Buat Yang Bergelar Isteri


Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.
  1. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

  2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”
  3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”
  4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”
  5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”
  6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”
  7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”
  8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”
  9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

Just to share this. Worth to read and off course untuk mengingatkan diri. Menjadi seorang isteri sempurna bukanlah mudah tapi suami pun jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seorang isteri kerana tiada manusia yang sempurna. Terima seadanya isteri anda seperti mana dia menerima diri anda seadanya. Baru bergelar isteri saya akui saya juga banyak lagi kekurangan yang perlu dipelajari tapi itu bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab. Tanggungjawab tetap tanggungjawab yang akan dipersoalkan di sana nanti. Echewaah! So let's read and improve, jadilah isteri terbaik kepada suami anda bukan suami orang ye hahaha!

0 comments: