Kegilaan!

Dulu masa sekolah rendah (darjah 6) aku ni gila tengok satu cite Jepun. Tajuk dia Furikaereba Yatsu Ga Iru. Aku dulu kan nak jadi doctor (tapi pemalas) so cite ni pasal doktor doktor so memang aku layan la. 

Cite ni pasal 2 orang doctor yang berbeza karakter. Dr. Shiba (yang aku minat nak mampos) ni doktor yang tak disukai sebab dia ni act sikit. Sorang lagi Dr. Ishikawa, dia ni karakter doktor yang baik. Yang si Dr. Shiba ni memang act nak mampos punye tapi aku kan suka karakter lelaki ego masa tu. Kira challenge la kalau tengok karektor lelaki ego tinggi camni. So kiranya both doctor ni tak baik with each other tapi finally dorang get along jugak diakhirnya cuma sad ending bila Dr. Ishikawa ni mati sebab cancer and Dr. Shiba ni mati sebab kena bunuh. Rasa aku yang bunuh dia ni doktor kat hospital tu jugak.

So dulu masa darjah 6, memang Cikgu Rose pening kepala nak melayan kerenah anak dia ni. Dah la pemalas, nak memonteng pulak dengan alasan nak layan cite Jepun. Mana tak makan penampar aje. Sanggup aku nangis mendayu dayu sebab nak luahkan how bad aku rasa kalau tak dapat tengok cite ni, ada orang kisah. Yang si tuisyen ni buat la time malam ke apa ke. Time aku nak tengok cite ni la time tu dia nak buat time tuisyen. Kalau aku pegi pun memang tak tenang jiwa aku dok terbayang episode minggu tu. Yang dalam cite tu sah-sah belakon je jadi doktor, haaa yang kau nak jadi doktor memang tak jadi la. Takpe la, janji ada title doktor kan nanti tak semestinya doktor spital (ayat cover rasa bersalah) hahaha.


Intro cite ni awal-awal aku mesti nak kena tunggu sebab lagu dia best. Lagu by Chage & Aska. Tak pasal jugak aku minat artis Jepun tu sebab dia nyanyikan lagu untuk cite ni. Elok buh penampa je aku ni dulu. Sekali penampa tak cukup, kena berkali-kali baru aku sedar, silap-silap terus bengong.


Ni aku kenalkan, ni la Dr. Shiba (Oda Yuji). 

Dr. Shiba lagi.

Aku nangis beria-ia ending cite ni sebab Dr. Shiba ni mati kena bunuh. Aku taknak la screenshot part dia kena tikam tu. Nanti aku sedih. Puii.



Ni Dr. Ishikawa (Ishiguro Ken).


Dalam cite ni, Dr. Ishikawa ni mati dulu sebab cancer (cancer apa aku lupa sebab aku tak pedulik dia ni). Tapi dia mati aku tak sedih pun. Sebab aku tak minat watak doktor lelaki baik dalam cite ni haha. Aku sedih sebab tengok kesungguhan Dr. Shiba nak selamatkan dia. Aku sedih sebab Dr. Shiba sedih kawan dia ni mati. Sebab aku tak boleh tengok Dr. Shiba sedih. Nanti seminggu aku meroyan teringat-ingat scene sedih Dr. Shiba. Patut la Cikgu Rose asik nak bagi penampar je kat aku. Sasau rupanya aku time ni (geleng-geleng kepala).


Dalam cite ni ada 2 watak doctor pompuan as heroin. Tapi aku tak kenal, tak minat, taknak amik tau sebab aku nak tengok pun sebab watak hero je hahahaha.

Aku dah bertekad ari tu lepas abis semester je aku nak carik cite ni. Tapi ilmu download movie ni sangatlah aku tak terror so asal download aje takleh play. Dah tu kalau cari kat youtube dia keluar tajuk pun tulis Jepun, subtitle apa tah lagi. Tapi sebab nak flashback punye pasal aku layan jugak hahahaha. Habis dari aku membuta, baik aku buat perkara berfaedah ye tak. Dusssssh pipi 1 kali.

Ok la nak nyanyi lagu dalam cite ni (google lyrics).

0 comments: