak tak sempat lagi haaaa. Rasa macam setiap weekend pun aku tak dapat nak rest well. Ada je benda nak buat dan terpaksa buat, so do I have a choice? The answer is NO! Nanti eh, coming very soon. Adoiii.



Hari tu encik suami post pic ni kat facebook. Hahaha tak agak-agak letak caption tanya aku betul ke tidak? Hahaha betul-betul nak cari gaduh ni akakaka. Entahla, dulu aku takde la pot pet pot pet sangat kalau dia drive, in fact aku sangat confident dengan dia dan rasa sangat selamat. Mungkin faktor umur kot (umur muda memang camni puiiiii!!) buat aku rasa makin lama makin gayat. Diri sendiri drive takpe, tak rasa apa sangat hahaha. Kalau boleh kalau dia drive aku nak ada cermin pandang belakang sendiri, plus brek kaki sekali. Kot kalau laju, aku leh brek slow down kan hahahahaha.

On the other note, salam takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi mempertahankan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Syahid mu, syurga menanti. 

Cepatnya February


Welcoming February. Ya Allah rasa cepat betul masa berjalan. Dah la baru aje rasa masuk 2013. Tup tup dah masuk bulan 2. January sangat sangat busy, rasa seharian dok office masa tak mencukupi. Macam-macam kena buat dan terfikir nak buat. Almaklum la benda baru. Hopefully I can accept everything dengan hati terbuka. Meroyan-royan pun bukan boleh buat apa. Buat habis enegry je. Now berazam nak jadi pandai control emosi, taknak sakit-sakit hati sakit jiwa berfikir macam-macam. Adalah lebih baik kita dok diam-diam, buat apa yang patut, end of the day rehat dan tidur bangun esok pagi buat macam tak ada apa-apa. Kan? Aku ni bangsa semua benda boleh mendatangkan stress. Main game pun stress. Kot kalau game tu ko kena bertarung win or lose haaa toksah dok nak suruh aku main, memang tak. Itu semua mendatangkan stress, nyah kau dari sini haha.

Terbaca quote ni tadi 'we live in a world that is built on promises, constructed by liars'. So true.... Kan, semua benda dalam dunia ni akan jadi indah kalau tak ada penipu pembohong pembelit, kaki cakap pusing. End of the day kau ingat orang tak akan tahu rahsia dan penipuan kau. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Itu bajet tupai yang lompat, kot manusia melompat lagi senanglah nak jatuh. Puii!

On the other note, batuk dah okay. Sembuh sepenuhnya so far. Alhamdulillah. Risau gak aku dok batuk lama. Nafas tercungap bila malam. Luckily kali ni sembuh lepas aku stop makan ubat. Tiga jenis ubat tak jalan, last nya stop semua ubat. Lepas 2 hari baik pulak. Alhamdulillah. Sakit dada, sakit perut sakit kepala semua sakit bila batuk cam gila. Phewww.


Okaylah. Hari ni half day. Nak pergi bank amik credit card baru. Bodoh. Punya lama aku tunggu baru nak siap sampai. Aku call banyak kali lepas sebulan barulah siap. Kot kalau bayar lewat sehari pun korang call aku sampai patblas kali satu hari, tapi servis korang pun agak macam taik.

Apple in the house

Semalam, laki bini buat kerja gila. Mula-mula the husband yang hint nak beli Nexus 7. Yang aku pulak pantanglah mendengar. Terus bagi sokongan padu. Plan dalam hati, nak angkat IPad Mini aje, before this memang dah tengok-tengok (tengok je okay!) tapi tak ada rasa nak beli pun. Dah Note 2 ni pun baru je keluar aku dah kemain tak sabar pergi membeli. Itupun kerja gila jugak muahehe. So semalam disebabkan tak kerja laki bini, so we decided to look for it kat Setia City Mall. Masuk Machines, masuk Harvey Norman dan last sekali Courts. Semua tak ada stock. Hahahaha masa ni orang yang beria nak membeli tak ada apa-apa, aku yang kononnya mengikut yang tarik muka lebih-lebih. So the husband call one shop ni and they said yes they got it. We went there, in Subang aku pun tak tahu apa nama kedai dia tapi yang pasti kedai ni bukan macam kedai handphone biasa, ramai nauzubillah. Siap queue lagi.



We bought IPad Mini (for me) and Nexus 7 (for the husband). Mine is only for wireless sebab aku nak jimat battery Note 2 la kononnya. Besides I don't need sampai 2 data plan kan. Aku pun tak tahu hantu apa yang rasuk laki bini ni sebab asal pasal gadget je dua-dua jadi tak sabar. Kalau kata nak tu memang tak boleh tunggu hari lain kakakaka.




Agak-agak apa aku buat dengan benda ni. Hahahaha kerja kita kenalah selalu main game sebab boleh hilangkan stress ye. That's all nak story. Janganlah membazir, ini semua nafsu semata-mata hihihihi. 

Let's work together to get you back on your feet



I finally graduated from the pyhsiotheraphy school hahahaha. Thank you to mr husband that always be with me everytime I have to go to the hospital. It's like my second house agagaga. Thank you so much to my physiotherapist for treating me. I will surely practice all those steps that you've teached me siap lukis tau takut lupa. Lepas ni jumpa doctor balik, then we will see what should be the next step to treat my injured ankle and also knee. Hope nothing else or maybe we should take a break kot doctor muahahaha sebab saya dah bankrupt la dok bayar bill hospital ekekeke. But anyhow SunMed so far was the best hospital that I went to. Hopefully boleh fully recover lepas ni, bolehlah aku lompat-lompat bintang (puuuiiii)!

Apapun, segala kesembuhan dengan izin Allah. Moga dipermudahkan.

Oh hectic January

Oh how I missed this blog so much. It's kind of difficult to find a good start this year for blogging. InsyaAllah I will make sure I will write often after this (puiii!). I am down with viral fever last two weeks, seminggu ahkak tak masuk kerja terbaring aje kat rumah. Memang dah lama tak kena demam yang teruk macam ni, yes a viral fever will took some time to recover. Masalahnya all joint and badan sakit dan sengal. Oh memang cuak seriously sebab masa kena denggi dulu pun macam ni la rasanya. The funny part the night before demam tu aku boleh mimpi jumpa doctor sebab demam, sekali bila bangun tidur pagi tu tekak dah rasa kembang dan perit semacam, tahniah memang demam hahahaha. The husband took me to the clinic, yang aku tau masa tu memang rasa nak pitam aje. Ok now, demam semua dah okay alhamdulillah but this crazy cough seems taknak baik-baik. Ubat batuk dah tukar 2 kali, last aku cari sendiri ubat batuk power tu tapi effect dia batuk jadi lagi teruk. MALAM TAK BOLEH TIDUR! Okay yang ni memang stress. Bila malam batuk menggila vavi, sesak nafas dan sakit dada. Until now, pergi kerja kepala ting tong. So aku stop ambil semua jenis ubat batuk, kau nak baik kau baik sendiri aku tak koserrrr!

On the other note, January was very busy for me. Even I am not involve dalam senarai restructure in my organisation, but we have to move to our previous office. So berpindah level. Dari level 3 turun ke level 2. Apalah korang ingat kami ni tak ada kerja lain ke naik main kemas-kemas punggah-punggah barang. Dengan kaki yang belum nak baik lagi, marah pyhsiotherapist bila dia tahu aku buat kerja berat, dah kau ingat aku nak ke kalau tak terpaksa. 

My physiotheraphy session ada tinggal one session aje lagi yahoooooooooooo! Aku dah tak larat dah nak pergi hospital twice a week, dan tiap-tiap kali sedekah duit kat diorang bankrupt okay bankrupt hahahaha. Alhamdulillah, ada rasa perubahan sikit even it's not completely gone, but at least I can walk with less pain. Lepas habis semua session ni, kena jumpa balik doctor then he will see what to do with me hahahaha.

Oh I recommended this few movie that you should watch - The Tower, The Impossible and The Last Stand. I had watched this 3 movie straight in a week. Malam ni pun aku nak review GSC jap sebelum decide then tomorrow plan to watch Parker, ceessssss available for GoldClass aje takpe takpe ingat aku taknak tengok ke, aku nak tengok jugak! 

Happy New Year 2013



Happy new year 2013. May this new year brings joy and happiness to all of us. Start with new hope and may success be with us. Semoga Allah sentiasa merahmati segala perjalanan dan pekerjaan yang kita lakukan. Dan syukur ke hadrat Allah, diberikan perjalanan hidup yang baik dan pengakhiran yang baik untuk saya. Dikurnikan seorang suami yang baik dan loving would be the best gift ever. Thank you Allah. 

So............. apa azam tahun baru korang? Hahaha antara azam tahun baru saya is to be a good wife to my husband, to have a baby this year hehehe doakan ye, to be excellent in my career. That's the main one hehe. Huwaaaaaaa saya berazam tahun ini saya nak kurangkan shopping handbag macam tahun lepas huwaaaaaaa macam tak rela buat statement ini tapi the husband dah bagi hint hint dah yang aku shopping handbag macam beli baju. Tapi abang jugak yang belikan kan kan? Isssk issk... Mampu atau tidak bertahan dengan azam ini, kita tungguuuuu hahahaha. Banyak la lagi azam dan impian-impian yang dah masuk dalam senarai, akan diusahakan insya Allah. Moga dipermudahkan semuanya.

We do not celebrate the new year, only berdua-duaan at home hahaha lagi best what?!! We only did some shopping (some la sangat) the day before. Shopping tak hingat macamkan back to school hahaha. Early in the morning we did a visit to SMC for my follow up. The news is, the doctor still do not want to proceed with the opt, but insisted me to do physiotheraphy. Maka bermulalah sessi physiotheraphy bermula esok. Have to be there before 8.30 am phewwwww. Two session in a week, adoiiii harap-harap worth it la.



Keadaan kaki right after the injection. Makin lama hari tu makin gelap. Now dah kurang, alhamdulillah.


Pagi semalam buat roti capati (lagi!) hehehe memandangkan ada orang itu sangatlah suka. Plus dah dapat alat nak menggelek hehehe. Mak yang belikan, ini semua menantu dia punya pasal la hahahaha. So semalam try buat roti puri sekali. Alaaa dough yang sama cuma kena bentuk kan kecik je then deep fried. Itupun dia sudah sukaaaa haaaaa habisla hahaha.


This is roti puri ye. Sedap di makan begitu saja ecececeh.


Okaylah. Azam tahun baru jugak, nak rajin update blog macam zaman bujang dulu hehehe. Harap-haraplah hihi. So happy new year dear readers, may success be with us always. Doakan jugak aku berjaya menempuh hari-hari mendatang yang semakin mencabar. Macam-macam hal. Macam-macam ragam orang, macam-macam perangai yang nak kena hadap. 


 Budak bam bam.