Resipi Kek Batik

Today aku nak share resipi kek batik pulak. Gituuu gaya chef cakap haha. Belum, belum lagi nak bertukar ke blog resipi. Semalam tengok kawan buat kek batik, tetiba teringin (bab makan apa je la aku tak teringin). So lepas Maghrib semalam, Mr. Z ajak keluar so sekali la aku beli bahan-bahan. Okeyyy jom.


Bahan-bahan:
Biskut Marie (270g)
1 cawan Milo/Vico
150g Buttercup
6 sudu serbuk koko
2 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 sudu kecil esen vanila (optional)
1 1/2 cawan air kosong (panas)


Antara bahan-bahan yang digunakan. Aku memang akan guna Buttercup dalam setiap adunan kek dan kuih sebab sedap. Lagipun orang perasan kurus nak risau apa kan hahaha puii.

Langkah-langkah penyediaan:




1. Patahkan biskut Marie menjadi kepingan kecil. Aku guna biskut Marie Coffee. Selalu orang suggest guna yang original kan, mungkin sebab nak nampakkan tone cantik bila siap. Tapi as a coffee lover aku pilih kopi la haha sukati.


2. Masuk serbuk koko, milo, susu pekat, esen vanila, telur dan air ke dalam kuali. Guna api sederhana. For air, aku guna air panas sebab senang nak mencairkan bahan-bahan dan tak perlu tunggu lama untuk air masak. Gaul sehingga sebati. Esen vanilla ni optional, kalau tak masuk pun takpe. Tapi sebab masuk telur dan kebetulan aku ada stok lagi so masuk je la.



Kalau korang tanya cawan tu macam mana, cawan macam ni aku guna untuk sukatan. Depend la, tapi guna la 1 jenis cawan saje untuk setiap sukatan.


3. Setelah adunan kat atas tu sebati, masukkan Buttercup dan gaul hingga pekat dan sekata.


4. Kemudian masukkan biskut Marie yang telah dijadikan kepingan kecil tadi ke dalam kuali (guwe guna periuk). Gaul. Okay masa ni aku tak padamkan api lagi. Sebab aku nak biskut ni jadi lembut sikit. Setengah orang buat kek batik ni kita still rasa macam biskut lagi kan sebab dia crunchy lagi. As in my case, aku suka dia rasa lembut macam kek. So aku biarkan dulu api sementara gaul. Agak sendiri ye nak lembut macam mana biskut tu, jangan lama sangat. Kang lembik sangat pulak. 

5. Masukkan adunan tadi dalam bekas lain (guwe guna bekas aiskrim) dan mampatkan. Biarkan sejuk dan masuk dalam fridge.

Tadaaaaaaa. Dah siap. Aku buat malam, so esok pagi dah boleh makan dah. Sebab aku buat dia macam nampak banyak kuah so that dia lembut. Rasa la macam makan kek. Dah nama pun kek kan. So selamat mencuba. Mr. Z cakap sedappppppp!! Hehe thank you laling.

1 comments:

zurairi said...

memang sedap pon