Burger Bakar Abang Burn Thumbsss Up!


Awesome. Meatball Burger Bakar Abang Burn! Baru aku tahu ada kedai dia ni kat Seksyen 7. Sama ada dia baru buka, atau aku yang tak tahu. Semenjak dua menjak aku dah pekena burger bakar dan meatball dia ni, rasa macam tiap-tiap minggu mengidam nak makan. Encik suami sampai juih bibir la bila sekali sekala aku ajak gi drive thru, dia kata baik pekena burger bakar ngan meatball ni. Queue pun tak lah lama mana, tapi terbaeekkk. Sorry aku hanya sempat snap gambar meatball itupun sebab meatball makan last, burger dia aku tak ada kesabaran nak tunggu dan snap picture terus baham hahahaha. So far beef burger dia memang terbaik, dengan ketebalan daging yang waaalaaaa memang puas hati. Aku dah pekena chicken burger dia jugak, tapi so far pada aku beef dia terbaik. Lamb tak try lagi, nak beli untuk aku aje lamb mungkin tak kot takat rasa-rasa bila encik suami makan lamb okayyy laa. Meatball ni ada 10 ketul, tambah dengan cheesy wedges dia lagi gila best. Ikut portion perut aku burger dia pun aku tak lalu habiskan sekali tapi sedap punya pasal liiicccciiiin. Amik time kejap, pastu sumbat meatball hehehehe. Aku tak pernah lagi la makan kat kedai dia, selalu take away je. Ramai satu hal, aku lebih selesa nak menganga luas-luas dekat rumah hehehe.


Ehemmm JJCM been here already hehe. Confirm sedap punye. Satu aku puji, kebersihan amatlah terjaga. They are all in uniform, ala-ala mat moto gitu. Satu aku tengok guideline yang diorang tampal kat dinding untuk staf-staf diorang 'menghantar burger yang sudah sejuk/tidak panas adalah satu kesalahan besar' lebih kurang gitulah. So memang dihidang panas-panas, sedappppsss gila gitu.


Restoran Abang Burn Burger, PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

1 comments:

zurairi said...

sodap!