Resipi Mama



DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
Daging
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
3 ulas bawang besar (blend)
4/5 ulas bawang putih (blend)
Garam
Sayur

Cara-cara masak:

  1. Lumur daging dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak (sukatan ikut kesesuaian) dan masukkan daging yang dilumur dengan serbuk kunyit tadi hingga separuh atau hampir empuk/lembut atau masak.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar dan biarkan sebentar untuk sebati dengan daging.
  4. Masukkan serbuk lada hitam (sukatan ikut kesesuaian/citarasa sendiri)
  5. Masukkan sedikit garam (secukup rasa). Boleh masukkan secubit kiub ayam untuk tambah rasa (optional)
  6. Masukkan sedikit air.
  7. Masukkan sayur (kacang panjang/buncis/carrot/bunga kubis/lain-lain)
  8. Biarkan masak di atas dapur dan daging empuk.

Gituuu. Daging black pepper ni resipi MIL aku. Senang je kan? Eheem blog aku belum bertukar jadi blog resipi lagi, saje je share hahaha.

0 comments: