Wednesday, February 04, 2015

Resipi Grill Chicken

Posted by nurulaieda at Wednesday, February 04, 2015


Nyum nyum konon-konon tengah misi berdiet. So malam ni grill ayam je. Terseksa perut aku pagi ngan tengahari belasah biskut ngan roti hi fibre je. Tapi demi nak nampak kurus sikit (sikit je, aku memang dah kurus puiii) so kita lancarkan lah mission ni. Nak resipi?? Tapi ni resipi campak-campak saje.

Bahan-bahan grill chicken:
1 ulas bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
5 sudu kicap manis
Garam
Serbuk lada hitam

Cara-cara memasak:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Satukan semua bahan-bahan kisar dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi. Perap lama sikit baru sedap.
4. Masak atas kuali non stick dengan api perlahan. 

Aku tak gunakan minyak langsung. Tapi api jangan la macam nak bakar sate. Guna api slow. Aku masak atas Tefal non-stick pan je. Kena tunggu dan kalih-kalihkan, takut rentung pulak. Sekian la resipi dari orang yang konon nye nak diet. Nasik nevvverrrrrrrrrr!! 

0 comments on "Resipi Grill Chicken"

 

everyone deserves a second chance Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting