Raya lagi

Majlis sambutan Aidilfitri PTAR 2013. My department buat laksa. Bukan kami yang buat la yang pastinya but all the props idea gadis-gadis (bueeek gadis!) kat opis. But nice, bukan nak puji diri sendiri. Laku sampai licin hehehe.


Ni semua letak dalam 1 bakul konon all the ingredients nak masak laksa. Kemain deco. Last-last bowl aku yang dalam bakul tu pun diorang angkut makan sebab laksa dah habis haha. Janji semua puas hati tak sia-sia gue promote semalam. Alhamdulillah.


Nama laksa ni laksa merdeka raya. Raya-raya jugak tapi jangan lupa esok kita dah nak sambut Merdeka. Nama pulak Gerai Hati Malaya very the symbolic. Kemain rushing aku dok buat banner hijau tu semalam konon nak promo laksa hahaha. Bab-bab promoting ni bagi kat guwe. Tu props dalam bakul tu semua ihsan ofismate semua. Semalam siap buat listing siapa nak bawak itu nak bawak ini, aku siap remind barang cam sayur mayur, cili mili tu semua kat rumah aku dah clean. Almaklom rajin masak mana ada simpan lagi stok-stok camtu cepat je abes (read: aku tak sempat topup barang dapur lagi!!) so maka bekerjasamalah insan-insan lain bawak sikit sorang. Aku boleh volunteer bawak bowl je hahaha.


Inilah gadis-gadis yang aku maksudkan tu. Masih jelas nampak seperti gadis walaupun masing-masing bini orang. Begitulah berkat keperasanan tahap tertinggi dalam jiwa masing-masing. Tak perlulah aku kenalkan nama sensorang kat sini tak ada makna, semua dah tak available. Anak masing-masing kot nak buat menantu boleh la haha.

0 comments: