Jalan-jalan Lumut

Actually ini cerita last 2 weeks (gile basiii la cite ko ni!!) kitorang sefamily buat short vacay ke Lumut. Niat di hati aku dan Mr. Z untuk pekena satu kedai makan best kat area sana yang kitorang tengok dalam rancangan Warung Kita. Itu gaya-gaya baru tengok sekali pastu ko dah menggelabah nak cuba, nasib baik la aku tak follow episod-episod lain hahaha puuii. Yang tak ikut cuma adik aku yang no.3 je, dah tu sape suruh jadi doctor, on call la kau sorang-sorang hahaha. Oh plus jugak nak bawah Sofia mandi laut, anak dara sorang ni memang kuat mandi pool so dia yang lebih excited. Dah tu pelampung dia sebesar-besar tidak orang kena memangku dalam kereta citt. So bermalam semalam (malam tu pegi makan) dan esoknya pagi-pagi dah ada kat tengah lautan melayar samudera haha. 


Ini nama restoran tu. Restoran Razak Rasaria. Or orang panggil Restoran 3R. Lokasi dalam setengah jam dari pekan Lumut which is kat Pantai Remis. Jalan ke sana malam memang golap gulita, plus jalan nak masuk ke kedai tu memula ko akan rasa eh logic ke kedai dalam ni?? Tapi memang pun kedai dia agak ke dalam sikit, percaya laa haha.

Kot-kot sesapa memerlukan peta.


Ini namanya Nasi Goreng Ketam. Selambak ketam dalam ni. Cuma kalau dia provide sup sedap lagi kot.

Butter Prawn. Adik laki aku yang order ni sebab teringin nak makan. Sedap tapi kalau jadik macam butter prawn biasa tu lagi sedap kot. Yang ni macam creamy la.

 Telur bistik pun ada sotong kauu!


Aku ngan Mr. Z order ni. Nasi Goreng Udang Lipan. Ko memang tak nampak sangat kelipanan udang tu sebab lepas masak dia kecut. Tapi sedappppp! 


Sotong Goreng Tepung. Ok sedap! 

Pagi-pagi dah main pasir budak ni. Abaikan rambut. 



Sekian la cerita percutian saya yang dah basi. Sebenarnya saja cari jalan weekend tu sebab otak aku dah tepu separuh masak dengan kerja bertimbun. Alasan!!!!!!

2 comments:

zurairi said...

jom pegi lagi

nurulaieda said...

jommmmmm!