Salam Ramadhan

Time flies. Sedar tak sedar aje, dah nak masuk bulan Ramadhan semula. Malam ni kan tengok anak bulan, InsyaAllah Sabtu puasa dah kita. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, saya masih dipanjangkan umur dan dipinjamkan nyawa untuk merasai semula kemanisan bulan Ramadhan. Syukur teramat syukur. Ramadhan tahun pertama sebagai seorang isteri, manisnya hanya Dia yang tahu. Terima kasih ya Allah, semoga Ramadhan kali ini dapat saya rasai dengan penuh kemanisan. Ingin saya lupakan Ramadhan yang lepas, mungkin membawa seribu satu kenangan yang saya harapkan dapat berlalu dan disimpan kemas dalam lipatan kenangan. Syukur ya Allah, walau dengan keadaan kesihatan seperti ini, Kau masih meminjamkan nyawa dan nafas buatku untuk hari ini. Alhamdulillah.

Esok malam balik Kampar. Dapat sambut puasa dengan family hehe. Maklumlah anak abah dan anak mak ni, first time sambut puasa dengan status baru. Manja tu tak habis lagi hahaha. Nak jugak balik memerap, nak rasa sahur dan berbuka sekali jugak. Kalau dulu masa bujang, confirm every weekend saya akan balik. Hehehe tak kuasa nak stay rumah sorang. Tahun ni tak lah tiap weekend balik kan, kena ikut turn balik rumah mak mertua juga hehe. But doesn't matter, I am happy with both.

Cerita bab masak, kalau puasa sorang memang tak masak la punya hahaha. Masak pun paling kuat masak nasi. Lauk confirm beli. Hehe tak kuasa la nak masak tapi anak tekak seketul je yang nak makan. Sahur pun sama, bangun gosok mata, masuk dapur makan ala kadar tadaaaaa dah terbungkang atas katil balik. Tambah kalau weekdays, tidur tu even seminit pun sangat berharga haha. InsyaAllah, tahun ni saya akan cuba ubah semuanya. Balik kerja kena masak berbuka, tapi pasar Ramadhan dilupa tidak haha haruslah. Masak sikit beli pun kena sama seiring. Hopefully sama dengan waktu sahur, chaiyoook chaiyoook saya akan masak walau dengan mata tertutup hahahaha. 

To all, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu satu rahmat, keberkatan dan kemanisan buat kita semua. Sempena menyambut Ramadhan bulan mulia ini, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kiranya terdapat bahasa dan tulisan saya yang mungkin mengguris hati kalian... Selamat berpuasa... :)

2 comments:

@ said...

selamat menjalani ibadah puasa

Mumyshane Qeisha said...

slmt menyambut bln ramadhan aieda.ceria-cerialah selalu :)
*bestnya dah pergi vietnam..