Friday, May 10, 2019

My Life is Very Busy & Crazy, But I Love it That Way

Posted by nurulaieda at Friday, May 10, 2019
Sibuknya dengan kehidupan harian dan kerja yang tak pernah habis, dah masuk 2 tahun tak update blog. Berhabuk tadi ni haa masa nak masuk pintu blog sendiri haha. Tahun 2018 sekali tak jenguk blog ni. Macam lupa pulak satu masa dulu aku yang gedik nak ada blog.

Tup tup bulan puasa tahun ni teringat. Bukan apa, simptom bulan puasa ni mengantuknya masyaAllah....... jadi perlu ada sesuatu yang boleh menarik untuk hilangkan rasa ngantuk ni. Kalau tak tengok jam macam tak bergerak. Seksaa okkk nak sampai pukul 4.00 nak abis waktu kerja.

Sooo selamat berpuasa, alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun ni. Usia, makin lama makin bertambah. Moga kita dapat buat yang terbaik dalam bulan mulia ni. Puasa dalam umur yang makin meningkat ni, sahur dan berbukanya tak macam dulu. Kalau dulu semua yang ada depan mata nak sapu bersih, tapi bila umur dah senja nan oren ni dah tak ada istilah berlebihan. PARAM (Pasar Ramadhan) pun dah boleh kira dengan jari berapa kali pegi, most of the time memang masak sendiri. Lebih terjamin dan elak membazir. Husband i tahun ni puasa takmo makan nasik! Sahur simple2 aje, tapi kalau time aku rasa nak gigil nasik, masak aje la untuk makan sorang.

0 comments on "My Life is Very Busy & Crazy, But I Love it That Way"

 

everyone deserves a second chance Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting