Shopping Raya 2010



Weekend baru ni saya dapat buku lagi walaupun kami keluar untuk shopping hari raya... Mr Bubu saya sangat bermurah hati di hari kejadian, hehehe aku sendiri tak tahu kenapa... Asal aku cakap or tengok barang je dia suruh aku amik, dia bayar laa..! Tengok porch untuk BlackBerry pun, saya dapat jugak sebijik yer... Suhu badan dia okeh, hehehe cuma dia terlebih pemurah hari tu dan aku sangat suka... Sukacita aku ingatkan yer, walaupun dia macam tu aku sikit pun tak amik kesempatan kan abang kan?? Hehehe pada aku, apa yang betul-betul aku rasa nak boleh laa tapi kalau takat saja nak suruh dia beli itu ini tu tak la... Oh alkisahnya novel tu, sementara nak tunggu waktu berbuka lepak kat MPH saja belek buku... Aku cakap dah lama aku tak beli novel melayu hehe hajat nak satu walau dah pegang dua buah yang ditulis by Norhayati Berahim... Hehehe tapi saya dapat dua lalalala...

Hari tu shopping raya sakan, walaupun penat tapi sangat berpuas hati... Belikan baju raya untuk diri sendiri, ma, abah, hero kecik ku itu... Cari baju untuk diri sendiri tak lama, tapi nak pilih untuk orang lain sangat cerewet..! Siap ada perbalahan anak tekak yer di antara kami sebab dia tak suka baju yang aku pilih untuk mak... Okeh at last aku ikut cakap dia, same to my baju dia yang pilihkan color okeh! Tak dilupakan belanja dia t-shirt raya heehee... Same to my handbag yer, asal aku pilih ada je dia komplen cakap macam-macam... Shopping sakan tak sedar berapa kali aku swipe kan credit card ku itu dan sign macam otograp je hahaha nasib la kau pasni nak membayarnya...

Berbuka kat Secret Recipe sebab kononnya nak ada cake untuk birthday aku, hehe one slice aje okeh! Nak booking for berbuka kat Piza Hut MidValley tak boleh yer, dia kata tak amik booking, first come first serve so we said bye-bye je kat budak tuu.. Setau aku sebelum ni penah je kitorang booking for berbuka kat Piza sana... End up malam tu lepas berbuka tengok second movie for that day, Inception.. Nasihat ahkak, kalau korang dengan perut yang buntat tak boleh nak berpikir baik jangan tengok yer..! Cerita ni betul memerlukan fokus untuk faham pasal dia ibarat mimpi dalam mimpi punya cerita... Nak tau apa endingnya? Ending nya aku dan dia sama-sama bermimpi dalam panggung! Memula dia kejut-kejut aku suruh bangun tengok, hahahaha last-last dia jalan sekali tidur... So? Nak tengok lagi Inception? Taknak aku..!

Hurmm what a great weekend that I have... How's yours?

0 comments: